Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama 1 minit 5 minit dan 15 min Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Dengarlah Hai Teman, Dengarkan Bersama, Aku Menulis Bukan Kerna Nama, Kerna Sifat Kasih Pada Sesama Insan Dan Menyatakan Kasih Sayangmu, Kita Sama Semuanya Sama Apa Yang Ada Hanyalah Kehidupan.
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts
Tuesday, May 11, 2010
Wednesday, April 28, 2010
KERETA KANCILKU

Kalau nak cerita bab penjagaan kereta..Akulah orangnya yang langsung tak memahami selok belok penjagaan kereta nih. Bagi aku yang penting hanya isi minyak ngan isi air, basuh kereta, vacum itu jer..Bab2 engine ker, nama2 part kereta janganlah tanya…Mesti fail nak jawab punya.
Pagi ni, cam biasa start keta nak gi Office. Sejurus menghidupkan engine terfikir pulak iskhh..lama rasanya aku tak isi air kat radiator ni. Mau silap2 engine panas meter naik ni, kesannya rosak kereta aku nanti. Itu jer yang terlintas pada fikiran aku. Terus keluar tanpa mematikan engine membuka bonet dan mengisi air. Rupanya perbuatanku diperhatikan oleh seorang lelaki India yang tinggal 1 apartment ngan ku dan datang menyapaku. "Helo..Ada masalah ka? Hi, takder masalah apa2 cuma saya isi air saja. Itu cara awak bikin salah..Engine mesti mati dulu baru isi air. Baru you tau itu air penuh atau tidak. Sekarang awak tengok air macam penuhkan... sebab engine hidup. Nanti silap2 kereta awak boleh rosak, tangki bocor, water pump jem etc". Hmm malu-malu alah aku…"Oh Eh iyer ker..saya tak tahu ok kene matikan engine dululah ni". Ha.. satu lagi aa.. pagi sebelum start engine mesti check air dulu, minyak hitam, baru u punya kereta jalan elok. Baik sikap India ni.
"Mari saya tengok minyak hitam, eh kat mana letak tempat minyak hitam keta awak? Pulak dah!... Dia Tanya aku, aku lagilah tak tahu. Alih2 dia cakap, Keta saya Wira saya tahulah, keta kancil tak tahu pulak saya. Hmm yer la keta model lain2 yer tak..dah keta kancil agaknya kat mana pulak minyak hitam tu menyorok yer...heheh.Tak aperlah nanti saya check sendiri.…tima kasih banyak yer.
Itulah teruknya aku. Kalau nak tanya bab2 resepi ker, bab fashion semasa ker, make up ker bolehlah takat lulus ujian, bab keta ni susah sikit nak jawab…tu la….dah sedar la ni…nak belajar ni…hhehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)