Sunday, August 29, 2010

ANDA BUAT, ANDA DAPAT


Salam Merdeka Buat Semua,

Beberapa hari lagi Syawal akan menjelma, begitu gembiranya dan begitu sibuknya kita dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semuanya mau ditukar kepada yang baru, yang indah, cantik dan terhebat...Tapi tahukah anda semua, dalam kita bergembira dan bergelak ketawa masih ramai lagi insan yang menangis, merintih, menagih bantuan dan memohon sedikit simpati dari kita.

Disaat kita berebut-rebut memilih juadah di Bazaar Ramadan, Membilang makanan untuk dihidang ketika berbuka, sehinggakan ada yang tak mampu untuk dimakan dan dibuang begitu saja. Apa yang mereka ada, ketika berbuka puasa, mereka masih lagi menahan lapar dan dahaga. Berebut-rebut untuk mendapat sebuku roti dan mendapatkan air minum yang bersih buat penghilang dahaga.

Tidakkah kita terfikir nasib mereka, mungkin ada dikalangan kita hanya menonton di TV mengenai bencana ini seolah2 hanya menonton sebuah cerita episode/sinetron di TV tanpa perlu membuat apa-apa.

Airmata tumpah melihat penderitaan mereka. Sejak bermulanya awal Ramadan, negara mereka telah dilanda dengan musibah banjir yang terburuk. Hilang rumah tidak mengapa, hilang harta, hilang segalanya. Walaupun diuji kehidupan yang amat payah pada ketika ini, iman mereka masih menebal untuk menunaikan ibadah dibulan Ramadan. Inilah dia nasib Penduduk Pakistan ketika ini.

Info mengenai Banjir Terburuk di Pakistan.

Lebih 13 juta penduduk Pakistan itu terpaksa dipindahkan setelah rumah mereka musnah berikutan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun di seluruh negara tersebut. Puluhan juta warga yang selamat kehilangan tempat tinggal dan hilang punca pendapatan. Mangsa yang selamat pula terpaksa tinggal dikhemah/tempat perlindungan sementara. Namun keadaannya sangat daif, sesak, dan serba kekurangan, berebut-berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan lain. Korban jiwa akibat banjir di Pakistan terus bertambah dan lambatnya tindakan dari pemerintah mengancam mangsa yang berisiko terjangkit penyakit menular. Operasi untuk menyelamat, memindahkan, bantuan kemanusiaan menjadi sedikit mudah apabila hujan monsun yang menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh berdekad-dekad di situ berkurangan.

Namun banjir yang dihadapi dihadapi adalah luar jangkaan. Inilah bencana alam yang maha dasyhat. Ketika banjir di barat daya mula surut, setakungan air yang besar mengalir ke daerah-daerah selatan yang baru, seperti Punjab dan wilayah Sindh. Wilayah lain pula ditenggelami banjir. Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah daerah Swat dan Shangla apabila lebih 400 terkorban.

Kata2 dari Ban-Ki-moon, Sek jen PBB

“Saya pernah melihat banyak bencana alam di penjuru dunia, namun tidak ada yang seperti ini”.
Angka itu lebih tinggi berbanding unjuran awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangka hanya 4 juta terlibat, namun kesan bencana itu menyamai gempa bumi Kashmir pada 2005 yang mengorbankan 73,000 penduduk.

Banyak mangsa yang terperangkap dan menunggu bantuan di kawasan terpencil seperti Kohistan, Nowshera, Dir, dan lembah Swat. “Kerosakan akibat banjir begitu luas, begitu besar, kemungkinan besar banyak kawasan yang telah musnah dan mangsa yang terkorban yang belum dilaporkan,” kata juru bicara militer, Mayor Jenderal Athar Abbas.

Malangnya, ketika lebih 1,500 rakyat Pakistan maut akibat banjir itu, Presiden Asif Ali Zardari pula mencetuskan kritikan ramai apabila masih membuat lawatan rasmi ke Perancis dan Britain daripada memberi tumpuan kepada masalah negara sendiri.

