Wednesday, June 30, 2010

CERITA SWEETIE DIKALA BOSAN

Salam Semua,

Hari ini Sweetie nak citer pasal hiburan. Sumber hiburan Sweetie kat umah hanyalah TV. Sebabnya dah tentu radio pun takder. Jadi tak dapatlah nak dengar suara-deejay dan lagu-lagu favorite memeriahkan suasana. Tapi meriah juger kat umah tu dengar suara anak2 mula-mulanya usik mengusik alih2 gaduh-gaduh manja gitu. Biasalah tu…

TV jer la yang Sweetie ada dan tentunya tiada ASTRO hanya siaran biasa jer la yer. Orang kata dari takder aper biarlah ader yer tak? Buat penghibur hati dikala sunyi. Adakalanya rasa bosan pun melanda juger..yelah asyik memerap duk umah jer. Jadi Sweetie penuhi dengan baca2 majalah, suratkhabar, entah berapa kali baca dah nih.ishkk…Sekarang ni Sweetie dah pandai baca novel remaja lagi…anak sweetie punya da..dah dia pinjam dari library/kawan, sweetie pun tumpang baca juga..Sekurang-kurangnya tahu juga apa bahan bacaan yg mereka suka. Ok jer kan….

Sweetie layan juga cerita-cerita kat TV tu, tapi ada hari-hari tertentu ada ketikanya semuanya channel tu cam pakat sama jer.membosankan weh, maka TERPAKSAlah rencana pun Sweetie tengok, tak kisahla rencana aper, ikan paus ker, hidupan laut, gempa bumi, ribut salji, tanah tandus ker. hmmmm aper2 jer la….kalau ada kisah2 lawatan dan kehidupan dalam dan luar negara Sweetie layan jer…seronok yer tengok negeri orang, tempat orang, kehidupan orang, budaya orang hmm ni boleh buat Sweetie melamun panjang..berangan.

Naper nak tengok rencana? Kan banyak lagi citer lain? Sekarang ni banyak movie yang ditayangkan mempaparkan cerita hantu dan cerita ganas2 seperti pembunuhan.Cerita-cerita hantu yang membuat bulu roma naik…ha..silap2 boleh mati kejung sebab ceritanya penuh dengan kejutan.…ha..jadi hubby Sweetie tak bagi buka kalau ada citer camtu. Background musicnya dah menyeramkan apalagi ceritanya yer tak?

Sweetie takut tengok cerita pembunuhan yang ngeri dengan badan yang penuh darah, luka dipotong sana sini. Wajah pembunuh yang kejam dan cara kematian/deraan yang menakutkan. Boleh terbayang-bayang orang kata sampai nanti tido malam mengigaulah pulak. Tapi kalau macam cerita penyiasatan, ada bom mengebom atau tembak menembak tu dia ok jer pulak cam citer Jackie chan ker atau citer kungfu2 cina yang lain, memangla kalau dah namanya kungfu tentunyalah citer Cina. Manalak ada citer tamil ada kungfu. Ada ker? hehhe

Sweetie jarang tengok cerita yang bersiri-siri sebelah petang sebab memang tak sempat. Jadi memang tak dapatlah nak join kengkawan mengomen cerita-cerita tu. Rasa ketinggalan juga tapi mmmm nak buat camner yer. So markah Sweetie zero kat situ.

Tapi ada satu cerita yang jarang sangat Sweetie ketinggalan. Ha aper ceritanya.. Desperate Housewives, dah lama Sweetie tengok dari musim pertama hinggalah ke 6 sekarang ni. Itu yang buat sweetie duk diam sorang2 depan TV. Hubby Sweetie tak layan sangat TV ni. Dari tengok citer yang takder paedah ni baiklah dia menulis apa yg patut kat bukunya atau tido awal…hmm citer tu takleh bebudak tengok…sensored la sikit ma.. banyak adegan alam rumahtangga ekk..faham2 dah la…tapi taklah teruk sangat..masih ditapis, ditapis dan ditapis.

Drama ini memaparkan kehidupan wanita yang berumahtangga tidak semestinya sama dengan apa yang kita gambarkan selama ini. penuh dengan misteri, drama, jenaka, kejutan dan keriangan, Unsur romantik, tangisan dan kemarahan lebih pada mainan emosi. Mungkin tu sebabnya citer ni menarik minat Sweetie.

Satu lagi sweetie suka juga SEMANIS KURMA DI TV9. Macam-macam isu yang diketengahkan. Konsepnya santai dan romantic. Sweetie suka tengok Ustazah Siti Norbahiyah dan suami tersayang iaitu Ustaz Wan Akashah. Romantiknya pasangan ni.

