Monday, May 10, 2010

KITA SERUPA...

Salam Ceria semua,

Pernahkan anda diajukan dengan pertanyaan begini?

“Eh macam pernah jumpa jer. Awak yang ikuti satu kursus dengan saya tempohari kan”. Wajah awak ni serupa ngan kawan sayalah. “Muka anak ni tak ubah macam anak buah makcik”, “Awak yang mengajar kat sekolah Menengah tu kan? hmm... Selalu saja insiden begini terjadi padaku kerana persamaan wajahku dengan insan lain yang mereka kenali.

Kita taklah merasa pelik jika dari segi sifat, character atau cara pembawaan kita ada persamaan dengan orang lain. tetapi wajah yang serupa walaupun bukan dari satu ibu atau ayah ataupun pasangan kembar rasanya agak pelik juga ya. Itulah kekuasaan Allah swt.


Aku Cuma terfikir bahawa wajahku hanya serupa dikalangan warga Malaysia saja, tetapi semasa aku di Geneva, kami didekati oleh perwakilan dari Maghribi peserta kursus dari Maghribi salah seorang yang bernama Zainab telah menyapaku “ur face look like as my good friend in my country”. Aik sama macam kawan dia, aku cuba membayangkannya dan semasa aku pergi Iran anak buahku berkata Untie, today my client from Cina came to my office and her face and character is same like u. Hah…satu dari maghribi 1 dari Cina…camner yer? Ntah2 kalau gi negara lain pula ada juga yang sama muka macam bintang filem kat sana ker, cam muka tokoh2 terbilang, gemilang kat negara mereka ekk.…hahhaa..lawak aje tuh.Tapi mana tahu yer tak?….kebarangkaliannya ada ma…..

Benarkah dalam dunia ni.. wajah kita ada 7 orang yang serupa ngan wajah kita?

Cubalah teliti gambar-gambar ini adakah mereka serupa?













4 comments:

  1. serupa...heheh..ada ke artis rupa cam kite ek? hahaha...

    ReplyDelete
  2. salam..apa khabar?
    Have A Beautiful Day Ahead..
    moga dirahmati NYA..

    ReplyDelete
  3. W.salam Zulkbo, sweetie baik2 aja. Tima kasih atas ucapan tu.Moga awak sekeluarga juga sentiasa dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  4. Salam Awe,

    Kak Sweetie kene jumpa Awa dulu baru boleh komen ma.Cam artis mana yer? Tapi Awa nampak cantik di mata akak.

    ReplyDelete