Marilah kita membantu walaupun sedikit, dengan memberi derma agar dapat meringankan kesengsaraan mereka. Semoga dengan keihklasan kita ini Allah akan memberikan kita pahala, mempermudahkan urusan kita, menambah rezeki kita dan memberkati segala amalan kita. InsyaAllah.

Sumbangan untuk tabung itu boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau akaun CIMB di nombor 1424-000-6561053.

ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Tuesday, August 24, 2010

ALA...COMELNYA.

Assalamualaikum,
Istimewanya Premature baby.

Nak tahu cerita tak? Hehhe bukan cerita mengumpat tau….bulan posa ni.. Sebenarnya Sweetie mempunyai empat orang anak?.. Kesemuanya dilahirkan tidak cukup bulan, ha..itu cerita sensasinya. bila masuk jer 6 bulan kehamilan Sweetie dah mula mengalami kontraksi sakit untuk melahirkan dan terpaksalah Sweetie ditahan di hospital demi mengelakkan kelahiran awal. Walaupun sains perubatan semakin maju, namun kat hospital juga baby tetap nak keluar walaupun belum sampai waktunya..Cukup jer 7 bulan secara automatic sampai waktu untuk Sweetie bersalin. Pernah rakan sekerja Mr Sun berkata kat Sweetie, “U jgn sedih aa…kita orang Cina kata anak-anak lahir tak cukup bulan banyak bagus ma.. banyak ong.. ooo..”

Mak Sweetie ada 10 anak, tetapi semuanya dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari dan ada yang terlebih harilah pulak baru lahir. Kedua2 kakak sweetie juga melahirkan anak cukup 9 bulan. Jadi ianya bukanlah factor keturunan.

Agaknya kerana Sweetie ni jenis lembik orangnya…ingat Sweetie masa sekolah rendah, cikgu Umad nama cikgu tu, dok tanya dah besar nak jadi apa? Sweetie jawab nak jadi polis, sebab suka ngan baju uniform polis tu.. hehe…siap cikgu pegang2 tangan, ha..macam ni lembik nak jadi polis nih..hha..cikgu pun tahu Sweetie ni camner.. Sweetie rajin juga masuk acara sukan, kalau sukan lumba lari pun memanglah sweetie akan dapat no. 2 akhir, kalau Road Run kat sekolah pun Sweetielah orang yang ke 10 akhir sampai gitu..ha,..bukan nombor corot tahu. Kalau bab memasak pula orang dah masak 4 jenis masakan, Sweetie baru masak 2. Hmmm...Masak juga ekk..

Itulah agaknya orang mengandung 9 bulan Sweetie 7 bulan jer….perut pun tak sempat membesar sangat..baby pun macam tahu mamanya lembik kot..tak larat bawak perut., maka cepat2 dia lahir yer.hehhe tengok, tengok..sweetie mula membebel, dah lari tajuk nih…

Anak pertama Sweetie perempuan, tapi dia lahir waktu 6bulan lebih Sweetie mengandungkannya dan tak dapat diselamatkan. Dia meninggal waktu dilahirkan. Dah cukup sifatnya, tapi takder rezeki Sweetie. huhu. Melalui pemeriksaan Doktor pun tiada jangkitan kuman,.Ramai doktor2 dtg memujuk Sweetie yang tak henti menangis pada ketika tu..sedih weh…

Anak kedua lelaki, Muhamad Fikri, bulan puasa pada ketika itu, sakit semasa dioffice, dan waktu lunch hour minta kawan sekerja anta umah mak. Kononnya nak tanya mak sakit apa macam ni, kenapa sakit pinggang, haa..sampai kat umah mak, baby dah nak kuar sangat dan lahir disana, kecil, agak hitam kulitnya, kerna kulit tak tegang. Kakinya sebelah biru lebam..kesejukan. kecil sungguh. Nurse minta Sweetie ke hospital dan baby ditempatkan di incubator..beratnya lebih kurang 1 kilo lebih. Dr tak beri Sweetie menyusukan dia kerana rahang mulutnya tak cukup kuat tak boleh untuk dia menghisap. Lalu susu dimasukkan melalui tiub yg diletakkan dihidungnya.Lebih kurang 3 minggu juga Sweetie kat hospital, barulah dibenarkan pulang.

