Sunday, September 19, 2010

SERONOKNYA BERAYA.

Assalamualaikum,

Dah rindu Sweetie nak menulis kat blog ni, rindu juga sama teman-teman semua. Apa khabar disana? Disini sihat-sihat aja alhamdulillah. Agak liat juga nak memulakan kerja hari ni setelah seminggu bercuti rayakan?. Wah seronoknya beraya berkunjung-kunjungan, berjalan-jalanan, makan-makanan, tidur tiduran, relax relaxan..tonton tontonan hmm… apa punya ayat tuh.. hehe terlebih makan lemanglah ni…..Kalau lu ada masalah baca gua punya entli aa….gua talak helan woo.. sebab gua sendili baca pun ada cikit penin ma….. Ini ayat lalam gua punya entli ale ckit pusin-pusing woo….(heheh lawak sikit weh..kala tak mau ketawa, senyum sikit jer okaylah tu…jangan ler buat muka serius, ala senyum la sikit….sikit saja ma….. tengok tu….serius lagi…hmm sah lawak sweetie tak menjadi nih).

Berat badan Sweetie pun rasa bertambah nih. Mana taknya. asyik makan jer. Ada jer biskut-biskut yang nak ditest rasanyer..hehhee Waktu bulan puasa ada jugaklah kurang berat 2 kilo, raya ni naik berapa kilolah pulak entahlah...jgn-jgn bertambah dari berat asal ishkk....sudah…kena pergi timbang lepas ni. Raya tahun ni Sweetie beraya apa yg ader jer. Dapat gaji pun jam 12.00 tgh last minute hari khamis sebelum raya. Orang lain dah berada dikampung, Sweetie masih berada Opis.. Siap bawak anak2 gi opis, maklumlah sorang jer kerja. So hari tulah sweetie pergi shopping ala-ala kadar jer buat beli baju raya anak2. Shopping cepat-cepat nak mengejar masa gitu. Syukur alhamdulillah ada juga rezeki gaji pada saat akhir Ramadan.

Takder pulak gambar-gambar raya nak dipaparkan kat sini. Sweetie dok bersiap juga cantik-cantik berbaju raya, touch up seadanya, make up sikit2, tapi masing-masing dalam dok sibuk dengan aktiviti membedal, melantak ketupat lemang, rendang, berbual macam2 topik hangat, sampai terlupak lak nak ambil gambar beraya. Hmm tulah dia…. Aper pun raya tetap meriah juga dan hari ni pun dah 11 hari kita berayakan?..hmm begitu cepatnya masa berlalu yer..

Bab cerita raya ni, yang paling seronok tentunya budak-budak.Gitulah kisahnya anak-anak Sweetie yang 3 orang ni.. haa.. balik jer dari kampong, terus sms kawan-kawan, ajak jalan2 raya. Hmm macam tak tahu lak (Raya 2 dlm 1) sambil beraya, cari duit raya lah tu. Duit top up h/phone tak merayu cam selalu minta kat Sweetie dah. Masing2 dah kaya weh…bukan main lagi yer..…

Budak berdua ni kalau hari biasa susah juga nak bangun pagi, terutamanya anak yang bungsu tu, mandi pun kene suruh, tapi bila bab raya ni hmm cepat jer dia…pandai pula pilih baju dan tudung sendiri. Kalau tak tu, Sweetie juga yang mengaturkannya. Hmm 9.30 pagi lagi dah dah keluar rumah untuk beraya. Balik rehat sekejap, pastu sambung semula sampailah jam 6.30pm..tinggallah Sweetie berdua-duaan ngan hubby, dok tengok Tv, Masak,.. tapi takder sapa nak makan,.ajak mereka makan, katanya perut dah kenyang. hmm..

Anak yang sulung tentunya tak joinlah diorang. Dah kira dewasalah tu, control macho ma…cuma pergi open house jer. Pegi open house pun konvoi motor ramai-ramai gitu, hmm..baju pun ikut konsep weh…, hamboi…! kalau baju melayu, ha..pakat pakai baju melayu ramai2, kalau baju tema t.shirt hitam, ha..semualah hitam..hmm muda remajalah katakan…

Ni pula perbualan Sweetie ngan Anak perempuan Sweetie,

"Adik bawa aper tu dik? Mama nampak macam surat jer"…

"Ermm,... tak der aper-aperlah ma, Cuma list nama jer.

"List nama? Nama saper dik. Mih mama tengok jap"?

Amboi…mana Sweetie tak ketawa baca list nama2 rumah yang bakal dikunjungi. Siap buat 1 list lagi tuh. Rupanya list ni dah siap sebelum raya lagi. Camnilah cara list nama-nama tu ditulis. Panjang list nya..pastu kalau tak tahu nama tuan rumah tu dia main hentam jer main letak ler aper yang patut macam kat bawah nih..

Rumah makcik tepi padang
Rumah cikgu Zaid
Rumah besar ada pokok mangga
Rumah Ustazah
Rumah kuning ujung blok
Rumah Ummi
Rumah makcik perasan cantik
Rumah makcik putih

Sweetie dengar nabil bertanya adiknya.

"Eh rumah makcik yang perasan cantik tu, kau dah pergi ker belum? Belum lagi adiknya menjawab.