Itu jer la, yang Sweetie minat buat hiburan dikala sunyi. Apa pula minat anda ya?

Monday, June 28, 2010

MAAFKAN SWEETIE

Salam Sejahtera,
Pernah tak anda semua merasa nak tolong seseorang yang dalam kesusahan tetapi diri anda sendiri tidak berdaya. Gitulah yang Sweetie alami.

Setiapkali jumpa wanita ni Sweetie cuma senyum dan salam saja yang sempat sweetie ucapkan, jarang kami berkesempatan berbual2 kerana biasanya kami cuma terserempak ketika Sweetie keluar nak pergi ke suatu tempat. Sweetie juga tidak sempat mengenali dirinya secara rapat dan tidak tahu namanya juga. Beliau adalah seorang Wanita berketurunan India muslim mempunyai 3 orang anak.

Pada minggu lepas semasa sweetie menuruni tangga ke parking bawah kelihatan dia menangis teresak2 dan cuba dipujuk oleh suaminya. Bagi Sweetie mungkin masalah rumahtangga mereka dan sweetie cuma berlalu begitu saja.

Pada 2 hari lepas semasa pulang dari kerja kebetulan diwaktu yang sama terjumpa dia di parking kereta dan wanita ini datang pada Sweetie, terus bersalam dan mahu bercerita ngan Sweetie. Dia bertanya samada Sweetie ada dengar cerita tentang dia. Dengan muka sedih seakan mahu menangis dia menceritakan kisah perniagaan dibuat orang, sampai orang tak mahu makan digerainya.Keluarganya juga terkene buatan orang, anak daranya mahu bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangnnya kerana malu dan sekarang ni dia perlukan duit untuk rawatan anaknya.

Memang Sweetie ada dengar juga kisahnya yang tak baik dengan beberapa orang jiran atas sikapnya. Sweetie dengar cerita diapun secara kebetulan sewaktu beli nasi lemak dan kelihatan kedainya ditutup lalu Sweetie bertanya kenapa gerai wanita tu ditutup. Kakak yang jual nasi lemak tu bercerita tentang kisahnya dan kata sampai kat situ kecoh hingga ada nak sampai berparang2. aih…Sweetie tak tahu kisah ni semua..entah bila berlaku tak tahulah.minta2 jauhkan dari perkara begini dari hidup Sweetie, takut Sweetie kalau kes orang marah2 ni dan serang-serang . Sebab tu jarang Sweetie keluar rumah takut fitnah atau apa2 saja jadi nanti.

Tapi bukan itu fakta besar pada Sweetie untuk tidak menolongnya. Ya Allah, napa Sweetie yang dipilih. Sweetie memang sangat2 nak Bantu, tapi Sweetie sendiri tak terdaya. Dia minta Sweetie ambil telefonnya dan berikan dia sedikit wang, tapi Sweetie sendiri minta sedikit wang dari suami kerna Sweetie sendiri sampai hari ni belum gaji. Aduh…serba salah Sweetie menjawabnya.Lalu Sweetie minta dia datang rumah dan mungkin hubby Sweetie boleh bantu sedikit. Tapi dia tak datang. Mungkin dia malu, Tapi Sweetie lagi malu kerna Sweetie tak dapat menolong dia disaat dia benar-benar perlukan pertolongan. Maafkan Sweetie, Sweetie kesali diri Sweetie tak dapat membantu kamu.

Friday, June 25, 2010

SWEETIE KATA LAGU NI CAM BEST JER

Assalamualaikum,
Setiap hari Sweetie akan memandu untuk pergi Office dan demi menghilangkan kesepian dan dari melamun bende yang bukan-bukan sempat lagi turn on Radio layan Suria FM. Suka sangat dengar celoteh Halim Othman and the Gang. Seronok pun ada kadangkala ketawa sorang-sorang lagi bila ada topic yang diperkatakan tu kelakarlah pulak. Kalau orang tengok Sweetie ketawa sorang-sorang masa drive keta mesti orang kata ‘Aper kene ngan pompuan tu?
ishkk..maafler yer…tak perasan.