Anak ketiga lelaki, Muhammad Nabil perkara sama berlaku, Sweetie masuk hospital kerana ada kontraksi rahim dalam 6 bulan lebih, berusahalah Dr menahan, beri Sweetie ubat, masuk air dan akhirnya baby keluar juga. Bila saat melahirkan Dr tak beri Sweetie pegang baby sebab Dr perlu secepat mungkin memberi rawatan pada baby dan terus dimasukkan kedalam incubator.

Anak keempat, Nurul Anis sama juga masuk hospital awal, lahir juga dengan berat 1.45 kilo, samalah juga masuk incubator dan Sweetie tak berpeluang menyusukan diorang. Tak cukup susu yang diperah, Dr menggunakan susu formula .

Melihat anak-anak di dalam incubator, dengan wayar dimulut, didada, kesian sungguh melihat mereka, walaupun pampers size S, tapi bila memakainya sampai kedada. Besar Tapak kaki hanya sebesar ibu jari Sweetie..kecilnya. Sarung kaki baby dan tangan tu takleh pakai, sebab besar padanya…hhee..kelakar pun ada juga ya. Suara tangisan diorang juga tak kuat, jadi sentiasa kena letak diorang berdekatan dengan kita supaya dengar jika mereka dah jaga dari tidur. Kesemua baby tu juga lahir dalam posisi lipat kijang, kerana posisi kepala mereka masih berada di atas dan belum memusing lagi ke bawah.Tak ader masalah melahirkan kerana mereka kecil2 sangat. Alhamdulillah, Allah swt beri keistimewaan memudahkan kelahiran mereka pada Sweetie.

Gitulah anak-anak Sweetie membesar, dari proses belajar menyusur, merangkak, berjalan semuanya agak lewat dari anak normal biasa. Tapi mereka ni kuat semangat, tak selalu sakit masa kecil. Alhamdulillah mereka membesar semacam anak2 normal yang lain. Doa Sweetie semoga mereka menjadi anak-anak yang baik dan soleh. Amin.

Jadi janganlah sedih jika anak anda dilahirkan premature. Cuma jagalah dan berilah kasih sayang sebaiknya agar mereka kuat, sihat dan cepat membesar.

Sunday, August 22, 2010

WANITA SAJA SEPANJANG MASA, LADIES ONLY AT ALL TIMES

Assalamualaikum,

Sweetie terbaca blog sahabat Sweetie, blog Iman mengenai koc khas komuter untuk wanita dan terpanggil untuk bercerita sedikit mengenai pengalaman Sweetie.
Tujuan diadakan koc ini ialah untuk memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Bagus sekali dan Sweetie setuju 100%.

Mengapa masih ramai lagi kaum lelaki yang masuk ke dalam koc wanita walaupun maklumat dalam 3 bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Arab berserta imej wanita dilekatkan disitu. Tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris menjadi alasan apabila ditanya mengapa mereka masuk ke koc berkenaan sedangkan jelas tertera maklumat pada poster dan pelekat berwarna merah jambu yang diletakkan di bahagian luar dan dalam koc. Pengumuman mengenai perkara itu juga dibuat setiap kali tren tiba di setiap stesen.

Melalui pengalaman Sweetie di Iran, bukan komuter sahaja yang terpisah lelaki dan perempuan tetapi perkhidmatan bas awam juga begitu. Lelaki ditempatkan dihadapan menggunakan pintu hadapan manakala wanita ditempatkan dibelakang menggunakan pintu tengah bas. Nampaknya amat bagus sekali dibuat begini dan mereka mematuhinya dengan baik. Nampak kaum wanita pun lebih selesa dan tentunya aktiviti raba-meraba ni takder berlaku yer..ha..selamat gitu.

