Tuesday, September 28, 2010

SWEETIE BALIK KAMPUNG.

Salam Sayang Buat Sahabat-Sahabat Semua,
Blog Sweethoney akan bercuti beberapa hari kerana Sweetie dan Suami akan pulang ke Tehran. Sweetie akan bertolak esok 30hb Sept sehinggalah 12hb Okt ni.
Tahun lepas dalam bulan Disember Sweetie dah pun ke sana jumpa ibubapa dan keluarga kat sana. Alhamdulillah mereka menerima dan melayan Sweetie dengan amat baik sekali. Masa kat sana Hubby Sweetie sempat juga bawa berjalan-jalan ke serata tempat yang bersejarah, menarik kat sana. Anak buah suami kata, jadi Marco Polo, kerana tak duduk diam kat Tehran merayap jer sehinggalah sampai ke sempadan Iran, Turki. Sweetie letak beberapa gambar kat sini. Layan jer la…jgn lihat gambar muka tue2 Sweetie ngan suami tu, hehhee lihat gambar pemandangan tu, cantikkan.. sejuk sangat cuaca masa tu.


Doakanlah Sweetie selamat dan perjalanan kami berjalan lancar. Blog Sweethoney akan beroperasi semula..hmm ayat....beroperasi.... aktif semula bila Sweetie pulang nanti InsyaAllah. Aperpun rindu-rinduanlah kita yer, tak dapat blogging macam selalu dan kunjung mengunjung.

Jomlah ikut Sweetie ke Iran….kita jalan-jalan.








Thursday, September 23, 2010

SIAPA JIRAN ANDA YER?

sALAM sEJAHTERA sEMUA,

Kebelakangan ini kita jadi takut juga dengan berbagai kejadian yang berlaku angkara dari jiran sendiri, kes kecurian, memperkosa anak jiran, suka mencari gaduh dengan jiran dan terbaru, kisah jiran yang membunuh ustazah dan anaknya. Dengan alasan terlupa membawa kunci rumah, pembunuh berpura-pura meminta bantuan untuk masuk ke rumahnya melalui rumah ustazah tersebut. Oleh kerana sikap yang baik ingin membantu dan percayakan jiran, sebaik pintu dibuka pembunuh atau dikatakan jiran tu terus saja menyerang, membunuh dan merompak mangsanya tanpa belas kasihan. Kadangkala kita rasa kita telah mengenali jiran-jiran kita, tetapi adakah setakat mengenalinya melalui raut wajah sahaja tanpa tahu apakah aktiviti mereka dan hati budinya telah cukup dan memadai?...

Gitulah kadangkala kita pun tak mahu dicap sebagai busybody, terutamanya duk flat cam Sweetie ni, Kalau nak ikutkan ada ramai jiran. Macam2 bangsa ada ma…1 malaysia dan luar Malaysia pun ada juga ma ….Mat Negro ada, Pak Arab ya habibi ya maulana ada juga. bangladesh, pakistan kuch2 ho tahei..ada, Indon,Vietnam pun ada. . Itulah bahayanya. Ada juga yang murah dengan senyuman dan menegur kita, tetapi ada juga sebaliknya takut juga nak balas senyuman mereka ni kadangkala. Senyuman nakal pun ader....tu yg takut tu…

Duk kat umah Flat ni, dah tentunya rumah sebelah menyebelah silih berganti penyewanya. Baru jer keluarga India berpindah digantikan dengan orang baru, sampai sekarang Sweetie tak kenal siapa. Pintu pun tak pernah terbuka, jiran sebelah kanan rumah anak dara sebelah Malaysia Timur nuh... Tak tahulah islam atau tidak, ada juga nampak pakwe2 mereka datang. Jadi biarkanlah…. walaupun kadangkala sama-sama terserempak.Pernah kita senyum, diorang buat dunno jer…agaknya diorang mahu privacy, tak mahu ditegur atau dikenali sesiapa.

Masing-masing berjaga-jaga. Macam tu lain kali kita pun takut nak senyum dan nak kenal mereka. Kenalah jaga tepi kain sendiri kalau bahasa kasarnya (kau dengan hal kau, gua dengan hal gua. so jgn campur) ada ku kesah...Bukan sombong ma..…tapi itulah hakikatnya ..tak mahu dituduh hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Sweetie pun sedar juga hidung Sweetie pun bukan mancung, kemek semacam jer..hehhehe.

