Wednesday, August 4, 2010

KENANGAN BERSAHUR DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum,

Berakhirnya bulan Syaaban dan berganti dengan Bulan Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi. Tentunya kita dah bersedia dan gembira menanti datangnya bulan yang begitu istimewa dan penuh barakah ini. Marhaban Ya Ramadhan.

Tentunya dibulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa dan disini Sweetie nak berkongsi cerita kenangan bersahur. Kalau sudi bacalah yer.

Sweetie mempunya 10 orang adik beradik. Hmm besar keluarga ni kan. Tapi orangnya kecil-kecil jer. Dah tentunya agak ribut ketika bersahur dan tentunya bulan ramadhan juga memberi lebih cabaran kesabaran buat mak dan Sweetie sebagai (pembantu). Almaklumlah anak bungsu perempuankan…

Dalam adik beradik Sweetie 3 perempuan dan 7 lelaki. haa. ramainya weh. Sweetie la paling rapat dengan mak dan tentunya tugas pembantu ni disandang oleh Sweetie.. Biasanya mak dan Abah bangun sahur jam 3.30-4.00pagi. hmm awalkan orang dok sedang-sedang lena tidur. Mimpi indah gitu, dah mak kejutkan. Pastu Sweetie dan mak kejutkan pulak makcik dirumah sebelah dan jiran sebelah. Ha..rumah orang kampungkan. Buka jer tingkap kayu tu besar-besar pastu laung la nama makcik tu.”Makteh ooo makteh , bangun sahur”…ha..gitulah kalau Mak Teh bangun dulu, dia pulak kejutkan mak Sweetie. Pastu dengarlah pulak suara Mak Teh mengejutkan Emaknya kat rumah sebelah..mana tak dengar yer, tingkap tu dibiarkan jer terbuka. Takderla pulak takut perompak melompat masuk yer..hehe meriahlah bab kejut mengejut tu…

Biasanya bila mak kejutkan Sweetie, mak dah panaskan nasi dan lauk malam tadi. Kalau lauk malam tadi dah habis, mak akan goring telur dadar atau tumis 1 tin sardine kecil seringkasnya. Abah Sweetie bangun awal juga dan tentunya duduk menemankan emak dengan membaca kitab atau buku. Tugas Sweetie adalah buat air dan menghidang. Ha…apa tugas kakak Sweetie (Kak Long dan Kak Ngah) yer…hmm tentunya basuh pinggan dan kemas semua setelah selesai.
Ada lagi tugas yang paling mencabar buat Sweetie nihh..mengejutkan adik2 Sweetie tu. Ya Allah berkali-kali dah kejutkan, bila kita ke dapur, ulang semula ke tilam mereka, ha..tengok dah tidolah balik…kalau sorang buat perangai takper..haam… 4 orang sekali..tak ker geram…rasa nak nangis dibuatnya kadang-kadang. Itulah sebabnya kitorang bangun awal, sebab mak tahu masalah mengejutkan diorang jer dah ambil masa 15min gitu.

Abah selalunya memastikan anak-anaknya bangun untuk bersahur. Jadi kalau misalnya bendera jepun dah datang pun…bangun juga sahur dan berpura-pura puasa depan adik2. Gitulah…Kami makan dengan duduk bersila saja, bentang tikar , almaklumlah ramaikan… Sampai sekarang kalau balik umah mak..lagi best makan dok bersila nih.

Bila semuanya dah ready untuk bersahur, Abah pun memasang kaset ceramah. Ha..tiap-tiap pagi kami akan mendengar ceramah ketika makan. Ha..sudi tak sudi ha..tadah jerlah telinga dengar ceramah tu, Mana nak lari yer. Macam-macam kaset ceramah ada, Antara ustaz2 yang terkenal dgn ceramah pada masa dulu, Ustaz Mohd Amin, Ustaz Ali, Ustaz Ismail Kamus ha..ustaz dari Indonesia pun ada juga seronok dengar loghat indonesianya. Ada juga ustaz yang kelakar dalam memberi ceramahnya. Ha..bukan ceramah politik yer..ceramah pasal ibadah gitu….