Bagi komuter di Iran, Koc wanita ditempatkan dibahagian belakang sekali, dan sekurang-kurangnya ada 3 koc khas dan berlainan warna dari koc biasa. Jadi semasa ditempat menunggu pun secara automatiknya wanita dan lelaki terpisah bila diorang menunggu komuter. Tidak ramai wanita yang masuk ke dalam koc untuk percampuran kecuali warga asing yg melancung dan perlu bersama suami/rakan lelaki mereka, wanita yang membawa 2, 3 orang anak kecil dan terpaksa menaiki bersama suami. Mereka juga akan memberikan tempat duduk jika mereka lihat ada wanita yang berdiri didalam koc yang sesak itu. Inilah yang berlaku dan Sweetie lihat semasa disana.

Jika kita lihat sekarang ini dinegara kita koc wanita ditengah, walaupun telah dikhaskan tetapi pencampuran lelaki dan wanita tetap berlaku juga di bahagian menunggu. Ini kerana bahagian hadapan komuter dan belakang adalah untuk koc bercampur dan bila penumpang semakin ramai menunggu keadaan agak kelam kabut sedikit.

Kadang-kadang Komuter ini berhenti tidak begitu tepat dan memaksa kita berlari sedikit menuju ke pintu. Bila koc wanita diletak ditengah, dalam keadaan komuter yg berhenti sekejap pun kita akan terus menerpa pintu koc mana yang terdekat kerana masa komuter berhenti juga amat terhad dan dalam keadaan yang nak cepat mungkin susah nak pastikan.

Sweetie selalu juga naik komuter ni, almaklumlah tak berani drive ker KL, jadi kira selalu jugalah berhadapan dengan situasi rebut-berebut ni, mula2 memang beratur diruang menunggu, bila jer komuter sampai, barisan pun hilang. Yang ada hanyalah perebutan, asak menggasak, aduh!!! sakit tu kene siku, kena langgar ngan beg…pijak kasut lagi..begitulah keadaannya.

Ucapan SYABAS di atas usaha dan idea yang baik dari KTM. Diharap semoga perkhidmatan KTM akan bertambah baik dari masa kesemasa dan Sweetie juga mohon maaf jika ada tersilap bicara.

Thursday, August 19, 2010

AKHIRNYA YANG DITUNGGU DAH TIBA

Assalamualaikum semua,

Jam menunjukkan dah pukul 10.45 malam, Dum-dum dum bunyi pintu rumah Sweetie diketuk keras. Kebetulan Sweetie ada diruang tamu dan anak2. Kami berpandangan..Eh sapa pulak tu, kemudian diikuti suara perempuan memberi salam. Anak lelaki Sweetie, menjawab salam dan membuka pintu.

Seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pembanci penduduk dan perumahan. Datang berdua bersama suaminya. Kesian diorang sampai dah lewat malam pun masih menjalankan tugas membanci. Katanya dia juga kesiankan anak2 kerana terpaksa ditinggalkan dirumah di malam hari sementara mereka berdua pergi membuat bancian.

Maafla yer....rumah Sweetie jer dah 3 kali diorang ulang terjah. Tapi takder orang kat umah... Macam manalah rumah yang lain yang juga x der berpenghuni juga…hmm itulah sebabnya kali ni mereka membanci waktu malam pula selepas berbuka puasa. Sweetie mempelawa mereka berdua masuk tetapi nampaknya mereka berdua telah letih dan lebih senang duduk dihadapan pintu jer. Nak cepat kata mereka. Kalau masuk rumah bolehlah sweetie buat air jap. air sirap ker, teh panas ker, yer tak..

Sweetie ingatkan para pembanci ni dah terlepas pandang rumah Sweetie sebab tarikh 22hb Ogos adalah hari terakhir membanci. Sweetie tunggu2 juga manalah pembanci tak datang-datang ni ..akhirnya tiba juga mereka disaat akhir.

Simple saja soalan2 untuk bancian ni, cuma nak terjah rumah orang dan layanan orang terhadap pembanci itulah yang susahnya.

Antara soalan dari pembanci:-

Berapa orang dalam rumah ni lelaki dan berapa wanita
Berikan tarikh lahir kesemua mereka.
Kelulusan Akademik suami /isteri
Kerja apa
Ada kenderaan ker tidak
Ada Astro ker tak
Ada Vcd ker tak
Ada TV ker tak
Rumah sendiri ker Sewa
Kalau Sewa berapa Sewa sebulan
Berapa purata pendapatan sebulan.

