Salam Merdeka Buat Semua,
Beberapa hari lagi Syawal akan menjelma, begitu gembiranya dan begitu sibuknya kita dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semuanya mau ditukar kepada yang baru, yang indah, cantik dan terhebat...Tapi tahukah anda semua, dalam kita bergembira dan bergelak ketawa masih ramai lagi insan yang menangis, merintih, menagih bantuan dan memohon sedikit simpati dari kita.
Disaat kita berebut-rebut memilih juadah di Bazaar Ramadan, Membilang makanan untuk dihidang ketika berbuka, sehinggakan ada yang tak mampu untuk dimakan dan dibuang begitu saja. Apa yang mereka ada, ketika berbuka puasa, mereka masih lagi menahan lapar dan dahaga. Berebut-rebut untuk mendapat sebuku roti dan mendapatkan air minum yang bersih buat penghilang dahaga.
Tidakkah kita terfikir nasib mereka, mungkin ada dikalangan kita hanya menonton di TV mengenai bencana ini seolah2 hanya menonton sebuah cerita episode/sinetron di TV tanpa perlu membuat apa-apa.
Airmata tumpah melihat penderitaan mereka. Sejak bermulanya awal Ramadan, negara mereka telah dilanda dengan musibah banjir yang terburuk. Hilang rumah tidak mengapa, hilang harta, hilang segalanya. Walaupun diuji kehidupan yang amat payah pada ketika ini, iman mereka masih menebal untuk menunaikan ibadah dibulan Ramadan. Inilah dia nasib Penduduk Pakistan ketika ini.
Info mengenai Banjir Terburuk di Pakistan.
Lebih 13 juta penduduk Pakistan itu terpaksa dipindahkan setelah rumah mereka musnah berikutan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun di seluruh negara tersebut. Puluhan juta warga yang selamat kehilangan tempat tinggal dan hilang punca pendapatan. Mangsa yang selamat pula terpaksa tinggal dikhemah/tempat perlindungan sementara. Namun keadaannya sangat daif, sesak, dan serba kekurangan, berebut-berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan lain. Korban jiwa akibat banjir di Pakistan terus bertambah dan lambatnya tindakan dari pemerintah mengancam mangsa yang berisiko terjangkit penyakit menular. Operasi untuk menyelamat, memindahkan, bantuan kemanusiaan menjadi sedikit mudah apabila hujan monsun yang menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh berdekad-dekad di situ berkurangan.

Namun banjir yang dihadapi dihadapi adalah luar jangkaan. Inilah bencana alam yang maha dasyhat. Ketika banjir di barat daya mula surut, setakungan air yang besar mengalir ke daerah-daerah selatan yang baru, seperti Punjab dan wilayah Sindh. Wilayah lain pula ditenggelami banjir. Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah daerah Swat dan Shangla apabila lebih 400 terkorban.
Kata2 dari Ban-Ki-moon, Sek jen PBB
“Saya pernah melihat banyak bencana alam di penjuru dunia, namun tidak ada yang seperti ini”.
Angka itu lebih tinggi berbanding unjuran awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangka hanya 4 juta terlibat, namun kesan bencana itu menyamai gempa bumi Kashmir pada 2005 yang mengorbankan 73,000 penduduk.
Banyak mangsa yang terperangkap dan menunggu bantuan di kawasan terpencil seperti Kohistan, Nowshera, Dir, dan lembah Swat. “Kerosakan akibat banjir begitu luas, begitu besar, kemungkinan besar banyak kawasan yang telah musnah dan mangsa yang terkorban yang belum dilaporkan,” kata juru bicara militer, Mayor Jenderal Athar Abbas.
Malangnya, ketika lebih 1,500 rakyat Pakistan maut akibat banjir itu, Presiden Asif Ali Zardari pula mencetuskan kritikan ramai apabila masih membuat lawatan rasmi ke Perancis dan Britain daripada memberi tumpuan kepada masalah negara sendiri.
Marilah kita membantu walaupun sedikit, dengan memberi derma agar dapat meringankan kesengsaraan mereka. Semoga dengan keihklasan kita ini Allah akan memberikan kita pahala, mempermudahkan urusan kita, menambah rezeki kita dan memberkati segala amalan kita. InsyaAllah.
Sumbangan untuk tabung itu boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau akaun CIMB di nombor 1424-000-6561053.
ANDA BUAT ANDA DAPAT.
salam..
ReplyDeletesimpati buat saudara kita di sana
dugaan Allah untuk mereka semua
yang sering berbalah sesama sendiri
moga azab yang Allah bagi ini menyatukan
mereka semula..wallahualam
salam,
ReplyDeleteumat islam tak boleh membiarkan saudara seislam menderita begitu sahaja hulurkan la derma ikut kemampuan kita jua..
salam sweetie,
ReplyDeleteKita bernasib baik di Malaysia berbanding mereka! sepatutnya kita banyak bersyukur kerana berada di tempat dan negara ini yang makmur dan selamat..
Jazakallah khairan.
slm akak.
