Salam,
Bagaikan kaca terhempas ke batu. Berderai dan bersepai tiada apa yang tinggal lagi. Apa yang Sweetie takutkan akhirnya berlaku juga dalam hidup ini. 3 hari sebelum gaji, kami semua telah diberhentikan kerja. Menangis dalam hati mengenang nasib menimpa diri. Sebagai wanita hanya airmata peneman diri memikirkan apa yang bakal terjadi. Sweetie tak tahu apa nak buat dalam keadaan runsing dan tertekan. Rasa sedih yang amat-amat sangat sehinggakan tak tertahan airmata mengalir ketika menulis N3 ini. Bukan Sweetie mahu menceritakan cacat cela syarikat, hanya meluahkan sedikit apa yang terkilan dihati.

Tidakkah mereka fikir, Sweetie dan rakan-rakan telah lama menyumbangkan bakti di sini. Sejak kembalinya Datuk ke rahmatullah, dunia pekerjaan kami menjadi kacau bilau. Terjadinya perebutan kuasa, bukannya perebutan kuasa, lebihnya perebutan harta. Memang sesedap rasa mengeluarkan kata-kata, memberhentikan pekerja tanpa rasa bersalah. Memberhentikan kami tanpa sebab dan tanpa 1 sen pun pampasan walaupun dah berbelas tahun kami disini.
Bagi pengarah dahulu mereka masih sanggup untuk terus memajukan syarikat ini, masih ada projek, masih ada lagi outstanding payment, masih ada harapan tetapi boss baru (abg arwah) tidak percayakan mereka berdua yang telah lama berjuang bersama-sama arwah datuk memajukan syarikat ini sejak dahulu lagi. Akhirnya pengarah lain berhenti dan tinggallah sang juara dengan lagaknya.
Pada Sang Juara tak adakah sedikit pun perasaan belas dihati atau anda memang seorang insan yang memang kebal dan tidak terkesan dengan rayuan dari kami.
Apa yang dimahukan lagi. Ambillah syarikat ini, tetapi hidupkan sebagaimana dahulu. Bagi kami cukuplah kalau syarikat ini terus kekal dan tidak karam bagai dilanda tsunami kerana kami amat sayangkan syarikat ini.
Pada rakan-rakan dan teman-teman Sweetie kat sini terima kasih kerana sudi membaca luahan hati Sweetie dan terus memberi semangat pada Sweetie. Maaf jika Sweetie tidak dapat mengunjung balas blog teman-teman buat seketika.
Jika ada terbaca jawatan kosong di mana-mana sebagai Setiausaha atau Pembantu tadbir HR, silalah e-mail pada Sweetie yer. Sweetie amat menghargainya dan ucapan terima kasih buat anda semua. Sampai jumpa lagi InsyaAllah.
mts_lina @yahoo.com
ya Allah, sedihnya berita ni kak..
ReplyDeletebanyak2 bersabar ye.. apa boleh buat kita hanya kerja makan gaji.. tapi kak sweety jgn terus down ye.. moga ada rezeki akak nnt kt mna2
salam sweetie,
ReplyDeleteMacam cite dalam drama...rebut kuasa dalam syarikat. Rupanya ada juga berlaku kepada insan yg bernama Sweetie.
Tabah diri dan bertenang dahulu sweetie, rehat dan selepas ni cari kerja lain...insyaAllah dipermudahkan nanti capt doakan...
Jazakallah khairan.
Salam Mia,
ReplyDeleteTuhan yang beri rezeki begitu juga mengambilnya.Perlu berserah padanya dan percaya padanya.Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Begitulah nasihat bekas Boss lama pada Sweetie buatkan Sweetie bersemangat kembali untuk bangkit walaupun dah bengkak mata Sweetie nangis malam hari.
W.salam Capt,
ReplyDeleteBegitulah Capt, apa yang terjadi sama macam dalam TV. Gajah sama gajah bergaduh, tentulah kancil yang mati tersepit.
Minta doakanlah agar Sweetie dapat kerja semula. tima kasih atas perhatian.
salam akak..
ReplyDeletespeechless. sy turut bsimpati dgn apa yg blaku.. b strong ye akak. InsyaAllah mgkin kerja yg lbh baik mnanti akak.