Itu jerla lebih kurang soalan mereka dan soalan akhir mereka. "Err….Warganegara Iran takder pulak code number ni dalam Borang ni bang" berkata pada suaminya boleh tak kita letak Pakistan ker…Sama ker?… Hehehe letak jer lah code aperpun kak oii.. Sweetie tak tahu..

Aperpun mereka berdua tu ceria dan peramah orangnya dan urusan bancian begitu mudah dan cepat selesai. Adakah rumah anda telah dibanci?

Monday, August 16, 2010

POSTO, POSTO


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah ari ni dah 7 hari kita berpuasa. Biasanya setelah seminggu kita berpuasa inilah masa yang sesuai untuk menghantar kad-kad raya pada sahabat tersayang. Pada masa Sweetie remaja dulu bukanlah di zaman canggih IT. Mana boleh nak hantar kad raya dalam masa beberapa minit macam sekarang ni melalui E-Card Raya. Cuma download, pilih gambar, edit, send, dalam beberapa minit, dah mereka menerima kad raya dari kita. Mudahkan…

Tapi kan…kemeriahan dan keseronokan menerimanya taklah seseronok kala dulu. Mana tidaknya Sweetie suka melihat tulisan tangan sahabat menulis ucapannya dan di dalam kad tu juga tercetak ayat-ayat yang begitu indah membuai perasaan. Bila dengar jer motor posmen berhenti depan rumah hati berbunga..amboi seronoknya...hehe..sempat lagi abang posmen jeling-jeling tu..Posa-posa juga yer..iskh…ha..akibat jeling menjeling dah kurang sikit lak pahala posa nih.

Pengumuman-pengumuman siapa nak hantar kad raya ada tarikh terakhir buat gitu, hmm kalau tak, alamat dah seminggu dua raya barulah kad tu diterima. Tak best aar…yer tak? Siap pihak Pejabat Pos memberi pengumuman melalui akhbar. Tu la pasal awal-awal lagi dah sibuk memilih kad raya ni.

Biasanya tempat jualan kad raya ni memang sibuk, masing-masing memilih kad dan susunan ayat yang asyik masyuk…nak diberi pada orang yang tersayanglah katakan…. Macam2 gambar ada, Gambar masjid, gambar ketupat, lemang, lampu pelita, pemandangan, bunga-bunga, gambar kucing, kartun . Ha..macam2 ada ma…Begitu juga ada kad khusus untuk AyahBonda, Guru, Sahabat, Kekasih ha..pilih jerla mana satu berkenan dihati.

Bagi mereka yang dok usha-usha gadis idaman mereka, inilah masa untuk menghantar kad raya. Hehe…selalunya melalui adik2 kita. Urusan tersebut dijalankan dengan berkesan. By hand gitu tanpa setem ma…Kalau dibalas beruntunglah badan, tak berbalas ha…faham-faham jer la yer..

Begitu bermaknanya kad raya ni, dah siap dibaca, dibalas, digantung pula pada ranting-ranting kayu yang dicat dan diletakkan diruang tamu, juntaian kad raya yang berbagai memeriahkan lagi suasana.Mana-mana kad raya yang tak mahu dibaca oleh orang lain, distapler dahulu sebelum digantung.

Ha..ni ada pantun 2 kerat yang sering Sweetie tulis bila hantar kad raya kad kawan-kawan. Biasanya saja sesuka jer nak letak pantun ni weh..Bila Sweetie baca balik kelakar betullah…

PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAPLAH DIBALAS

PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG.


Begitulah seronoknya menerima dan membalas kad raya ni. Lepas sahur sementara nak tunggu nak gi kerja,sempatlah menulis sekeping dua kad raya, ha..bukan macam kad raya sekarang ni…memang terlalu ringkas..

Kat Opis ni pula setiap tahun biasanya kami menghantar kad raya pada Client, Biasanya Kad Raya yang bertulis Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Maaf Zahir Batin. Cop ngan cop company , kemudian Boss sign ha…memang ringkas, tetapi seronok juga ya.