Kadang-kadang rasa tak masuk nasi dalam mulut kalau ceramah tu terkena batang hidung sendiri. Kalau teguran tu pasal liat solat, degil x dengar kata orang tua atau menutup aurat dan sebagainya.Kadang-kadang kami berpandangan adik beradik jeling-jeling, senyum-senyum gitu..ha..dah buat salahkan, kena batang hidunglah tu.. Itulah cara Abah Sweetie dalam mendidik anak-anaknya rajin berpuasa disamping tu secara tak langsung kami mendengar ceramah agama tiap2 hari selama sebulan wajib. Ada lah beberapa kaset tu dari mana Abah dapat tak tahulah pulak, pinjam dari masjid kot…, Walaupun makan Cuma 10-15 minit, tapi ceramah tu kenalah dihabiskan, dok la minum air tunggu ceramah tu selesai.

Inilah kenangan sahur buat Sweetie, nanti kenangan berpuasa kita berkongsi bersama okay.

31 comments:

  1. selamat menyambut ramadan sis..saya antara org2 yg malas nak sahur..hihihi..tp terpaksa bangun siapkan sahur utk hubby...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Salam Sweetie,

    Bila masuk Bulan Ramadhan cukup seronok sungguh. Banyak juadah boleh kita makan..Selera pun bertambah..sahur mesti ada telor asin baru selera.
    Anak-anak suka nugget dan burger masa sahur sbb lain-lain masakan tak lalu...Semuga sweetie dan keluarga bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

    ReplyDelete
  3. W.salam Qelissa,

    Menyediakan sahur utk suaminya juga besar ganjarannya.Ada juga orang yang bangun sahur tapi tak boleh nak makan katanya sakit perut jadi setakat minum air jer utk sahur. ambil berkat sahur.

    Ucapan selamat menyambut ramadhan juga buat Qelissa sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. W.salam Capt,

    Anak2 Capt sama jer ngan Anak2 Sweetie,Sahur Sweetie goreng nugget atau french fries...gitulah kalau dia berkenan lauk..barulah dia makan.

    Telur asin memang pembuka selera. ikan masin juga.. Tapi tau jerlah hubby sweetie tak suka bau ikan masin.Pening kepalanya bau..heheh

    Selamat menyambut puasa juga buat Capt n family.

    ReplyDelete
  5. sahur mmg best..tmbh2 ingat lg msa kecik2 dulu fifieey org pling smgt nk shur...^_^..haha..semangat pose waktukecik lebih dr dah besaarni..apa2pun mmg tak sbr nk smbut ramadhan...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Fifiey,

    Semangat bersahur tu. Senanglah bonda Fifiey gitu, senang nak kejutkan. Camner adik Fifiey yang comel tu, tentunya dia seronok juga nak sambut puasa ni?

    Kak Sweetie juga tak sabar nak sambut Ramadhan.
    Buat Fifiey sekeluarga, Selamat menyambut bulan Ramadhan ya.

    ReplyDelete
  7. salam..huish,awalnye mak kamoo bangun..mak alin slalu bangun pkul 4stgh.alin je slalu bangun lambat cket.hee

    ReplyDelete
  8. W.salam Aleen,

    4 setengah tu kira oraitla.Aleen tinggal ngan family ker? Sekarang ni Kak Sweetie mcam Aleen juga. Jam 5 baru kitorang makan.

    Masa dulu memamg tak ramai yang kunci jam, jadi takut tak sedar, kalau 3.30pagi terbangun..haa sahur awallah nampaknya.

    Selamat menyambut ramadhan buat Aleen n family tercinta

    ReplyDelete
  9. salam sweetie..
    Memang kenangan dengan keluarga x kan dapat dilupakan..begitulah anak2 kita nanti...cuma tinggal di bandar dah x sama dgn suasana kampung.

    ReplyDelete
  10. W.salam Ozzy,

    So sweet memory tu dan memang tak akan pernah dilupakan.Jauh meriahnya sambutan Ramadhan di kampung berbanding dibandar.Moga anak-anak kita dapat menghayati bulan yang mulia ini tak kira dimana mereka berada.

    Ketibaan Ramadhan dinantikan. Selamat menyambut ramadhan buat Ozzy dan keluarga.

    ReplyDelete
  11. suka suasana tenang masa bersahur. time sahur mesti nk bukak sliding door tu luas2.. bg udara nyaman masuk...

    slmt menyambut ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Sweetie! selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Bersahur! teringat waktu kecil2 dulu... nak bangun sahur memang liat, tapi sekarang kalau tak bangun sahur tak sah! sahur 2 kan pahala. Selamat bersahur.

