Thursday, August 19, 2010

AKHIRNYA YANG DITUNGGU DAH TIBA

Assalamualaikum semua,

Jam menunjukkan dah pukul 10.45 malam, Dum-dum dum bunyi pintu rumah Sweetie diketuk keras. Kebetulan Sweetie ada diruang tamu dan anak2. Kami berpandangan..Eh sapa pulak tu, kemudian diikuti suara perempuan memberi salam. Anak lelaki Sweetie, menjawab salam dan membuka pintu.

Seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pembanci penduduk dan perumahan. Datang berdua bersama suaminya. Kesian diorang sampai dah lewat malam pun masih menjalankan tugas membanci. Katanya dia juga kesiankan anak2 kerana terpaksa ditinggalkan dirumah di malam hari sementara mereka berdua pergi membuat bancian.

Maafla yer....rumah Sweetie jer dah 3 kali diorang ulang terjah. Tapi takder orang kat umah... Macam manalah rumah yang lain yang juga x der berpenghuni juga…hmm itulah sebabnya kali ni mereka membanci waktu malam pula selepas berbuka puasa. Sweetie mempelawa mereka berdua masuk tetapi nampaknya mereka berdua telah letih dan lebih senang duduk dihadapan pintu jer. Nak cepat kata mereka. Kalau masuk rumah bolehlah sweetie buat air jap. air sirap ker, teh panas ker, yer tak..

Sweetie ingatkan para pembanci ni dah terlepas pandang rumah Sweetie sebab tarikh 22hb Ogos adalah hari terakhir membanci. Sweetie tunggu2 juga manalah pembanci tak datang-datang ni ..akhirnya tiba juga mereka disaat akhir.

Simple saja soalan2 untuk bancian ni, cuma nak terjah rumah orang dan layanan orang terhadap pembanci itulah yang susahnya.

Antara soalan dari pembanci:-

Berapa orang dalam rumah ni lelaki dan berapa wanita
Berikan tarikh lahir kesemua mereka.
Kelulusan Akademik suami /isteri
Kerja apa
Ada kenderaan ker tidak
Ada Astro ker tak
Ada Vcd ker tak
Ada TV ker tak
Rumah sendiri ker Sewa
Kalau Sewa berapa Sewa sebulan
Berapa purata pendapatan sebulan.

Itu jerla lebih kurang soalan mereka dan soalan akhir mereka. "Err….Warganegara Iran takder pulak code number ni dalam Borang ni bang" berkata pada suaminya boleh tak kita letak Pakistan ker…Sama ker?… Hehehe letak jer lah code aperpun kak oii.. Sweetie tak tahu..

Aperpun mereka berdua tu ceria dan peramah orangnya dan urusan bancian begitu mudah dan cepat selesai. Adakah rumah anda telah dibanci?

22 comments:

  1. slm akak..
    sy juga sdh dbanci.. hehe

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Kesian tengok pembanci dkt Malaysia ni..
    Ada yg kena kjar Anjing, Ada yang x buka pintu.. ada yang kena marah...
    Kalau smua mcm kak Swetie.. mesti senang kerja pembanci.. hik3...

    ReplyDelete
  3. salam kak...
    awe kesian pembanci kat kedah yang kena ugut ngan parang...sian betol..ape2 pun bagus gak bancian ni utk pembangunan...tapi pembaca datang umah..awe tak da..mak abah je..hehe

    ReplyDelete
  4. salam..
    alahai saya sampai sekarang
    pun belum sampai lagi ni..
    tak kena la kut..he he

    ReplyDelete
  5. salam,

    ntah la dah sampai ke belum sebab saya selalu takde di rumah tapi elok juga datang belah malam lepas berbuka tentu tuan rumah ada cuma jangan dtg masa nak bersahur dah le hehe ..

    ReplyDelete
  6. W.salam Yua, Berbuka dimana semalam?

    Lega. Selesai tanggungjawab kita apabila telah dibanci yer Yua.

    ReplyDelete
  7. W.salam Prince

    Memang banyak dugaan sebagai pembanci ni,Dalam keadaan panas terik dan hujan pergi membanci.Kena menahan sabar atas sikap kebanyakan warga kita yang tak mau bekerjasama, pastu kena berjaga2lah pulak sebab anjing yang diorang bela ni besar2 macam nak menerkam orang.Macam2 dugaan lagi..