ReplyDeleteYa Allah.. dah lama x buka paper n search psl latest news.. ini baru tahu yg bnjir teruk kat Pakistan.. sayunya baca entry ni.. smoga saudara seislam kita dsana bsabar dn mudah2an mereka sntiasa drahmati Allah. hnya doa yg mampu dsedekahkn buat mereka ketika ini.
salam..
ReplyDeleteBersyukurlah kita disini hidup aman damai berbanding mereka yg ditimpa musibah.
salam kak,
ReplyDeletesalam merdeka kak sweetie
Alhamdulillah..
ReplyDeletebsyukurnya tggal d Msia
Salam..
ReplyDeleteSangat simpati dengan nasib yg menimpa saudara islam kita..
So, apa lagi... klu sape2 yg banyak duit.. hulurkan tangan ringankan beban... derma.. jgn x derma.... hik3
Salam En Zul,
ReplyDeleteBegitulah Musibah/bencana, dugaan Allah buat mereka semua,InsyaAllah agar mereka bersatu semula.
W.salam Penjejak Maya,
ReplyDeleteMemang betul tu, Walau apa bangsa sekalipun, kita sesama islam patut bersatu dan bantu membantu jika dalam kesusahan.Bantulah apa yg kita mampu.
W.Salam Capt,
ReplyDeleteBersyukur kita negara kita aman dan makmur. Ye lah, dunia serba mungkin, kenalah berjaga-jaga dalam menghadapi apa juga keadaan yg mengancam keselamatan dan keamanan negara. Merdeka kita yer Capt.
Salam Yua,
ReplyDeleteDah sihat ker?
Tiap kali Berita Perdana mesti ada pasal banjir ni dan No account utk tabung banjir pakistan ni.Sama2 kita berdoa agar bencana tamat dan mangsa dapat bantuan secukupnya. InsyaAllah.
W.salam Ozzy,
ReplyDeleteYa.sesungguhnya kita kena bersyukur dan sentiasa berdoa agar keamanan negara kita berterusan dan mohon Allah swt jauhkan dari sebarang musibah. Amin
W.salam Hawa,
ReplyDeleteSalam Merdeka untuk Hawa juga, menjadi anak merdeka yang cintakan negara, agama dan budaya.
salam ramadan Lina,
ReplyDeleteHujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri. Sememangnya kita bersyukur tinggal di Malaysia yang aman damai ni berbanding negara luar yang selalu kacau bilau.
salam kenal..
ReplyDeleteklu ade rezki lebih.. bantu2la mereka yg memerlukan seperti penduduk di pakistan ni
W.salam Prince,
ReplyDeleteHulurkan tangan ringankan beban. Betul tu Prince, kita keluarkan zakat dan bantu seikhlas mana yang mampu buat mereka.
Salam ramadan dan salam kenal juga buat Yan.
ReplyDeleteDermalah seikhlas dan apa ynag kita mampu. Walaupun dengan doa insyaAllah dapat meringankan kesengsaraan mereka.
salam kak sweetie,
ReplyDeletesaya pun sedih tgk keadaan mangsa banjir kat pakistan ni.kadang2 kalau saya makan tak habis, saya mesti t;ingatkan diorang.habiskan jugak makanan tu..huhu.bersyukur dengan nikmat sekarang.
W.salam CIkgu Comey,
ReplyDeleteCamner sambutan hari Merdeka kat sekolah?
Sama2lah kita bantu membantu. Betullah akak tengok negara kita ni banyak pembaziran makanan. teringatlak kat diorang tu..sedih sangat.
Walaupun banyak nikmat dinegara kita, tapi patut juga berjimat cermat dan tidak membazirkan..
salam kak sweetie:)
ReplyDeleteapa khabar? sudah lama fifiey tak ziarah blog ini. ini baru ada kelapangan untuk menjejaki blog2 yang di"follow".
pertama sekali sungguh kasihan ye buat mereka2 yang sedang berduka mengalami bencana,sedangkan kita yang senang-lenang bersiap sedia untuk menyambut raya. apapun, sebagai umat sesama islam, sama2lah kita mendoakan keselamatan dan terbaik buat saudara kita yang berada di sana:)
anyway, raya dah dekat, akak dh buat persediaan apa2?
selamat ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.
W.salam Fifiey,
ReplyDeleteSalam rindu juga buat Fifiey,Kak Sweetie tak buat persiapan lagi. Anak2 juga tertanya2 baju raya mereka, kueh raya..InsyaAllah kak sweetie pasti usahakn untuk mereka.Tentu Fifiey dah bersediakan dengan baju yang indah2. kak Sweetie suka lihat Fifiey bergaya..cantik sekali.
Dalam kita begembira,
Jngn kita lupa rakan seugama di Pakistan yang dalam keperitan kesengsaraan. bantulah walau sedikit, insyaAllah dengan bantuan kita boleh menceriakan kembali kehidupan mereka.
Bangga jadi rakyat malaysia, Merdeka, Merdeka, Merdeka.
oook
ReplyDelete