Monday, June 14, 2010

JOM MASAK

Salam Semua,

Apa aktiviti anda pada hujung minggu lepas yer. Pada Sweetie tak der aper yang menarik pun. Sebabnya Sweetie kurang duit nak gi shopping dan 1 lagi hubby lak tak der kat umah utk beberapa hari..huhu…boringnya ...so apa nak buat nih.. aper lagi yer kita enjoy…(tu jer yang menjadi menarik sedikit enjoy aktiviti malas-malasan..hehhe apa nak jadilah nih…..)

Sebelah petang dapat curahan idea…ha…biar betik (ayat baru) buat kueh vadai. Bukan senang nak buat kueh ni. Siapa nak tahu kueh ini dibuat dari kacang dhal. Ha..tengok gambar tu dah terliur…sure lepas baca mesti cari resepi ni. Sweetie try buat dalam kuantiti kecik jer. Kalau jadi Alhamdulillah, kalau tak jadi nasib kaulah Sweetie! heheh Bukan kedekut yer..betulkan ayat tu, Cuma takut membazir sapa nak habiskan kalau tak jadi ekk..Selepas kacang direndam sedia untuk dikisar, tugasan ini diambil oleh Anakanda sweetie atas arahan Maharani hehhe. Sweetie x dera anak tau jgn reportlah pulak. Cuma nak dia ambil bahagian dan sambil tu belajar ckit-ckit. Taklah macam Sweetie dah kahwin baru nak belajar masak.
Hari berikutnya Sweetie buat pula bubur 1 Malaysia (bubur caca). Meriahnya warnanya cam rakyat yang berbilang kaum (konsep 1 Malaysia) Patriotik juga Sweetie nih…Pasti PM suka weh…So the result masakan ini nampak mudah tapi kalau tak diajar mana nak pandai yer tak? Kueh vadai dan bubur caca habis dimakan...hmm lega sweetie..

Pada mana-mana blogger anak-anak dara yang sedang membaca coretan Sweetie ni rajin-rajinlah menolong ibu di dapur dan carilah ilmu masakan juga kerana walau setinggi puncak mana pun pelajaran anda atau tahap akademik mencapai tahap gaban Phd sekalipun, hakikatnya peranan seorang wanita itu banyak di dapur. Keikhlasan menyediakan makan minum suami dan anak-anak itu adalah pengikat kasih sayang keluarga.

Sweetie dah membebel ni. Tak kisahlah bebel banyak manapun (blog sendiri okay…x der sapa nak marah) hehe Sweetie gurau aja ma...maaf jika terkasar bahasa…sila komen ya.

5 comments:

  1. setuju ngan kak sweetie... stinggi mana pon ank dara blajar, memasak msti kena pandai.. wajib tu... huhu

    ReplyDelete
  2. Salam Yua Zawa, betul tu dik, muka cantik, pandai masak, amboi saham naik tu yua...

    ReplyDelete
  3. haha..setuju..kiranya pakej yang lengkap la...bru la saham tinggi ..\nampak sedap jew bubu r chacha..dah lama x makan..
    dulu mak slalu buatkn..

    ReplyDelete
  4. Salam Myrah,

    Betul tu Pakej yang lengkap, nak jadi penyanyi mesti suara merdu, muka lawa, pakej nak jadi isteri yang lengkap pula, pandai agama, pandai masak, lemah lembut etc,

    Apa pun Myra masakan ibu memang sedap dan terbaik.

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    ye la ilmu memasak sgt penting tambah2 klu dah kawen. Adik badik, kwn2 suami, kwn anak lg mesti la nak dtg betandang umah kitakan.
    Klu x tau msk malunyer nk ajk org dtg umahkan..org kt kita kdekut plak, lg2 ipar duai yg nak dtg lg lerrrr...

    ReplyDelete