Sweetie harap kemeriahan balas membalas kad raya ni taklah lenyap dengan adanya sistem yang canggih sekarang ni, Sistem E-Card Raya. Kedua-duanya mempunyai peranan yang sama dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara kita semua.

Thursday, August 12, 2010

IF WOMEN CONTROLLED THE WORLD

Assalamualaikum,
Mana bisa perempuan control dunia, tentu haru biru jadinya. Saja suka-suka melihat gambar yang agak lucu ni jika dunia dikuasai wanita. Release tension kejap.
Gambar-gambar ni Sweetie ambil dari E-mail Sweetie.
So kita layan sajalah yer.

kalau tak reti 'press ANY key' please!


Jambunya keta ni jenama PRINCESS...lihat meternya dibawah..


Pemanduan berhemah weh, tengok meter keta tu, kelakar juga ya,
siap ketap bibir ngan suruh tutup mata lagi.

Jet yang canggih ni dengan warna yang pinkmengancam berdesup pantas hilang diawan biru.


Pelancaran Roket Berbunga ke Bulan..Pasti SUKSES...ya


Best..mmm... mouse ada bedak compact lagi. Bekerja sambil menjaga kecantikan..


MAri Dekat, Mari Dekat...hhe tengok teratur jer nak beli keta colour pink kene pegi
bangunan Pink gitu..teraturkan...



Jom Main Bowling. Gerenti boleh focus punya tak masuk longkang ma....
damai jer hati tengok bunga-bunga tulip kiri kanan.



Cantikkan..nak Isi minyak relax jer.. minyak naik harga pun takper,
janji tempatnya VOGUE.

and

LAST PICTURE





Ha..ni dia Pistol Berpeluru Lipstic ma
Jangan anggap tak berbahaya cik adik dan abang oii.
ADUHAI .....takut Sweetie bab pistol-pistol ni.

Monday, August 9, 2010

JANGAN MARAH SAYANG

Assalamualaikum,

Bila kita dengar perkataan ni mesti takut iaitu MARAH.
Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia dan satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Dah terbayang bagaimana muka orang yang marah tu terhadap kita, mesti mukanya berkerut, merah, matanya mengecil sikit, tangannya digenggam menahan amarahnya yang mahu meledak. Eii hodohnya bila marah. Marah juga buat membuatkan kita tua dari waktunya.haa….jaga-jaga tu.

Marah inilah sahabat syaitan menjadikan kita tak dapat berfikir dengan baik dan hilang pertimbangan dan akibat tak dapat mengawal kemarahan ada yang membuat tindakan dengan membunuh, memukul, mendera, membaling benda-benda membuat perkara yang pelik-pelik yang luarbiasa sedikit dari perangai kita.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar. Malahan, ada juga marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.

Para sahabat semua, Esok kita dah mula berpuasa dan sesungguhnya bila kita marah akan mengurangi kesempurnaan pahala puasa. Jadi senyum sokmo yer.



Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang.

Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain.

Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) .

Wednesday, August 4, 2010

KENANGAN BERSAHUR DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum,

Berakhirnya bulan Syaaban dan berganti dengan Bulan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi. Tentunya kita dah bersedia dan gembira menanti datangnya bulan yang begitu istimewa dan penuh barakah ini. Marhaban Ya Ramadhan.

Tentunya dibulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa dan disini Sweetie nak berkongsi cerita kenangan bersahur. Kalau sudi bacalah yer.

Sweetie mempunya 10 orang adik beradik. Hmm besar keluarga ni kan. Tapi orangnya kecil-kecil jer. Dah tentunya agak ribut ketika bersahur dan tentunya bulan ramadhan juga memberi lebih cabaran kesabaran buat mak dan Sweetie sebagai (pembantu). Almaklumlah anak bungsu perempuankan…

