Thursday, September 23, 2010

SIAPA JIRAN ANDA YER?

sALAM sEJAHTERA sEMUA,

Kebelakangan ini kita jadi takut juga dengan berbagai kejadian yang berlaku angkara dari jiran sendiri, kes kecurian, memperkosa anak jiran, suka mencari gaduh dengan jiran dan terbaru, kisah jiran yang membunuh ustazah dan anaknya. Dengan alasan terlupa membawa kunci rumah, pembunuh berpura-pura meminta bantuan untuk masuk ke rumahnya melalui rumah ustazah tersebut. Oleh kerana sikap yang baik ingin membantu dan percayakan jiran, sebaik pintu dibuka pembunuh atau dikatakan jiran tu terus saja menyerang, membunuh dan merompak mangsanya tanpa belas kasihan. Kadangkala kita rasa kita telah mengenali jiran-jiran kita, tetapi adakah setakat mengenalinya melalui raut wajah sahaja tanpa tahu apakah aktiviti mereka dan hati budinya telah cukup dan memadai?...

Gitulah kadangkala kita pun tak mahu dicap sebagai busybody, terutamanya duk flat cam Sweetie ni, Kalau nak ikutkan ada ramai jiran. Macam2 bangsa ada ma…1 malaysia dan luar Malaysia pun ada juga ma ….Mat Negro ada, Pak Arab ya habibi ya maulana ada juga. bangladesh, pakistan kuch2 ho tahei..ada, Indon,Vietnam pun ada. . Itulah bahayanya. Ada juga yang murah dengan senyuman dan menegur kita, tetapi ada juga sebaliknya takut juga nak balas senyuman mereka ni kadangkala. Senyuman nakal pun ader....tu yg takut tu…

Duk kat umah Flat ni, dah tentunya rumah sebelah menyebelah silih berganti penyewanya. Baru jer keluarga India berpindah digantikan dengan orang baru, sampai sekarang Sweetie tak kenal siapa. Pintu pun tak pernah terbuka, jiran sebelah kanan rumah anak dara sebelah Malaysia Timur nuh... Tak tahulah islam atau tidak, ada juga nampak pakwe2 mereka datang. Jadi biarkanlah…. walaupun kadangkala sama-sama terserempak.Pernah kita senyum, diorang buat dunno jer…agaknya diorang mahu privacy, tak mahu ditegur atau dikenali sesiapa.

Masing-masing berjaga-jaga. Macam tu lain kali kita pun takut nak senyum dan nak kenal mereka. Kenalah jaga tepi kain sendiri kalau bahasa kasarnya (kau dengan hal kau, gua dengan hal gua. so jgn campur) ada ku kesah...Bukan sombong ma..…tapi itulah hakikatnya ..tak mahu dituduh hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Sweetie pun sedar juga hidung Sweetie pun bukan mancung, kemek semacam jer..hehhehe.

Jiran dihadapan rumah Sweetie, dari Indonesia, elok ramahnya, ramai juga satu rumah, tak tahu hubungan mereka dan sebelum tu 2 orang Bangladesh menumpang rumahnya juga dan katanya jimat kos sewa. Itulah jiran Sweetie yang paling hampir, rumah berikutnya cina dan India..tapi sunyi jer..sesekali nampak ada juga tegur Say hi2 bye2 gitu..cam lagu lak yer…

Berbeza dengan kejiranan di taman atau jiran kita dikampung. Hubungan amat rapat dan jadi macam keluarga kita pulakkan? Berlainan bangsa pun boleh menjadi jiran yg rapat dan saling mempercayai. Orang kata bolehlah diharap untuk meminta bantuan jika ada kesulitan atau kesusahan. Berat sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing. Sepakat membawa berkat dan yang pentingnya. Harapkan pagar, janganlah pagar makan padi pulakkan..…

30 comments:

  1. betul tu kak. kalu kat bandar nie jarang sngt amal tegur menegur nie~ kalu kat kg, satu kg tegur punya la! hehehe.

    pasal jiran, memang kita kena amik tahu. yelah, kalu susah kita tolong, manatau satu hari nnty dorang pula yang menghulurkan pertolongan~

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    jiran sblh rumh sejk dulu smpi org baru pindh tk pernh nk tegur kmi..mlh tutp jerk kan..nmpk wktu pgi ngn blik kerja jerk..tu pun tk tgur tau...slmt jiran yg lain ok...