Jiran dihadapan rumah Sweetie, dari Indonesia, elok ramahnya, ramai juga satu rumah, tak tahu hubungan mereka dan sebelum tu 2 orang Bangladesh menumpang rumahnya juga dan katanya jimat kos sewa. Itulah jiran Sweetie yang paling hampir, rumah berikutnya cina dan India..tapi sunyi jer..sesekali nampak ada juga tegur Say hi2 bye2 gitu..cam lagu lak yer…

Berbeza dengan kejiranan di taman atau jiran kita dikampung. Hubungan amat rapat dan jadi macam keluarga kita pulakkan? Berlainan bangsa pun boleh menjadi jiran yg rapat dan saling mempercayai. Orang kata bolehlah diharap untuk meminta bantuan jika ada kesulitan atau kesusahan. Berat sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing. Sepakat membawa berkat dan yang pentingnya. Harapkan pagar, janganlah pagar makan padi pulakkan..…

Sunday, September 19, 2010

SERONOKNYA BERAYA.

Assalamualaikum,

Dah rindu Sweetie nak menulis kat blog ni, rindu juga sama teman-teman semua. Apa khabar disana? Disini sihat-sihat aja alhamdulillah. Agak liat juga nak memulakan kerja hari ni setelah seminggu bercuti rayakan?. Wah seronoknya beraya berkunjung-kunjungan, berjalan-jalanan, makan-makanan, tidur tiduran, relax relaxan..tonton tontonan hmm… apa punya ayat tuh.. hehe terlebih makan lemanglah ni…..Kalau lu ada masalah baca gua punya entli aa….gua talak helan woo.. sebab gua sendili baca pun ada cikit penin ma….. Ini ayat lalam gua punya entli ale ckit pusin-pusing woo….(heheh lawak sikit weh..kala tak mau ketawa, senyum sikit jer okaylah tu…jangan ler buat muka serius, ala senyum la sikit….sikit saja ma….. tengok tu….serius lagi…hmm sah lawak sweetie tak menjadi nih).

Berat badan Sweetie pun rasa bertambah nih. Mana taknya. asyik makan jer. Ada jer biskut-biskut yang nak ditest rasanyer..hehhee Waktu bulan puasa ada jugaklah kurang berat 2 kilo, raya ni naik berapa kilolah pulak entahlah...jgn-jgn bertambah dari berat asal ishkk....sudah…kena pergi timbang lepas ni. Raya tahun ni Sweetie beraya apa yg ader jer. Dapat gaji pun jam 12.00 tgh last minute hari khamis sebelum raya. Orang lain dah berada dikampung, Sweetie masih berada Opis.. Siap bawak anak2 gi opis, maklumlah sorang jer kerja. So hari tulah sweetie pergi shopping ala-ala kadar jer buat beli baju raya anak2. Shopping cepat-cepat nak mengejar masa gitu. Syukur alhamdulillah ada juga rezeki gaji pada saat akhir Ramadan.

Takder pulak gambar-gambar raya nak dipaparkan kat sini. Sweetie dok bersiap juga cantik-cantik berbaju raya, touch up seadanya, make up sikit2, tapi masing-masing dalam dok sibuk dengan aktiviti membedal, melantak ketupat lemang, rendang, berbual macam2 topik hangat, sampai terlupak lak nak ambil gambar beraya. Hmm tulah dia…. Aper pun raya tetap meriah juga dan hari ni pun dah 11 hari kita berayakan?..hmm begitu cepatnya masa berlalu yer..

Bab cerita raya ni, yang paling seronok tentunya budak-budak.Gitulah kisahnya anak-anak Sweetie yang 3 orang ni.. haa.. balik jer dari kampong, terus sms kawan-kawan, ajak jalan2 raya. Hmm macam tak tahu lak (Raya 2 dlm 1) sambil beraya, cari duit raya lah tu. Duit top up h/phone tak merayu cam selalu minta kat Sweetie dah. Masing2 dah kaya weh…bukan main lagi yer..…

Budak berdua ni kalau hari biasa susah juga nak bangun pagi, terutamanya anak yang bungsu tu, mandi pun kene suruh, tapi bila bab raya ni hmm cepat jer dia…pandai pula pilih baju dan tudung sendiri. Kalau tak tu, Sweetie juga yang mengaturkannya. Hmm 9.30 pagi lagi dah dah keluar rumah untuk beraya. Balik rehat sekejap, pastu sambung semula sampailah jam 6.30pm..tinggallah Sweetie berdua-duaan ngan hubby, dok tengok Tv, Masak,.. tapi takder sapa nak makan,.ajak mereka makan, katanya perut dah kenyang. hmm..

