Thursday, October 14, 2010

ZINDAGI HAM SAFAR

Assalamualaikum,

Lama tak dengar berita dari sahabat-sahabat tersayang. Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah perjalanan Sweetie selamat, berjalan lancar dan kita dapat bersua kembali kat sini. Rindu rasanya dan baru ari nilah Sweetie berkesempatan untuk update sedikit blog ni. Nasib baik blog ‘Sweethoney’ cuma berhabuk sikit ni belum bersawang lagi okay…hehe.

Zindagi Ham Safar..farsi/hindi (life is a wonderful Journey) ketika melihat bas di Tehran yang tertulis begini teringat lak Sweetie lagu filem hindi Andaz…zindegi ek safar hai suhana, Yahan kal kya ho kisne jaana…Arey o leiyo, leiyo, leiyo
.(“Areee…baba!!!..wah wah..opp..sori nyanyi sikit jer ..ada juga persamaan bahasa Farsi dan Hindi ni)..aha…orang zaman dulu jer tau lagu ni..time Sweetie kecik2 dulu..memang top popular lagu ni weh.(ok abaikan).

Apa yang Sweetie bawa dari Malaysia ole-ole untuk keluarga di Tehran ya..Sedikit hadiah baju, tudung, Seluar jeans, kueh raya, rambutan, duku..rasanya nak bawa macam2 buah lagi..hmm tahu jerlah 20kg sajer had untuk muatan beg..camner nak bawa lebih2 weh… Itu pun beg dah berat dan padat macam batu. Boleh nak bawa lebih had..tapi bayar la pulak…ermm..

Menaiki pesawat Air Asia, kami suami isteri berlepas ke Iran. Dalam 8 jam jer ma…taklah lama sangat sampailah di Tehran. Punyalah ramai dalam pesawat ni…semuanya warga mereka. Hanya Sweetielah satu2nya wakil melayu kita balik dan pergi…(lain2 tu crew penerbangan tentulah all Malaysian kan) Sweetie cek passport kat imigresen sorang2 jer..…takder pulak orang Malaysia nak jalan-jalan ke sana kot. Kumat- kamit juga mulut Sweetie baca doa2 perjalanan ni..Sweetie sebenarnya takut naik kapalterbang ni. Hmm seram weh.Bila sampai sempadan antara India dan Pakistan, cuaca tak begitu baik sangat..berdebar-debar bila pesawat cam terasa turun naik sikit dan bergegar melanggar awan tebal.fuhh..!!.Alhamdulillah perjalanan selamat gitu.

Apa yang Sweetie nak cerita kat sini..crew pesawat Air Asia semuanya lelaki. So takder langsung cek mek pramugari okay…Bagus sekali mereka ni..almaklumlah Sweetie sorang anak Malaysia..jadi mereka bergurau, tanya apa yang kita hendak, bila ada kelapangan datang berbual. Jadi takderlah Sweetie boring sangat terutama dalam perjalanan pulang, kerana Sweetie balik dahulu dan hubby Sweetie masih ada urusan di sana.

Ada juga Pramugara tu bertanya sikit2 bahasa farsi pada Sweetie…Puan,camner nak cakap
dalam bahasa farsi excuse me (Bebakshid), Air teh bahasa Farsi apa yer..(Chai)…selamat jalan.(.khuda hafiz), ya (bale, aree), satu (yek), dua (doh) gitulah sedikit sebanyak perbualan kami. Dan bila serve makanan sempat lagi crew ni bergurau…puan nak nasi ayam, nasik minyak, nasi goring..air milo…hhahaa..banyaklah tu ...pandai kamu menyakat kak Sweetie yer..

Sempat Sweetie bertanya kemana pergi pramugari yang jelita. kenapa takder dalam pesawat ni, jawapan mereka almaklumlah
bila turun dari kapal terbang mestilah semuanya menutup aurat tak kiralah samada pramugari tu berugama islam atau bukan islam. ha...tu la pasal. Lain2 sebab tak pula diberitahu.

Ketibaan Sweetie di Lapangan Terbang Imam Khomeini disambut oleh abang dan anak2 buahnya. Satu jambangan besar bunga buat Sweetie yang malu-malu kerana ramai mata yang memandang. Terasa terharu pula yer…

Cuaca di Tehran menyegarkan dan amat menyenangkan sekali keadaannya dengan cahaya mentari bersinar garang dan tiupan angin sejuk dengan daun-daun dipepohonan yang mula menguning menandakan
musim luruh hadir menyambut ketibaan Sweetie kali ini.