    ReplyDelete
  3. ekekekeke yg lela tau sblh kiri umah org India..pure from india, belah depan lak pak arab jordan

    ReplyDelete
  4. Salam Hali3isa,
    Ye betul tu dik, buat baik ngan jiran, insyaAllah jika ada apa2 jiran boleh bantu kiter.gitu juga sebaliknya.

    kat kg kalau jiran sebelah rumah tu dah terlalu rapat sangat ngan kiter dan 1 kampungleh kenal anak sapakan.

    ReplyDelete
  5. W.salam Hawa,

    Memang ada orang camtu Hawa, yang tak mahu kita kenal mereka atau menegur mereka. Bagi kak Sweetie biarkanlah..bagi salam dan senyum macam selalu. lama2 agaknya berubah juga diorang.

    Masa kak Sweetie tinggal rumah teres kat taman tu, jiran2 baik2 dan saling tegur menegur. lain pula situasinya dengan duk umah flat ni.

    ReplyDelete
  6. Salam Lela,

    macam lela duduk diperantauan, tentunya lagi terasa sunyi. jiran pun Pak Arab ngan pure India yer tak?

    ReplyDelete
  7. salam kak sweetie..wahh, macam2 bangsa ye jiran akak? apapun mereka, cubalah untuk menerapkan diri di dalam kelompok supatya keharmonian pelbagai bangsa terjaga.. dan kadangkala hidup di flat ni memanglah tak semudah yang dijangka, pelbagai faktor prlu ambil kira apatah lagi tentang keselamatan . apapun itu, fifiey harap kakak sentiasa aman damai hidup di sna:) take care..salam buat keluarga semua.

    ReplyDelete
  8. W.salam Fifiey,

    kak Sweetie setuju ngan pendapat Fifiey tu,
    Flat tu sewanya murah, jadi mana pekerja berbangsa asing tu ramai menyewa disini. Belum pernah lagi berlaku pergaduhan melibatkan kaum disini. Minta dijauhkanlah perkara begitu ya Fifiey.

    Yang penting walaupun berbagai bangsa disini minta2lah diorang pandai menyesuaikan diri menghormati hak dan budaya negara kita.

    ReplyDelete
  9. Salam terindah untuk kak sweetie yang senantiasa sweetie :) salam sejahtera dari blog sebelah, semoga Allah selalu melindungi kita, amin... keep smile ... Insya Allah

    ReplyDelete
  10. slm akak sweetie.
    wah takut la kalau dpt jiran2 yg dtg dari luar ngara. especially from indon n bangla. so, b careful ye akak. jaga diri :)

    ReplyDelete
  11. salam,

    sejujurnya saya pun kurang mengenali jiran berdekatan hanya bersua senyum saja..

    sebaiknya kita mengenali jiran kerana jiran amat perlu terutama sewaktu kecemasan nanti..

    ReplyDelete
  12. saya tinggal kat kampung tepi sawah
    jiran saya orang Siam
    ok. alhamdulillah setakat ini baik, ramah dan tak kedekut juga
    masa bina rumah 2 tahun lepas, kami tumpang elekrik dari rumah dia

    ReplyDelete
  13. salam sweethoney,

    Jiran kita adalah saudara yg terdekat sekiranya kita memerlukan pertolongan...Baca adab-adab berjiran kat blog Capt. Jika beli buah-buahan jangan lupa bagi jiran sama-sama merasa kerana mungkin anak-anak kecilnya tahu kita makan.

    Jazakalllah Khairan.

    ReplyDelete
  14. W.slaam Maz Andy,

    tima kasih. Sama-sama kita menziarahi kerna kita juga berjiran dan bersahabat dalam dunia blog ni. Semoga kamu juga sihat selalu dan suksess dalam segala urusan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Pencacai Alim,

    Alhamdulillah.Semoga hubungan baik yang terjalin antara jiran dan anda terus baik dan kekal begitu. Amin..

    ReplyDelete
  16. W.salam Penjejak Maya,

    Begitulah perkara yang sama Sweetie hadapi,
    Rasanya patut kita ubah ya..agar hubungan kita dan jiran bertambah baik, mesra dan bantu-membantu jika ada kesusahan.