Anak yang sulung tentunya tak joinlah diorang. Dah kira dewasalah tu, control macho ma…cuma pergi open house jer. Pegi open house pun konvoi motor ramai-ramai gitu, hmm..baju pun ikut konsep weh…, hamboi…! kalau baju melayu, ha..pakat pakai baju melayu ramai2, kalau baju tema t.shirt hitam, ha..semualah hitam..hmm muda remajalah katakan…

Ni pula perbualan Sweetie ngan Anak perempuan Sweetie,

"Adik bawa aper tu dik? Mama nampak macam surat jer"…

"Ermm,... tak der aper-aperlah ma, Cuma list nama jer.

"List nama? Nama saper dik. Mih mama tengok jap"?

Amboi…mana Sweetie tak ketawa baca list nama2 rumah yang bakal dikunjungi. Siap buat 1 list lagi tuh. Rupanya list ni dah siap sebelum raya lagi. Camnilah cara list nama-nama tu ditulis. Panjang list nya..pastu kalau tak tahu nama tuan rumah tu dia main hentam jer main letak ler aper yang patut macam kat bawah nih..

Rumah makcik tepi padang
Rumah cikgu Zaid
Rumah besar ada pokok mangga
Rumah Ustazah
Rumah kuning ujung blok
Rumah Ummi
Rumah makcik perasan cantik
Rumah makcik putih

Sweetie dengar nabil bertanya adiknya.

"Eh rumah makcik yang perasan cantik tu, kau dah pergi ker belum? Belum lagi adiknya menjawab.

Sweetie pun menyampuk rumah Makcik perasan cantik yang mana?.Napa pandai-pandai jer bagi gelaran kat orang ni…

"Ala ma. …Makcik tu kawan mama juga, ada juga kadang-kadang mama borak2 ngan dia bila mama terjumpa masa beli nasi lemak. Kat taman tu semua budak-budak gelar macam tu ma…, Nabil ikut jerla. Manalah nabil tau nama sebenar makcik tu.

Ishkk..budak-budak ni ada-ada jer…. macam-macamlah diorang ni.

Camner raya anda tahun ni…Meriah ker??

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SaLaM AiDiLfItRi,

Sweetie mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua
rakan-rakan blogger, sahabat-sahabat yang mengenali Sweetie
walau dimana jua anda berada.

Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,
tersilap bicara di sepanjang perkenalan kita.
kupohon agar keakraban persahabatan kita
berkekalan hingga akhir hayat.

Jika makan rendang dan lemang tu ingat-ingatlah
kat Sweetie, Kak Sweetie, makcik Sweetie kat sini okay.
Semoga saudara/saudari semua ceria dan bergembira di hariraya.

Berhati-hati dijalanraya. Jumpa lagi.

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri

Raya menjelang tiba, Sweetie tujukan lagu ni buat semua teman-teman blogger dan semuanya yang mengenali Sweetie. Jangan lupakan Sweetie di Hari Raya nanti.

Jom kita Layan lagu raya ni…



Jamal Abdillah Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum

Salam hamba hulur tanda ingatan

Buat semua insan umat Islam

Di pagi syawal

Pada bonda tercinta

Pada ayah yang rela berkorban

Mohon keampunan dosa-dosa

Yang ku lakukan

( korus )Untukmu duhai dinda

yang setiaHarungi derita

Marilah bersama kita saling

Bermaaf-maafan

Semoga lebaran ini

Membawa keinsafan diri

Sejarah yang hitam

Agar tidak terulang

Untuk selamanya

Pada dia yang pergi

Kita hulur doa tulus suci

Agar roh mereka dicucuri

Oleh rahmat Nya

( ulang dari korus )

Thursday, September 2, 2010

PADA SAPA SWEETIE NAK MENGADU

Salam Sayang Semua,
Saban hari lagu-lagu raya telah mula berkumandang di radio. Maklumlah hari lebaran akan tiba beberapa hari jer lagi dan bahang kemeriahannya juga telah mula terasa. Dengar lagu Raya pagi ni, sayu jer rasa hati Sweetie…
Tentunya sahabat-sahabat diluar sana sedang rancak membeli belah buat persiapan raya buat anak-anak dan keluargakan. Tapikan..lain pulanya hal nya sweetie dan rakan seperjuangan kat opis ni senyap jer..Lagu raya pun tak berkumandang seperti tahun2 lalu. Semuanya tak ader mood. Sunyi jer Opis ni.