    ReplyDelete
  8. W.salam Awa,

    Hmm takut dengar, Kalaulah kita jadi pembanci tu macammana ya, mau cepat2 letak jawatan sebagai pembanci.Sampai nak ugut ngan parang la pulak.

    Bila dah selesai banci ni nanti agaknya barulah tahu berapalah sebenarnya penduduk Malaysia ni.Berapa pula yang layak mengundi agaknya.

    ReplyDelete
  9. W.salam En Zul,

    Masih ada masa lagi tu. Entah2 pembanci tu pun dah ulang 3 kali pergi rumah En Zul kot..

    ReplyDelete
  10. W.salam Penjejak Maya,

    Hehee..mana tahu diorang akan datang waktu sahur, sebab masa dah suntuk dan diorang kena habiskan bancian..camner ekk..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Semalam pun kena banci dekat masa nak berbuka...budak lelaki lps SPM 2 tahun lalu..byk soalan juga ditanya...laptop dan komputer serupa sweetie...

    Anak kat U tak masuk rekod sangat... Dia cakap last round banci tahun ini...

    ReplyDelete
  12. salam sweetie,

    lama tak jengah sini, umah saya pun lom lg dtg banci mungkin dia dtg org takder. Raya ni sweetie tak blk Iran ke? mesti gembira raya diperantauan.

    Hubby kerja apa kat sini? Org malaysia kurang kawen ngan org sana..., Mesti buka puasa makan nasi bukhari selalu nikan.
    Pedang samurai

    ReplyDelete
  13. W.salam Capt,

    Banyak juga budak2 lepasan sekolah buat part time sebagai pembanci.Agaknya berbuka kat luar adik tu selepas membanci. Anak Capt kat U tak masuk rekod..apa maksudnya ya

    ReplyDelete
  14. W.salam Anon,- Salam Ramadhan Pedang Samurai,

    ALhamdulillah hubby sweetie dia tak memilih makan..Sweetie berbuka puasa dengan juadah biasa jer. Sweetie buat kebab atau nasi ayam dia suka juga.

    Tahun ni Sweetie dan keluarga raya kat sini jer dik.

    ReplyDelete
  15. salam sweetie

    hehe..i x banci pon.al-maklumlah, kanak2 sunquick lg.my mom ja la yg wat.hehehe..

    but 1 thing i know la, chinese population is decreasing..hmmmm

    ReplyDelete
  16. W.salam PurplePolaris,

    Agaknya dah datang la kot pembanci tu masa adik takder kat umah.Let ur Mama yang incharge yer... Hehe anak2 sunquick yer..bukan anak2 ribena ker?

    Malay population pun kurang, tak ramai yang mahu beranak ramai cam dulu dik.Sebab dari segi ekonomi la agaknya.

    ReplyDelete
  17. Sudah juga!! :)
    Simple je soalan2 dia tu..ambil masa pun sekejap je..tp hubby je y layan..ngeh ngeh. saya lari masuk bilik sbb xsempat pakai tudung :p

    ReplyDelete
  18. Salam Mommy Pinky,

    Memang tak lama pun diorang ambik masa untuk membanci. Betul tu Hubby ada boleh jer la jawab soalan2. mudahnya..

    Sekarang ni kak Sweetie ada juga beli tudung2 yang mudah nak pakai. cepat sangat pakai tanpa lihat cermin pun dah ok ma...

    ReplyDelete
  19. yang mengundi tu pntg kak..demi masa depan...

    ReplyDelete
  20. Memang penting Awa, para pengundi yang dah layak mengundi ni ramai, tapi tak berdaftar..itu yang diorang pun nak dibanci juga.

    ReplyDelete
  21. salam sweetie..
    Saya tak de masalah sebab wife mmg x kerja dan sentiasa ada kat rumah..dah datang hari tu.

    ReplyDelete
  22. W.salam Ozzy,

    Mudah kerja pembanci jer, Bila sampai rumah Ozzy dah ada orang menyambut. Cam rumah kami suami isteri keluar rumah, ha..memang tak der sapa. terpaksa la ulang 2, 3 kali kesian juga kat diorang yer.

    ReplyDelete