    ReplyDelete
  13. salam,

    saya dulu adik beradik 7 org tapi ingat balik waktu sahur time tu kesian kat mak sebab semuanya dia buat..

    p/s: bagus kaedah ayah sweetie tu..

    ReplyDelete
  14. salam..
    alahai bagusnya
    siap kejutkan jiran2
    saya tak merasa la pulak
    begitu di Jengka dahulu

    ReplyDelete
  15. salam akak... wow bestkan kalau dpt bsahur and bbuka ngan family.. apatah lg d kampung... hmmm tetiba terasa nk balik ke kg juga skang ni.. hee

    ReplyDelete
  16. salam kak sweetie,
    apa khabar kak?
    kenangan masa kita kecil, walau susah camana pun hidup kita, tetap satu kenangan yg terindah, kan kak? satu kenangan yg manis yg takkan terulang balik.

    ReplyDelete
  17. idea bagus juga tu
    mahu atau tidak terpaksa dengar ceramah
    hehehe

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Ngah,

    Betul tu Kak Ngah memang lain suasana dibulan Ramadhan, tenang damai jer rasanya.

    p/s sliding door leh buka grill tetap kunci kak ngah bahaya sekarang. Selamat berpuasa ya buat kak Ngah Sekeluarga. Moga amalan kita bertambah2 dibulan ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  19. W.salam Ieta,

    Akak pun sama memang nak bangun sahur tu agak liat ckit, tapi dah biasa lepas tu ok jerkan. Ambik berkat bersahur.Selamat Berpuasa Ieta.

    ReplyDelete
  20. W.salam Penjejak Maya,

    Itulah ibukan, walaupun penat letih, dia tetap menunaikan tanggungjawabnya. Semoga kita semua dapat mengembirakan hati ibu dan membalas jasanya.

    Memang elok apa yang Ayah Sweetie buat tu, sekurang-kurangnya dapat memberi tambahan ilmu agama dan menyediakan kami dilandasan yang betul.

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak buat Penjejak Maya dan keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  22. Salam En Zul,

    Pengalaman tu en Zul, mengejutkan jiran sebelah menyebelah kerana rumah kami terlalu hampir, mungkin rumah En Zul dan jiran berjauhan. jadi sukarlah sikit nak mengejutkan jiran tu. Aperpun itulah kenangan yang membahagiakan.

    Selamat berpuasa En Zul, Moga bulan Ramadhan kali ini amalan kita berlipat kali ganda.

    ReplyDelete
  23. W.salam Yua,

    hehhe, baru balik bercutikan..haa tetiba rindu kat Kg ni..(ha...Ada masa nanti baliklah berpuasa diKg. Tentu seronokkan Yua.

    Walaupun ibubapa Jauh dimata tapi mereka tetap dekat dihati. Selamat berpuasa Yua.

    ReplyDelete
  24. W.salam Indah,

    Kenangan manis yang tetap terpahat dihati. Betul tu Indah hidup akak zaman tu taklah mewah, makan pun cukup-cukup jer..tapi bahagia sangat dengan kasih sayang ibubapa yang cukup menebal.

    Selamat berpuasa buat Indah dan suami, Kak Sweetie suka terjah blog Indah, cari resepi2 untuk bulan ramadhan ni.

    ReplyDelete
  25. Salam tehr,

    hehe. Antara sudi dengan tidak dengar ceramah yer, Alih2 terpaksa dengar juga.
    Tulah dia ceramah yang berkat di waktu sahur, ingat lagi pesanan-pesanan tu sampai sekarang. InsyaAllah.

    Selamat berpuasa yer Tehr. Ahlan Ramadahan

    ReplyDelete
  26. Salam JD,

    Selamat berpuasa buat JD n Family, Semoga bertambah baik puasa kita dari tahun dahulu.

    ReplyDelete
  27. Sahur lah walau pun 3 buah kurma dan air...sekurang2 nya dapat pahala sahur...

    ReplyDelete
  28. Salam Awe,

    Ambil berkat sahur itu yang penting. Walau tak makan pun sekurang-kurangnya air dan kurma dah mencukupi.

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah suka cara family sweetie bersahur..
    sambil bersahur dengar ceramah tu .kty suka ar..nak pratikkan ..utk anak2..

    ReplyDelete
  30. Salam Ramadhan Atty

    Bagus juga nak dipraktikkan tu Atty.
    Secara tak langsung semasa makan dapat juga berdakwah utk anak2.

    ReplyDelete