Sweetie pun menyampuk rumah Makcik perasan cantik yang mana?.Napa pandai-pandai jer bagi gelaran kat orang ni…

"Ala ma. …Makcik tu kawan mama juga, ada juga kadang-kadang mama borak2 ngan dia bila mama terjumpa masa beli nasi lemak. Kat taman tu semua budak-budak gelar macam tu ma…, Nabil ikut jerla. Manalah nabil tau nama sebenar makcik tu.

Ishkk..budak-budak ni ada-ada jer…. macam-macamlah diorang ni.

Camner raya anda tahun ni…Meriah ker??

24 comments:

  1. salam kak...sonor beraya kan. Lela wpun balik kejap jek tp tetap rasa kemeriahan

    ReplyDelete
  2. Salam Netty,

    Salam Lebaran buat Netty sekeluarga juga. Semuga bertambah succes dalam perniagaan.
    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  3. W.salam Lela,

    Alhamdulillah. Dapat juger Lela beraya kat sini walaupun sekejap. Kalau tak mesti dah tangkap nangis punya raya diperantauan, Sedihkan kalau berhari raya jauh dari keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  4. Salam.. Wah.. bestnya kak beraya... suka cara anak akak buat list tu.. Tapi nape pulak rumah HAiri dia x mau datang,.. Kalau x.. mmg dh bagi duit raya special unt dia.. hik3...
    Hairi punya raya tahun ni biasa2 jer..

    ReplyDelete
  5. salam kak
    hahaha...ada list..bagus betul..

    ReplyDelete
  6. W.Salam Prince,

    Tulah dia budak2 sekarang. Ader saja perancangannya. Dia tak gi rumah Prince sebab luar kawasan ma.Bukan kawasan yang sewaktu dengannya.Kalau rumah Prince dekat sini, kak Sweetie suruh mereka terjah dulu.Sesudah subuh lagi.

    ReplyDelete
  7. W.salam Hawa.

    Agaknya senang tak yah nak fikir rumah mana nak pegi, bile tengok list ok kita gi rumah ni, pastu rumah ni...hehhe
    Kelakar betul bila baca list tu...

    ReplyDelete
  8. salam singgah..moga
    anda selalu sihat
    dan di rahmati Allah
    selalu hendaknya..

    ReplyDelete
  9. salam kak sweetie:)

    alalla, comei klu adik beradik berceloteh lucu2..sape mak cik yang perasan cantek tuu?? hahahha..lucu ank2 kak sweetie:)) anyway, selamat hari raya sekali lg lah ye:)) then, semoga kak dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.:) amin ya rabb.

    ReplyDelete
  10. Salam Lebaran En Zul,

    Terima kasih singgah. Semoga anda juga senantiasa berbahagia.

    ReplyDelete
  11. W.salam Fifiey,

    Hehe.. memang ramai kat taman tu, makcik yang cantik2. entah mana satu yang dimaksudkan.Suka juga kak Sweetie dengar perbualan mereka adik beradik.lucu kadangkalanya.

    Kak Sweetie juga mendoakan kesejahteraan dan semoga Fifiey sentiasa sukses dalam apa jua lapangan yng diceburi.

    ReplyDelete
  12. rumah makcik perasan cantik tu, rasa juga nak ikut pergi sama
    banyak mana la perasannya
    hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam tehr,

    jomla kita beraya ramai-ramai kat sana..siapalah yang dimaksudkan yer, anak Sweetie and the gang jer yang tahu. Pastinya makcik tu mesti glamourkan..

    ReplyDelete
  14. Haha...Ade gaye bakal akauntan yang berjaye tu...

    ReplyDelete
  15. Salam JD,

    Hehe.yelah JD. Dok mengira duit raya dua beradik tu..tak tahulah apa yg nak dibelinya.

    ReplyDelete
  16. salam kak sweetie, me pon rindu kat akk..selamat hari raya kak.maaf zahir batin..lama x jengah blog akk ni..sowwy ye kak...

    ReplyDelete
  17. salam..
    Seronok tengok anak-anak macam tu bersemangat nak beraya..masih kekalkan tradisi hari raya..di sesetengah tempat budak2 dok rumah je tengok tv.

    ReplyDelete
  18. W.salam Qelissa,

    Yelah lamanya Qelissa cuti beraya.baru ari ni muncul kembali,kembali berblogging ya Qelissa. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  19. W.salam Ozzy,

    Ya.Sweetie seronok juga tengok mereka jalan berkumpulan dari rumah ke rumah.Terasa suasana raya tu. Dalam pada tu Sweetie pesan juga kat anak2, elok-elok bila berada dirumah orang.

    ReplyDelete
  20. makcik perasan cantik yg duk dekat rumah kak sweety sihat ke? :).. hihihi

    ReplyDelete
  21. Salam Ladybird,

    tak tahulah kak Sweetie apa khabarnya makcik perasan cantik tu. Tapi depan rumah akak keluarga indon...nampak diorang okay jer..

    ReplyDelete
  22. salam kak, seronoknya beraya ye.. :)

    ReplyDelete
  23. W.salam Mia,

    Mana tak seronoknya, asyik makan free ni mia. jimat.hehhe

    ReplyDelete