Monday, October 18, 2010

MAKANAN IRAN -Chai Bukhuri..Nan Senggek Bukhuri

Salam,

Sarapan pagi kat sini tak jumpa la jemput-jemput ker, nasi lemak ker atau kueh-mueh. Yang ada hanyalah roti senggek..(Bebakshed), Sweetie pinjam jap gambar Presiden Iran sedang makan pagi ngan roti tu. Cam dalam gambar tulah sarapan pagi Sweetie dan juga biskut yang agak tebal sebesar piring. Rasa biskut tu adalah manis sikit jer...makan satu biji pun dah kenyang dah. Setiap hari itulah sarapan mereka. Pastu adalah buah Kurma, Kismis dan Gedu. (kacang walnut).

Pagi tu dalam kul 7.30 hubby ajak Sweetie gi kedai roti. Kat sini kedai roti dipanggil (Nanvai). Taklah jauh dari rumah hubby, kira-kira 10 minit berjalan. Belum sampai lagi dah terbau semerbak bau roti tu. Terlihat ramai yang beratur sedang menanti untuk membeli roti.


Masing-masing memandang ke arah Sweetie, ermm segan tu. pada fikiran Sweetie diorang ni teruja agaknya melihat Sweetie yang lain dari yang lain. Ramai yang meneka Sweetie ni orang Jepun atau Afghanistan. Bila Sweetie lihat sendiri gadis Afganistan yang bekerja atau belajar disini, barulah tau, memanglah muka kita hampir sama ngan mereka. Ala2 cam cina sikit weh. Hhee..hidung pesek cam ni mana ada dari Jepun atau Afghan...dah tentunya dari Malaysia…apa?….Malazie…itulah gaya sebutan lidah mereka untuk negara kita..sebut Malaysia cam terpinga-pinga jer diorang..kalau sebut malazie..yes..your country very good. Kola Lumpu. Bangga bila diorang tahu negara kita..kalau tak tahu…ha… ni yang nak marah ni!….


Ha..citer roti lagi nih, Sempat Hubby Sweetie menerangkan proses membuat roti tu. Kelihatan 3 orang sedang sibuk membuat roti, 2 orang sedang menguli dan menempel roti pada bekas yang dibuat empat segi, sorang lagi tu jaga dan serve pelanggan. Roti diletakkan diatas batu tersebut dan kemudian beberapa ketika diangkat. Roti itu apabila telah masak akan naik sedikit dan besar dari ukurannya. Haa..specialnya roti ni dimasak di dalam dapur batu yang dipenuhi dengan batu-batu kecil. Bentuk batu cam batu-batu sungai tapi comel-comel sedikit. Batu-batu itu akan turut melekat diroti itu dan kemudian pembeli kenalah buang sendiri batu-batu yang melekat pada roti pada masa tu. Hati-hati tau. Batu panas weh.

Uniknya disini mereka bersahaja sahaja membawa roti dengan tangan dan tanpa alas atau bekas plastic untuk membungkusnya. Sana sini kelihatan mereka membawa roti, samada dalam teksi diletak dibelakang seat, atas basikal, bawa ngan tangan, hai…..tak kotor ker bang oii…berabuk tu…entahlah dah macam tu cara mereka nak buat camner…..jimat plastic kot, selamatkan ozon kot…yelah tu…..Sedap juga hubby Sweetie potong sikit roti ngan tangan dan Sweetie makan sambil berjalan pulang ke rumah..rangup, masih panas ishkk..mana pegi adab ni…makan berjalan la pulak.

Bab roti tak habis lagi ni…..roti (nan) adalah makanan utama mereka.Terdapat kedai roti dimana-mana. Gov diorang dah beri harga subsidi untuk tepung gandum tu jadi harganya murah la sikit..roti /nan masa panas okaylah juga rasanya tapi bila dah sejuk tu liat juga, disapu ngan marjerin, butter (panir), jem apple/blueberry (dibeli secara botol besar) dan juga semestinya madu (asal).

Air teh dan susu segar (sir) yang dimasak adalah kebiasaan minuman yang dihidangkan pada waktu pagi. Ha…bab teh (chai) ini pula cara minumnya teh diminum dengan gula kiub khas. Bukan gula kiub yang macam kita beli kat kedai tu cantik jer potongannya empat segi. Tapi gula yang dipotong sendiri dan agak kasar sedikit bentuknya dari gula biasa. Air teh yang panas dihirup dan masukkan satu kiub gula dalam mulut kemudian air teh yang pahit berpadulah dengan gula kiub tersebut dalam mulut barulah ditelan.