Ok..Sweetie cerita lagi nanti..beserta gambar-gambar dan perjalanan Sweetie kali ini ke bandar mana pula yer? ….Tunggu…

21 comments:

  1. Salam kaksweetie,
    Syukran...selamat sampai...best kak kat sana?
    Nanti jgn lupe update lagi

    ReplyDelete
  2. W.salam Lela,

    Alhamdulillah Syukur. Seronok juga kat sana, Jumpa family dan sempat juga melawat tempat menarik.

    Nanti kak sweetie update lagi ngan N3 baru. Sambil tu lehlah bw/ziarah blog teman2 ni.

    ReplyDelete
  3. salam kak..rindu kat akak tau..akan salah seorang penyeri blog awe...wah musim luruh macam kat blog ni jugak..ada daun mohabbatien..heheh...tak sabar nak tgk pic2 akak kat sana...

    ReplyDelete
  4. W.salam Awa.

    Akak rindu kat Awa juger.Lupa pula nak ambil daun muhabbatien tu.leh tulis nama Awa.banyak pokok tu disana. apa nama pokok tu Awa,,hentam jer...Kak Sweetie pun tak tahu. Hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak sweetie,
    baru tau, hubby kak sweetie orang farsi.. macam org arab juga ya kak? Rupanya beraya kat Tehran.. patutla senyap jer kak sweetie. makanan apa yg sedap kat sana kak?
    Oh ya... terima kasih kak. Bertambah suku kata saya harini... Bebakshid.. ehem...ehem :D

    ReplyDelete
  6. W.salam Indah,

    Ha.. Bebakshid..Kak Sweetie menghilangkan diri sekejap jer. Hari raya ari tu kami beraya kat Bangi.

    Orang sana suka makan kebab. pastu roti Iran, makaroni makan ngan yogurt,salad. gitulah.simple sangat masakan diorang ni.Pasti Indah ingat kak Sweetie ada komen masakan indah tu ada yang serupa masakan iran.

    ReplyDelete
  7. pokok oak kak...wah mesti best kan kak...

    ReplyDelete
  8. selamat kembali..mesti best dpt pegi sekali lagi..kalo ikut mmg nak pegi jugak..tp xtau la bile...

    ReplyDelete
  9. slamt kembali kak sweetie ,syang...bleh r blajar bahasa parsi dari kak sweetie...kim slm kt abg pramugara .....hehe

    ReplyDelete
  10. salam sweetie,

    Alhamdulillah selamat sampai....seronok balik kampong ye! lps ni masuklah fotox kat sana ya!
    Nak tengok mcm keadaannya.

    ReplyDelete
  11. salam kak..

    wah dah pandai cakap bahasa diorang dah yea.. :)
    tak sabar nak tunggu cerita akak kt sana dgn gmbar sekali :) salam hujung minggu..

    ReplyDelete
  12. ohh..pokok oak namanya nyer yer Awa..Unik bentuk daunnyakan.

    ReplyDelete
  13. Salam sagahayat,

    thanks dik. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai juga adik kesana nanti.

    ReplyDelete
  14. Salam missrivebell,

    selamat bersua kembali disini.tq

    ReplyDelete
  15. Salam Myrah.

    Leh juga belajar bahasa parsi sama akak. heheh 10 perkataan sahaja..akak pun budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

    ehmmm...yer baik2 adik pramugara tu. hensem pula tu..kalau berjumpa lagi lehlah kak Sweetie sampaikan salam Myrah..

    ReplyDelete
  16. W.salam Capt, Apa khabar?

    Seronok juga Capt, insyaAllah sweetie muatkan gambar2 kat sana nanti.

    ReplyDelete
  17. W.salam Mia,

    hehhe..kheili mamnun(tq). tulah dia (10 perkataan farsi) tu leh lah Mia, lain2 tu tak reti akak der...

    ReplyDelete
  18. Salam sweetie..semoga sihat dan gembira
    selalu..tadi saya dah masuk tak boleh nak komen guna lappy 10 inci..gambar "islam itu indah" ngam-ngam dekat kotak komen..ini baru boleh bila bertukar ke lappy 15 inci..


    New Entry "Apa Dah Kena Dengan OzBloggerCom?"

    ReplyDelete
  19. W.salam En Zul, alhamdulillah Sweetie sihat seadanya.

    oh begitu ker..camner nak komen yer tak kalau 'gambar cik adik perempuan kita tu kat kotak komen'. Hai, Nasib baik ada dua lappy yer En Zul.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak sweetie
    Utk malaysian kita xperlukan visa kan utk masuk ke Iran??

    ReplyDelete