Monday, August 2, 2010

BERTINDAKLAH SWEETIE.

Assalamualaikum semua,


Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas.

Pada hari raya yang ke 4 dan 5, di kawasan kejiranan kami terdengar suara/ gurau senda kanak-kanak berkumpul sebelum mereka pergi berkonvoi kerumah-rumah jiran yang lain berhari raya atau lebih sesuai dikatakan mengutip duit raya. Begitu juga dengan anak-anak Sweetie, seronok melihat mereka dengan memakai pakaian baju baru bermain-main dihalaman rumah bersama rakan-rakan, mengira duit raya gitulah biasanya. Pintu rumah dibiarkan terbuka kerana Sweetie dan ex hubby hanya duduk bersantai menonton TV sambil menunggu kalau-kalau ada jiran datang berkunjung.

Dalam dok relax tu, dengan tak semena-mena Anis anak perempuan Sweetie menerpa masuk kerumah dalam keadaan menangis dan diikuti oleh Nabil dan memberitahu rantai leher adiknya direntap oleh 2 orang India bermotosikal dan terus memecut motor. Sweetie memeluk Anis yang menggigil dan menangis. Bila keadaan okay, Sweetie bertanyakan Nabil kenapa tak menjerit meminta tolong begitu juga kawan-kawan yang lain. Nabil menjawab mereka macam kaku dan hanya mampu melihat tanpa buat apa2, menjerit pun cam suara takleh keluar..

Sweetie bersyukur juga semasa direntap rantainya Anis tidak jatuh dan lehernya hanya terdapat sedikit calar. Eii. tak boleh dibayangkan jika Anis terjatuh atau terjadi apa-apa padanya. Tentu Sweetie yang menyesal tak sudah.Ya Allah Ya Tuhanku minta jauhkan perkara-perkara yg tak baik gitu dari hidupku. Sejak ari tu sampai sekarang ni, Anis fobia dan tak mahu memakai apa-apapun barang kemas walaupun sebentuk cincin emas.

Ini pula Kejadian yang baru juga berlaku dalam 3 bulan lepas
.

Selepas shopping sedikit barang-barang di Mydin Kajang, hubby Sweetie beratur dikaunter bayaran, dan bila keadaan agak sesak dikaunter tu, Sweetie keluar menunggu suami didepan pintu. Masa tu hari dah senja dan hujan renyai-renyai. Berdiri dihadapan Sweetie adalah seorang wanita India, berskirt hitam memakai T-shirt biru bentuk leher V, jelas kelihatan rantai emasnya yang agak besar melingkari lehernya..hmm cantik.

Ada juga 3 wanita lain turut menunggu depan pintu itu, mungkin mereka juga menunggu suami mengambil mereka didepan pintu kerana hujan. Tiba-tiba datang seorang pemuda melayu/indon taklah Sweetie pasti kerana bertopi keledar dan datang menuju ke Wanita India itu, Sweetie fikir dia juga mau berlindung dari hujan juga atau mencari-cari seseorang, tiba-tiba dengan kedua belah tangannya merentap kuat rantai leher India tu dan terus berlari menuju motor yang terletak beberapa meter jer dari situ, kawannya dah standby hidupkan engine motor dan bersedia memecut.

Pada ketika itu sweetie terpana, lidah kelu dan hanya mampu melihat, begitu juga India itu tidak bersuara. Kami macam dipukau. Cuma memandang dan pada ketika itu suami Sweetie keluar dan sempat melihat lelaki itu berlari sekuat hati menuju kearah kawannya, dia bertanya, Honey! What happen? Sweetie tak dapat bertenang dan tak dapat memberitahu dengan baik apa yang berlaku, setelah pemuda itu berlalu, barulah sweetie dan wanita India itu beritahu rantainya dah diragut oleh pemuda itu.

Hubby Sweetie berkata jika Sweetie bertindak dgn cepat atau menjerit pasti beliau sempat memintas lelaki itu atau sekurang-kurangnya membaling dengan tin sardine atau susu yang Sweetie beli ketika itu dan juga pastinya guard Mydin disitu turut juga mendengar jeritan dan pasti membantu. Itulahlah dia pengalaman yang berlaku begitu hampir sekali dengan Sweetie dan dikesali kerana tidak bertindak. Camner yer…Sweetie ni penakut ker atau macammna ni…Alahai…..

19 comments:

  1. Salam sweetie,

    Sekarang ni kes ragut banyak berlaku di bandar atau pekan kecil. Jangan bagi anak-anak pakai barang kemas. Pakai semasa raya atau majlis kenduri. Elak anak-anak perempuan berjalan atau bersembang diluar rumah sbb byk juga kes culik.

    Berhatix dan minta dipelihara selalu oleh Allah SWT...

    Jazakallah khairan.

    ReplyDelete
  2. W.salam Capt,

    tima kasih peringatan tu Capt. Anis dah fobia dah, tak mahu pakai barang kemas lagi.Memang Sweetie sentiasa bimbang jer keselamatan anak-anak.