Lebih seronok lagi diselang selikan dengan lagu-lagu yang memang favorite Sweetie masa remaja dulu…hehhee. Ikut sekali la menyanyi dalam Kereta, bukan ada orang dengar yer tak sumbang mambang suara kita…Nasib baik keta tu tak leh bercakap. Kalau kereta tu bercakap macam Kereta Night Rider tu mesti dia dah gelakkan Sweetie ataupun mengumpat Sweetie,,hehee tak baik menyangka yang bukan2 eek...Entah2 keta tu ikut menyanyi pulak ngan Sweetie barulah best. Aperla Sweetie dah melalut nih. hehhe yang penting mood pergi kerja mesti mari, barulah ceria jer nak mulakan kerja yer tak.

Ini adalah salah satu lagu kegemaran Sweetie. Lagu Yantzen, lagunya rock juga, rock kapak ker rock pisau ker Sweetie tak peduli. Yang penting lagunya tu penuh dengan penghayatan dan pengertiannya yang tersendiri. Jom layan….

KITA ADALAH INSAN – YANTZEN

Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Adalah Hamba
Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar Keredhaannya
Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan dihancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........Merana..........
Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan Di Hancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........Merana..........
Jangan Hancurkan
Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

Thursday, June 24, 2010

TAG DAN AWARD DARI CIK NONIE

Assalamualaikum,

Kali ni Sweetie dapat NICE BLOGGERS AWARD ni drpd semalam..hari ini dan esok.... Terima kasih yer Cik Nonie, Ini ada sedikit soalan dari Cik Nonie, Sweetie akan jawab 1 persatu okay…
1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
Hmm...nilah yang bermain di fikiran Sweetie. Mula mencongak budget untuk bulan Julai ni da…

2. Apakah nama samaran you all ?
Sweetie..maniskan nama tu..hehhe perasan lah pulak….jangan mare

3.Berikan 3 org yg you all sayang?
Ada ramai dalan hati sweetie ni. Tapi yang dalam toplist 3 nilah yang Sweetie sayang bangat kok.
1) suami dan anak-anak

2) ibubapa + Family
3) siapa yer……tentunya adik beradik Sweetie.

4. Panggilan untuk si dia (Hubby)
Dear

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa ...
Ha…bagus sekali soalan ni, jap yer…Sweetie berangan jap. Rumah banglo tepi pantai, emas intan berlian, wang berjuta, kereta mewah, gi melancong.

Kalau boleh Sweetie mengimpikan dari insan yang Sweetie sayangi ialah hadiahkanlah Sweetie dengan hidup yang sederhana dan penuhilah kebahagiaan buat Sweetie.boleh ker dear..?


6. Blog mana yang you all suka visit ?
Sweetie suka membaca. Tiada pengkhususan tertentu blog mana yang sweetie suka. Pada Sweetie blog yang santai dan N3 up to date..itulah pilihan.

7. Tag kan kepada 15 blogger you all ok.
Ok Sweetie akan beritahu mereka nanti. tunggu....

HADIAH COMEL DARI SAHABAT

Salam Mubarak

Ini ialah hadiah yang comel dari Cik Awa. Sweetie ambil buat kenangan manis dari Awa. yg penting ada kata2 indah dan gambar tu..hehe


Pesanan dari cik adik manis kita ni:

Awe nak bagi hadiah pada semua yang sudi menyokong blog Awe dan menyedari kewujudan Cahaya Kewanitaan di dalam dunia blog ni..terima ini daripada cahayawanita.blogspot.com

p/s: jom singgah blog Cik Awa.

Wednesday, June 23, 2010

ANUGERAH TOP 5 BLOG DARI DUNIA APEEZ

Salam Ceria Semua,

Terlebih dahulu terima kasih buat dunia äþèéž™ http://hafizanhasan.blogspot.com/. yang sudi memberi Sweetie award ni dan award ini adalah ilham dan hasil kreativiti dari apeez sendiri dan dinamakan ‘ANUGERAH TOP 5 BLOG’. Cantikkan. …

Sweetie ingatkan mereka yg berkarya dlm bidang seni lakon atau senisuara saja yg dapat anugerah…rupa-rupanya dlm dunia berblog ni pun ada anugerahnya yang tersendiri dan berbagai kategori. Wow! Memang meriah juga dunia blogging ni dan tentunya ia menjadi pembakar semangat untuk terus menulis/berkarya.

Ini adalah komen Apeez mengenai blog SWEETHONEY.....

Blog ni banyak citer pasal kisah idup tuan blog yang aku sendiri pun tak tawu banyak pasal pemiliknya. Yang pasti dia adalah seorang isteri dan ibu yang baik. Jelas terpancar dari entri-entri yang dia buat. Ketara sangat perjalanan kisah hidup seorang perempuan
yang bergelar isteri dan ibu ini.

