Monday, November 1, 2010

BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU

Salam,Bagaikan kaca terhempas ke batu. Berderai dan bersepai tiada apa yang tinggal lagi. Apa yang Sweetie takutkan akhirnya berlaku juga dalam hidup ini. 3 hari sebelum gaji, kami semua telah diberhentikan kerja. Menangis dalam hati mengenang nasib menimpa diri. Sebagai wanita hanya airmata peneman diri memikirkan apa yang bakal terjadi. Sweetie tak tahu apa nak buat dalam keadaan runsing dan tertekan. Rasa sedih yang amat-amat sangat sehinggakan tak tertahan airmata mengalir ketika menulis N3 ini. Bukan Sweetie mahu menceritakan cacat cela syarikat, hanya meluahkan sedikit apa yang terkilan dihati.

Tidakkah mereka fikir, Sweetie dan rakan-rakan telah lama menyumbangkan bakti di sini. Sejak kembalinya Datuk ke rahmatullah, dunia pekerjaan kami menjadi kacau bilau. Terjadinya perebutan kuasa, bukannya perebutan kuasa, lebihnya perebutan harta. Memang sesedap rasa mengeluarkan kata-kata, memberhentikan pekerja tanpa rasa bersalah. Memberhentikan kami tanpa sebab dan tanpa 1 sen pun pampasan walaupun dah berbelas tahun kami disini.

Bagi pengarah dahulu mereka masih sanggup untuk terus memajukan syarikat ini, masih ada projek, masih ada lagi outstanding payment, masih ada harapan tetapi boss baru (abg arwah) tidak percayakan mereka berdua yang telah lama berjuang bersama-sama arwah datuk memajukan syarikat ini sejak dahulu lagi. Akhirnya pengarah lain berhenti dan tinggallah sang juara dengan lagaknya.
Pada Sang Juara tak adakah sedikit pun perasaan belas dihati atau anda memang seorang insan yang memang kebal dan tidak terkesan dengan rayuan dari kami.
Apa yang dimahukan lagi. Ambillah syarikat ini, tetapi hidupkan sebagaimana dahulu. Bagi kami cukuplah kalau syarikat ini terus kekal dan tidak karam bagai dilanda tsunami kerana kami amat sayangkan syarikat ini.
Pada rakan-rakan dan teman-teman Sweetie kat sini terima kasih kerana sudi membaca luahan hati Sweetie dan terus memberi semangat pada Sweetie. Maaf jika Sweetie tidak dapat mengunjung balas blog teman-teman buat seketika.
Jika ada terbaca jawatan kosong di mana-mana sebagai Setiausaha atau Pembantu tadbir HR, silalah e-mail pada Sweetie yer. Sweetie amat menghargainya dan ucapan terima kasih buat anda semua. Sampai jumpa lagi InsyaAllah.
mts_lina @yahoo.com

Thursday, October 28, 2010

NILAH KELUARGA SUAMI

Salam,

  • Inilah gambar keluarga suami. Baba (Aghaa Ibrahim), mama (Khanum Khadijah)
  • Adik beradiknya yang sulung khanum Batul ber t.shirt kuning dan anak perempuannya suraya
  • Anak yang ke 2 Khanum Dohi yg pakai baju hijau, anak lelakinya yg baju belang dan anak perempuan ber t.shirt merah dan suaminya.
  • Anak Yang ke 3, Aghaa Abbas, kemeja putih dan isterinya Khanum Mansurah yng berbaju cokelat.
  • Anak ke 4 Khanum Nahit yang berbaju purple dan anaknya yang berbaju petak2 dan anak lelaki ber t.shirt merah.
  • dan last sekali bungsu suami Sweetie.

Note: Aghaa = Encik, Khanum = Puan

Bergambar dengan Suraya dan abangnya Amir Ruhullah. Suraya Paling rapat ngan Sweetie. Masih solo lagi tau dan study Phd in math.




hmm anakbuah ngan Pakcik.


Gambar sapa lagi, Hubby macam terkejut jer bila bergambar...

Gambar baba dan menantunya Aghaa Reza (suami Nahit)



Inilah gambar anak buah yang termuda. dah 12 tahun dah. Hussein namanya. Sian dia takder kawan. Semua sepupunya dah dewasa. Adik beradik dua orang jer..

Thursday, October 21, 2010

KURMA LU

Salam, Halet Shoma Chetori ataupun Chi Khabar- (Pertanyaan khabar)

Inilah sempat Sweetie ambil gambar pokok Kurma Lu yang berbuah dibelakang rumah Mak Mertua Sweetie, lebat buahnya. Buah ni dipanggil kurma Lu di Iran..haa..samalak nama macam buah kurma yer, kalau kita panggil buah pisang kaki atau orang putihnya sebut persimmon. Tak tinggi pokonya leh pegang ngan tangan lagi.

Sweetie tak begitu gemar sangat buah ni. Sedap lagi buah apple kot..

Musim luruh ni, buah kurma Lu nilah yang banyak dijual, anggur dan delima
kerana musim memetiknya dah sampai.

Ni gambar jam 5.30 petang gitu...pada musim luruh ni cepatnya matahari terbenam.
Gambar Sweetie ambil dalam perjalanan balik dari Araq ke Tehran.

Ni pula gambar kat taman Tehran bermulanya musim luruh..Gambar goyang
semacam jer..hehe tak clear la..banyak gambar yang tak menjadi,
kelabu asap macam orangnya.
tengok tu Sweetie pinjam mantou kak ipar besar semacam jer..saja suka2 jer

Ni gambar bulan Nov tahun lepas. gambar musim luruh
keseluruhannnya kat Isfahan, Iran. cantik tak?
Kita layan jer la gambar-gambar ni dulu yer, sementara Sweetie tunggu e-mail gambar dari anakbuah Sweetie. Yang ada ni gambar menggunakan h.phone Sweetie..tulah
kelam semacam je..

Monday, October 18, 2010

MAKANAN IRAN -Chai Bukhuri..Nan Senggek Bukhuri

Salam,

Sarapan pagi kat sini tak jumpa la jemput-jemput ker, nasi lemak ker atau kueh-mueh. Yang ada hanyalah roti senggek..(Bebakshed), Sweetie pinjam jap gambar Presiden Iran sedang makan pagi ngan roti tu. Cam dalam gambar tulah sarapan pagi Sweetie dan juga biskut yang agak tebal sebesar piring. Rasa biskut tu adalah manis sikit jer...makan satu biji pun dah kenyang dah. Setiap hari itulah sarapan mereka. Pastu adalah buah Kurma, Kismis dan Gedu. (kacang walnut).

Pagi tu dalam kul 7.30 hubby ajak Sweetie gi kedai roti. Kat sini kedai roti dipanggil (Nanvai). Taklah jauh dari rumah hubby, kira-kira 10 minit berjalan. Belum sampai lagi dah terbau semerbak bau roti tu. Terlihat ramai yang beratur sedang menanti untuk membeli roti.


Masing-masing memandang ke arah Sweetie, ermm segan tu. pada fikiran Sweetie diorang ni teruja agaknya melihat Sweetie yang lain dari yang lain. Ramai yang meneka Sweetie ni orang Jepun atau Afghanistan. Bila Sweetie lihat sendiri gadis Afganistan yang bekerja atau belajar disini, barulah tau, memanglah muka kita hampir sama ngan mereka. Ala2 cam cina sikit weh. Hhee..hidung pesek cam ni mana ada dari Jepun atau Afghan...dah tentunya dari Malaysia…apa?….Malazie…itulah gaya sebutan lidah mereka untuk negara kita..sebut Malaysia cam terpinga-pinga jer diorang..kalau sebut malazie..yes..your country very good. Kola Lumpu. Bangga bila diorang tahu negara kita..kalau tak tahu…ha… ni yang nak marah ni!….


Ha..citer roti lagi nih, Sempat Hubby Sweetie menerangkan proses membuat roti tu. Kelihatan 3 orang sedang sibuk membuat roti, 2 orang sedang menguli dan menempel roti pada bekas yang dibuat empat segi, sorang lagi tu jaga dan serve pelanggan. Roti diletakkan diatas batu tersebut dan kemudian beberapa ketika diangkat. Roti itu apabila telah masak akan naik sedikit dan besar dari ukurannya. Haa..specialnya roti ni dimasak di dalam dapur batu yang dipenuhi dengan batu-batu kecil. Bentuk batu cam batu-batu sungai tapi comel-comel sedikit. Batu-batu itu akan turut melekat diroti itu dan kemudian pembeli kenalah buang sendiri batu-batu yang melekat pada roti pada masa tu. Hati-hati tau. Batu panas weh.

