Thursday, October 21, 2010

KURMA LU

Salam, Halet Shoma Chetori ataupun Chi Khabar- (Pertanyaan khabar)

Inilah sempat Sweetie ambil gambar pokok Kurma Lu yang berbuah dibelakang rumah Mak Mertua Sweetie, lebat buahnya. Buah ni dipanggil kurma Lu di Iran..haa..samalak nama macam buah kurma yer, kalau kita panggil buah pisang kaki atau orang putihnya sebut persimmon. Tak tinggi pokonya leh pegang ngan tangan lagi.

Sweetie tak begitu gemar sangat buah ni. Sedap lagi buah apple kot..

Musim luruh ni, buah kurma Lu nilah yang banyak dijual, anggur dan delima
kerana musim memetiknya dah sampai.

Ni gambar jam 5.30 petang gitu...pada musim luruh ni cepatnya matahari terbenam.
Gambar Sweetie ambil dalam perjalanan balik dari Araq ke Tehran.

Ni pula gambar kat taman Tehran bermulanya musim luruh..Gambar goyang
semacam jer..hehe tak clear la..banyak gambar yang tak menjadi,
kelabu asap macam orangnya.
tengok tu Sweetie pinjam mantou kak ipar besar semacam jer..saja suka2 jer

Ni gambar bulan Nov tahun lepas. gambar musim luruh
keseluruhannnya kat Isfahan, Iran. cantik tak?
Kita layan jer la gambar-gambar ni dulu yer, sementara Sweetie tunggu e-mail gambar dari anakbuah Sweetie. Yang ada ni gambar menggunakan h.phone Sweetie..tulah
kelam semacam je..

26 comments:

  1. hi sweetie...
    bestnya buah pisang kaki ada belakang umah mak mertua...kalau akak jumpa buah ni dh tentu lah abis buah ni akak petik sebab akak memang suka...lain kali bawak la balik...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Salju,

    Itulah Sweetie balik ke sini sorang aja.Itupun bawa 2 beg barang dah tak larat rasanya. Kalau balik ngan hubby leh juga bawa buah tu banyak2. InsyaAllah kalau gi sana musim luruh lagi leh bawa kurma lu untuk kak Salju.

    ReplyDelete
  3. bestnyer gi iran..

    ReplyDelete
  4. SALAM..
    Mushkil,tak macam pokok
    kurma langsung..he he


    New Entry "Anda Mahu Kurus?"

    ReplyDelete
  5. W.salam,

    tu la musykil..buah kurma dipanggil kurma juga kat sana. cuma buah pisang kaki ni pula disebut KURMA LU..hehe tambah lu lah pulak.

    ReplyDelete
  6. Lame dah koi tak makan pisang kaki ni...

    ReplyDelete
  7. hehehe x suke sgt pisang kaki ni, buah pisang btul tu pun lela x suke. tp pisang goreng cicah sambal kicap sukeeee

    ReplyDelete
  8. Salam JD,

    Dah lama tak rasa buah pisang kaki ni, teringin pulak yer JD.
    Apa tunggu lagi musim ni weh..leh lah cari kat supermarket.

    ReplyDelete
  9. Salam Lela,

    Samalah, akak pun tak minat sangat buah ni. Tapi buah pisang betul memang minat arr..

    Bertambah sedap yer Lela pisang goreng cicah sambal kicap. Nak cubalah.

    ReplyDelete
  10. salam....
    sweetie ni kawen ngan org Iran ke :P

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  11. salam sweetie,

    sedapnya kalau dpt makan fresh! Nak ikut balik ke tehran nanti...bagitau brp kosnya....

    ReplyDelete
  12. W.salam Melati, salam manis, salam kenal juga. tima kasih singgah blog ni. Ya, hubby kak Sweetie orang sana.

    ReplyDelete
  13. W.salam Capt,

    Iyalah Capt, bagi penggemar buah ni tentu sedap rasanya. Jomlah Capt, jalan2 lihat negeri orang.Hubby Sweetie suka jalan-jalan nih.

    Kalau naik (Iran Air) kosnya RM2,000 lebih. Kalau Air Asia, baru ni Sweetie dapat harga murah hanya RM980.00

    ReplyDelete
  14. salam kak sweetie,
    Buah tu, masa kecik2 saya suka makan.. rasa kelat2 manis masam. kat sana panggil nama kurma Lu. comel namanya. hihihi...

    ReplyDelete
  15. Salam Kak.
    Prince tak pernah tgok pon buah tu.. 1st tengok kat blog akak.. Thanks uploadkan.. kalau buah anggur, strbery, limau & epal selalu lah tgok.. Hik3.. Akak gi Iran satu family ker?

    ReplyDelete
  16. W.salam Indah,

    Rasanya sedap juga kurma lu ni.tapi tak begitu manis sangat.
    Kat Iran buah kurma, Anggur, ananas (nenas) sama saja sebutannya cam kita sebut.

    ReplyDelete
  17. W.salam Prince,

    Ada juga pasaraya yang jual buah kurma lu ni Prince, Bila banyak2 disusun, hmm nampak mengancam. Hehe. Akak balik ngan hubby jer. ANak-anak sekolah. InsyaAllah 1 hari nanti bawa diorang pula.

    ReplyDelete
  18. Che Mid suka buah ni.. kalau kt sini dah macam buah orang kaya ni ha ha

    ReplyDelete
  19. Salam Che Mid,

    Ramai juga peminat buah ni. Buah orang-orang kaya ker Che Mid? Kalau tahu ramai peminat buah ni lehlah bawak balik banyak2 ari tu.

    ReplyDelete
  20. Salam Kak. Macam penah tengok je buah ni. Rasanya macam penah makan? kulit dia nipis je kan. boleh bukak macam buka buah pisang. isi dia masam2 manis. kan kak sweetie. kalau tak silaplah!

    ReplyDelete
  21. slm akak :)
    ~cute je buah kurma tu kan. nama pon cute. 'lu',, hehehe..
    ~bes nye dpt g iran.. serius rasa jeles... :)

    ReplyDelete
  22. W.salam Ieta,
    Kulit buah ni nipis, rasanya tak masam ieta. rasa sikit2 buah peach, tapi buah peach lagi lembut n juicy.

    ReplyDelete
  23. Salam Yua,

    Camner exam..dah selesai ker? yer la nama cute ada kurma lu...cam malu2 hehee..mengarut kak Sweetie ni. Kalau kak Sweetie gi sana lagi jomlah sama.

    ReplyDelete
  24. salam..
    Pasti seronok mengutip pengalaman di negara luar..
    Kenapa buah kurma mcm buah epal je tu? atau mmg buah epal di sebut kurma?
    satu lagi mesti kat sana selalu nampak org bawa senjata kan (mcm dlm tv tu).

    ReplyDelete
  25. W.salam Ozzy, Apa khabar?

    Memang buah nampak macam Apple, tapi buah persimmon, Australia banyak buah ni. Sweetie jumpa pokok Apple juga di Iran. Apple hijau.

    Takder orang yang Sweetie nampak bawa senjata Ozzy, kecuali askar yang Sweetie nampak menjaga kedutaan atau bank kat sana. Orang awam tak ada bawa senjata. Kedai emas pun tak ada guard macam kita kat sini. tak yah jaga2. kes2 ragut ni amat terpencil sekali.

    ReplyDelete