Monday, August 16, 2010

POSTO, POSTO


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah ari ni dah 7 hari kita berpuasa. Biasanya setelah seminggu kita berpuasa inilah masa yang sesuai untuk menghantar kad-kad raya pada sahabat tersayang. Pada masa Sweetie remaja dulu bukanlah di zaman canggih IT. Mana boleh nak hantar kad raya dalam masa beberapa minit macam sekarang ni melalui E-Card Raya. Cuma download, pilih gambar, edit, send, dalam beberapa minit, dah mereka menerima kad raya dari kita. Mudahkan…

Tapi kan…kemeriahan dan keseronokan menerimanya taklah seseronok kala dulu. Mana tidaknya Sweetie suka melihat tulisan tangan sahabat menulis ucapannya dan di dalam kad tu juga tercetak ayat-ayat yang begitu indah membuai perasaan. Bila dengar jer motor posmen berhenti depan rumah hati berbunga..amboi seronoknya...hehe..sempat lagi abang posmen jeling-jeling tu..Posa-posa juga yer..iskh…ha..akibat jeling menjeling dah kurang sikit lak pahala posa nih.

Pengumuman-pengumuman siapa nak hantar kad raya ada tarikh terakhir buat gitu, hmm kalau tak, alamat dah seminggu dua raya barulah kad tu diterima. Tak best aar…yer tak? Siap pihak Pejabat Pos memberi pengumuman melalui akhbar. Tu la pasal awal-awal lagi dah sibuk memilih kad raya ni.

Biasanya tempat jualan kad raya ni memang sibuk, masing-masing memilih kad dan susunan ayat yang asyik masyuk…nak diberi pada orang yang tersayanglah katakan…. Macam2 gambar ada, Gambar masjid, gambar ketupat, lemang, lampu pelita, pemandangan, bunga-bunga, gambar kucing, kartun . Ha..macam2 ada ma…Begitu juga ada kad khusus untuk AyahBonda, Guru, Sahabat, Kekasih ha..pilih jerla mana satu berkenan dihati.

Bagi mereka yang dok usha-usha gadis idaman mereka, inilah masa untuk menghantar kad raya. Hehe…selalunya melalui adik2 kita. Urusan tersebut dijalankan dengan berkesan. By hand gitu tanpa setem ma…Kalau dibalas beruntunglah badan, tak berbalas ha…faham-faham jer la yer..

Begitu bermaknanya kad raya ni, dah siap dibaca, dibalas, digantung pula pada ranting-ranting kayu yang dicat dan diletakkan diruang tamu, juntaian kad raya yang berbagai memeriahkan lagi suasana.Mana-mana kad raya yang tak mahu dibaca oleh orang lain, distapler dahulu sebelum digantung.

Ha..ni ada pantun 2 kerat yang sering Sweetie tulis bila hantar kad raya kad kawan-kawan. Biasanya saja sesuka jer nak letak pantun ni weh..Bila Sweetie baca balik kelakar betullah…

PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAPLAH DIBALAS

PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG.


Begitulah seronoknya menerima dan membalas kad raya ni. Lepas sahur sementara nak tunggu nak gi kerja,sempatlah menulis sekeping dua kad raya, ha..bukan macam kad raya sekarang ni…memang terlalu ringkas..

Kat Opis ni pula setiap tahun biasanya kami menghantar kad raya pada Client, Biasanya Kad Raya yang bertulis Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Maaf Zahir Batin. Cop ngan cop company , kemudian Boss sign ha…memang ringkas, tetapi seronok juga ya.

Sweetie harap kemeriahan balas membalas kad raya ni taklah lenyap dengan adanya sistem yang canggih sekarang ni, Sistem E-Card Raya. Kedua-duanya mempunyai peranan yang sama dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara kita semua.

24 comments:

  1. salam..
    Tadisi pemberian kad raya ini semakin pupus ditelan teknologi moden skrg ni..tetapi ia menjadi klasik sekiranya kita menerimanya dr seseorg pada hari ini.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Kalau masa Prince kecik2 dulu.. Slalu gak dpt kad raya..
    Bila dah masuk unvsty.. boleh kira pakai jari bpe yg posman hantar.. Banyak sms raya je dr kad raya.. Tp x sama, sms x boleh nk gntung mcm kak swetie... hik3...

    ReplyDelete
  3. W.salam Ozzy,

    Betul tu Ozzy, Pemberian kad raya makin hilang ditelan waktu, ditelan kecanggihan teknologi moden. Cuma yang masih ada sekarang secara official pemberian kad raya Syarikat kepada Client.

    ReplyDelete
  4. W.salam Prince,

    Kalau guna sms dah esok nak raya pun boleh send banyak sms raya yer Prince..ha..forward kat semua yer tak?.

    Amboi..nak gantung sms yer...camner tu.

    ReplyDelete
  5. hahaha.. best pantun dua kerat gantung2 tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Mia,

    Pantun yang popular ketika menghantar kad raya..masa sweetie sekolah rendah dulu.hehe.

    ReplyDelete
  7. slm akak..
    mmg syok kalau terima pberian kad raya dr scra manual.. tp skarg da x dpt nk rasa itu smua.. smuanya wish melalui sms, FB, email dsb...
    dah hilang kmanisan dahulu kala...