Uniknya disini mereka bersahaja sahaja membawa roti dengan tangan dan tanpa alas atau bekas plastic untuk membungkusnya. Sana sini kelihatan mereka membawa roti, samada dalam teksi diletak dibelakang seat, atas basikal, bawa ngan tangan, hai…..tak kotor ker bang oii…berabuk tu…entahlah dah macam tu cara mereka nak buat camner…..jimat plastic kot, selamatkan ozon kot…yelah tu…..Sedap juga hubby Sweetie potong sikit roti ngan tangan dan Sweetie makan sambil berjalan pulang ke rumah..rangup, masih panas ishkk..mana pegi adab ni…makan berjalan la pulak.

Bab roti tak habis lagi ni…..roti (nan) adalah makanan utama mereka.Terdapat kedai roti dimana-mana. Gov diorang dah beri harga subsidi untuk tepung gandum tu jadi harganya murah la sikit..roti /nan masa panas okaylah juga rasanya tapi bila dah sejuk tu liat juga, disapu ngan marjerin, butter (panir), jem apple/blueberry (dibeli secara botol besar) dan juga semestinya madu (asal).

Air teh dan susu segar (sir) yang dimasak adalah kebiasaan minuman yang dihidangkan pada waktu pagi. Ha…bab teh (chai) ini pula cara minumnya teh diminum dengan gula kiub khas. Bukan gula kiub yang macam kita beli kat kedai tu cantik jer potongannya empat segi. Tapi gula yang dipotong sendiri dan agak kasar sedikit bentuknya dari gula biasa. Air teh yang panas dihirup dan masukkan satu kiub gula dalam mulut kemudian air teh yang pahit berpadulah dengan gula kiub tersebut dalam mulut barulah ditelan.

Melalui kamus yang Sweetie bawa dapatlah berbual-bual dengan mama dan Baba. Tapikan….sebenarnyakan kami lebih banyak menggunakan bahasa isyarat/body language..untuk berkomunikasi hehe.Lucu juga ya, kami sama-sama ketawa kadangkala sebab apa yang kami cuba terangkan sama-sama tak dapat difahami (nemi danam - tak tahu)..Mama dan Baba juga banyak mengajar bahasa Farsi yang mudah Kheili mamnun (terima kasih), Kheili khub (sangat baik/bagus) bebakshed (maafkan saya), chi (apa), mubarak (tahniah), shabzi (sayuran), sib farangi – tomato, panir-mentega, sip-apple, shir-susu, asal-madu, ghand-gula, livan-gelas, mahi-ikan, . Boleh faham sikit-sikit ma…

Kat sini Sweetie cerita sikit menu lauk yang Sweetie makan kat sana, camnilah masakannya. Daging dimasak campur kacang dhal dan letak sikit letak serbuk cam serbuk kari, pastu letak bawang besar, garam, pastu buah cam buah Apple/..ha rebus camtu jer la, bila daging dah empuk dah kira siaplah tu, kemudian hirisan ubi kentang dihiris halus2, dan digoreng rangup dan bila hampir waktu makan baru lah kentang goreng tersebut dimasukkan dalam daging tadi. simple jer…cepat sungguh nak masaknya..tak yah santan2, nak letak cili, rempah ratus macam kiter masak.


Cara masak nasinya pula adalah beras dibasuh bersih kemudian direndam dalam masa 15 minit. Kemudian dimasak dan letaklah minyak masak 2 sudu, garam sedikit dan sejenis serbuk bunga Zafaran jadilah nasi tu kekuningan sedikit. Beras Iran sedap lain dari beras disini. kemudian hidangan sampingan yang lain seperti sayur salad + timun+kobis +sayur jeruk masin dan yogurt mesti ada. Yogurt ni dihirup ngan sudu seperti sup dan rasanya masam tetapi mereka sedap sahaja menghirupnya. Sweetie mencuba juga sesudu..hmm…masam tu..tapi khasiatnya….fuuih….. kulit jadi lembab, lembut, putih gebu dan takder penyakit kulit. Patutlah kulit mereka cantikkan. Mama Sweetie suruh juga makan. tapi takleh masuk aar....Camnerlah kulit nak cantik erkk....

Thursday, October 14, 2010

ZINDAGI HAM SAFAR

Assalamualaikum,

Lama tak dengar berita dari sahabat-sahabat tersayang. Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah perjalanan Sweetie selamat, berjalan lancar dan kita dapat bersua kembali kat sini. Rindu rasanya dan baru ari nilah Sweetie berkesempatan untuk update sedikit blog ni. Nasib baik blog ‘Sweethoney’ cuma berhabuk sikit ni belum bersawang lagi okay…hehe.

Zindagi Ham Safar..farsi/hindi (life is a wonderful Journey) ketika melihat bas di Tehran yang tertulis begini teringat lak Sweetie lagu filem hindi Andaz…zindegi ek safar hai suhana, Yahan kal kya ho kisne jaana…Arey o leiyo, leiyo, leiyo
.(“Areee…baba!!!..wah wah..opp..sori nyanyi sikit jer ..ada juga persamaan bahasa Farsi dan Hindi ni)..aha…orang zaman dulu jer tau lagu ni..time Sweetie kecik2 dulu..memang top popular lagu ni weh.(ok abaikan).

Apa yang Sweetie bawa dari Malaysia ole-ole untuk keluarga di Tehran ya..Sedikit hadiah baju, tudung, Seluar jeans, kueh raya, rambutan, duku..rasanya nak bawa macam2 buah lagi..hmm tahu jerlah 20kg sajer had untuk muatan beg..camner nak bawa lebih2 weh… Itu pun beg dah berat dan padat macam batu. Boleh nak bawa lebih had..tapi bayar la pulak…ermm..

Menaiki pesawat Air Asia, kami suami isteri berlepas ke Iran. Dalam 8 jam jer ma…taklah lama sangat sampailah di Tehran. Punyalah ramai dalam pesawat ni…semuanya warga mereka. Hanya Sweetielah satu2nya wakil melayu kita balik dan pergi…(lain2 tu crew penerbangan tentulah all Malaysian kan) Sweetie cek passport kat imigresen sorang2 jer..…takder pulak orang Malaysia nak jalan-jalan ke sana kot. Kumat- kamit juga mulut Sweetie baca doa2 perjalanan ni..Sweetie sebenarnya takut naik kapalterbang ni. Hmm seram weh.Bila sampai sempadan antara India dan Pakistan, cuaca tak begitu baik sangat..berdebar-debar bila pesawat cam terasa turun naik sikit dan bergegar melanggar awan tebal.fuhh..!!.Alhamdulillah perjalanan selamat gitu.

Apa yang Sweetie nak cerita kat sini..crew pesawat Air Asia semuanya lelaki. So takder langsung cek mek pramugari okay…Bagus sekali mereka ni..almaklumlah Sweetie sorang anak Malaysia..jadi mereka bergurau, tanya apa yang kita hendak, bila ada kelapangan datang berbual. Jadi takderlah Sweetie boring sangat terutama dalam perjalanan pulang, kerana Sweetie balik dahulu dan hubby Sweetie masih ada urusan di sana.

Ada juga Pramugara tu bertanya sikit2 bahasa farsi pada Sweetie…Puan,camner nak cakap
dalam bahasa farsi excuse me (Bebakshid), Air teh bahasa Farsi apa yer..(Chai)…selamat jalan.(.khuda hafiz), ya (bale, aree), satu (yek), dua (doh) gitulah sedikit sebanyak perbualan kami. Dan bila serve makanan sempat lagi crew ni bergurau…puan nak nasi ayam, nasik minyak, nasi goring..air milo…hhahaa..banyaklah tu ...pandai kamu menyakat kak Sweetie yer..

Sempat Sweetie bertanya kemana pergi pramugari yang jelita. kenapa takder dalam pesawat ni, jawapan mereka almaklumlah
bila turun dari kapal terbang mestilah semuanya menutup aurat tak kiralah samada pramugari tu berugama islam atau bukan islam. ha...tu la pasal. Lain2 sebab tak pula diberitahu.

Ketibaan Sweetie di Lapangan Terbang Imam Khomeini disambut oleh abang dan anak2 buahnya. Satu jambangan besar bunga buat Sweetie yang malu-malu kerana ramai mata yang memandang. Terasa terharu pula yer…

Cuaca di Tehran menyegarkan dan amat menyenangkan sekali keadaannya dengan cahaya mentari bersinar garang dan tiupan angin sejuk dengan daun-daun dipepohonan yang mula menguning menandakan
musim luruh hadir menyambut ketibaan Sweetie kali ini.

