Sunday, August 22, 2010

WANITA SAJA SEPANJANG MASA, LADIES ONLY AT ALL TIMES

Assalamualaikum,

Sweetie terbaca blog sahabat Sweetie, blog Iman mengenai koc khas komuter untuk wanita dan terpanggil untuk bercerita sedikit mengenai pengalaman Sweetie.
Tujuan diadakan koc ini ialah untuk memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Bagus sekali dan Sweetie setuju 100%.

Mengapa masih ramai lagi kaum lelaki yang masuk ke dalam koc wanita walaupun maklumat dalam 3 bahasa lain iaitu Mandarin, Tamil dan Arab berserta imej wanita dilekatkan disitu. Tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris menjadi alasan apabila ditanya mengapa mereka masuk ke koc berkenaan sedangkan jelas tertera maklumat pada poster dan pelekat berwarna merah jambu yang diletakkan di bahagian luar dan dalam koc. Pengumuman mengenai perkara itu juga dibuat setiap kali tren tiba di setiap stesen.

Melalui pengalaman Sweetie di Iran, bukan komuter sahaja yang terpisah lelaki dan perempuan tetapi perkhidmatan bas awam juga begitu. Lelaki ditempatkan dihadapan menggunakan pintu hadapan manakala wanita ditempatkan dibelakang menggunakan pintu tengah bas. Nampaknya amat bagus sekali dibuat begini dan mereka mematuhinya dengan baik. Nampak kaum wanita pun lebih selesa dan tentunya aktiviti raba-meraba ni takder berlaku yer..ha..selamat gitu.

Bagi komuter di Iran, Koc wanita ditempatkan dibahagian belakang sekali, dan sekurang-kurangnya ada 3 koc khas dan berlainan warna dari koc biasa. Jadi semasa ditempat menunggu pun secara automatiknya wanita dan lelaki terpisah bila diorang menunggu komuter. Tidak ramai wanita yang masuk ke dalam koc untuk percampuran kecuali warga asing yg melancung dan perlu bersama suami/rakan lelaki mereka, wanita yang membawa 2, 3 orang anak kecil dan terpaksa menaiki bersama suami. Mereka juga akan memberikan tempat duduk jika mereka lihat ada wanita yang berdiri didalam koc yang sesak itu. Inilah yang berlaku dan Sweetie lihat semasa disana.

Jika kita lihat sekarang ini dinegara kita koc wanita ditengah, walaupun telah dikhaskan tetapi pencampuran lelaki dan wanita tetap berlaku juga di bahagian menunggu. Ini kerana bahagian hadapan komuter dan belakang adalah untuk koc bercampur dan bila penumpang semakin ramai menunggu keadaan agak kelam kabut sedikit.

Kadang-kadang Komuter ini berhenti tidak begitu tepat dan memaksa kita berlari sedikit menuju ke pintu. Bila koc wanita diletak ditengah, dalam keadaan komuter yg berhenti sekejap pun kita akan terus menerpa pintu koc mana yang terdekat kerana masa komuter berhenti juga amat terhad dan dalam keadaan yang nak cepat mungkin susah nak pastikan.

Sweetie selalu juga naik komuter ni, almaklumlah tak berani drive ker KL, jadi kira selalu jugalah berhadapan dengan situasi rebut-berebut ni, mula2 memang beratur diruang menunggu, bila jer komuter sampai, barisan pun hilang. Yang ada hanyalah perebutan, asak menggasak, aduh!!! sakit tu kene siku, kena langgar ngan beg…pijak kasut lagi..begitulah keadaannya.

Ucapan SYABAS di atas usaha dan idea yang baik dari KTM. Diharap semoga perkhidmatan KTM akan bertambah baik dari masa kesemasa dan Sweetie juga mohon maaf jika ada tersilap bicara.

30 comments:

  1. salam..
    alahai..ada lelaki yang
    tak perasan jantina mereka
    kut?tu yang salah masuk tu..
    he he

    ReplyDelete
  2. W.salam En zul,

    hehehe, mungkin jugalah agaknya tu...bila naik komuter jer terus tak perasan...

    ReplyDelete
  3. salam sweetie,

    Hebatnya sweetie pernah ke Iran? bila tu?
    Garpu suka berjalan bila hati niat yg tak baik. Terutama yg pakai seksi..Tutup aurat mcm Iran siapa pun tak mau..

    ReplyDelete
  4. akak pun sokong gak, pemisahan coach ni... mlg nye ada kaum lelaki yg x perihatin langsung... hampeh tul...

    ReplyDelete
  5. W.salam Capt,

    Sweetie duk kat sana sebulan
    Nov-Disember 2009.
    Selamat bila bertutup ni Capt, mereka yang keji (garpu berjalan) ni pun boleh tertutup nafsunya.mati akal dia nak menggatal..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam ramadan Bittersweetflavour,tima kasih sudi singgah disini.

    Itulah yang baik pemisahan Coach ni. Bila ada juga lelaki yang tak mahu ikut, ha..denda lah jawabnya.Benda baru mungkin ambil masa juga baru semuanya berjalan lancar..ye tak?.

    ReplyDelete
  7. hmm.. bagus cadangan ni..
    tp ada yg pandang negatif pulak kan?

    ReplyDelete
  8. Salam MIa,

    Memang bagus sekali. Ala Mia memang banyak pro n cons dlm sesuatu cadangan. orang kata Alah bisa tegal biasa.Lama2 diornag terima lah tu agaknya.

