
Dah rindu Sweetie nak menulis kat blog ni, rindu juga sama teman-teman semua. Apa khabar disana? Disini sihat-sihat aja alhamdulillah. Agak liat juga nak memulakan kerja hari ni setelah seminggu bercuti rayakan?. Wah seronoknya beraya berkunjung-kunjungan, berjalan-jalanan, makan-makanan, tidur tiduran, relax relaxan..tonton tontonan hmm… apa punya ayat tuh.. hehe terlebih makan lemanglah ni
…..Kalau lu ada masalah baca gua punya entli aa….gua talak helan woo.. sebab gua sendili baca pun ada cikit penin ma….. Ini ayat lalam gua punya entli ale ckit pusin-pusing woo….(heheh lawak sikit weh..kala tak mau ketawa, senyum sikit jer okaylah tu…jangan ler buat muka serius, ala senyum la sikit….sikit saja ma….. tengok tu….serius lagi…hmm sah lawak sweetie tak menjadi nih).
Berat badan Sweetie pun rasa bertambah nih. Mana taknya. asyik makan jer. Ada jer biskut-biskut yang nak ditest rasanyer..hehhee Waktu bulan puasa ada jugaklah kurang berat 2 kilo, raya ni naik berapa kilolah pulak entahlah...jgn-jgn bertambah dari berat asal ishkk....sudah…kena pergi timbang lepas ni. Raya tahun ni Sweetie beraya apa yg ader jer. Dapat gaji pun jam 12.00 tgh last minute hari khamis sebelum raya. Orang lain dah berada dikampung, Sweetie masih berada Opis.. Siap bawak anak2 gi opis, maklumlah sorang jer kerja. So hari tulah sweetie pergi shopping ala-ala kadar jer buat beli baju raya anak2. Shopping cepat-cepat nak mengejar masa gitu.
Syukur alhamdulillah ada juga rezeki gaji pada saat akhir Ramadan.
Takder pulak gambar-gambar raya nak dipaparkan kat sini. Sweetie dok bersiap juga cantik-cantik berbaju raya, touch up seadanya, make up sikit2, tapi masing-masing dalam dok sibuk
dengan aktiviti membedal, melantak ketupat lemang, rendang, berbual macam2 topik hangat,
sampai terlupak lak nak ambil gambar beraya. Hmm tulah dia…. Aper pun raya tetap meriah juga dan hari ni pun dah 11 hari kita berayakan?..hmm begitu cepatnya masa berlalu yer..
Bab cerita raya ni, yang paling seronok tentunya budak-budak.Gitulah kisahnya anak-anak Sweetie yang 3 orang ni.. haa.. balik jer dari kampong, terus sms kawan-kawan, ajak jalan2 raya. Hmm macam tak tahu lak (
Raya 2 dlm 1) sambil beraya, cari duit raya lah tu. Duit top up h/phone tak merayu cam selalu minta kat Sweetie dah. Masing2 dah kaya weh…bukan main lagi yer..…
Budak berdua ni kalau hari biasa susah juga nak bangun pagi, terutamanya anak yang bungsu tu, mandi pun kene suruh,
tapi bila bab raya ni hmm cepat jer dia…pandai pula pilih baju dan tudung sendiri. Kalau tak tu, Sweetie juga yang mengaturkannya. Hmm 9.30 pagi lagi dah dah keluar rumah untuk beraya. Balik rehat sekejap, pastu sambung semula sampailah jam 6.30pm..tinggallah Sweetie berdua-duaan ngan hubby, dok tengok Tv, Masak,.. tapi takder sapa nak makan,.ajak mereka makan, katanya perut dah kenyang. hmm..
Anak yang sulung tentunya tak joinlah diorang. Dah kira dewasalah tu, control macho ma…cuma pergi open house jer. Pegi open house pun konvoi motor ramai-ramai gitu, hmm..baju pun ikut konsep weh…, hamboi…! kalau baju melayu, ha..pakat pakai baju melayu ramai2, kalau baju tema t.shirt hitam, ha..semualah hitam..hmm muda remajalah katakan…
Ni pula perbualan Sweetie ngan Anak perempuan Sweetie,
"Adik bawa aper tu dik? Mama nampak macam surat jer"…
"Ermm,... tak der aper-aperlah ma, Cuma list nama jer.
"List nama? Nama saper dik. Mih mama tengok jap"?
Amboi…mana Sweetie tak ketawa baca list nama2 rumah yang bakal dikunjungi. Siap buat 1 list lagi tuh. Rupanya list ni dah siap sebelum raya lagi. Camnilah cara list nama-nama tu ditulis. Panjang list nya..pastu kalau tak tahu nama tuan rumah tu dia main hentam jer main letak ler aper yang patut macam kat bawah nih..
Rumah makcik tepi padang
Rumah cikgu Zaid
Rumah besar ada pokok mangga
Rumah Ustazah
Rumah kuning ujung blok
Rumah Ummi
Rumah makcik perasan cantik
Rumah makcik putih
Sweetie dengar nabil bertanya adiknya.
"Eh rumah makcik yang perasan cantik tu, kau dah pergi ker belum? Belum lagi adiknya menjawab.
Sweetie pun menyampuk rumah Makcik perasan cantik yang mana?.Napa pandai-pandai jer bagi gelaran kat orang ni…
"Ala ma. …Makcik tu kawan mama juga, ada juga kadang-kadang mama borak2 ngan dia bila mama terjumpa masa beli nasi lemak. Kat taman tu semua budak-budak gelar macam tu ma…, Nabil ikut jerla. Manalah nabil tau nama sebenar makcik tu.
Ishkk..budak-budak ni ada-ada jer…. macam-macamlah diorang ni.
Camner raya anda tahun ni…Meriah ker??