Ok..Sweetie cerita lagi nanti..beserta gambar-gambar dan perjalanan Sweetie kali ini ke bandar mana pula yer? ….Tunggu…

Tuesday, September 28, 2010

SWEETIE BALIK KAMPUNG.

Salam Sayang Buat Sahabat-Sahabat Semua,
Blog Sweethoney akan bercuti beberapa hari kerana Sweetie dan Suami akan pulang ke Tehran. Sweetie akan bertolak esok 30hb Sept sehinggalah 12hb Okt ni.
Tahun lepas dalam bulan Disember Sweetie dah pun ke sana jumpa ibubapa dan keluarga kat sana. Alhamdulillah mereka menerima dan melayan Sweetie dengan amat baik sekali. Masa kat sana Hubby Sweetie sempat juga bawa berjalan-jalan ke serata tempat yang bersejarah, menarik kat sana. Anak buah suami kata, jadi Marco Polo, kerana tak duduk diam kat Tehran merayap jer sehinggalah sampai ke sempadan Iran, Turki. Sweetie letak beberapa gambar kat sini. Layan jer la…jgn lihat gambar muka tue2 Sweetie ngan suami tu, hehhee lihat gambar pemandangan tu, cantikkan.. sejuk sangat cuaca masa tu.


Doakanlah Sweetie selamat dan perjalanan kami berjalan lancar. Blog Sweethoney akan beroperasi semula..hmm ayat....beroperasi.... aktif semula bila Sweetie pulang nanti InsyaAllah. Aperpun rindu-rinduanlah kita yer, tak dapat blogging macam selalu dan kunjung mengunjung.

Jomlah ikut Sweetie ke Iran….kita jalan-jalan.








Thursday, September 23, 2010

SIAPA JIRAN ANDA YER?

sALAM sEJAHTERA sEMUA,

Kebelakangan ini kita jadi takut juga dengan berbagai kejadian yang berlaku angkara dari jiran sendiri, kes kecurian, memperkosa anak jiran, suka mencari gaduh dengan jiran dan terbaru, kisah jiran yang membunuh ustazah dan anaknya. Dengan alasan terlupa membawa kunci rumah, pembunuh berpura-pura meminta bantuan untuk masuk ke rumahnya melalui rumah ustazah tersebut. Oleh kerana sikap yang baik ingin membantu dan percayakan jiran, sebaik pintu dibuka pembunuh atau dikatakan jiran tu terus saja menyerang, membunuh dan merompak mangsanya tanpa belas kasihan. Kadangkala kita rasa kita telah mengenali jiran-jiran kita, tetapi adakah setakat mengenalinya melalui raut wajah sahaja tanpa tahu apakah aktiviti mereka dan hati budinya telah cukup dan memadai?...

Gitulah kadangkala kita pun tak mahu dicap sebagai busybody, terutamanya duk flat cam Sweetie ni, Kalau nak ikutkan ada ramai jiran. Macam2 bangsa ada ma…1 malaysia dan luar Malaysia pun ada juga ma ….Mat Negro ada, Pak Arab ya habibi ya maulana ada juga. bangladesh, pakistan kuch2 ho tahei..ada, Indon,Vietnam pun ada. . Itulah bahayanya. Ada juga yang murah dengan senyuman dan menegur kita, tetapi ada juga sebaliknya takut juga nak balas senyuman mereka ni kadangkala. Senyuman nakal pun ader....tu yg takut tu…

Duk kat umah Flat ni, dah tentunya rumah sebelah menyebelah silih berganti penyewanya. Baru jer keluarga India berpindah digantikan dengan orang baru, sampai sekarang Sweetie tak kenal siapa. Pintu pun tak pernah terbuka, jiran sebelah kanan rumah anak dara sebelah Malaysia Timur nuh... Tak tahulah islam atau tidak, ada juga nampak pakwe2 mereka datang. Jadi biarkanlah…. walaupun kadangkala sama-sama terserempak.Pernah kita senyum, diorang buat dunno jer…agaknya diorang mahu privacy, tak mahu ditegur atau dikenali sesiapa.

Masing-masing berjaga-jaga. Macam tu lain kali kita pun takut nak senyum dan nak kenal mereka. Kenalah jaga tepi kain sendiri kalau bahasa kasarnya (kau dengan hal kau, gua dengan hal gua. so jgn campur) ada ku kesah...Bukan sombong ma..…tapi itulah hakikatnya ..tak mahu dituduh hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Sweetie pun sedar juga hidung Sweetie pun bukan mancung, kemek semacam jer..hehhehe.

Jiran dihadapan rumah Sweetie, dari Indonesia, elok ramahnya, ramai juga satu rumah, tak tahu hubungan mereka dan sebelum tu 2 orang Bangladesh menumpang rumahnya juga dan katanya jimat kos sewa. Itulah jiran Sweetie yang paling hampir, rumah berikutnya cina dan India..tapi sunyi jer..sesekali nampak ada juga tegur Say hi2 bye2 gitu..cam lagu lak yer…

Berbeza dengan kejiranan di taman atau jiran kita dikampung. Hubungan amat rapat dan jadi macam keluarga kita pulakkan? Berlainan bangsa pun boleh menjadi jiran yg rapat dan saling mempercayai. Orang kata bolehlah diharap untuk meminta bantuan jika ada kesulitan atau kesusahan. Berat sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing. Sepakat membawa berkat dan yang pentingnya. Harapkan pagar, janganlah pagar makan padi pulakkan..…

Sunday, September 19, 2010

SERONOKNYA BERAYA.

Assalamualaikum,

Dah rindu Sweetie nak menulis kat blog ni, rindu juga sama teman-teman semua. Apa khabar disana? Disini sihat-sihat aja alhamdulillah. Agak liat juga nak memulakan kerja hari ni setelah seminggu bercuti rayakan?. Wah seronoknya beraya berkunjung-kunjungan, berjalan-jalanan, makan-makanan, tidur tiduran, relax relaxan..tonton tontonan hmm… apa punya ayat tuh.. hehe terlebih makan lemanglah ni…..Kalau lu ada masalah baca gua punya entli aa….gua talak helan woo.. sebab gua sendili baca pun ada cikit penin ma….. Ini ayat lalam gua punya entli ale ckit pusin-pusing woo….(heheh lawak sikit weh..kala tak mau ketawa, senyum sikit jer okaylah tu…jangan ler buat muka serius, ala senyum la sikit….sikit saja ma….. tengok tu….serius lagi…hmm sah lawak sweetie tak menjadi nih).

Berat badan Sweetie pun rasa bertambah nih. Mana taknya. asyik makan jer. Ada jer biskut-biskut yang nak ditest rasanyer..hehhee Waktu bulan puasa ada jugaklah kurang berat 2 kilo, raya ni naik berapa kilolah pulak entahlah...jgn-jgn bertambah dari berat asal ishkk....sudah…kena pergi timbang lepas ni. Raya tahun ni Sweetie beraya apa yg ader jer. Dapat gaji pun jam 12.00 tgh last minute hari khamis sebelum raya. Orang lain dah berada dikampung, Sweetie masih berada Opis.. Siap bawak anak2 gi opis, maklumlah sorang jer kerja. So hari tulah sweetie pergi shopping ala-ala kadar jer buat beli baju raya anak2. Shopping cepat-cepat nak mengejar masa gitu. Syukur alhamdulillah ada juga rezeki gaji pada saat akhir Ramadan.

Takder pulak gambar-gambar raya nak dipaparkan kat sini. Sweetie dok bersiap juga cantik-cantik berbaju raya, touch up seadanya, make up sikit2, tapi masing-masing dalam dok sibuk dengan aktiviti membedal, melantak ketupat lemang, rendang, berbual macam2 topik hangat, sampai terlupak lak nak ambil gambar beraya. Hmm tulah dia…. Aper pun raya tetap meriah juga dan hari ni pun dah 11 hari kita berayakan?..hmm begitu cepatnya masa berlalu yer..