W.salam Yua,
ReplyDeleteyer Yua, tak disuruh menangis pun, memang airmata akak mengalir jatuh juga. Akak duk berkira-kira nak pergi ke pejabat buruh. tapi dokumen offer letter tak ada kat simpanan akak dah. Boleh jer ker kita mengadu kat pejabat buruh tanpa dokumen?
Sabar la kak. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang besar~ InsyaAllah, rezeki kak sweetie lebih baik di masa hadapan~ amin.
ReplyDeleteAllah mengujimu lagi Sweetie. Menangislah semahumu kalau itu boleh menenangkanmu. Redhalah dengan apa yang terjadi kerana setiap ujian itu menunjukkan Allah sayangkanmu.
ReplyDeletetiada apa lagi yang dapat saya katakan bagi memujuk sweetie selain banyakkan bersabar. Sesungguhnya Allah menguji hambanya yang beriman..
ReplyDeletemungkin maklumat ni boleh membantu..
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan bukan akademik telah dibuka bagi memenuhi keperluan jawatan bertaraf tetap dan kontrak pada tahun ini, iaitu:
1) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44
2) Juruaudit Gred W44
3) Pegawai Perubatan Gred UD43
4) Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
5) Pegawai Latihan Vokasional Gred J41
6) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
7) Pegawai PenyelidikGred Q41
8) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
9) Jururawat Gred U29
10) Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
11) Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
12) Jurupulih Perubatan Gred U29
13) Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
14) Pembantu Makmal Gred C17
15) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Keterangan lanjut mengenai jawatan dan syarat lantikan jawatan berkenaan boleh dirujuk melalui laman web e-Recruitment, www.ump.edu.my.
Borang permohonan yang lengkap beserta resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada/selewat-lewatnya: 21 Nov. 2010.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 2522/2573/3234.
Terima kasih.
sabar byk2 kak sweetie..tentu ada hikmah disebaliknya..kdg2 kita rasa sesuatu itu yg terbaik utk kita tetapi Allah itu maha mengetahui..
ReplyDelete**tak tau ngape susah betul nk komen kt blog akak..ni pun taip huruf kuar sebiji2..jenuh nk tunggu...**
salam sweetie,
ReplyDeleteturut bersimpati dgn apa yag berlaku.
"di situlah berserah pada Tuhan..."
salam cik ina...
ReplyDeletesaba je la ye. kalau darah daging dier pn die tak peduli, staff2 tu lagi la 100x die xambil kisah. lagi2 pulak dalam company tu ada anak buah die, ade die kesah? org kalau tamak mmg itu la lagaknye. pulak tu berlagak dengan hak orang lain. manusia lupa diri.
cik ina cube register kat sini. byk jugak vacancy.
http://www.jobsmalaysia.gov.my/
kakak sayang...naper jadi macam tu yer...takper kak...sabar yer....mungkin ini ujian untuk akak...semoga akak sabar dalam menempuh ujian ni....
ReplyDeleteBeratnye dugaan.Moge taboh menghadapinye.
ReplyDeleteDAH NASIB KITA INA..NAK BUAT MCM MANA...MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA SEBAB TU ALLAH BAGI UJIAN INI UTK KITA...MEMANG SAKIT DAN MENYAKITKAN..DUGAAN DATANG BERTIMPA2..TAPI KITA MESTI KUAT...
ReplyDeletesalam sweetie...
ReplyDeleteSamada suka/setuju atau tidak itulah hakikat yg kita kena terima apabila digelar pekerja.konflik dari keluarga memburukkan lagi sykt tersebut & saya pasti jika terus beroperasi masalah akan berterusan selagi perebutan masih melanda.saya dpt rasakan kesannya pasti akan tempias pada pekerja.
Mungkin ini masanya utk berehat seketika & insyaallah rezeki tetap ada selagi kita berusaha.
Assalamualaikum buat teman2 disini,
ReplyDeleteWalaupun ada teman-teman disini yang Sweetie kenali hanya melalui blog ini dan tidak pernah bersua muka, ucapan terima kasih tidak terhingga atas panduan, pujukan,nasihat maklumat perjawatan dan kata-kata semangat yang diberikan.Moga saya lebih tabah dan kuat dalam menempuh dugaan ini dan semoga Allah swt sentiasa melimpahkan rezeki buat kita semua.