    ReplyDelete
  17. Salam tehr,

    Ya. Syukur Alhamdulillah.Inilah dia yang Sweetie katakan. Jiran di Kampung. Lain akrabnya dan hubungan seperti keluarga walaupun dari berlainan bangsa.Bertuah Tehr dapat jiran yang memahami dan memberi pertolongan ketika tehr memerlukannya.

    ReplyDelete
  18. W.salam Capt,

    Siapa lagi nak membantu, jika kita dalam kesusahan kalau tak jiran terdekat.Kalau rapat dengan jiran-jiran taklah rasa sunyi sangat yer...Capt, bertambah juga kawan-kawan.

    Nanti Sweetie singgah blog Capt.Nak baca juga adab-adab berjiran tu.

    ReplyDelete
  19. W.salam Yua,

    Gembira akak dengar berita dari Yua. Sihat Ker?

    Terima kasih dengan nasihat dari adik akak ni. Sekarang ni memang kene berhati-hati selalu. Tak kira apa bangsa pun, kalau yang berniat jahat tu, tetap jahat walaupun dari kalangan bangsa kita. Yua juga hati2 selalu ya.

    ReplyDelete
  20. skang ni saya tgh panas dgn umah atas saya (dok flat)..
    dia renovate umah smpai petang, ketung ketang ketung ketang, tensen..

    ReplyDelete
  21. Salam Bert,

    hehhee.Senasiblah kiter, lantai share ngan orang bumbung pun sama. so sobar eh lah...tak tahulah dia hari dah masuk senja masih ketuk ketang lagikan...memang tension..akak faham benar tu...

    ReplyDelete
  22. salam..
    Samalah suasananya sebab saya pun dok rumah flet..jiran pun kebanyakannya menyewa cuma nasib baik jiran semua melayu ..kira kenal juga walau x rapat sgt..kalau selisih tegur juga cuma dgn pompuan saya buat x tau je takut salah anggap lak nanti.

    ReplyDelete
  23. W.salam Ozzy,

    Memang kalau nak kira, duk flat ni memang ramai jiran. tapi kalau masing-masing tak sepakat, buat hal sendiri, sampai bila pun kita takkan rapat.Kadang-kadang tu walaupun Sweetie tak ada anak kecil, kami suka lepak kat padang main buaian..sambil-sambil tu leh juga berbual dgn ibu-ibu yg melayan anak2 main.

    ReplyDelete
  24. Jiran sebelah kanan, kiri depan semua orang dari indonesia. Biasalah kak Sweetie kat Gombak ni memang terkenal dengan kaum-kaum dari sana. Tapi alhamdulillah semuanya ok. Tak de kes yang tak baik lah. Org2nya pon baik2 jugak. Ieta taklah berapa rapa dengan diaorag sebab keje. takde masa nak sembang2. Apa-apa pon kita kenal jiran kita dan boleh minta tengok2 kan rumah.

    ReplyDelete
  25. salam kak, bukan rumah flat je kak, umah teres pon sama je..lg lah kita tak kenal jiran yelah terserempak pon susah..atleast kat flat ada jugak terserempak kat lif kan..kenal lah jugak..=)

    ReplyDelete
  26. Salam ieta,

    Lama tak dengar berita, semoga Ieta sihat dan gembira ketika ini.
    Sekurang-kurangnya walaupun berlainan bangsa tapi diorang hormat dan baik kat Ieta kira dah oklah tu. Sentiasa amalkanlah konsep kejiranan antara kita. Moga hidup kita semua aman.

    ReplyDelete
  27. W.salam Qelissa,

    oo...betul tu Qelissa, Ada juga agaknya orang yang tak suka berjiran ni Qelissa, ataupun busy sangat sampai kita pun tak nampak kelibat mereka kat umah.
    Kak Sweetie jumpa jiran biasanya kat lift atau parking. Tak tahu diorang tinggal tingkat berapa, cuma senyum-senyum, tegur gitu2 jer.

    ReplyDelete
  28. sekarang ni tak macam dulu...
    nak buat baik pun kena berpada2..

    rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  29. Salam Mia Liana,

    Betul tu, susah nak jangka hati orang, walaupun baik dengan kita kena juga berhati2. Macam musuh dalam selimut.

    ReplyDelete