Bab cerita raya ni, yang paling seronok tentunya budak-budak.Gitulah kisahnya anak-anak Sweetie yang 3 orang ni.. haa.. balik jer dari kampong, terus sms kawan-kawan, ajak jalan2 raya. Hmm macam tak tahu lak (Raya 2 dlm 1) sambil beraya, cari duit raya lah tu. Duit top up h/phone tak merayu cam selalu minta kat Sweetie dah. Masing2 dah kaya weh…bukan main lagi yer..…

Budak berdua ni kalau hari biasa susah juga nak bangun pagi, terutamanya anak yang bungsu tu, mandi pun kene suruh, tapi bila bab raya ni hmm cepat jer dia…pandai pula pilih baju dan tudung sendiri. Kalau tak tu, Sweetie juga yang mengaturkannya. Hmm 9.30 pagi lagi dah dah keluar rumah untuk beraya. Balik rehat sekejap, pastu sambung semula sampailah jam 6.30pm..tinggallah Sweetie berdua-duaan ngan hubby, dok tengok Tv, Masak,.. tapi takder sapa nak makan,.ajak mereka makan, katanya perut dah kenyang. hmm..

Anak yang sulung tentunya tak joinlah diorang. Dah kira dewasalah tu, control macho ma…cuma pergi open house jer. Pegi open house pun konvoi motor ramai-ramai gitu, hmm..baju pun ikut konsep weh…, hamboi…! kalau baju melayu, ha..pakat pakai baju melayu ramai2, kalau baju tema t.shirt hitam, ha..semualah hitam..hmm muda remajalah katakan…

Ni pula perbualan Sweetie ngan Anak perempuan Sweetie,

"Adik bawa aper tu dik? Mama nampak macam surat jer"…

"Ermm,... tak der aper-aperlah ma, Cuma list nama jer.

"List nama? Nama saper dik. Mih mama tengok jap"?

Amboi…mana Sweetie tak ketawa baca list nama2 rumah yang bakal dikunjungi. Siap buat 1 list lagi tuh. Rupanya list ni dah siap sebelum raya lagi. Camnilah cara list nama-nama tu ditulis. Panjang list nya..pastu kalau tak tahu nama tuan rumah tu dia main hentam jer main letak ler aper yang patut macam kat bawah nih..

Rumah makcik tepi padang
Rumah cikgu Zaid
Rumah besar ada pokok mangga
Rumah Ustazah
Rumah kuning ujung blok
Rumah Ummi
Rumah makcik perasan cantik
Rumah makcik putih

Sweetie dengar nabil bertanya adiknya.

"Eh rumah makcik yang perasan cantik tu, kau dah pergi ker belum? Belum lagi adiknya menjawab.

Sweetie pun menyampuk rumah Makcik perasan cantik yang mana?.Napa pandai-pandai jer bagi gelaran kat orang ni…

"Ala ma. …Makcik tu kawan mama juga, ada juga kadang-kadang mama borak2 ngan dia bila mama terjumpa masa beli nasi lemak. Kat taman tu semua budak-budak gelar macam tu ma…, Nabil ikut jerla. Manalah nabil tau nama sebenar makcik tu.

Ishkk..budak-budak ni ada-ada jer…. macam-macamlah diorang ni.

Camner raya anda tahun ni…Meriah ker??

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SaLaM AiDiLfItRi,

Sweetie mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua
rakan-rakan blogger, sahabat-sahabat yang mengenali Sweetie
walau dimana jua anda berada.

Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,
tersilap bicara di sepanjang perkenalan kita.
kupohon agar keakraban persahabatan kita
berkekalan hingga akhir hayat.

Jika makan rendang dan lemang tu ingat-ingatlah
kat Sweetie, Kak Sweetie, makcik Sweetie kat sini okay.
Semoga saudara/saudari semua ceria dan bergembira di hariraya.

Berhati-hati dijalanraya. Jumpa lagi.

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri

Raya menjelang tiba, Sweetie tujukan lagu ni buat semua teman-teman blogger dan semuanya yang mengenali Sweetie. Jangan lupakan Sweetie di Hari Raya nanti.

Jom kita Layan lagu raya ni…



Jamal Abdillah Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum

Salam hamba hulur tanda ingatan

Buat semua insan umat Islam

Di pagi syawal

Pada bonda tercinta

Pada ayah yang rela berkorban

Mohon keampunan dosa-dosa

Yang ku lakukan

( korus )Untukmu duhai dinda

yang setiaHarungi derita

Marilah bersama kita saling

Bermaaf-maafan

Semoga lebaran ini

Membawa keinsafan diri

Sejarah yang hitam

Agar tidak terulang

Untuk selamanya

Pada dia yang pergi

Kita hulur doa tulus suci

Agar roh mereka dicucuri

Oleh rahmat Nya

( ulang dari korus )

Thursday, September 2, 2010

PADA SAPA SWEETIE NAK MENGADU

Salam Sayang Semua,
Saban hari lagu-lagu raya telah mula berkumandang di radio. Maklumlah hari lebaran akan tiba beberapa hari jer lagi dan bahang kemeriahannya juga telah mula terasa. Dengar lagu Raya pagi ni, sayu jer rasa hati Sweetie…
Tentunya sahabat-sahabat diluar sana sedang rancak membeli belah buat persiapan raya buat anak-anak dan keluargakan. Tapikan..lain pulanya hal nya sweetie dan rakan seperjuangan kat opis ni senyap jer..Lagu raya pun tak berkumandang seperti tahun2 lalu. Semuanya tak ader mood. Sunyi jer Opis ni.

Tulah dia, gaji dimanalah gaji. Gaji tak masuk lagi.

Client A,

Invoice dihantar berbulan2 sebelum raya, berpuluh kali Sweetie telefon, bertanyakan bila payment boleh dibuat ke atas invoice, jawabnya ok pihak kami tak der masalah. Lega Sweetie mendengarnya. Bila payment tak masuk Sweetie telefon semua dan berkali2 tak berjawab begitu juga dengan pesanan-pesanan Sweetie tinggalkan tak juga dia telefon balik. Handphonenya dimatikan. Setelah puas berusaha dan akhirnya berjawab..Er...maaf Puan, invoice tu kena betulkanlah balik...saya dah check ada sedikit pembetulan pada cost projek. Sebelum tu Sweetie dah tanya dah samada ada masalah ker tidak dengan invoice tu dan jika ada kami akan betulkan segera. Jawabnya "Oh..saya dah semak dah, ok tiada masalah, kami boleh proceed untuk payment". Bila saat akhir baru ada masalah dan mahu diperbetulkan dengan segera. Segala keperluan telah kami penuhi tapi sampai la…ni payment tak juga masuk.

Client B

Client ini pula Sweetie telefon juga bertanyakan payment. Jawabnya kami akan semak. Ambik masa 2 bulan menyemak dokumen, bila kami call semula katanya mereka tak dapat dokumen itu, mungkin sampai ke Dept lain. Kenapalah mereka tak call semula kata mereka cuba cari document tu untuk semakan tapi tak jumpa. Padahal dokumen dihantar by hand, Siap kat sampul surat tu tulis Dept yang dimaksudkan. Kemanalah surat tu menyorokkan diri. Sekali lagi kami hantar dan bagi masa diorang buat semakan. Kemudian kami telefon lagi barulah beritahu, oh ada sedikit pembetulan. Ok kami siapkan segera dan hantar semula. Bila Tanya bila bayaran boleh diterima, ha barulah mereka perlukan satu surat pengesahan dari syarikat pula.. Tak mengapalah syarikat awak nak surat macammna pun kami boleh hantar, masalahnya kenapa tak call kami beritahu, apa kehendak client, kalau diam begitu siapa pun tak tahu apa requirement mereka. Tunggu kami call chase payment baru beritahu…sobar eh lah. Rasa nak nangis ditendang cam bola gitu.


Inilah dia Jawapan yang menyedihkan..bukan consultant awak sorang yang mahukan payment, ramai lagi yang menunggu. Takkan syarikat awak tak ada sumber lain nak bayar gaji? Kami faham, tapi Sweetie terpaksa merayu juga agar payment dapat seberapa segera untuk buat bayaran gaji bulan ni, maklumlah hari raya hampir tiba.. Hmmm letih aaa..Sweetie.

Sejak arwah Datuk meninggal dunia, syarikat ni dah kelam kabut..dah kritikal dengan tiada pengurusan yang bernama 'Boss' yang betul-betul mahu bertanggungjawab dan menguruskan semula syarikat. Konflik berterusan dengan perebutan kuasa di dalam syarikat berlaku. Sweetie dan rakan-rakan sangat sayang syarikat ni kerana telah lama berkhidmat dan tak mahu syarikat ni berkubur. Hmm kat sapa Sweetie nak menumpang mengadu…tak tahulah bagaimana nasib kami selepas ini. Kami saja kat opis ni yang bertungkus-lumus untuk memastikan kehendak client dalam projek ditepati dan mahu syarikat ini aktif kembali. Boss yang berebut sangat hendakkan syarikat ni langsung tak nampak bayang.Tak bertanya khabar. Ibarat kami sekarang ni seperti kapal yang tiada Nakhoda dan hanya menunggu masa untuk karam…

Sunday, August 29, 2010

ANDA BUAT, ANDA DAPAT


Salam Merdeka Buat Semua,

Beberapa hari lagi Syawal akan menjelma, begitu gembiranya dan begitu sibuknya kita dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semuanya mau ditukar kepada yang baru, yang indah, cantik dan terhebat...Tapi tahukah anda semua, dalam kita bergembira dan bergelak ketawa masih ramai lagi insan yang menangis, merintih, menagih bantuan dan memohon sedikit simpati dari kita.