Buat rakan seperjuangan, walaupun kita tidak lagi bekerja bersama Sweetie harapkan agar hubungan kita yang terjalin sekian lama berterusan selamanya. Mohon Maaf jika ada tersilap kata, terkasar bicara sepanjang kita bersama.Senyum selalu yer.
boleh buat aduan kt pejabat buruh
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemaaf kak..awe lambat tahu pasal hal ni...
sabar ye kak..InsyaAllah ada kerja lain untuk akak..
Salam..
ReplyDeletesangat terharu dengan kisah yang terjadi.. So, sabar je lah..
Sabar ye Kak Sweetie. Berserahkan kepadaNYA. Setiap yang terjadi mesti ada ikmahnya.... Ieta doakan Kak Sweetie dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Tarik nafas panjang2, pikir positif, gembiralah kerana masih ada mentari di depan untuk kita terus bernafas.
ReplyDeletesedihnya sweetie...x sangka pulak bila blogwalking entry paling baru adalah entry sedih...sabar ye sweetie...semua ni dugaan Allah s.w.t. kpd hambanya...moga sweetie cepat2 dpt kejee baru nanti k
ReplyDeletesalam sweetie,
ReplyDeletesy turut merasa sedih dan simpati diatas ape yg menimpa sweetie....tulah patut ler sweetie lama tak singgah umah sy yer!banyakkan bersabar yer sweetie...
sayang kompeni tu hancur...bukan senang nak tegak brdiri... begitulah klau tamak haloba menguasai hati sanubari. apa2 pun tabahkan hati.
ReplyDeleteSalam kak...sedihnya baca n3 ni. xpe sabar yek, ade rezeki akak sok
ReplyDeleteSalam kak Sweetie,
ReplyDeleteAgak sibuk 2 bulan ini, sampai tertinggal cerita. Ampun maaf dipinta. Blog teman2 lain pun saya jarang terjah skarang.
Patutlah, hati tergerak datang ke blog kak sweetie. terkedu saya sketika. Moga Allah luaskan rezeki buat kak sekeluarga. Moga Allah luaskan rezeki buat anak-anak. Bagaimana kak sweetie skarang?
Sabar kak Sweety, dunia tidak selamanya indah, namun setidaknya masih bersyukur, sebab masih diberi kesehatan, keluarga yang tiada kurang suatu apa, bandingkan dengan yang saya alami kak sweety, jauh dari yang kak sweety rasakan sebab lebih sakit lagi menyakitkan. bersyukurlah kak sweety, dari Ponorogo saya turut berdoa, semoga Allah memberi kemudahan untuk kak sweety beserta keluarga, amin
ReplyDeleteCeLoteh ALa FaceBOOK
salam..
ReplyDeletemoga anda tabah..
rezeki Allah di mana2
mungkin bukan di situ
insyaallah akan ada
rezeki di lain tempat
sedihnyer rasa... DIA betul2 sedang menguji kamu... apa yg blh fda ckp (meski brt mt mmndang, brt lg bahu yg mmikul)... kalau ini ketentuanNYA, pastila DIA sedang mengatur yg lbh baik utk kamu... moga dimurahkan rezeki kamu & dikuatkan hatimu...
ReplyDeletesaba ye cik sweetie, kite ni kalau nak diuji..mmg dlm pelbagai cara..semoga cik sweetie cepat dpt kerja baru..dimurahkan rezeki, amin!
ReplyDeletejemput ke rumah,
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch..:)
sweety..
ReplyDeleteblm dpt kerja?
lady doakn yg terbaik tuk sweety..
maaf dh lm x berkunjung..
lady br tahu mslh sweety..
O..bersabarlah sweetie.. diharap satu hari nanti akan dapat juga kerja baru..agar doa daripada kawan-kawan membawa berkat. betul, kalau cara pemberhentian tidak betul, boleh mengadu ke pejabat buruh.
ReplyDeletesalam gan ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !