Tuesday, August 24, 2010

ALA...COMELNYA.

Assalamualaikum,
Istimewanya Premature baby.

Nak tahu cerita tak? Hehhe bukan cerita mengumpat tau….bulan posa ni.. Sebenarnya Sweetie mempunyai empat orang anak?.. Kesemuanya dilahirkan tidak cukup bulan, ha..itu cerita sensasinya. bila masuk jer 6 bulan kehamilan Sweetie dah mula mengalami kontraksi sakit untuk melahirkan dan terpaksalah Sweetie ditahan di hospital demi mengelakkan kelahiran awal. Walaupun sains perubatan semakin maju, namun kat hospital juga baby tetap nak keluar walaupun belum sampai waktunya..Cukup jer 7 bulan secara automatic sampai waktu untuk Sweetie bersalin. Pernah rakan sekerja Mr Sun berkata kat Sweetie, “U jgn sedih aa…kita orang Cina kata anak-anak lahir tak cukup bulan banyak bagus ma.. banyak ong.. ooo..”

Mak Sweetie ada 10 anak, tetapi semuanya dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari dan ada yang terlebih harilah pulak baru lahir. Kedua2 kakak sweetie juga melahirkan anak cukup 9 bulan. Jadi ianya bukanlah factor keturunan.

Agaknya kerana Sweetie ni jenis lembik orangnya…ingat Sweetie masa sekolah rendah, cikgu Umad nama cikgu tu, dok tanya dah besar nak jadi apa? Sweetie jawab nak jadi polis, sebab suka ngan baju uniform polis tu.. hehe…siap cikgu pegang2 tangan, ha..macam ni lembik nak jadi polis nih..hha..cikgu pun tahu Sweetie ni camner.. Sweetie rajin juga masuk acara sukan, kalau sukan lumba lari pun memanglah sweetie akan dapat no. 2 akhir, kalau Road Run kat sekolah pun Sweetielah orang yang ke 10 akhir sampai gitu..ha,..bukan nombor corot tahu. Kalau bab memasak pula orang dah masak 4 jenis masakan, Sweetie baru masak 2. Hmmm...Masak juga ekk..

Itulah agaknya orang mengandung 9 bulan Sweetie 7 bulan jer….perut pun tak sempat membesar sangat..baby pun macam tahu mamanya lembik kot..tak larat bawak perut., maka cepat2 dia lahir yer.hehhe tengok, tengok..sweetie mula membebel, dah lari tajuk nih…

Anak pertama Sweetie perempuan, tapi dia lahir waktu 6bulan lebih Sweetie mengandungkannya dan tak dapat diselamatkan. Dia meninggal waktu dilahirkan. Dah cukup sifatnya, tapi takder rezeki Sweetie. huhu. Melalui pemeriksaan Doktor pun tiada jangkitan kuman,.Ramai doktor2 dtg memujuk Sweetie yang tak henti menangis pada ketika tu..sedih weh…

Anak kedua lelaki, Muhamad Fikri, bulan puasa pada ketika itu, sakit semasa dioffice, dan waktu lunch hour minta kawan sekerja anta umah mak. Kononnya nak tanya mak sakit apa macam ni, kenapa sakit pinggang, haa..sampai kat umah mak, baby dah nak kuar sangat dan lahir disana, kecil, agak hitam kulitnya, kerna kulit tak tegang. Kakinya sebelah biru lebam..kesejukan. kecil sungguh. Nurse minta Sweetie ke hospital dan baby ditempatkan di incubator..beratnya lebih kurang 1 kilo lebih. Dr tak beri Sweetie menyusukan dia kerana rahang mulutnya tak cukup kuat tak boleh untuk dia menghisap. Lalu susu dimasukkan melalui tiub yg diletakkan dihidungnya.Lebih kurang 3 minggu juga Sweetie kat hospital, barulah dibenarkan pulang.

Anak ketiga lelaki, Muhammad Nabil perkara sama berlaku, Sweetie masuk hospital kerana ada kontraksi rahim dalam 6 bulan lebih, berusahalah Dr menahan, beri Sweetie ubat, masuk air dan akhirnya baby keluar juga. Bila saat melahirkan Dr tak beri Sweetie pegang baby sebab Dr perlu secepat mungkin memberi rawatan pada baby dan terus dimasukkan kedalam incubator.