Melalui kamus yang Sweetie bawa dapatlah berbual-bual dengan mama dan Baba. Tapikan….sebenarnyakan kami lebih banyak menggunakan bahasa isyarat/body language..untuk berkomunikasi hehe.Lucu juga ya, kami sama-sama ketawa kadangkala sebab apa yang kami cuba terangkan sama-sama tak dapat difahami (nemi danam - tak tahu)..Mama dan Baba juga banyak mengajar bahasa Farsi yang mudah Kheili mamnun (terima kasih), Kheili khub (sangat baik/bagus) bebakshed (maafkan saya), chi (apa), mubarak (tahniah), shabzi (sayuran), sib farangi – tomato, panir-mentega, sip-apple, shir-susu, asal-madu, ghand-gula, livan-gelas, mahi-ikan, . Boleh faham sikit-sikit ma…

Kat sini Sweetie cerita sikit menu lauk yang Sweetie makan kat sana, camnilah masakannya. Daging dimasak campur kacang dhal dan letak sikit letak serbuk cam serbuk kari, pastu letak bawang besar, garam, pastu buah cam buah Apple/..ha rebus camtu jer la, bila daging dah empuk dah kira siaplah tu, kemudian hirisan ubi kentang dihiris halus2, dan digoreng rangup dan bila hampir waktu makan baru lah kentang goreng tersebut dimasukkan dalam daging tadi. simple jer…cepat sungguh nak masaknya..tak yah santan2, nak letak cili, rempah ratus macam kiter masak.


Cara masak nasinya pula adalah beras dibasuh bersih kemudian direndam dalam masa 15 minit. Kemudian dimasak dan letaklah minyak masak 2 sudu, garam sedikit dan sejenis serbuk bunga Zafaran jadilah nasi tu kekuningan sedikit. Beras Iran sedap lain dari beras disini. kemudian hidangan sampingan yang lain seperti sayur salad + timun+kobis +sayur jeruk masin dan yogurt mesti ada. Yogurt ni dihirup ngan sudu seperti sup dan rasanya masam tetapi mereka sedap sahaja menghirupnya. Sweetie mencuba juga sesudu..hmm…masam tu..tapi khasiatnya….fuuih….. kulit jadi lembab, lembut, putih gebu dan takder penyakit kulit. Patutlah kulit mereka cantikkan. Mama Sweetie suruh juga makan. tapi takleh masuk aar....Camnerlah kulit nak cantik erkk....

22 comments:

  1. teliur nak makan roti besar mcm kat ats tuu:))
    anyway, apa khabar kak sweetie? sudah lama tak berutus khabar? harap2 sgt menikmati suasana hidup di sana ye:)

    ReplyDelete
  2. salam sweetie,

    Mana gambar kat sana? masuk post akan datang ya!

    ReplyDelete
  3. uish.. dah pandai cakap bahasa farsi yea.. sronok jga dapat pelajari budaya mereka. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Fifiey,

    Alhamdullah kak Sweetie sihat ketika ni. Tul lama kita tak sembang-sembang yer. lepas ni nanti InsyaAllah kak Sweetie akan seperti biasa menziarahi kengkawan.Tima kasih ingat kat akak.

    ya...Roti besar nan Senggek.masa panas ok juga rangup.kalau boleh nak bagi Fifiey rasa. tapi dah sejuk liatlah pulak.Kalau ada rezeki jum kita kesana Fifiey.

    ReplyDelete
  5. W.salam Capt,

    InsyaAllah akan Sweetie masukkan nanti. Sweetie ada sikit masalah teknikal ngan pen drive..ada virus terpaksa delete gambar semua.

    Hehe Sekarang ni Sweetie tunggu anakbuah Sweetie kat sana E-mail gambar-gambar tu kat sini.

    ReplyDelete
  6. Salam Mia,

    yelar Mia, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. sekurang-kurangnya mana budaya yang boleh kita terima dan elok boleh juga kita ikut. Sikit-sikit jer yg kak Sweetie belajar. ha..sampai kat Malaysia dah lupa dah bahasa diorang tu.

    ReplyDelete
  7. Salam.. Kak.. Prince rasa tak boeh hidup plak tanpa mkn nasi.. Ye lah.. dok kat sini.. bgun pagi mkn nasi lemak, tghari mkn nasi.. mlm nasi.. Tetiba plak nk mkn roti.. x puas kot.. Makan selori pon blm tentu kenyang lagi.. hik3..
    Tapi klu dah x da mknan.. tpaksa & dpaksa je lah... Ada bwa roti unt Prince ke?

