Monday, April 26, 2010

MULTI LEVEL MARKETING ( MLM)/MENIAGA LARUT MALAM

Salam semua,

Rasanya bila orang sebut Multi Level Marketing atau ringkasnya MLM semua orang tahu ya. Dari perniagaan yang untungnya ribu-ribuan hinggalah yang kiraannya berjuta-jutaan. Dari seseorang yang asalnya kurang berminat akan timbulnya semangat dengan ayat-ayat yang memberansangkan dan ceramah yang mempersonakan dari mereka yang bergelar sifu program. Perjumpaan juga diatur dan kalau tak tahu dengan selok belok tempat pertemuan… anda akan dijemput hmmm cam Boss gitu.

“Lihat si polan dah pakai kereta BMW dan si polin pakai Mercz. Mereka baru menceburi program ini 5 bulan sahaja, si Anu dah pergi umrah dengan program ini. Si Ani dah pergi ke Disneyland etc. Bukan tak terpikat, bukan tak tergoda dengan berbagai umpanan, berbagai janji-janji manis. Kalau nak dikira banyak dah duit kulaburkan dengan MLM nih walaupun tak menjadi dok cuba juga sampai berkali-kali dah weh..

Ayatnya bila u dah masuk program nih dan dah dapat dua orang bawah u,
haa..senanglah duduk goyang kaki, bulan-bulan wang masyuk…..mak aii……senangnya wang masyuk..Inilah buat aku pun haru biru memikirkan camnerlah cepatnya diorang jadi kaya. Siapa tak nak jadi kaya weh…Orang kurang siuman pun agaknya kalau kita bercakap pasal kaya, pasal duit..jadi siuman dia..hehe lawak jer tuh.

Tak dapat lah disebutkan kat sini nama2 program MLM yang kuceburi…tapi semuanya kantoi…alih2 terbaca akhbar program ni tidak berlesenlah, haram jadah, kaki menipu dan macam2 lagi. Cukuplah aku tutup buku, tak mau lagi menceburi MLM nih..letih dah…baiklah simpan duit sikit-sikit tu kat tabung haji atau ASB…Lama-lama jadi bukit…tapi kalau asyik2 withdraw jer bilalah nak jadi bukitnya yer tak?

Bagi mereka yang berjaya dalam perniagaan MLM mereka kat sini diucapkan syabas dan teruskanlah perjuangan dan pada aku pula mungkin jodoh aku ngan MLM ni…cukup sampai disini sayang…relakan perpisahan ini….walau berat dihati dan berat perasaan, kutempuh dengan ketabahan..ewah…suka2 nak letak lagu yang tak der kene mengena nih weh..

3 comments:

  1. Salam,

    Kalau rajin buatlah MLM. Jgn give-up sampai umor 50th baru stop. Kalau blm 50 teruskan mungkin berjaya. Kalau sampai umor 50th masih gagal dan hancur. Stop terus mcm capt. Sebut apa MLM tak masuk, semua masuk dan pulun sampai tinggal anakx tapi hancur juga. Mungkin bukan rezki kot. Yang Rezki sekejap jadi Diamond. Bukan tapi pi kursus atau meeting. Tak pernah miss. Mungkin rezki kat tempat lain. Yg penting buat dulu..kalau berjaya mmg rezki...kalau tidak berjaya...senyum sahaja sebab rezki kat MLM tak ada kot.wslm

    ReplyDelete
  2. W.salam Captain,

    Buat masa ni memang dok senyum je Captain kerna rezeki ngan MLM belum ada lagi. Moga Allah berkati apa jua usaha saya pada masa akan dtg dan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah insyaAllah. terima kasih atas comment itu dan moga Capt juga terus berjaya.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah sampai goyang kaki,memang ramai orang akan masuk.

    ReplyDelete