Disaat kita berebut-rebut memilih juadah di Bazaar Ramadan, Membilang makanan untuk dihidang ketika berbuka, sehinggakan ada yang tak mampu untuk dimakan dan dibuang begitu saja. Apa yang mereka ada, ketika berbuka puasa, mereka masih lagi menahan lapar dan dahaga. Berebut-rebut untuk mendapat sebuku roti dan mendapatkan air minum yang bersih buat penghilang dahaga.

Tidakkah kita terfikir nasib mereka, mungkin ada dikalangan kita hanya menonton di TV mengenai bencana ini seolah2 hanya menonton sebuah cerita episode/sinetron di TV tanpa perlu membuat apa-apa.

Airmata tumpah melihat penderitaan mereka. Sejak bermulanya awal Ramadan, negara mereka telah dilanda dengan musibah banjir yang terburuk. Hilang rumah tidak mengapa, hilang harta, hilang segalanya. Walaupun diuji kehidupan yang amat payah pada ketika ini, iman mereka masih menebal untuk menunaikan ibadah dibulan Ramadan. Inilah dia nasib Penduduk Pakistan ketika ini.

Info mengenai Banjir Terburuk di Pakistan.

Lebih 13 juta penduduk Pakistan itu terpaksa dipindahkan setelah rumah mereka musnah berikutan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun di seluruh negara tersebut. Puluhan juta warga yang selamat kehilangan tempat tinggal dan hilang punca pendapatan. Mangsa yang selamat pula terpaksa tinggal dikhemah/tempat perlindungan sementara. Namun keadaannya sangat daif, sesak, dan serba kekurangan, berebut-berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan lain. Korban jiwa akibat banjir di Pakistan terus bertambah dan lambatnya tindakan dari pemerintah mengancam mangsa yang berisiko terjangkit penyakit menular. Operasi untuk menyelamat, memindahkan, bantuan kemanusiaan menjadi sedikit mudah apabila hujan monsun yang menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh berdekad-dekad di situ berkurangan.

Namun banjir yang dihadapi dihadapi adalah luar jangkaan. Inilah bencana alam yang maha dasyhat. Ketika banjir di barat daya mula surut, setakungan air yang besar mengalir ke daerah-daerah selatan yang baru, seperti Punjab dan wilayah Sindh. Wilayah lain pula ditenggelami banjir. Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah daerah Swat dan Shangla apabila lebih 400 terkorban.

Kata2 dari Ban-Ki-moon, Sek jen PBB

“Saya pernah melihat banyak bencana alam di penjuru dunia, namun tidak ada yang seperti ini”.
Angka itu lebih tinggi berbanding unjuran awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangka hanya 4 juta terlibat, namun kesan bencana itu menyamai gempa bumi Kashmir pada 2005 yang mengorbankan 73,000 penduduk.

Banyak mangsa yang terperangkap dan menunggu bantuan di kawasan terpencil seperti Kohistan, Nowshera, Dir, dan lembah Swat. “Kerosakan akibat banjir begitu luas, begitu besar, kemungkinan besar banyak kawasan yang telah musnah dan mangsa yang terkorban yang belum dilaporkan,” kata juru bicara militer, Mayor Jenderal Athar Abbas.

Malangnya, ketika lebih 1,500 rakyat Pakistan maut akibat banjir itu, Presiden Asif Ali Zardari pula mencetuskan kritikan ramai apabila masih membuat lawatan rasmi ke Perancis dan Britain daripada memberi tumpuan kepada masalah negara sendiri.

Marilah kita membantu walaupun sedikit, dengan memberi derma agar dapat meringankan kesengsaraan mereka. Semoga dengan keihklasan kita ini Allah akan memberikan kita pahala, mempermudahkan urusan kita, menambah rezeki kita dan memberkati segala amalan kita. InsyaAllah.

Sumbangan untuk tabung itu boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau akaun CIMB di nombor 1424-000-6561053.

ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Tuesday, August 24, 2010

ALA...COMELNYA.

Assalamualaikum,
Istimewanya Premature baby.

Nak tahu cerita tak? Hehhe bukan cerita mengumpat tau….bulan posa ni.. Sebenarnya Sweetie mempunyai empat orang anak?.. Kesemuanya dilahirkan tidak cukup bulan, ha..itu cerita sensasinya. bila masuk jer 6 bulan kehamilan Sweetie dah mula mengalami kontraksi sakit untuk melahirkan dan terpaksalah Sweetie ditahan di hospital demi mengelakkan kelahiran awal. Walaupun sains perubatan semakin maju, namun kat hospital juga baby tetap nak keluar walaupun belum sampai waktunya..Cukup jer 7 bulan secara automatic sampai waktu untuk Sweetie bersalin. Pernah rakan sekerja Mr Sun berkata kat Sweetie, “U jgn sedih aa…kita orang Cina kata anak-anak lahir tak cukup bulan banyak bagus ma.. banyak ong.. ooo..”

Mak Sweetie ada 10 anak, tetapi semuanya dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari dan ada yang terlebih harilah pulak baru lahir. Kedua2 kakak sweetie juga melahirkan anak cukup 9 bulan. Jadi ianya bukanlah factor keturunan.

Agaknya kerana Sweetie ni jenis lembik orangnya…ingat Sweetie masa sekolah rendah, cikgu Umad nama cikgu tu, dok tanya dah besar nak jadi apa? Sweetie jawab nak jadi polis, sebab suka ngan baju uniform polis tu.. hehe…siap cikgu pegang2 tangan, ha..macam ni lembik nak jadi polis nih..hha..cikgu pun tahu Sweetie ni camner.. Sweetie rajin juga masuk acara sukan, kalau sukan lumba lari pun memanglah sweetie akan dapat no. 2 akhir, kalau Road Run kat sekolah pun Sweetielah orang yang ke 10 akhir sampai gitu..ha,..bukan nombor corot tahu. Kalau bab memasak pula orang dah masak 4 jenis masakan, Sweetie baru masak 2. Hmmm...Masak juga ekk..

Itulah agaknya orang mengandung 9 bulan Sweetie 7 bulan jer….perut pun tak sempat membesar sangat..baby pun macam tahu mamanya lembik kot..tak larat bawak perut., maka cepat2 dia lahir yer.hehhe tengok, tengok..sweetie mula membebel, dah lari tajuk nih…

Anak pertama Sweetie perempuan, tapi dia lahir waktu 6bulan lebih Sweetie mengandungkannya dan tak dapat diselamatkan. Dia meninggal waktu dilahirkan. Dah cukup sifatnya, tapi takder rezeki Sweetie. huhu. Melalui pemeriksaan Doktor pun tiada jangkitan kuman,.Ramai doktor2 dtg memujuk Sweetie yang tak henti menangis pada ketika tu..sedih weh…

Anak kedua lelaki, Muhamad Fikri, bulan puasa pada ketika itu, sakit semasa dioffice, dan waktu lunch hour minta kawan sekerja anta umah mak. Kononnya nak tanya mak sakit apa macam ni, kenapa sakit pinggang, haa..sampai kat umah mak, baby dah nak kuar sangat dan lahir disana, kecil, agak hitam kulitnya, kerna kulit tak tegang. Kakinya sebelah biru lebam..kesejukan. kecil sungguh. Nurse minta Sweetie ke hospital dan baby ditempatkan di incubator..beratnya lebih kurang 1 kilo lebih. Dr tak beri Sweetie menyusukan dia kerana rahang mulutnya tak cukup kuat tak boleh untuk dia menghisap. Lalu susu dimasukkan melalui tiub yg diletakkan dihidungnya.Lebih kurang 3 minggu juga Sweetie kat hospital, barulah dibenarkan pulang.

Anak ketiga lelaki, Muhammad Nabil perkara sama berlaku, Sweetie masuk hospital kerana ada kontraksi rahim dalam 6 bulan lebih, berusahalah Dr menahan, beri Sweetie ubat, masuk air dan akhirnya baby keluar juga. Bila saat melahirkan Dr tak beri Sweetie pegang baby sebab Dr perlu secepat mungkin memberi rawatan pada baby dan terus dimasukkan kedalam incubator.

Anak keempat, Nurul Anis sama juga masuk hospital awal, lahir juga dengan berat 1.45 kilo, samalah juga masuk incubator dan Sweetie tak berpeluang menyusukan diorang. Tak cukup susu yang diperah, Dr menggunakan susu formula .

Melihat anak-anak di dalam incubator, dengan wayar dimulut, didada, kesian sungguh melihat mereka, walaupun pampers size S, tapi bila memakainya sampai kedada. Besar Tapak kaki hanya sebesar ibu jari Sweetie..kecilnya. Sarung kaki baby dan tangan tu takleh pakai, sebab besar padanya…hhee..kelakar pun ada juga ya. Suara tangisan diorang juga tak kuat, jadi sentiasa kena letak diorang berdekatan dengan kita supaya dengar jika mereka dah jaga dari tidur. Kesemua baby tu juga lahir dalam posisi lipat kijang, kerana posisi kepala mereka masih berada di atas dan belum memusing lagi ke bawah.Tak ader masalah melahirkan kerana mereka kecil2 sangat. Alhamdulillah, Allah swt beri keistimewaan memudahkan kelahiran mereka pada Sweetie.

Gitulah anak-anak Sweetie membesar, dari proses belajar menyusur, merangkak, berjalan semuanya agak lewat dari anak normal biasa. Tapi mereka ni kuat semangat, tak selalu sakit masa kecil. Alhamdulillah mereka membesar semacam anak2 normal yang lain. Doa Sweetie semoga mereka menjadi anak-anak yang baik dan soleh. Amin.

Jadi janganlah sedih jika anak anda dilahirkan premature. Cuma jagalah dan berilah kasih sayang sebaiknya agar mereka kuat, sihat dan cepat membesar.

Sunday, August 22, 2010

WANITA SAJA SEPANJANG MASA, LADIES ONLY AT ALL TIMES

Assalamualaikum,

Sweetie terbaca blog sahabat Sweetie, blog Iman mengenai koc khas komuter untuk wanita dan terpanggil untuk bercerita sedikit mengenai pengalaman Sweetie.
Tujuan diadakan koc ini ialah untuk memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Bagus sekali dan Sweetie setuju 100%.

Mengapa masih ramai lagi kaum lelaki yang masuk ke dalam koc wanita walaupun maklumat dalam 3 bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Arab berserta imej wanita dilekatkan disitu. Tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris menjadi alasan apabila ditanya mengapa mereka masuk ke koc berkenaan sedangkan jelas tertera maklumat pada poster dan pelekat berwarna merah jambu yang diletakkan di bahagian luar dan dalam koc. Pengumuman mengenai perkara itu juga dibuat setiap kali tren tiba di setiap stesen.

Melalui pengalaman Sweetie di Iran, bukan komuter sahaja yang terpisah lelaki dan perempuan tetapi perkhidmatan bas awam juga begitu. Lelaki ditempatkan dihadapan menggunakan pintu hadapan manakala wanita ditempatkan dibelakang menggunakan pintu tengah bas. Nampaknya amat bagus sekali dibuat begini dan mereka mematuhinya dengan baik. Nampak kaum wanita pun lebih selesa dan tentunya aktiviti raba-meraba ni takder berlaku yer..ha..selamat gitu.

Bagi komuter di Iran, Koc wanita ditempatkan dibahagian belakang sekali, dan sekurang-kurangnya ada 3 koc khas dan berlainan warna dari koc biasa. Jadi semasa ditempat menunggu pun secara automatiknya wanita dan lelaki terpisah bila diorang menunggu komuter. Tidak ramai wanita yang masuk ke dalam koc untuk percampuran kecuali warga asing yg melancung dan perlu bersama suami/rakan lelaki mereka, wanita yang membawa 2, 3 orang anak kecil dan terpaksa menaiki bersama suami. Mereka juga akan memberikan tempat duduk jika mereka lihat ada wanita yang berdiri didalam koc yang sesak itu. Inilah yang berlaku dan Sweetie lihat semasa disana.

Jika kita lihat sekarang ini dinegara kita koc wanita ditengah, walaupun telah dikhaskan tetapi pencampuran lelaki dan wanita tetap berlaku juga di bahagian menunggu. Ini kerana bahagian hadapan komuter dan belakang adalah untuk koc bercampur dan bila penumpang semakin ramai menunggu keadaan agak kelam kabut sedikit.

Kadang-kadang Komuter ini berhenti tidak begitu tepat dan memaksa kita berlari sedikit menuju ke pintu. Bila koc wanita diletak ditengah, dalam keadaan komuter yg berhenti sekejap pun kita akan terus menerpa pintu koc mana yang terdekat kerana masa komuter berhenti juga amat terhad dan dalam keadaan yang nak cepat mungkin susah nak pastikan.

Sweetie selalu juga naik komuter ni, almaklumlah tak berani drive ker KL, jadi kira selalu jugalah berhadapan dengan situasi rebut-berebut ni, mula2 memang beratur diruang menunggu, bila jer komuter sampai, barisan pun hilang. Yang ada hanyalah perebutan, asak menggasak, aduh!!! sakit tu kene siku, kena langgar ngan beg…pijak kasut lagi..begitulah keadaannya.

Ucapan SYABAS di atas usaha dan idea yang baik dari KTM. Diharap semoga perkhidmatan KTM akan bertambah baik dari masa kesemasa dan Sweetie juga mohon maaf jika ada tersilap bicara.

Thursday, August 19, 2010

AKHIRNYA YANG DITUNGGU DAH TIBA

Assalamualaikum semua,

Jam menunjukkan dah pukul 10.45 malam, Dum-dum dum bunyi pintu rumah Sweetie diketuk keras. Kebetulan Sweetie ada diruang tamu dan anak2. Kami berpandangan..Eh sapa pulak tu, kemudian diikuti suara perempuan memberi salam. Anak lelaki Sweetie, menjawab salam dan membuka pintu.

Seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pembanci penduduk dan perumahan. Datang berdua bersama suaminya. Kesian diorang sampai dah lewat malam pun masih menjalankan tugas membanci. Katanya dia juga kesiankan anak2 kerana terpaksa ditinggalkan dirumah di malam hari sementara mereka berdua pergi membuat bancian.

Maafla yer....rumah Sweetie jer dah 3 kali diorang ulang terjah. Tapi takder orang kat umah... Macam manalah rumah yang lain yang juga x der berpenghuni juga…hmm itulah sebabnya kali ni mereka membanci waktu malam pula selepas berbuka puasa. Sweetie mempelawa mereka berdua masuk tetapi nampaknya mereka berdua telah letih dan lebih senang duduk dihadapan pintu jer. Nak cepat kata mereka. Kalau masuk rumah bolehlah sweetie buat air jap. air sirap ker, teh panas ker, yer tak..

Sweetie ingatkan para pembanci ni dah terlepas pandang rumah Sweetie sebab tarikh 22hb Ogos adalah hari terakhir membanci. Sweetie tunggu2 juga manalah pembanci tak datang-datang ni ..akhirnya tiba juga mereka disaat akhir.

Simple saja soalan2 untuk bancian ni, cuma nak terjah rumah orang dan layanan orang terhadap pembanci itulah yang susahnya.

Antara soalan dari pembanci:-

Berapa orang dalam rumah ni lelaki dan berapa wanita
Berikan tarikh lahir kesemua mereka.
Kelulusan Akademik suami /isteri
Kerja apa
Ada kenderaan ker tidak
Ada Astro ker tak
Ada Vcd ker tak
Ada TV ker tak
Rumah sendiri ker Sewa
Kalau Sewa berapa Sewa sebulan
Berapa purata pendapatan sebulan.

Itu jerla lebih kurang soalan mereka dan soalan akhir mereka. "Err….Warganegara Iran takder pulak code number ni dalam Borang ni bang" berkata pada suaminya boleh tak kita letak Pakistan ker…Sama ker?… Hehehe letak jer lah code aperpun kak oii.. Sweetie tak tahu..

Aperpun mereka berdua tu ceria dan peramah orangnya dan urusan bancian begitu mudah dan cepat selesai. Adakah rumah anda telah dibanci?

