Monday, August 9, 2010

JANGAN MARAH SAYANG

Assalamualaikum,

Bila kita dengar perkataan ni mesti takut iaitu MARAH.
Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia dan satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Dah terbayang bagaimana muka orang yang marah tu terhadap kita, mesti mukanya berkerut, merah, matanya mengecil sikit, tangannya digenggam menahan amarahnya yang mahu meledak. Eii hodohnya bila marah. Marah juga buat membuatkan kita tua dari waktunya.haa….jaga-jaga tu.

Marah inilah sahabat syaitan menjadikan kita tak dapat berfikir dengan baik dan hilang pertimbangan dan akibat tak dapat mengawal kemarahan ada yang membuat tindakan dengan membunuh, memukul, mendera, membaling benda-benda membuat perkara yang pelik-pelik yang luarbiasa sedikit dari perangai kita.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar. Malahan, ada juga marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.

Para sahabat semua, Esok kita dah mula berpuasa dan sesungguhnya bila kita marah akan mengurangi kesempurnaan pahala puasa. Jadi senyum sokmo yer.



Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang.

Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain.

Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) .

24 comments:

  1. salam ramadhan kak sweetie...alhamdulillah, ramadhan kali ni rasa lebih ceria dan harap2 dapat puasa dengan baik dan dengan bersandarkan nawaitu yang betul..:)

    well, based on ur article, sape yang marah2 nii??hehe..anyway jgn marah2 ye...nnt cepat tuaaa^_^ tenangkan diri di bulan puasa..pasti lebih tenang jiwa..

    ReplyDelete
  2. Salam kak sweetie, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..semoga bulan Ramdhan ni kite dapat buang semua sifat mazmumah kite..amin..

    ReplyDelete
  3. Yalah... makin berusia, makin kena kawal perasaan dan sikap suka marah-marah. tambah lagi ini bulan puasa kan sweetie...

    ReplyDelete
  4. salam,

    puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi juga untuk menguji kesabaran kita termasuklah mengekang nafsu amarah tu jua..

    Selamat Berpuasa..

    ReplyDelete
  5. salam kak sweetie,

    Yelah kan nape nak marah2 plak. Ala kak dp kita jd hipokrit jer nak berbaik ngan orang, asyik2 dia jer yg betul, pandangan dia jer yg bernas dan org lain semua nyer salah baik tak yah layan dan berkawan ngan orang cenggitu. Banyak lagi org lain yg boleh dibuat kawan, hati kita tak sakit, air mata tak terbuang dan byk hal lain kita nak pikirkan.

    Lepas ni mungkin org tu dah jadi pendiam dan hanya berkata bila ada benda yg penting jer, sepatah akak tanya sepatah la dia jawab.... Tapi akak tak yah la tanya nape diam jer... Kalau berbicara hanya untuk menyakitkan hati dan menambah dosa kedua pihak buat apa betul tak..T cepat TUA....DIAM tukan Lebih Baik sunnah Rasul..... Zura TISB.

    ReplyDelete
  6. Salam Fifiey,

    Kak Sweetie berharap juga Fifiey sekeluarga berpuasa tahun ini lebih indah dan segala amalan diberkati Allah swt.

    Heheh...Takder sapa yang marah-marah Fifiey, cuma Kak Sweetie saja memilih N3 marah ni dibulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  7. W.salam Hawa,

    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga buat Hawa.Buang segala sifat Mazmumah.Puasa membentuk peribadi kita juga agar menjadi lebih baik dan semoga begitulah ianya akan berkekalan.

    ReplyDelete
  8. Salam kak Shidah dan selamat berpuasa.

    Marah2 bulan posa ni nanti kuranglak pahala puasa yer kak, hmm soba eh lah.Banyak betul perkara yang terjadi yang menguji kesabaran kita yer.

    ReplyDelete
  9. W.salam Penjejak Maya dan selamat berpuasa

    Sweetie setuju. Kalau dah tak dapat menahan nafsu marah, amalan berpuasa jadi sia-sia. Natijahnya hanya lapar dan dahaga jerla yang mungkin kita dapat dari puasa ya.

    ReplyDelete
  10. W.salam Adik,

    Usahlah bersalah sangka Adik, Kak sweetie posting N3 ni kerana kebetulan setelah membaca harian Metro pasal amarah sempena bulan Ramadhan.

    Kat Sini Kak Sweetie menyusun sepuluh jari memohon maaf jika telah tersinggung hati adik atau hati pembaca yang lain, sesungguh demi Allah SWT tiada sikit niatpun untuk menyakiti hati sesiapa.

    Adakah salah Sweetie membuat post N3 sebegini? dah...tak tahan nak nangis, Sweetie sedih sangat dituduh begitu.

