Monday, June 28, 2010

MAAFKAN SWEETIE

Salam Sejahtera,
Pernah tak anda semua merasa nak tolong seseorang yang dalam kesusahan tetapi diri anda sendiri tidak berdaya. Gitulah yang Sweetie alami.

Setiapkali jumpa wanita ni Sweetie cuma senyum dan salam saja yang sempat sweetie ucapkan, jarang kami berkesempatan berbual2 kerana biasanya kami cuma terserempak ketika Sweetie keluar nak pergi ke suatu tempat. Sweetie juga tidak sempat mengenali dirinya secara rapat dan tidak tahu namanya juga. Beliau adalah seorang Wanita berketurunan India muslim mempunyai 3 orang anak.

Pada minggu lepas semasa sweetie menuruni tangga ke parking bawah kelihatan dia menangis teresak2 dan cuba dipujuk oleh suaminya. Bagi Sweetie mungkin masalah rumahtangga mereka dan sweetie cuma berlalu begitu saja.

Pada 2 hari lepas semasa pulang dari kerja kebetulan diwaktu yang sama terjumpa dia di parking kereta dan wanita ini datang pada Sweetie, terus bersalam dan mahu bercerita ngan Sweetie. Dia bertanya samada Sweetie ada dengar cerita tentang dia. Dengan muka sedih seakan mahu menangis dia menceritakan kisah perniagaan dibuat orang, sampai orang tak mahu makan digerainya.Keluarganya juga terkene buatan orang, anak daranya mahu bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangnnya kerana malu dan sekarang ni dia perlukan duit untuk rawatan anaknya.

Memang Sweetie ada dengar juga kisahnya yang tak baik dengan beberapa orang jiran atas sikapnya. Sweetie dengar cerita diapun secara kebetulan sewaktu beli nasi lemak dan kelihatan kedainya ditutup lalu Sweetie bertanya kenapa gerai wanita tu ditutup. Kakak yang jual nasi lemak tu bercerita tentang kisahnya dan kata sampai kat situ kecoh hingga ada nak sampai berparang2. aih…Sweetie tak tahu kisah ni semua..entah bila berlaku tak tahulah.minta2 jauhkan dari perkara begini dari hidup Sweetie, takut Sweetie kalau kes orang marah2 ni dan serang-serang . Sebab tu jarang Sweetie keluar rumah takut fitnah atau apa2 saja jadi nanti.

Tapi bukan itu fakta besar pada Sweetie untuk tidak menolongnya. Ya Allah, napa Sweetie yang dipilih. Sweetie memang sangat2 nak Bantu, tapi Sweetie sendiri tak terdaya. Dia minta Sweetie ambil telefonnya dan berikan dia sedikit wang, tapi Sweetie sendiri minta sedikit wang dari suami kerna Sweetie sendiri sampai hari ni belum gaji. Aduh…serba salah Sweetie menjawabnya.Lalu Sweetie minta dia datang rumah dan mungkin hubby Sweetie boleh bantu sedikit. Tapi dia tak datang. Mungkin dia malu, Tapi Sweetie lagi malu kerna Sweetie tak dapat menolong dia disaat dia benar-benar perlukan pertolongan. Maafkan Sweetie, Sweetie kesali diri Sweetie tak dapat membantu kamu.

8 comments:

  1. salam..
    sedih jugak bila baca
    tapi masaalah manusia
    tak kan dapat lari darinya,
    selalu sahaja datang dan
    pergi..bersabarlah...ada
    rahmat Allah yang menanti..

    ReplyDelete
  2. salam sweetie,

    Cukup sedih jika tak dpt menolong orang yg betul memerlukan bantuan kita semasa kita sedang dlm masalah yg sama.

    Memanglah begitu ujian-Nya. Semuga sweetie tabah dgn ujian sebegini.

    Jazakallah Khairan.

    ReplyDelete
  3. W.salam En Zul,

    Memang kita tak boleh lari dari masalah yang mendatang,cuma kalau boleh jgn mencari masalah.Moga kita dpt bersabar dan bertindak dengan betul dlm apa jua perkara.

    ReplyDelete
  4. Salam Capt,

    Betul Sweetie memang terkilan tak dapat menolongya Capt.

    Mudah2an ada orang lain yg dapat membantunya dan dimudahkan oleh Allah swt urusannya InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. salam. semoga Allah akan mempermudahkan segalanya untuk kamu dan dia :)

    ReplyDelete
  6. W.salam Nur,

    terima kasih atas doa itu, moga kami, dia, awak, mereka, semuanya baik2 saja.

    salam kenal Nur, dan terima kasih ziarah disini.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan...amin..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Zures,

    Betul tu, mari kita doa sama2 ya.

    ReplyDelete