Tq apeez.

Monday, June 21, 2010

BUAH CINTA

Salam sayang semua,
Comelkan buah ni, buah cinta namanya kerana bentuknya yang unik seperti bentuk hati dan warna yang merah menggoda begitu menggiurkan sekali. Lihatlah gambar tu mengancam sekali kan…meleleh air liur tuh.

Anak-anak Sweetie juga gemar strawberry terutamanya strawberry cicah coklat. Bestnya…Nak ker? Dah habis dah….hehhe gurau jer ma..lagi satu apa-apa juga makanan yang ada perisa strawberry ha memanglah kegemaran mereka. Berhantu orang kata. Tak kiralah samada kek ker, biskut ker, jem, gula-gula, coklat, aiskrim dll.
Tapi Sweetie muaklah pulak tak der ker perisa lain nih…(strawberry coklat, coklat strawberry itu jer ulang2) letihlah mama. Apalah agaknya yang membuatkan mereka gemarkan rasanya tu atau ada factor yang lain yang mempengaruhi….tanyalah bebudak tu yer, kalau tanya sweetie tak tahu Sweetie nak jawabnya.

Tak puas rasanya makan strawberry kerana harganya yang agak mahal. 1 pack kecil jer harganya RM10.00 ke atas. Masa gi Cameron Highland bukan buah jer yang Sweetie beli, siap pokok ngan pasu-pasu Sweetie beli bawak balik Kajang. Haha..adalah seminggu lamanya pokok strawberry tu idup nyawa-nyawa ikan. Sempat 1 pasu tu anta umah abah Sweetie agaknya kawasan kampung yang redup, sejuk ngan pokok-pokok sesuailah dengan pokok strawberry tu. Sampai sekarang hidup lagi pokok tu. Adalah berbuah sekali tak sempat buah tu nak matang pastu tupailak makan…adu…uuhhh…
Teringat Sweetie, Boss bawa kitorang makan angin di London. Sewa dua buah keta drive sendiri, haa..gi round cari ladang Strawberry. Boss duk situ belajar 8 tahun. Haa..hafal lah dia mana ceruk letaknya ladang tu..masa tu bulan Jun masanya untuk buah Strawberry ni masak ranum..walah cantiknya menghijau ladangnya dan dihiasi dengan buahnya yang merah menyala..indahnya. Buahnya besar-besar dan rasanya lebih manis. Boss hanya mengelakkan kitorang petik strawberry macam jakun sekali..ha…gelak la boss….ada ku kesah….hehhee. Agaknya kalau guna duit Sweetie sendiri bilalah nak sampai ke sana ya.

Ha..conclusionnya..kebaikan buah strawberry ni
1. Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.
2. Strawberry yang mengandungi sedikit gula sesuai untuk diet bagi pengidap diabetes.
3. Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti keriput!
4. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.
5. Strawberry dapat melawan radang sendi. Strawberry mengandungi
zat anti alergi dan anti radang.

Ada banyak lagi sebenarnya khasiat buah Strawberry ni, namun begitu awas ya buat ibu-ibu yang hamil (slang indon la pulak) buah Strawberry tak begitu elok dimakan banyak ketika hamil kerna agak tajam /bisa sedikit macam nenas. Makan tu berpada-padalah yer.

Friday, June 18, 2010

SIAPAKAH DIA FOLLOWER SWEETIE 49 dan 50

agustomy (Follower ke 50)


purple_coke71 (Follower ke 49)

Salam MUBARAK,


Alhamdulillah setelah Sweetie berkecimpung dalam dunia blog ni pada pertengahan
Februari 2010 rakan Sweetie yang ada di follower ni dah genap 50 orang.
Ada juga yang tidak daftar sebagai follower Sweetie cuma Sweetie
je follow mereka..itu pun kira rakan Sweetie juga dan ada juga
Sweetie follow secara silent readers orang kata atas
sebab-sebab tertentu.. seronoknya ada
ramai kenalan dari yang umur 17
hinggalah ke atas..ehmm best yer..
Dunia cyber, dunia tanpa sempadan.


Pada dua orang sahabat baru di sini anda adalah follower Sweetie yang ke 49 dan 50. tetapi Sweetie tak dapat kesan link mereka dan tembus ke blog mereka. Kalau terbaca N3 ini silalah tinggalkan link anda. Moga kita dapat saling berbalas kunjungan
dan mengeratkan lagi persahabatan.

TERIMA KASIH SAHABAT

Wednesday, June 16, 2010

2nd AWARD UNTUK SWEETIE


Salam Sejahtera.