    ReplyDelete
  8. salam..
    lama dah tak tengok kad raya ni
    dah jadi klasik la pulak..he he
    hanto la satu ke saya..la la la

    ReplyDelete
  9. salam sweetie,

    E-card raya shj yg nak hantar kat sweetie...
    Pos malaysia kena stam 50 sen kurang dari ?gm..
    Ada cantik punya dari sweetie...nak juga..

    ReplyDelete
  10. W.salam Yua,

    Semalam, Kak Sweetie terima kiriman pos kad raya dari sahabat lama.Gembira rasanya.

    Tapi yerlah kan setem pun dah naik harga. ramailah yang memilih FB, SMS. E-card etc, mudah, cepat dan murah.

    ReplyDelete
  11. W.salam En Zul,

    Betul tu. Dah jadi bahan klasik pulak yer kad raya ni.
    Bolehlah Sweetie anta 1 kad raya..by hand ker or by post En Zul.hehe

    ReplyDelete
  12. W.salam Capt,

    Mahal dah cost penghantaran kad Raya yer Capt. setem pun dah 50-60sen.

    Hantarlah E-card untuk saya..haa.create yang cantik2 ma...amboi sweetie demand lagi.Gurau jer.

    E-card yang cantik dari sweetie nanti dok minta tolong pakcik google carikan yer.hehe

    ReplyDelete
  13. Salam kak sweetie,
    Teringat timee2 anak dara dulu. Memang suka main kad2 raya. La ni, kalu kita free bagi kad kat org tu, suruh dia pos kat pej pos, bukan main payah. katanya scan, dan emel, abis citer. huhu... Teringat masa kecik2, kami stapler kad2 raya, gantung kat dinding. Gabung seme skali. sape paling byk dapat kad, kira dia paling ramai kawan la. hikhik..
    Arini intenet slow kat sini dr tengahari. huhuh.. selamat brbuka kak

    ReplyDelete
  14. Zaman kita dulu lain, zaman sekarang lain.. begitulah, perubahan hasil daripda peredaran masa... akan datang tahu macam mana pula kad rayanya ye...sweetie

    ReplyDelete
  15. salam sweeeeety....
    ckp psl kad rayer...tingat zmn knk2 ribena dulu... time sek rendah..pnyer la beria anto kad rayer...decorate tu jgn ckp arh...kalo x sempat pos, siap tukar2 kad rayer kt sek lagi...time tuu kire anto kad rayer perkara wajib arh...ngeeee happening sgt!! tp zmn da brubah...now msg jer...huhu x beshhh(T_T)

    ReplyDelete
  16. salam kak, awe masih suka pada kad raya..every year awe akan beli..10...dan akan tunggu posmen datang hantar kad...hehehe...nak alamat..leh bagi kad raya nanti

    ReplyDelete
  17. i pon prefer kad raya dari e-kad segala...ada value yg tersendiri.satu kad pon tak pernah buang.last dpt 4 thn lepas.pastu suma gn sms or email..tsk tsk..nak kad raya..wuhuuuu(T_T)

    ReplyDelete
  18. W.salam Indah,

    Betul tu Indah, Memang masa kecil berlumba ya sapa yang paling banyak terima kad raya, memang ramai kawan.Hehehe siap tanya tu kau dapat banyak tak kad raya tahun ni? Meriahkan.

    Bagi Kak Sweetie, antara sebabnya malas nak gi Pejabat Pos. Parking takder ma. Pusing2 cari parking dah 1/2 jam.Sesak sangat.

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Shidah,

    Masa merubah segalanya. Kita semakin sibuk dan tentulah teknologi moden menjadi pilihan utama. Rasanya akan datang kad raya mahu pupus kak.

    ReplyDelete
  20. W.salam Najwamz, Posa ker ari ni,

    Hehehe. Zaman kanak-kanak ribena tu, Rasa kak Sweetie mesti kat sampul kad pun Najwamz mesti decorate juga ya. Kak Sweetie lihat anak kak sweetie macam tu.

    Kak Sweetie pasti, Najwamz teror juga decorate kad raya kat internet ni..ha..nanti send kat Kak Sweetie 1 yer.

    ReplyDelete
  21. W.salam Hawa,

    Bagus adik akak ni, ha 10 kad Awa, bukannya ada 11, 1 lagi special ma...post buat yang tersayang. Jangan marah, senyum sikit, kak Sweetie gurau.

    InsyaAllah nanti Kak Sweetie e-melkan alamat akak.

    ReplyDelete
  22. Salam kenal, salam Ramadhan,
    PurplePolaris,

    Kad raya ada keistimewaannya yang tersendiri, Orang kata ada sentimental Value pada kad raya membuatkan kita menyimpannya dan membaca berulang kali. Jom kita hantar kad raya..

    ReplyDelete
  23. kalau dedolu... siap amik ranting kayu buat gantung kad raya..

    ReplyDelete
  24. Salam Kakngah,

    Yerla Kakngah, Dah ada ranting kayu tu cat sikit kasi kilat pastu baru gantung kat raya.

    Biasanya kakLong sweetie ngan Kak ngah yang buat bende ni, sebab diorang tu dapat banyak kad raya.hehe

    ReplyDelete