Tuesday, April 27, 2010

BAHASA KITA

Salam semua,

Zaman dah berubah, dunia dah maju tetapi adakah cara berkomunikasi kita dan budi bahasa kita juga hilang ditelan waktu.
Saban hari begitu banyak sekali penggunaan ayat-ayat baru dan ringkas dalam percakapan seharian. Anak-anak muda sekarang ini lebih suka menggunakan perkataan kasar berbanding dengan corak percakapan kita dahulu yang berbudi bahasa, sopan dan berhati-hati dalam berbicara. Setiap hari aku menjemput anak pulang dari sekolah dan dalam aku menunggu itu terdengar dari perbualan dan gurauan anak-anak muda ini ayat-ayat yang bunyinya agak kasar pada pendengaranku tetapi tak tahulah bagaimana pula penerimaan mereka.

Woi, bodoh aku gerak dulu la…
Apalah..pan### kau samdol tak tunggu aku
Bab### jgnlah kacau aku
Mangkuk hayun la kau
Aku cakap ngan kau, kau buat muka poyo per hal
Aku tengah sentap nih

Acapkali juga jika ada kesempatan dan ruang waktu aku tak lupa menasihati anak-anak remajaku agar berhati-hati bila bercakap dan menggunakan bahasa yang elok tetapi yer la…. Aku akui juga pengaruh rakan sebaya, pengaruh TV dan keadaan semasa begitu mencabar pada hari ini. Nasihat tetap juga nasihat dan harapanku pada mereka pandai-pandailah bawa diri dalam pergaulan seharian. Bagaimanalah agaknya pada masa hadapan ya. Apa akan jadi pada bahasa kita?

4 comments:

  1. salam sweeitie,

    Salam ziarah kembali..guna tempat ini sebab tak ada shoutbox .Letak shoutbox boleh tinggal pesan ya...

    ReplyDelete
  2. W.salam Capt.

    Boleh tinggal pesanan kat shoutbox tu..tepi sebelah kiri.ha...comel jer kat situ ma...tq

    ReplyDelete
  3. huhu..sedih bila dengar ayat2 yang tak manis disebut..sebolehnya kita kena jaga lidah ni,slalu la sebut perkataan yang baik agar darinya dapat sesuatu yang baik jua..

    ReplyDelete
  4. ya. Lidah tu lebih tajam dari pedang, bila kita bicara kene hati2.taklah mengguriskan hati teman2 kita.

    ReplyDelete