Anak keempat, Nurul Anis sama juga masuk hospital awal, lahir juga dengan berat 1.45 kilo, samalah juga masuk incubator dan Sweetie tak berpeluang menyusukan diorang. Tak cukup susu yang diperah, Dr menggunakan susu formula .

Melihat anak-anak di dalam incubator, dengan wayar dimulut, didada, kesian sungguh melihat mereka, walaupun pampers size S, tapi bila memakainya sampai kedada. Besar Tapak kaki hanya sebesar ibu jari Sweetie..kecilnya. Sarung kaki baby dan tangan tu takleh pakai, sebab besar padanya…hhee..kelakar pun ada juga ya. Suara tangisan diorang juga tak kuat, jadi sentiasa kena letak diorang berdekatan dengan kita supaya dengar jika mereka dah jaga dari tidur. Kesemua baby tu juga lahir dalam posisi lipat kijang, kerana posisi kepala mereka masih berada di atas dan belum memusing lagi ke bawah.Tak ader masalah melahirkan kerana mereka kecil2 sangat. Alhamdulillah, Allah swt beri keistimewaan memudahkan kelahiran mereka pada Sweetie.

Gitulah anak-anak Sweetie membesar, dari proses belajar menyusur, merangkak, berjalan semuanya agak lewat dari anak normal biasa. Tapi mereka ni kuat semangat, tak selalu sakit masa kecil. Alhamdulillah mereka membesar semacam anak2 normal yang lain. Doa Sweetie semoga mereka menjadi anak-anak yang baik dan soleh. Amin.

Jadi janganlah sedih jika anak anda dilahirkan premature. Cuma jagalah dan berilah kasih sayang sebaiknya agar mereka kuat, sihat dan cepat membesar.

28 comments:

  1. Alhamdulillah kak...walau tak cukup bulan...tapi membesar dengan sihat dan kuat...Comel...

    ReplyDelete
  2. Salam Iman,

    Ya, Asalkan diorang sihat, membesar ngan elok, memang Kak Sweetie dah bersyukurlah tu Iman.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum warahmatullah..

    Mengikut Al-Quran, tempoh kelahiran adalah 6 bulan hingga 9 bulan dan tempoh menyusu boleh dalam 2 tahun.. Sepatutnya tiada istilah lahir tak cukup bulan.

    ReplyDelete
  4. slm akak. betul ckp Iman. wlaupun x ckup bulan, tp mbesar dgn baik.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. salam kak

    alhamdulillah anak2 akak sehat dengan baik...berkat kesabaran dan doa ibu(akak) jugak anak2 akak dapat membesar...mesti best kan kan dah ada 4 anak ni macam2 pengalaman ada...

    ReplyDelete
  6. Semua tu rezeki kak
    ada orang 10 20 tahun belum tentu sorang anak pun tak dapat. Mereka lah harta yang paling berharga allah pinjamkan pada pasangan di muka bumi ini :-) permulaan yang sedih akan pasti ada sinar di penghujung jalan :-)

    ReplyDelete
  7. salam,

    apabila nengok baby comel tu terasa pula nak ada baby hehe..

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Koleksi hadis,

    Ohh..begitu ya, dalam AlQuran pun dah sebut tempoh kelahiran 6 - 9 bulan.Sweetie tak tahu.Cuma bagi Sweetie kelahiran 6 bulan tu risiko tu amat tinggi bagi bayi, paru2 tak cukup kuat, tidak boleh menyusu dengan mulut, perlu sokongan dan bantuan perubatan yang baik untuk mereka membesar dan sihat.

    ReplyDelete
  9. Salam Yua,

    yer..memang masa baru lahir jer ada masalah sedikit bila dah setahun tu mereka cepat membesar seperti kanak2 biasa.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. W.salam Hawa,

    Biar banyak mana airmata tumpah, memang perkara begini menguji kita banyak bersabar untuk membesarkan diorang. Sekarang kak Sweetie ada 3 anak saja Awa. Itulah buah hati penawar jantung akak.

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadan Asyraf,

    Yer, memang ada yang berkahwin bertahun tak juga dapat anak. Ada orang kaya, harta melimpah ruah, tapi tak dapat lagi anak, begitu juga ada orang miskin, makan seciput jer, tapi setiap tahun dapat anak. Setiap dari kita ada dugaan/ujian yang berlainan.

    Anak adalah anugerah dan 1 amanah kepada kita.Jadi kenalah bertanggungjawab ke atas amanah itu.

