Friday, June 25, 2010

SWEETIE KATA LAGU NI CAM BEST JER

Assalamualaikum,
Setiap hari Sweetie akan memandu untuk pergi Office dan demi menghilangkan kesepian dan dari melamun bende yang bukan-bukan sempat lagi turn on Radio layan Suria FM. Suka sangat dengar celoteh Halim Othman and the Gang. Seronok pun ada kadangkala ketawa sorang-sorang lagi bila ada topic yang diperkatakan tu kelakarlah pulak. Kalau orang tengok Sweetie ketawa sorang-sorang masa drive keta mesti orang kata ‘Aper kene ngan pompuan tu?
ishkk..maafler yer…tak perasan.

Lebih seronok lagi diselang selikan dengan lagu-lagu yang memang favorite Sweetie masa remaja dulu…hehhee. Ikut sekali la menyanyi dalam Kereta, bukan ada orang dengar yer tak sumbang mambang suara kita…Nasib baik keta tu tak leh bercakap. Kalau kereta tu bercakap macam Kereta Night Rider tu mesti dia dah gelakkan Sweetie ataupun mengumpat Sweetie,,hehee tak baik menyangka yang bukan2 eek...Entah2 keta tu ikut menyanyi pulak ngan Sweetie barulah best. Aperla Sweetie dah melalut nih. hehhe yang penting mood pergi kerja mesti mari, barulah ceria jer nak mulakan kerja yer tak.

Ini adalah salah satu lagu kegemaran Sweetie. Lagu Yantzen, lagunya rock juga, rock kapak ker rock pisau ker Sweetie tak peduli. Yang penting lagunya tu penuh dengan penghayatan dan pengertiannya yang tersendiri. Jom layan….

KITA ADALAH INSAN – YANTZEN

Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Adalah Hamba
Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar Keredhaannya
Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan dihancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........Merana..........
Kita Adalah Insan
Menumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh Cinta Yang Murni
Sebagai Ingatan
Yang Kukuh Di Hati
Demi Masa Depan
Jangan Di Hancurkan
Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya..........Merana..........
Jangan Hancurkan
Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

12 comments:

  1. Haha..
    lgu ni mmg best...
    Tpi Kalau Prince yang nyanyi...
    Kompom Hujan, Guruh & petir...
    Suara x best nyanyi.. ngee,,,

    ReplyDelete
  2. ni antara lagu wajib nyanyi kat karaoke ni

    ReplyDelete
  3. Salam Prince,

    Kak Sweetie juga takder bakat nyanyi, cuma bakat terpendam je. samalah kita prince..nyanyi utk hiburkan diri sendiri ma.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Wah dalam diam2 berbakat rupanya Apeez ni, bila agaknya Kak Sweetie leh dengar apeez nyanyi ni....ok 1, 2, 3 start..Kita adalah insan

    ReplyDelete
  5. salam sweethoney,

    Lirik lagunya memang baik dan capt tak pernah dgr lagu ni...Hidup ini kadang-kadang terhibur juga mendengar lagu yg baik sebagai panduan kita..

    Semuga selamat sampai ke tempat kerja dgn selamat.

    ReplyDelete
  6. Sememangnya lagu dengan lirik yang mempunyai jiwa.

    ReplyDelete
  7. W.salam Capt,

    Yerla Capt. Sekali2 terhibur juga hati dengar lagu cam gitu. Diri sendiri kene hiburkan juga. yer tak?

    Tima kasih atas ..doa tu moga capt juga sentiasa berhati2 ketika memandu.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Benrauf,

    Lirik begitu bermakna sekali dlm sesebuah lagu.begitu puitisnya lirik begitu indahnya melodi memberi pengertian tersendiri bagi mereka yang menghayatinya.

    ReplyDelete
  9. Salam. Hehe.
    Macam tak pernah dgr je.

    ReplyDelete
  10. W.Salam Affan,

    hhee lagu ni mungkin popular awal tahun 90an kot,masa tu Affan kecik lagi.

    ReplyDelete
  11. salam sweetie
    Ye lah dlm hidup kita ni perlu ada panduan klu asyik merungut dan tidak puas hati je susahla..
    Hidup besederhana lbh baik dr ngejar sesuatu yg lom pasti bahgia malah lbh derita lagi.

    Semua ketentuan dr Allah tp kita yg mencorakkannya. Kita sabar 1 ujian Allah bg kita 10 kebahgiaan gitu juga sbliknya....
    pedang samurai

    ReplyDelete
  12. Salam pedang Samurai,

    Hidup kita sentiasa ada ujiannya. Setiap orang mengimpikan bahagia.Semuanya menolak derita. Betul hidup perlukan panduan, hidup bersederhana.Tanpa panduan hidup pasti kita akan tersesat jalan. tima kasih atas nasihat berguna. Sweetie hargainya.

    ReplyDelete