Monday, August 16, 2010

POSTO, POSTO


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah ari ni dah 7 hari kita berpuasa. Biasanya setelah seminggu kita berpuasa inilah masa yang sesuai untuk menghantar kad-kad raya pada sahabat tersayang. Pada masa Sweetie remaja dulu bukanlah di zaman canggih IT. Mana boleh nak hantar kad raya dalam masa beberapa minit macam sekarang ni melalui E-Card Raya. Cuma download, pilih gambar, edit, send, dalam beberapa minit, dah mereka menerima kad raya dari kita. Mudahkan…

Tapi kan…kemeriahan dan keseronokan menerimanya taklah seseronok kala dulu. Mana tidaknya Sweetie suka melihat tulisan tangan sahabat menulis ucapannya dan di dalam kad tu juga tercetak ayat-ayat yang begitu indah membuai perasaan. Bila dengar jer motor posmen berhenti depan rumah hati berbunga..amboi seronoknya...hehe..sempat lagi abang posmen jeling-jeling tu..Posa-posa juga yer..iskh…ha..akibat jeling menjeling dah kurang sikit lak pahala posa nih.

Pengumuman-pengumuman siapa nak hantar kad raya ada tarikh terakhir buat gitu, hmm kalau tak, alamat dah seminggu dua raya barulah kad tu diterima. Tak best aar…yer tak? Siap pihak Pejabat Pos memberi pengumuman melalui akhbar. Tu la pasal awal-awal lagi dah sibuk memilih kad raya ni.

Biasanya tempat jualan kad raya ni memang sibuk, masing-masing memilih kad dan susunan ayat yang asyik masyuk…nak diberi pada orang yang tersayanglah katakan…. Macam2 gambar ada, Gambar masjid, gambar ketupat, lemang, lampu pelita, pemandangan, bunga-bunga, gambar kucing, kartun . Ha..macam2 ada ma…Begitu juga ada kad khusus untuk AyahBonda, Guru, Sahabat, Kekasih ha..pilih jerla mana satu berkenan dihati.

Bagi mereka yang dok usha-usha gadis idaman mereka, inilah masa untuk menghantar kad raya. Hehe…selalunya melalui adik2 kita. Urusan tersebut dijalankan dengan berkesan. By hand gitu tanpa setem ma…Kalau dibalas beruntunglah badan, tak berbalas ha…faham-faham jer la yer..

Begitu bermaknanya kad raya ni, dah siap dibaca, dibalas, digantung pula pada ranting-ranting kayu yang dicat dan diletakkan diruang tamu, juntaian kad raya yang berbagai memeriahkan lagi suasana.Mana-mana kad raya yang tak mahu dibaca oleh orang lain, distapler dahulu sebelum digantung.

Ha..ni ada pantun 2 kerat yang sering Sweetie tulis bila hantar kad raya kad kawan-kawan. Biasanya saja sesuka jer nak letak pantun ni weh..Bila Sweetie baca balik kelakar betullah…

PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAPLAH DIBALAS

PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG.


Begitulah seronoknya menerima dan membalas kad raya ni. Lepas sahur sementara nak tunggu nak gi kerja,sempatlah menulis sekeping dua kad raya, ha..bukan macam kad raya sekarang ni…memang terlalu ringkas..

Kat Opis ni pula setiap tahun biasanya kami menghantar kad raya pada Client, Biasanya Kad Raya yang bertulis Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Maaf Zahir Batin. Cop ngan cop company , kemudian Boss sign ha…memang ringkas, tetapi seronok juga ya.

Sweetie harap kemeriahan balas membalas kad raya ni taklah lenyap dengan adanya sistem yang canggih sekarang ni, Sistem E-Card Raya. Kedua-duanya mempunyai peranan yang sama dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara kita semua.

Thursday, August 12, 2010

IF WOMEN CONTROLLED THE WORLD

Assalamualaikum,
Mana bisa perempuan control dunia, tentu haru biru jadinya. Saja suka-suka melihat gambar yang agak lucu ni jika dunia dikuasai wanita. Release tension kejap.
Gambar-gambar ni Sweetie ambil dari E-mail Sweetie.
So kita layan sajalah yer.

kalau tak reti 'press ANY key' please!


Jambunya keta ni jenama PRINCESS...lihat meternya dibawah..


Pemanduan berhemah weh, tengok meter keta tu, kelakar juga ya,
siap ketap bibir ngan suruh tutup mata lagi.

Jet yang canggih ni dengan warna yang pinkmengancam berdesup pantas hilang diawan biru.


Pelancaran Roket Berbunga ke Bulan..Pasti SUKSES...ya


Best..mmm... mouse ada bedak compact lagi. Bekerja sambil menjaga kecantikan..


MAri Dekat, Mari Dekat...hhe tengok teratur jer nak beli keta colour pink kene pegi
bangunan Pink gitu..teraturkan...



Jom Main Bowling. Gerenti boleh focus punya tak masuk longkang ma....
damai jer hati tengok bunga-bunga tulip kiri kanan.



Cantikkan..nak Isi minyak relax jer.. minyak naik harga pun takper,
janji tempatnya VOGUE.

and

LAST PICTURE





Ha..ni dia Pistol Berpeluru Lipstic ma
Jangan anggap tak berbahaya cik adik dan abang oii.
ADUHAI .....takut Sweetie bab pistol-pistol ni.

Monday, August 9, 2010

JANGAN MARAH SAYANG

Assalamualaikum,

Bila kita dengar perkataan ni mesti takut iaitu MARAH.
Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia dan satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Dah terbayang bagaimana muka orang yang marah tu terhadap kita, mesti mukanya berkerut, merah, matanya mengecil sikit, tangannya digenggam menahan amarahnya yang mahu meledak. Eii hodohnya bila marah. Marah juga buat membuatkan kita tua dari waktunya.haa….jaga-jaga tu.

Marah inilah sahabat syaitan menjadikan kita tak dapat berfikir dengan baik dan hilang pertimbangan dan akibat tak dapat mengawal kemarahan ada yang membuat tindakan dengan membunuh, memukul, mendera, membaling benda-benda membuat perkara yang pelik-pelik yang luarbiasa sedikit dari perangai kita.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar. Malahan, ada juga marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.

Para sahabat semua, Esok kita dah mula berpuasa dan sesungguhnya bila kita marah akan mengurangi kesempurnaan pahala puasa. Jadi senyum sokmo yer.



Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang.

Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain.

Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) .

Wednesday, August 4, 2010

KENANGAN BERSAHUR DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum,

Berakhirnya bulan Syaaban dan berganti dengan Bulan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi. Tentunya kita dah bersedia dan gembira menanti datangnya bulan yang begitu istimewa dan penuh barakah ini. Marhaban Ya Ramadhan.

Tentunya dibulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa dan disini Sweetie nak berkongsi cerita kenangan bersahur. Kalau sudi bacalah yer.

Sweetie mempunya 10 orang adik beradik. Hmm besar keluarga ni kan. Tapi orangnya kecil-kecil jer. Dah tentunya agak ribut ketika bersahur dan tentunya bulan ramadhan juga memberi lebih cabaran kesabaran buat mak dan Sweetie sebagai (pembantu). Almaklumlah anak bungsu perempuankan…

Dalam adik beradik Sweetie 3 perempuan dan 7 lelaki. haa. ramainya weh. Sweetie la paling rapat dengan mak dan tentunya tugas pembantu ni disandang oleh Sweetie.. Biasanya mak dan Abah bangun sahur jam 3.30-4.00pagi. hmm awalkan orang dok sedang-sedang lena tidur. Mimpi indah gitu, dah mak kejutkan. Pastu Sweetie dan mak kejutkan pulak makcik dirumah sebelah dan jiran sebelah. Ha..rumah orang kampungkan. Buka jer tingkap kayu tu besar-besar pastu laung la nama makcik tu.”Makteh ooo makteh , bangun sahur”…ha..gitulah kalau Mak Teh bangun dulu, dia pulak kejutkan mak Sweetie. Pastu dengarlah pulak suara Mak Teh mengejutkan Emaknya kat rumah sebelah..mana tak dengar yer, tingkap tu dibiarkan jer terbuka. Takderla pulak takut perompak melompat masuk yer..hehe meriahlah bab kejut mengejut tu…

Biasanya bila mak kejutkan Sweetie, mak dah panaskan nasi dan lauk malam tadi. Kalau lauk malam tadi dah habis, mak akan goring telur dadar atau tumis 1 tin sardine kecil seringkasnya. Abah Sweetie bangun awal juga dan tentunya duduk menemankan emak dengan membaca kitab atau buku. Tugas Sweetie adalah buat air dan menghidang. Ha…apa tugas kakak Sweetie (Kak Long dan Kak Ngah) yer…hmm tentunya basuh pinggan dan kemas semua setelah selesai.
Ada lagi tugas yang paling mencabar buat Sweetie nihh..mengejutkan adik2 Sweetie tu. Ya Allah berkali-kali dah kejutkan, bila kita ke dapur, ulang semula ke tilam mereka, ha..tengok dah tidolah balik…kalau sorang buat perangai takper..haam… 4 orang sekali..tak ker geram…rasa nak nangis dibuatnya kadang-kadang. Itulah sebabnya kitorang bangun awal, sebab mak tahu masalah mengejutkan diorang jer dah ambil masa 15min gitu.