Alhamdulillah Kak Sweetie dapat Award. Yang penting kita ucap ribuan terima kasih dulu buat Cik Yua Zawa yang sudi beri Sweetie award ni. Cantik award nyer ada A + lagi. Bertambah semangat Sweetie nak berblog ni…seronoknya…WORLD.

Ada tak macam ucapan kat anugerah Artis Popular kat Berita Harian..hehheh..gurau jer..Kalau tak gurau rasa cam hambar lak pulak…busan…..(jomle kita singgah kat blog cik Yua ni. Ini dia linknya I am Who I am. (Yua Zawa)

Ni ada soalan dari wartawan Cik Yua kita..

1) What do you feel to know that you got this award..

Bagus! rasa terharu banget…dan tentunya im happy..

2) List down 7 blogs that deserved this award.

Ha ini dia blognya…terimalah award ni yer...

RESEPI RAHSIA KU
zulkbo
d.A.n.i.A.m.y™
Blues Riders
diari kehidupanku
dunia äþèéž™
Permata Hatiku...

Tuesday, June 15, 2010

SWEETIE MAIN GAME


Salam Semua,

Bolehlah dikatakan setiap hari Sweetie main game tapi takderlah siang sampai malam (10 min pun jadilah). Waktu balik dari kerja cam biasalah masak dah semestinya itulah perkara utama yang perlu dibuat. walaupun penat lepas balik kerja tapi selesai jew memasak dan segarkan diri (mandilah tu) pantang kalau tak capai phone anak bungsu mesti pekene game dulu sekejap, kadang-kadang main sampai bateri habis!!! Opss…dah sahlah bateri tu tak charge dua hari tu la pasal, baru main 10 min dah stop..hehhe jangan salah sangka ma..


Anak Sweetie yang ajar main game ni. Agaknya dia tak mahu tengok muka mama dia boring gedegak sebab kat umah tu bukan ader Astro so leh layan cerita Korea atau ada computer leh gak blogwalking n create new entry..hhehe.. sebab tu lah dia ajar main phone game..tak sesuai langsungkan…

Bila malam pulak kalau Sweetie tak dapat tidur ,kadang-kadang ambik phone anak buat main game. Phone Sweetie tak der game..tu lah pasal pinjam sat phone dia.Pandai dia minta abg dia downloadkan dari Internet.Ada macam2 game.Tapi Sweetie hairan juga punyalah tak leh nak tidur nyer..alih2 bila main jer phone game tu baru jer sempat 2 game Sweetie mengantuklah pulak. Sweetie selalu kata kat anak Sweetie yg game ni berpuaka ke apew. Asal main je boleh tertidur.

Game ni Sweetie anggap best juger sebab sweetie suka bila penguin tu hit the bear yang control muka cute cam teddybear manja tapi ganas . Ha…bila attack si bear ni menang dapat la bonus kuasa etc. ader 2 jer kan. Tapi cute2 muka bear tu taklah se cute muka anak Sweetie manja cam kucing meow2. Kadang-kadang jadi bahan ketawalah jugak asal baru nak start main jer penguin tu dah mati terhempas kat batu…Iskk…kesian.

Mesti geng blogger semua pun suka main game kan, Sekarang ni banyak sangat game di internet yang best2 tau tapi takkanlah main 24 jam tanpa henti mau meletup computer tu nanti.Berpada-padalah orang kata. Sweetie rasa game ini hanya utk luangkan masa sekejap jew dan relaxkan minda (just enjoy playing the game. Kadang-kadang Sweetie time rehat ada jugak curi main game jap. orang kata release tension okay!

Sebenarnya dari main game lebih baik luangkan masa keluarga, bergurau senda, beriadah atau jalan2 yer tak. Bak kata pepatah bagaikan isi dengan kuku, bagaikan sudu dan garpu (marah karam singh walia nanti, cam tak kene jer peribahasa ni)

Coretan ini curahan idea dari anak Sweetie. Thanks to NURUL ANIS.

Monday, June 14, 2010

JOM MASAK

Salam Semua,

Apa aktiviti anda pada hujung minggu lepas yer. Pada Sweetie tak der aper yang menarik pun. Sebabnya Sweetie kurang duit nak gi shopping dan 1 lagi hubby lak tak der kat umah utk beberapa hari..huhu…boringnya ...so apa nak buat nih.. aper lagi yer kita enjoy…(tu jer yang menjadi menarik sedikit enjoy aktiviti malas-malasan..hehhe apa nak jadilah nih…..)