    Sweetie pesan sama Anis, pergi sekolah tu jalan kaki ramai-ramai.Takut dengan kes-kes culik atau perkosa kanak-kanak sekolah.

    Mohon ya Allah swt lindungi keluarga kami.Amin

    ReplyDelete
  3. Hati2 la weh.Orang jaman sekarang bukan kire.Tau mencari mende mudoh je.

    ReplyDelete
  4. Salam JD,

    betul tu, bila dah dekat musim perayaan, lagi banyak kes ragut dan kecurian berlaku. Macam-macamlah sekarang ni.

    Elok suruh anak masuk kelas karate atau silatlah JD. Boleh jugak mempertahankan diri.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Sweetie,
    Kadang2 kita bukan tak nak tolong, tapi perkara tu berlaku cepat sangat smp tak sempat nak fikir apa nak buat.Hehe.Sebab tu la jangan biasakan jalan sorang2.Saya pun kalau keluar mesti ngan hubby.

    ReplyDelete
  6. W.salam,

    Bila panic, ha camtulah jadinya tak leh nak fikir panjang. cakap pun berterabur jadinya. Betul tu jalan eloklah berteman, kalau tak suami, anak2 atau sahabat

    ReplyDelete
  7. ya Tuhan, seramnya..takut jugak dengar kes ragut macam ni...tambah2 melibatkn knk2..well, hope kita semua lepas ni bebas drpd perkara2 terbabit ye k.sweetie..amin...

    ReplyDelete
  8. Salam Fifiey, apa khabar,

    Saban hari memang banyak kes-kes ragut ni. bukan ragut barang kemas jer, ragut beg gitu.Ada yang mati terhempas kat batu kerana mempertahankan beg dr diragut. bahaya sungguhkan

    Sekarang ni kalau Kak Sweetie lihat anak-anak kecil jiran tetangga memakai rantai emas, sweetie pula yang takut.

    Hati2 ya Fifiey, jalan bawa body Guard okay..

    ReplyDelete
  9. salam,

    tak mengapa mungkin tergamam saat tu tapi lepas ni belajarlah menjerit ye hehe..

    ReplyDelete
  10. salam..
    Biasanya dalam keadaan panik seseorang itu akan tergamam dan tidak tahu nak buat apa.Bila dah berlaku barulah teringat nak menjerit atau memikirkan sesuatu.

    ReplyDelete
  11. salam akak..
    isyh2 peragut zaman skang ni mmg brani kan.. kat mydin pon diorg meragut. da la tempat tu tmpat ramai org.. isyh2 mmg teruk laa....
    xpe blasan d akhirat mnggu diorg...

    ReplyDelete
  12. W.salam Penjejak Maya,

    Tergamam tu yang mmebuat suara tak keluar..hmm kalau waktu2 biasa ni setakat kak Sweetie nak jerit okay jer dik, cuma tak der reason napa nak menjerit. hehe takut orang kata apahal pompuan ni menjerit. gilo ko.

    ReplyDelete
  13. W.salam Ozzy,

    Betul tu, pada masa tulah sebenarnya waktu yang sangat pantas untuk kita bertindak. Akibat tergamam peluang kita habis..tapi ada orang juga yang tak tergamam macam Sweetie.

    ReplyDelete
  14. Salam Yua,

    Memang peragut tu berani mati, memanglah ramai orang kat depan Supermarket Mydin tu, tapikan...kebanyakan pompuan, Agaknya tu sebab dia berani bertindak kot.


    Yelah lepas didunia, diakhirat belum tentu ya. Pada Yua hati2 juga ya ketika berada diluar rumah.

    ReplyDelete
  15. haish,jgnla pekara mcm 2 blaku kat insan2 lemah macam alin nih.huuu.takot!

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah..kesian anak akak...dan mangsa2 yang kena ragut tu...sepupu awe pernah kena gak time tu kat sarawak..dia baru pas kuar dari bank dan baru seminggu beli hp baru tak pasal2 org ragut dia...dia acukan pisau kak

    nyawa @ harta??

    ReplyDelete
  17. Salam kenal Aleen
    dan tima kasih berkunjung ke blog ni.

    Betul tu Aleen minta kejadian sebegitu tak akan pernah berlaku dlm hidup kita. Jadi berhati-hatilah yer.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Memang kesian kat anak akak tu, sampai sekarang fobia.

    hmm peragut tu memang makan besar yer Awa, dahlah baru kuar bank, dapat h.phone baru lagi.Sepandai-pandai peragut ni meragut orang..haa..pasti ada juga silap langkahnya nanti.

    Nyawa atau harta? Hilang nyawa tak bisa diganti, hilang harta usahalah lagi.

    ReplyDelete
  19. skrg mmg musim peragut mjalankn akitiviti tk sihat tue.. lg2 nk musim raya nie nk kumpul duit la katakn... lg la mrk mnganas utk mragut sbrape byk yg leh... so sweetie dear.. plz be extra careful ya... dean limkokwing cyberjaya

    ReplyDelete