Dalam adik beradik Sweetie 3 perempuan dan 7 lelaki. haa. ramainya weh. Sweetie la paling rapat dengan mak dan tentunya tugas pembantu ni disandang oleh Sweetie.. Biasanya mak dan Abah bangun sahur jam 3.30-4.00pagi. hmm awalkan orang dok sedang-sedang lena tidur. Mimpi indah gitu, dah mak kejutkan. Pastu Sweetie dan mak kejutkan pulak makcik dirumah sebelah dan jiran sebelah. Ha..rumah orang kampungkan. Buka jer tingkap kayu tu besar-besar pastu laung la nama makcik tu.”Makteh ooo makteh , bangun sahur”…ha..gitulah kalau Mak Teh bangun dulu, dia pulak kejutkan mak Sweetie. Pastu dengarlah pulak suara Mak Teh mengejutkan Emaknya kat rumah sebelah..mana tak dengar yer, tingkap tu dibiarkan jer terbuka. Takderla pulak takut perompak melompat masuk yer..hehe meriahlah bab kejut mengejut tu…

Biasanya bila mak kejutkan Sweetie, mak dah panaskan nasi dan lauk malam tadi. Kalau lauk malam tadi dah habis, mak akan goring telur dadar atau tumis 1 tin sardine kecil seringkasnya. Abah Sweetie bangun awal juga dan tentunya duduk menemankan emak dengan membaca kitab atau buku. Tugas Sweetie adalah buat air dan menghidang. Ha…apa tugas kakak Sweetie (Kak Long dan Kak Ngah) yer…hmm tentunya basuh pinggan dan kemas semua setelah selesai.
Ada lagi tugas yang paling mencabar buat Sweetie nihh..mengejutkan adik2 Sweetie tu. Ya Allah berkali-kali dah kejutkan, bila kita ke dapur, ulang semula ke tilam mereka, ha..tengok dah tidolah balik…kalau sorang buat perangai takper..haam… 4 orang sekali..tak ker geram…rasa nak nangis dibuatnya kadang-kadang. Itulah sebabnya kitorang bangun awal, sebab mak tahu masalah mengejutkan diorang jer dah ambil masa 15min gitu.

Abah selalunya memastikan anak-anaknya bangun untuk bersahur. Jadi kalau misalnya bendera jepun dah datang pun…bangun juga sahur dan berpura-pura puasa depan adik2. Gitulah…Kami makan dengan duduk bersila saja, bentang tikar , almaklumlah ramaikan… Sampai sekarang kalau balik umah mak..lagi best makan dok bersila nih.

Bila semuanya dah ready untuk bersahur, Abah pun memasang kaset ceramah. Ha..tiap-tiap pagi kami akan mendengar ceramah ketika makan. Ha..sudi tak sudi ha..tadah jerlah telinga dengar ceramah tu, Mana nak lari yer. Macam-macam kaset ceramah ada, Antara ustaz2 yang terkenal dgn ceramah pada masa dulu, Ustaz Mohd Amin, Ustaz Ali, Ustaz Ismail Kamus ha..ustaz dari Indonesia pun ada juga seronok dengar loghat indonesianya. Ada juga ustaz yang kelakar dalam memberi ceramahnya. Ha..bukan ceramah politik yer..ceramah pasal ibadah gitu….

Kadang-kadang rasa tak masuk nasi dalam mulut kalau ceramah tu terkena batang hidung sendiri. Kalau teguran tu pasal liat solat, degil x dengar kata orang tua atau menutup aurat dan sebagainya.Kadang-kadang kami berpandangan adik beradik jeling-jeling, senyum-senyum gitu..ha..dah buat salahkan, kena batang hidunglah tu.. Itulah cara Abah Sweetie dalam mendidik anak-anaknya rajin berpuasa disamping tu secara tak langsung kami mendengar ceramah agama tiap2 hari selama sebulan wajib. Ada lah beberapa kaset tu dari mana Abah dapat tak tahulah pulak, pinjam dari masjid kot…, Walaupun makan Cuma 10-15 minit, tapi ceramah tu kenalah dihabiskan, dok la minum air tunggu ceramah tu selesai.

Inilah kenangan sahur buat Sweetie, nanti kenangan berpuasa kita berkongsi bersama okay.

Monday, August 2, 2010

BERTINDAKLAH SWEETIE.

Assalamualaikum semua,


Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas.