Sebelah petang dapat curahan idea…ha…biar betik (ayat baru) buat kueh vadai. Bukan senang nak buat kueh ni. Siapa nak tahu kueh ini dibuat dari kacang dhal. Ha..tengok gambar tu dah terliur…sure lepas baca mesti cari resepi ni. Sweetie try buat dalam kuantiti kecik jer. Kalau jadi Alhamdulillah, kalau tak jadi nasib kaulah Sweetie! heheh Bukan kedekut yer..betulkan ayat tu, Cuma takut membazir sapa nak habiskan kalau tak jadi ekk..Selepas kacang direndam sedia untuk dikisar, tugasan ini diambil oleh Anakanda sweetie atas arahan Maharani hehhe. Sweetie x dera anak tau jgn reportlah pulak. Cuma nak dia ambil bahagian dan sambil tu belajar ckit-ckit. Taklah macam Sweetie dah kahwin baru nak belajar masak.
Hari berikutnya Sweetie buat pula bubur 1 Malaysia (bubur caca). Meriahnya warnanya cam rakyat yang berbilang kaum (konsep 1 Malaysia) Patriotik juga Sweetie nih…Pasti PM suka weh…So the result masakan ini nampak mudah tapi kalau tak diajar mana nak pandai yer tak? Kueh vadai dan bubur caca habis dimakan...hmm lega sweetie..

Pada mana-mana blogger anak-anak dara yang sedang membaca coretan Sweetie ni rajin-rajinlah menolong ibu di dapur dan carilah ilmu masakan juga kerana walau setinggi puncak mana pun pelajaran anda atau tahap akademik mencapai tahap gaban Phd sekalipun, hakikatnya peranan seorang wanita itu banyak di dapur. Keikhlasan menyediakan makan minum suami dan anak-anak itu adalah pengikat kasih sayang keluarga.

Sweetie dah membebel ni. Tak kisahlah bebel banyak manapun (blog sendiri okay…x der sapa nak marah) hehe Sweetie gurau aja ma...maaf jika terkasar bahasa…sila komen ya.

Thursday, June 10, 2010

BILA KOMPANG BERBUNYI

Salam Sejahtera,

Lama sweetie tak type N3 baru ni..... cerita hari ni…

Bila cuti sekolah menjelma lagi kompang pun mula berbunyi. Pak pung, Pak Pung, Pak Pung….haaa. ini bunyi kompang kat Kajang la…Kompang tempat lain tak tahulah pulak bunyinyer camner…sweetie gurau jer.
Majis perkahwinan lebih meriah diraikan dengan kedatangan saudara mara dan handai taulan. Inilah dia kemuncaknya majlis dalam meraikan kedua mempelai, tersenyum menawan lagaknya sang putera dan puteri di pelaminan indah.

Bila kompang berbunyi lagi, Berbagai persiapan dibuat darilah persalinan/kelengkapan pengantin, mak andam, kenduri dan tentunya buah tangan untuk majlis tersebut. Perkara-perkara ini semuanya tentunya memerlukan belanja yang besar.

Setiap kali kita datang ke rumah Pengantin atau dimana jua pengantin diraikan, bila pulang kita mesti dibekalkan dengan 1 beg kecil goodies yang di dalamnya terdapat bermacam-macam antaranya wajiblah ada bunga telur selainnya cup cake, kerepek-kerepek, Jelly dan gula2. Kalau tak dapat rasa cam tak syok lah pulak yer…terutamanya kanak-kanaklah.

Tetapi lain pulak sekarang ni, hadiah dari pihak pengantin seolah-olah satu kewajipanlah pulak memberikan selainnya sebagai door gift tanda terima kasih dari pengantin, antaranya mug yang telah dicetak gambar mempelai, sapu tangan berhias indah, kipas kecil yang berwarna warni, sudu kecil, kotak kecil yang indah berhias, pot pouri etc. dan berbagai lagi. Mahu juga sengkek pengantin dalam mempersiapkan perkara-perkara ni. Mungkin jika benda-benda ni tiada…takut diperkatakan sahabat tak der class atau seolah2 kedekut gitu. Emm yer ker?..tau tak per.

Tak tahulah Sweetie, anak2 Sweetie pun dah membesar, mungkin 1 hari nanti Sweetie juga akan mengahwinkan anak dan pada masa tu pula agaknya apa pula buah tangan yang sesuai untuk diberi. Adakah benda-benda ini akan menjadi ikutan untuk disediakan dan jika tiada nanti dijadikan pula suatu umpatan…(hmmm……entahlah).