Tulah dia, gaji dimanalah gaji. Gaji tak masuk lagi.

Client A,

Invoice dihantar berbulan2 sebelum raya, berpuluh kali Sweetie telefon, bertanyakan bila payment boleh dibuat ke atas invoice, jawabnya ok pihak kami tak der masalah. Lega Sweetie mendengarnya. Bila payment tak masuk Sweetie telefon semua dan berkali2 tak berjawab begitu juga dengan pesanan-pesanan Sweetie tinggalkan tak juga dia telefon balik. Handphonenya dimatikan. Setelah puas berusaha dan akhirnya berjawab..Er...maaf Puan, invoice tu kena betulkanlah balik...saya dah check ada sedikit pembetulan pada cost projek. Sebelum tu Sweetie dah tanya dah samada ada masalah ker tidak dengan invoice tu dan jika ada kami akan betulkan segera. Jawabnya "Oh..saya dah semak dah, ok tiada masalah, kami boleh proceed untuk payment". Bila saat akhir baru ada masalah dan mahu diperbetulkan dengan segera. Segala keperluan telah kami penuhi tapi sampai la…ni payment tak juga masuk.

Client B

Client ini pula Sweetie telefon juga bertanyakan payment. Jawabnya kami akan semak. Ambik masa 2 bulan menyemak dokumen, bila kami call semula katanya mereka tak dapat dokumen itu, mungkin sampai ke Dept lain. Kenapalah mereka tak call semula kata mereka cuba cari document tu untuk semakan tapi tak jumpa. Padahal dokumen dihantar by hand, Siap kat sampul surat tu tulis Dept yang dimaksudkan. Kemanalah surat tu menyorokkan diri. Sekali lagi kami hantar dan bagi masa diorang buat semakan. Kemudian kami telefon lagi barulah beritahu, oh ada sedikit pembetulan. Ok kami siapkan segera dan hantar semula. Bila Tanya bila bayaran boleh diterima, ha barulah mereka perlukan satu surat pengesahan dari syarikat pula.. Tak mengapalah syarikat awak nak surat macammna pun kami boleh hantar, masalahnya kenapa tak call kami beritahu, apa kehendak client, kalau diam begitu siapa pun tak tahu apa requirement mereka. Tunggu kami call chase payment baru beritahu…sobar eh lah. Rasa nak nangis ditendang cam bola gitu.


Inilah dia Jawapan yang menyedihkan..bukan consultant awak sorang yang mahukan payment, ramai lagi yang menunggu. Takkan syarikat awak tak ada sumber lain nak bayar gaji? Kami faham, tapi Sweetie terpaksa merayu juga agar payment dapat seberapa segera untuk buat bayaran gaji bulan ni, maklumlah hari raya hampir tiba.. Hmmm letih aaa..Sweetie.

Sejak arwah Datuk meninggal dunia, syarikat ni dah kelam kabut..dah kritikal dengan tiada pengurusan yang bernama 'Boss' yang betul-betul mahu bertanggungjawab dan menguruskan semula syarikat. Konflik berterusan dengan perebutan kuasa di dalam syarikat berlaku. Sweetie dan rakan-rakan sangat sayang syarikat ni kerana telah lama berkhidmat dan tak mahu syarikat ni berkubur. Hmm kat sapa Sweetie nak menumpang mengadu…tak tahulah bagaimana nasib kami selepas ini. Kami saja kat opis ni yang bertungkus-lumus untuk memastikan kehendak client dalam projek ditepati dan mahu syarikat ini aktif kembali. Boss yang berebut sangat hendakkan syarikat ni langsung tak nampak bayang.Tak bertanya khabar. Ibarat kami sekarang ni seperti kapal yang tiada Nakhoda dan hanya menunggu masa untuk karam…