Abah selalunya memastikan anak-anaknya bangun untuk bersahur. Jadi kalau misalnya bendera jepun dah datang pun…bangun juga sahur dan berpura-pura puasa depan adik2. Gitulah…Kami makan dengan duduk bersila saja, bentang tikar , almaklumlah ramaikan… Sampai sekarang kalau balik umah mak..lagi best makan dok bersila nih.

Bila semuanya dah ready untuk bersahur, Abah pun memasang kaset ceramah. Ha..tiap-tiap pagi kami akan mendengar ceramah ketika makan. Ha..sudi tak sudi ha..tadah jerlah telinga dengar ceramah tu, Mana nak lari yer. Macam-macam kaset ceramah ada, Antara ustaz2 yang terkenal dgn ceramah pada masa dulu, Ustaz Mohd Amin, Ustaz Ali, Ustaz Ismail Kamus ha..ustaz dari Indonesia pun ada juga seronok dengar loghat indonesianya. Ada juga ustaz yang kelakar dalam memberi ceramahnya. Ha..bukan ceramah politik yer..ceramah pasal ibadah gitu….

Kadang-kadang rasa tak masuk nasi dalam mulut kalau ceramah tu terkena batang hidung sendiri. Kalau teguran tu pasal liat solat, degil x dengar kata orang tua atau menutup aurat dan sebagainya.Kadang-kadang kami berpandangan adik beradik jeling-jeling, senyum-senyum gitu..ha..dah buat salahkan, kena batang hidunglah tu.. Itulah cara Abah Sweetie dalam mendidik anak-anaknya rajin berpuasa disamping tu secara tak langsung kami mendengar ceramah agama tiap2 hari selama sebulan wajib. Ada lah beberapa kaset tu dari mana Abah dapat tak tahulah pulak, pinjam dari masjid kot…, Walaupun makan Cuma 10-15 minit, tapi ceramah tu kenalah dihabiskan, dok la minum air tunggu ceramah tu selesai.

Inilah kenangan sahur buat Sweetie, nanti kenangan berpuasa kita berkongsi bersama okay.

Monday, August 2, 2010

BERTINDAKLAH SWEETIE.

Assalamualaikum semua,


Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas.

Pada hari raya yang ke 4 dan 5, di kawasan kejiranan kami terdengar suara/ gurau senda kanak-kanak berkumpul sebelum mereka pergi berkonvoi kerumah-rumah jiran yang lain berhari raya atau lebih sesuai dikatakan mengutip duit raya. Begitu juga dengan anak-anak Sweetie, seronok melihat mereka dengan memakai pakaian baju baru bermain-main dihalaman rumah bersama rakan-rakan, mengira duit raya gitulah biasanya. Pintu rumah dibiarkan terbuka kerana Sweetie dan ex hubby hanya duduk bersantai menonton TV sambil menunggu kalau-kalau ada jiran datang berkunjung.

Dalam dok relax tu, dengan tak semena-mena Anis anak perempuan Sweetie menerpa masuk kerumah dalam keadaan menangis dan diikuti oleh Nabil dan memberitahu rantai leher adiknya direntap oleh 2 orang India bermotosikal dan terus memecut motor. Sweetie memeluk Anis yang menggigil dan menangis. Bila keadaan okay, Sweetie bertanyakan Nabil kenapa tak menjerit meminta tolong begitu juga kawan-kawan yang lain. Nabil menjawab mereka macam kaku dan hanya mampu melihat tanpa buat apa2, menjerit pun cam suara takleh keluar..

Sweetie bersyukur juga semasa direntap rantainya Anis tidak jatuh dan lehernya hanya terdapat sedikit calar. Eii. tak boleh dibayangkan jika Anis terjatuh atau terjadi apa-apa padanya. Tentu Sweetie yang menyesal tak sudah.Ya Allah Ya Tuhanku minta jauhkan perkara-perkara yg tak baik gitu dari hidupku. Sejak ari tu sampai sekarang ni, Anis fobia dan tak mahu memakai apa-apapun barang kemas walaupun sebentuk cincin emas.

Ini pula Kejadian yang baru juga berlaku dalam 3 bulan lepas
.

Selepas shopping sedikit barang-barang di Mydin Kajang, hubby Sweetie beratur dikaunter bayaran, dan bila keadaan agak sesak dikaunter tu, Sweetie keluar menunggu suami didepan pintu. Masa tu hari dah senja dan hujan renyai-renyai. Berdiri dihadapan Sweetie adalah seorang wanita India, berskirt hitam memakai T-shirt biru bentuk leher V, jelas kelihatan rantai emasnya yang agak besar melingkari lehernya..hmm cantik.

Ada juga 3 wanita lain turut menunggu depan pintu itu, mungkin mereka juga menunggu suami mengambil mereka didepan pintu kerana hujan. Tiba-tiba datang seorang pemuda melayu/indon taklah Sweetie pasti kerana bertopi keledar dan datang menuju ke Wanita India itu, Sweetie fikir dia juga mau berlindung dari hujan juga atau mencari-cari seseorang, tiba-tiba dengan kedua belah tangannya merentap kuat rantai leher India tu dan terus berlari menuju motor yang terletak beberapa meter jer dari situ, kawannya dah standby hidupkan engine motor dan bersedia memecut.

Pada ketika itu sweetie terpana, lidah kelu dan hanya mampu melihat, begitu juga India itu tidak bersuara. Kami macam dipukau. Cuma memandang dan pada ketika itu suami Sweetie keluar dan sempat melihat lelaki itu berlari sekuat hati menuju kearah kawannya, dia bertanya, Honey! What happen? Sweetie tak dapat bertenang dan tak dapat memberitahu dengan baik apa yang berlaku, setelah pemuda itu berlalu, barulah sweetie dan wanita India itu beritahu rantainya dah diragut oleh pemuda itu.

Hubby Sweetie berkata jika Sweetie bertindak dgn cepat atau menjerit pasti beliau sempat memintas lelaki itu atau sekurang-kurangnya membaling dengan tin sardine atau susu yang Sweetie beli ketika itu dan juga pastinya guard Mydin disitu turut juga mendengar jeritan dan pasti membantu. Itulahlah dia pengalaman yang berlaku begitu hampir sekali dengan Sweetie dan dikesali kerana tidak bertindak. Camner yer…Sweetie ni penakut ker atau macammna ni…Alahai…..

Thursday, July 29, 2010

Umph...SATE!

Salam sejahtera semua,

Nilah rupanya sate Kajang, Balik jer dari kerja Sweetie terus singgah jap kat Sate Samuri Kajang. Haa....terkenal tau Sate Samuri ni.... Seantero Malaya dah tau. Lihat gambar sate tu..ummph...ngences kata orang jawa.

Sweetie dah dapat gaji, jadi macam nilah setiap bulan. Bila gaji jer baru Sweetie boleh belanja lebih sikit beli makanan buat anak2. Sekali dalam sebulan BUKAN SETAHUN YER.
Cam bulan lepas KFC, pastu bulan lain pulak McD,
pastu Pizza haa…camtulah aturannya.
Kalau tiap-tiap minggu mau kopak Sweetie.
Janji anak-anak merasa dan gembira yer tak?..
pada Sweetie mengukur baju biarlah
betul mengikut saiznya.

Tersenyum anak Sweetie melihat mamanya membawa bungkusan sate balik rumah.
Tak payah sebut tahu jer dia. “Mama dah dapat gaji yer”…
Tak sabar-sabar lepas solat maghrib jer terus kami makan bersama anak beranak.
Rasa puas lihat anak makan dengan gembira.

Bulan Ramadhan dah hampir menjelma. InsyaAllah..11hb August ni dah mula puasa.
Tentunya Sweetie nak fikir satu juadah
yang menarik yang boleh membangkitkan selera
mereka untuk bangun sahur pertama kali dibulan ramadhan nanti..
Macam-macam ragam dalam membesarkan anak-anak ni.
Sabar jer la.