Pada hari raya yang ke 4 dan 5, di kawasan kejiranan kami terdengar suara/ gurau senda kanak-kanak berkumpul sebelum mereka pergi berkonvoi kerumah-rumah jiran yang lain berhari raya atau lebih sesuai dikatakan mengutip duit raya. Begitu juga dengan anak-anak Sweetie, seronok melihat mereka dengan memakai pakaian baju baru bermain-main dihalaman rumah bersama rakan-rakan, mengira duit raya gitulah biasanya. Pintu rumah dibiarkan terbuka kerana Sweetie dan ex hubby hanya duduk bersantai menonton TV sambil menunggu kalau-kalau ada jiran datang berkunjung.

Dalam dok relax tu, dengan tak semena-mena Anis anak perempuan Sweetie menerpa masuk kerumah dalam keadaan menangis dan diikuti oleh Nabil dan memberitahu rantai leher adiknya direntap oleh 2 orang India bermotosikal dan terus memecut motor. Sweetie memeluk Anis yang menggigil dan menangis. Bila keadaan okay, Sweetie bertanyakan Nabil kenapa tak menjerit meminta tolong begitu juga kawan-kawan yang lain. Nabil menjawab mereka macam kaku dan hanya mampu melihat tanpa buat apa2, menjerit pun cam suara takleh keluar..

Sweetie bersyukur juga semasa direntap rantainya Anis tidak jatuh dan lehernya hanya terdapat sedikit calar. Eii. tak boleh dibayangkan jika Anis terjatuh atau terjadi apa-apa padanya. Tentu Sweetie yang menyesal tak sudah.Ya Allah Ya Tuhanku minta jauhkan perkara-perkara yg tak baik gitu dari hidupku. Sejak ari tu sampai sekarang ni, Anis fobia dan tak mahu memakai apa-apapun barang kemas walaupun sebentuk cincin emas.

Ini pula Kejadian yang baru juga berlaku dalam 3 bulan lepas
.

Selepas shopping sedikit barang-barang di Mydin Kajang, hubby Sweetie beratur dikaunter bayaran, dan bila keadaan agak sesak dikaunter tu, Sweetie keluar menunggu suami didepan pintu. Masa tu hari dah senja dan hujan renyai-renyai. Berdiri dihadapan Sweetie adalah seorang wanita India, berskirt hitam memakai T-shirt biru bentuk leher V, jelas kelihatan rantai emasnya yang agak besar melingkari lehernya..hmm cantik.

Ada juga 3 wanita lain turut menunggu depan pintu itu, mungkin mereka juga menunggu suami mengambil mereka didepan pintu kerana hujan. Tiba-tiba datang seorang pemuda melayu/indon taklah Sweetie pasti kerana bertopi keledar dan datang menuju ke Wanita India itu, Sweetie fikir dia juga mau berlindung dari hujan juga atau mencari-cari seseorang, tiba-tiba dengan kedua belah tangannya merentap kuat rantai leher India tu dan terus berlari menuju motor yang terletak beberapa meter jer dari situ, kawannya dah standby hidupkan engine motor dan bersedia memecut.

Pada ketika itu sweetie terpana, lidah kelu dan hanya mampu melihat, begitu juga India itu tidak bersuara. Kami macam dipukau. Cuma memandang dan pada ketika itu suami Sweetie keluar dan sempat melihat lelaki itu berlari sekuat hati menuju kearah kawannya, dia bertanya, Honey! What happen? Sweetie tak dapat bertenang dan tak dapat memberitahu dengan baik apa yang berlaku, setelah pemuda itu berlalu, barulah sweetie dan wanita India itu beritahu rantainya dah diragut oleh pemuda itu.

Hubby Sweetie berkata jika Sweetie bertindak dgn cepat atau menjerit pasti beliau sempat memintas lelaki itu atau sekurang-kurangnya membaling dengan tin sardine atau susu yang Sweetie beli ketika itu dan juga pastinya guard Mydin disitu turut juga mendengar jeritan dan pasti membantu. Itulahlah dia pengalaman yang berlaku begitu hampir sekali dengan Sweetie dan dikesali kerana tidak bertindak. Camner yer…Sweetie ni penakut ker atau macammna ni…Alahai…..