Tuesday, June 8, 2010

AWARD DARI MR HAPPY

sALAM cERIA sEMUA

Minggu ni adalah minggu Tag bagi Sweetie, Kali ni Sweetie dapat dari dunia äþèéž™ http://hafizanhasan.blogspot.com/.Thanks Apeez dan Award ini dinamakan Mr Happy. Award Mrs Happy takder ker Apeez barulah Mr Happy tu lebih happy coz….faham-faham jerlah. Ada partner ma.

Aper pun Icon Si Mr happy ni memang really look happy (tak dibuat-buat happy ek…) ehmm nampak terpancar dari mukanya yang kuning tu..dengan senyum ikhlas sampai terpejam matanya….hehhee Apa pun u look cute okay ....

Bukan senang nak dapat Anugerah Mr Happy ni… ha kene kerja dulu, baca pantun 2 kerat di bawah...pantun ker?...hehhe aper-aper jer lah...

Ada kerja ada Gaji,
jawab Tag dapatlah award Mr happy


So, Sweetie jawablah soalan yang nampak mudah ni, berpinau juga memikirnya
(pinjam ayat Awa)

1) adakah anda happy sekarang?

Lihatlah senyuman saya. Tentunya saya Happy ma…

2) kenapa anda happy?

Dapat mengembirakan hati seseorang dan tentunya bertambah happy
Bila dihargai oleh orang yang disayangi
.

3) Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?

Bila segala yang Sweetie inginkan tercapai, segala kebahagiaan dimiliki….isyhh. tak ker happy jika dpt camni

4) pernahkah anda menerima tag?
Pernah. Ada 2 ni.
Think Think Tag n Tag Mr Happy


5) Apakah warna kegemaran anda?

Hijau, coklat dan hitam (Baju-baju Sweetie banyak colour yang gini)
Hijau tu cam sejuk mata memandang
Coklat tu u look natural
Hitam tu pula ehmm..hitam menawan da…

6) beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

@ţţŸ
ANIS'S DIARY
diari kehidupanku
Indahnya Kehidupan Ini...
Jejaka Desa
Mama Ieta
Mama Najlaa Punya
Permata Hatiku...

ZaHiRaH-Life's In Pink


7) tuliskan sesuatu mengenai orang yang anda tag. panjang berjela pon takper.

Sweetie suka baca N3 mereka kerana diorang yang membuatkan Sweetie tak bosan pernah juga ketawa sendiri kadang-kadang, dapat berkongsi tips, gambar resepi dan cerita Alam kehidupan yang bagus utk dikongsi dan yang paling penting ialah bertambahnya kenalan Sweetie di alam maya ni.


8) adakah anda happy dengan apa yang ada?

Ya Sweetie happy dgn apa yg ada sekarang ni.. Mana mungkin kita mengukur bahagia andainya kita tak bisa mengetahui gimana ya pada masa hadapan. Aik... mana dapat bahasa indon la pulak.. Mudah-mudahan semuanya baik dan bertambah happy n happening pada masa hadapan.Panjang lak jawapan dari soalan nih.

Nota kaki : Yang penting kita mesti Happy.

Monday, June 7, 2010

TAG LAGI MA...

Salam,

Sweetie dah kene Tag lagi ma..

1. Thank and link the person that tagged you

Tima kasih buat http://Lelord-mamanajlaa.blogspot.com yang Tag Sweetie..Pagi2 lagi tengok kat shoutbox "Anda dah kene Tag" so bak kata pepatah orang memberi kita menerima... Thank you.

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Ok Ini dia blog yang terpilih…10 jer yang sweetie dapat tulis kat sini.Letih weh..hehe


3. Contact that blogs and let them know they've been tagged.

Alright…No problem ma.

4. State 7 things about yourself

1) Sweetie suka sangat lihat cermin (Sambil masak pun leh masuk bilik jap tengok cermin hehhe)

2) Tak makan ayam/burung/angsa (Ada sejarah napa tak makan nih)

3) Suka tersenyum (dah lahirnya memang suka senyum- jangan marah ye)

4) Suka sama kanak-kanak (tak tahu napa pula…budak-budak pun suka kawan sama ngan Sweetie…)

5) Suka alatan kosmetik. Beli tapi tak reti pakai.. (Bukankah membazir namanya hee....psstt...abg tak tahu nih)

6) Suka jalan-jalan (Ada duit semua jadi..tak der duit lepak jer la kat umah).

