Monday, November 1, 2010

BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU

Salam,Bagaikan kaca terhempas ke batu. Berderai dan bersepai tiada apa yang tinggal lagi. Apa yang Sweetie takutkan akhirnya berlaku juga dalam hidup ini. 3 hari sebelum gaji, kami semua telah diberhentikan kerja. Menangis dalam hati mengenang nasib menimpa diri. Sebagai wanita hanya airmata peneman diri memikirkan apa yang bakal terjadi. Sweetie tak tahu apa nak buat dalam keadaan runsing dan tertekan. Rasa sedih yang amat-amat sangat sehinggakan tak tertahan airmata mengalir ketika menulis N3 ini. Bukan Sweetie mahu menceritakan cacat cela syarikat, hanya meluahkan sedikit apa yang terkilan dihati.

Tidakkah mereka fikir, Sweetie dan rakan-rakan telah lama menyumbangkan bakti di sini. Sejak kembalinya Datuk ke rahmatullah, dunia pekerjaan kami menjadi kacau bilau. Terjadinya perebutan kuasa, bukannya perebutan kuasa, lebihnya perebutan harta. Memang sesedap rasa mengeluarkan kata-kata, memberhentikan pekerja tanpa rasa bersalah. Memberhentikan kami tanpa sebab dan tanpa 1 sen pun pampasan walaupun dah berbelas tahun kami disini.

Bagi pengarah dahulu mereka masih sanggup untuk terus memajukan syarikat ini, masih ada projek, masih ada lagi outstanding payment, masih ada harapan tetapi boss baru (abg arwah) tidak percayakan mereka berdua yang telah lama berjuang bersama-sama arwah datuk memajukan syarikat ini sejak dahulu lagi. Akhirnya pengarah lain berhenti dan tinggallah sang juara dengan lagaknya.
Pada Sang Juara tak adakah sedikit pun perasaan belas dihati atau anda memang seorang insan yang memang kebal dan tidak terkesan dengan rayuan dari kami.
Apa yang dimahukan lagi. Ambillah syarikat ini, tetapi hidupkan sebagaimana dahulu. Bagi kami cukuplah kalau syarikat ini terus kekal dan tidak karam bagai dilanda tsunami kerana kami amat sayangkan syarikat ini.
Pada rakan-rakan dan teman-teman Sweetie kat sini terima kasih kerana sudi membaca luahan hati Sweetie dan terus memberi semangat pada Sweetie. Maaf jika Sweetie tidak dapat mengunjung balas blog teman-teman buat seketika.
Jika ada terbaca jawatan kosong di mana-mana sebagai Setiausaha atau Pembantu tadbir HR, silalah e-mail pada Sweetie yer. Sweetie amat menghargainya dan ucapan terima kasih buat anda semua. Sampai jumpa lagi InsyaAllah.
mts_lina @yahoo.com