    ReplyDelete
  8. W.salam Prince,

    Iyelah Prince, rasa macam tak puas jer tak dapat makan nasi..tekak kita ni dah biasa nasi, nasi dan nasi. Camner pelajar kita kat luarnegeri yer..diorang masak sendiri kot..

    kalau takder makanan dan terpaksa roti ker, biskut ker, sayur ker..kita belasah jerlah prince.Roti takder prince, biskut besar piring tu adalah..heheh

    ReplyDelete
  9. Salam kenal Sweetie

    Jauhnya ummiross berjalan hari ni,sampai ke Iran hehe...
    Seronoknya dapat kenal tempat orang ye,tambah2 kampung suami sendiri

    ReplyDelete
  10. Masyaallah, seronok baca entri sweetie ni. Maaf sebab lama tak jenguk. Blog sendiri pun tak terdaya nak buka, ada masalah teknikal dan kebetulan sibuk sikit. Teruskan cerita pasal Iran ya

    ReplyDelete
  11. Salam kenal juga buat Ummiross.tima kasih singgah blog Sweetie.

    Hehe. Jauh perjalanan Luas pemandangan..Seronok juga kenali tempat baru yang jauh berbeza cara, gaya kehidupan dengan negara kita.

    ReplyDelete
  12. W.salam Che Mid, Moga Che Mid sekeluarga sihat sejahtera.

    Lama juga Sweetie tak singgah blog Che Mid sejak cuti ari tu. Sweetie dok balas semula kunjungan sahabat-sahabat yang datang ke sini. Insyallah Sweetie akan cerita lagi pengalaman di Iran. Sweetie pun ada hadapi masalah nak download gambar masa kat sana. teknikal problem juger...nampaknya sama senasiblah kita.

    ReplyDelete
  13. salam kak sweetie!!nanti upload picca akak byk2 ekkk:)

    ReplyDelete
  14. W.salam Najwamz, suka lihat gambar najwamz ceria jer.

    Itulah hajat dihati nak upload la picca tu tapi masalah teknikal tak settle lagi.InsyaAllah sedikit ari lagi

    ReplyDelete
  15. salam..
    sis sweetie dok kt iran ke? waa..bestnye..sy cume ade kwn iran je kt sini tp ta penah gi sana.. =)

    ReplyDelete
  16. Salam khumaera,

    Akak tinggal kat sini. Kalau balik Iran setahun sekali oklah dik, kalau dia ajak tinggal kat sana rasa berat hati juga. Balik jumpa mertua sekejap kat sana. Camner kawan Iran tu..ok ker dia?

    ReplyDelete
  17. Salam kak...lebih kurang jek makanan irani ngan qatari...roti, nasi ngan safron, salad2 ngan yogurt...hmmm pickles tu lela xleh makan masinnnn

    ReplyDelete
  18. salam...macam sedap jew,,roti tuw..........
    erm..sedapnya yogurt n salad ..sya mmg suka .....

    ReplyDelete
  19. salam kak sweetie.... rindunya.. baru sekarang boleh chat dengan akak. seronok baca pengalaman akak kat sana. bilalah agaknya ieta boleh sampai sana? hehehhehe mimpi je leeee...

    ReplyDelete
  20. W.salam Lela,

    Aha, adik beradik la tu makanannya sama saja. diorang ni suka makan masam-masam dan masin.Lela macammana boleh layan tak makanan diorang. Nasib baik la mak mertua masak nasi, makaroni. Kat situ perut rasa lapar jer lak tu..

    ReplyDelete
  21. W.salam Myrah,

    Sedap juga roti makan panas-panas. ermm yogurt diorang tu pure dik..masam.Baguslah adik suka makan yugort dan salad. Amalkan selalu.

    Mak mertua akak kata elok makan yogurt, susu, kulit jadi cantik, pastu makan salad. lebihkan tomato. tulah kulit diorang cantik. jelouse akak.hehe

    ReplyDelete
  22. W.salam Ieta,Harapan moga ieta gembira dan anak juga sihat sejahtera.

    Rindu rindi renda..hehhe.lama tak sembang yer.Rezeki kita mana tahu. Kak Sweetie dapat berjalan kat luarnegara pun pejabat yang sponsor. Ha..tetiba je terbuka hati boss nak bawa kitorang jln2 kat luarnegeri.

    InsyaAllah manalah tahu pejabat Ieta hantar buat kursus kat sana ker..London ker..tak gitu Ieta.

    ReplyDelete