7) Suka bergurau senda..hehe..tanpa Sweetie…sunyi juga yer (penghibur dikala duka dan sunyi…eh ye ker????)

Thursday, June 3, 2010

THINK-THINK-TAG

Salam Sayang Semua

Terima kasih buat Cik Amy http://lolipop234.blogspot.com/ yang tag Kak Sweetie soalan think -think tag ni hehhee…. Sweetie dah selesaikan tag yang diberi sesuai dengan Nama blog yang bermula dengan S for (SWEETHONEY).. pening juga kepala Kak Sweetie, tapi …. Akhirnya…..kini pasti….ku merasai….cinta….eh ternyanyi lah pulak….(terjawab juga soalan-soalan cepumas ni.).

Rules :It's harder than it looks...Copy to your own notes...Erase my answers...Enter yours and tag twenty (20) people...Use the first letter of your name to answer each of the following questions...They have to be real...Nothing made up...If the person before u had the same first initial, you must use different answers...You cannot use any words twice...and You can't use your name for the boy / girl name question

What is your name: Sweetie

A four letter word:
safe

A boy’s name:
Shaun

A girl’s name:
Shima

An occupation : Secretary

A colour: Scarlet (hmm.merah sangatlah Mak Ngah)

Something you wear: Scarf

A food: Sandwich

Something found in the bathroom:
Shampoo, Sabuunnn…

A place: Switzerland ..(bilalah nak sampai lagi hehe…)

A reason for being late: Sakit perut, Something wrong with my car ma..hehhe

Something u shout: Shut up!

A movie title:
Superman

Something u drink : Soya Bean

A musical group:
Search

An animal : Seagull

A street name: Sehala …..(hehe. boleh ker jalan sehala)

A type of car:
Sonata

Ha… sekarang giliran sweetie pula serahkan pada kengkawan sweetie kat blog ni nak menjawabnya. Cuba jgn tak cuba. Okay pada teman-teman yang terpilih di list bawah tu sudi-sudilah menjawab tag ini ya. Pada teman-teman yang lain juga sweetie mengalu-alukan anda untuk menjawab soalan Think-think tag ni. Saja suka-suka release tension ma….hehhehe.

NUR HAWA
SALJUQASEH
PERMATA HATIKU
FADZLIN IRINA
MUMUN
NOTTI NETTI
DUNIA APEEZ
MAZ ANDY
NONIE
LELA-LELORD
HAMSINI

Wednesday, June 2, 2010

KEJAMNYA YAHUDI LAKNATULLAH

Salam Semua,
Sungguh kejam sekali tentera Israel Yahudi terkutuk ni membuat serbuan ke atas misi kemanusiaan ke Gaza. Sedih sekali kita mendengar, misi kemanusiaan yang yang diwakili oleh orang awam dan tidak membawa senjata telah digempur dengan tentera komando mereka dan menyebabkan 9 orang terbunuh dan menawan aktivis yang lain sebagai banduan dengan alasan menyatakan aktivis memasuki wilayah mereka secara haram.
Begitu jeleknya kita melihat Israel dengan begitu angkuhnya menunjukkan kekuasaan tanpa dicabar oleh kuasa lain, kuasa yang hanya mendiamkan diri tanpa ambil peduli dengan umat Islam di Palestin dizalimi sedemikian rupa. Walaupun segala kelengkapan aktivis, bekalan telah dirampas, tetapi misi ini berjaya sampai ke seluruh pelusuk dunia yang menyatakan sekatan ke atas Gaza sejak 2007 lagi patut dibubar dan tidak adil sama sekali.

Syukur Alhamdulillah juga seramai 12 orang aktivis Malaysia telah dibebaskan, walaupun mereka telah dilayani sebagai banduan selama lebih 16 jam, dengan layanan yang kasar dan segala peralatan juga dirampas. Semoga mereka selamat kembali ke Malaysia dan semoga usaha mereka ini membuka hati mereka yang lain meneruskan jihad mereka tanpa jemu, tanpa ragu, tanpa takut sehingga ke akhirnya.

Mengapalah Negara-negara Islam yang lain begitu payah bersatu menentang Yahudi ni. Apakah agaknya yang membelenggu mereka? Sampai bila agaknya Israel akan terus berkuasa dan zalim terhadap penduduk Palestin? Apakah agaknya yang boleh kita buat? Dari jauh hanya doa yang kita utuskan, dan memboikot produk keluaran/perkhidmatan mereka. Semoga kaum zalim laknatullah dan sekutunya ini segera mendapat pembalasan dan bala dari Allah swt. Amin.