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan, kak sweetie,
    apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
    jangan sedey2 kak. Mungkin adik anony tu terluah perasaan kat sini. mgkin dia bukan maksudkan post kak sweetie. jangan sedey ya.

    ReplyDelete
  12. W.salam Indah,

    Entahlah Indah, terusik (sedih) juga hati Kak Sweetie..

    ha....thanks, Indah dah pujuk akak jgn sedih..kak sweetie dah senyum semula.Bagaimana puasa ari ni. Moga semuanya dipihak Indah baik2 aja ya.Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
  13. Salam Sweetie,

    Manja sungguh tajuk tu!. Marah pada yg sayang...pasti merajuk dan kena pujuk. Marah ada hadnya..supaya mendatangkan perubahan yg positif.
    Di bulan puasa...marah berpunca dari perut yg lapar...itu pasal bulan puasa jgn ikut nafsu amarah....sabar bykx kerana itu pahala yg besar kepada hamba yg sabar...

    Jazakallah khairan.

    ReplyDelete
  14. kak sweetie,

    Nape lak nak kena minta maaf dan bersedih. Saya memang dr dulu pendiam kak cuma bila org ajak berbual baru la saya sahut kalau tak tu saya buat keje saya jerr.
    DIAM tu tak lah sampai putus kawan kak cuma lebih baik Diam dr berbicara pekara yg remeh temeh tu jer. Tak salahpun nak letak N3 apa asal akak bahgia. Kalau saya mrh ke dendam apa yg dpt hanya DOSA sia2 jer buat amalan tapi pahalanya hangus cmtu jer kan rugi.
    Tapi rasanya tak salah pilih kawan yg baik, saya sendiri pun tak ramai kawan tambah2 yg rapat. Lebih suker menyendiri dlm segala hal, kat umah pun saya seorang pendiam ditambah lagi ngan suami yg mmg2 pendiam...
    Dah la kak tak yah sedih, simpan jer air mata tu utk pekara yg beri manfaat kat diri. Semoga kwn2 akan jd terbaik utk akak. Zura TISB

    ReplyDelete
  15. W.salam Capt,
    Marah pada yang sayang, merajuk pada yang kasih.Sweetie juga selalu mengharapkan ada perubahan positif kalau kita marah2 sayang ni.(terutamanya marahkan anak-anak)

    Kalau marah2 selalu tentu negatif pula jadinya yer Capt.Sweetie juga selalu pujuk hati Sweetie sendiri agar sabar walaupun apa dugaan mendatang.

    ReplyDelete
  16. Salam adik,

    Maafkan Kak Sweetie tak tahu apa lagi yang adik nak sebenarnya.

    Cuma pesanan kak Sweetie buatlah apa yang adik rasa baik untuk diri adik dan didoakan semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  17. betullah..saye ni mmg cpt panas..harap2 bulan puase ni boleh repair perangai tuh

    ReplyDelete
  18. Same la kite beruboh ke aroh yang lagi baik ...

    ReplyDelete
  19. Salam Ramadhan hentakbelipat,

    tima kasih sudi berkunjung di blog ni.Betullah tu..Kalau boleh direpair yer direpair, tapi alangkah baiknya kalau dapat kita ubah sepenuhnya ya.

    Selamat beramal dibulan yang penuh keberkatan ni.

    ReplyDelete
  20. Salam JD,

    Yer..setuju..jom kita bermula dengan bulan Ramadhan ini dan berterusan hendaknya. Amin.

    ReplyDelete
  21. salam sweetie..
    kty alhamdulillah dah berusi ni .dah pandai kontrol marah ..

    selamat berpuasa ye sweetie.

    ReplyDelete
  22. W.salam Atty,

    Betul tu, Dengan umur yang semakin matang, Kesabaran kita pun makin bertambah. Malas nak marah2 ni yer Atty...letih.hehhe

    Selamat berpuasa juga buat Atty sekeluarga.

    ReplyDelete
  23. sebenarnye perasaan marah ni berpunca dari sesuatu yg lain..tak ada org yg akan marah tanpa sebab..selalunya bersebab...kita cuma manusia biasa bukan malaikat...akak mmg akan melenting kalau benda tu menyakitkan hati...akak tak nk jadi hipokrik...mungkin akak bukan org yg kuat iman atau penyabar...itulah kelemahan diri akak...

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Salju,

    Betul tu, mana ada orang yang marah tanpa sebab. Kalau anak2 kita buat salah atau tak mendengar kata, tentunya kita marah juga ya,Marah-marah sayang gitu...

    Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat kak Salju sekeluarga.

    ReplyDelete