    ReplyDelete
  9. salam..
    Memang cadangan yg baik cuma seperti yg dijangka perlaksanaannya tidaklah begitu mudah.
    Kalau semua beri kerjasama rasanya x de masalah.

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan kak sweetie

    bagus la ada koc wanita. diharapkan bila dha stabil, bus khas tuk wanita gak diadakan. ringan sikit. hehehe.

    ReplyDelete
  11. salam,

    yang lelaki tak tau malu tu amik je gambar lepas tu siar kat tv atau masukkan dalam paper hehe..

    ReplyDelete
  12. Sepatutnya perkara macam ni, dari dulu lagi dah buat. Betul tak?

    ReplyDelete
  13. W.salam Ozzy,

    InsyaAllah, cuma pihak KTM juga perlu berkerja keras juga untuk memastikan segala dipatuhi.Kena buat iklan juga kat TV3 kot...

    ReplyDelete
  14. W.salam, slaam ramadhan juga buat dik Hali3isa,

    Memang tu cadangan yang bagus dik, lepas koc khas wanita, Bas wanita pulak, lepas tu kapalterbang pulak..eh eh...boleh ker agaknya yer...heheh jgn mare akak gurau yer.

    ReplyDelete
  15. W.salam Penjejak Maya,

    Ha tu dia denda yang mujarab. Kalau dah degil buat perkara tak baik, kenalah kita masukkan gambar dalam berita TV3, takpun dalam paper..ha..setuju sangat....

    ReplyDelete
  16. Salam Che Mid,

    Begitulah sepatutnya dari dulu patut dibuat benda bagus macam tu.Kalau berebut pun, berebut sesama wanita yer tak..dan aktiviti meraba2 tu pun takkan berlaku..selamat kita.

    ReplyDelete
  17. hehehe~ buleh gak tu kak. kalu ada kapal terbang khas tu wanita best. kekeke~ suma wanita termasuk pilotnya. kekekek.

    ReplyDelete
  18. Salam L3ha,

    Tu la dia..mesti seronok..happening.Riuh rendah dalam kapalterbang tu yer dik, Jom kita buat kertas kerja sikit mengenai proposal kita ni.hehe

    ReplyDelete
  19. Salam sweetie pergi makan angin kat teheran.

    Seronok ya..dapat pengalaman banyak!

    ReplyDelete
  20. W.salam Capt,

    Masa Sweetie pergi dah penghujung musim luruh.Ada juga pengalaman menarik kat situ, main salji kat Araq, Khomein (1st time pegang salji).Jakun sangat rasanya..
    Orang kata macam rusa masuk kampung.

    ReplyDelete
  21. idea dah ada cuma kesedaran belum cukup lagi
    mungkin perlu kepada pengautkuasaan yang lebih ketat

    ReplyDelete
  22. warna koc tu lain kan? macam mana boleh silap naik? memang saja nak kena siku.

    ReplyDelete
  23. Salam Tehr,

    Betul tu Tehr, sikap pengguna dan kesedaran juga penguatkuasaan yang kuat kena bergerak seiring. Baru berjaya.

    ReplyDelete
  24. Salam Ben, Apa khabar?

    Tak menyeluruh lagi koc tu yang berwarna pink utk wanita. Kebanyakan koc wanita yang ada pelekat warna pink letak kat pintu koc dan tingkap koc. Itu yang buat agak keliru tu...

    Kalau dah sah2 koc warna pink, masih nak naik juga, memang betul nak kene siku + denda.

    ReplyDelete
  25. t'ingat masa blaja kt ukm dl..plg tak suka naik komuter.mmg sesak.dan sangat tak selesa bila kena b'asak2 dengan orang lelaki..mmg patut dari dulu asingkan koc wanita.kitakan negara Islam.

    ReplyDelete
  26. Salam Farhana,

    Oh Cikgu Comey belajar kat UKM dulu. dekat jer kita ya.Memang komuter ni waktu puncak bila time pagi dan sebelah petang habis kerja..dasyat betul sesaknya. lagi2 kalau hujan.

    Baru ni Kak Sweetie gi KL, balik dah jam 5.00pm, dah la posa2 kita rempuh pun tak lepas, tersepit..hehhe hubby kak sweetie suruh lepaskan komuter tu tunggu komuter yang lain..hehhe rempuhan yang tak berjaya.padat macam tin sardin.

    ReplyDelete
  27. salam kak,
    mmg bagus utk wanita jerk kan..tak da nak bersesak2 ngan lelaki...dalam keadaan sesak tu nanti ada yang akan amik kesempatan..ish! tak suka...jadi bagus lah ada benda ni

    ReplyDelete
  28. W.salam Awa,

    Itulah yang bagusnya koc yang diasingkan. Kalau nak bersesak pun sesama wanita jer. kes raba-meraba kira selamatlah..

    tapikan Awa kena hati2 juga ma...penyeluk saku dikalangan wanita ni ada. time sesak tu la waktu yg diorang suka sangat.

    ReplyDelete
  29. sangat suka koc untuk wanita ni.
    tapi ada sesetengah yang kadang2 tak alert pasal benda ni..

    ReplyDelete
  30. Salam kenal, salam Ramadan Paradoks hati,

    1 idea yg bagus dengan adanya koc wanita. Pihak yang berkenaan kenalah terus memantau supaya perkara ini berkesan dan jangan hangat2 tahi ayam jer kan..

    ReplyDelete