    ReplyDelete
  12. W.salam Penjejak Maya,

    Apa kata diteruskan hajat tu, mendapat seorang anak. InsyaAllah ada rezeki.
    Sweetie pun suka tengok baby tu..comelkan..

    ReplyDelete
  13. Salam kak sweetie,
    Apa khabar kak? comelnya baby tu.
    bab premature ni... hihi. saya salah sorangnya. lahir 7 bulan, masuk inkubator. Alhamdulillah, sihat. Memang sedih bila nampak anak dalam inkubator. ada hikmahnya tu. :)

    ReplyDelete
  14. salam sweetie,

    Alhamdulillah kita dikurniakan anak semoga jadi penawar suka dan duka dalam kehidupan kita suami isteri. My wife pun dlm proses kehamilan semoga selamat hendaknya.

    Sweetie bila nak tambah anak, mana tau kehamilan kali ini cukup 9bln. Nanti boleh bawak jenjalan ke Iran. Hehehe....
    pedang samurai.

    ReplyDelete
  15. W.salam pedang samurai,
    Suka Sweetie dengar.InsyaAllah semuanya selamat dan didoakan juga awak dianugerahkan anak yang comel. Semoga hidup awak sekeluarga juga dilindungi dan diberkatiNYA.

    Aha..soalan cepumas tu....jawabnya Sweetie dah tua ma...bisa hamil lagi ya...?

    ReplyDelete
  16. W.salam Indah,

    Ha..tu dia keistimewaan seorang anak premature baby, pandai masak, pandai agama, tak gitu indah..Mesti comelnya Indah kecil2 dlm incubator..cam gambar tu yer...

    Setiap ujian Allah swt tu pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  17. jadi seorang ibu kena tabah... harus dapat hadapi segalanya

    ReplyDelete
  18. Salam Mia Liana,

    setuju Mia, Jadi ibu memang kene tabah sabar..kuat semangat.Bukan mudah nak membesarkan anak2 terutamanya dizaman moden ni.

    ReplyDelete
  19. salam sweetie,

    Tak cukup bulan, kadangx anak tu special kot! Tapi tak apa janji dia sehat dan taat pada ibubapanya.

    Jazakallah khairan.

    ReplyDelete
  20. salam akak.
    anak2 akak sudah dewasa ea?
    mudah-mudahan menjadi anak yg soleh solehah..insyaAllah

    ReplyDelete
  21. W.salam Capt,

    Yer la minta2 specialnya anak sweetie yg tak cukup bulan ni membesar menjadi anak yang soleh dan taat ibubapa. Sekarang ni Sweetielah ibu dan bapa pada diorang. jadi tanggungjawab tu besar lagi pada Sweetie.

    ReplyDelete
  22. W.salam dan tima kasih sudi singgah Cik Jari,

    Anak2 akak dah remaja..terima kasih dengan doa tu Cik Jari, Kak Sweetie hargainya.. Amin.

    ReplyDelete
  23. Tahniah Sweetie kerana menjadi seorang ibu yang tabah....

    ReplyDelete
  24. Salam BitterSweetflavours,

    Ya sama2lah kita InsyaAllah. Bukan senang nak didik anak2 sekarang ni.

    ReplyDelete
  25. salam sweetie..alhamdulillah sweetie tabah ..
    dan semua anak2 sweetie..sehat ..

    kty lak ..2 orang anak .akak ngn fir.lahir terlebih bulan ..kena induce..adik je yang ngam2..

    tapi kty 6 kali gugur..tu semua dugaan kan..
    alhamdulillah .kita tabah menghadapi ujian darinya .

    ReplyDelete
  26. W.salam Attie,

    Betul tu ada orang anaknya lahit tak cukup bulan, terlebih bulan dan ada juga macam Atty 6 kali keguguran. Napa agak nya yer...Sabar jer Atty, ada hikmah disebalik dugaan tu.

    ReplyDelete
  27. Salam...
    Kak Sweetie ada 10 anak? ramainya... mesti meriah time raye bila bkumpul..
    Prince pnya adik brdik x rmai pon.. ada 3 jek... x meriah mcm kak swetie... hik3...

    ReplyDelete
  28. W.salam.

    hehhe. Amboi..mengusik akak lagi tu ya.
    kak Sweetie ada 10 adik beradik ma....Anak cuma 3 orang.Tapi meriah juga bila kumpul ramai2 kenduri kendara atau hariraya.

    ReplyDelete