Salam Ceria Sahabat Semua.
Semalam cuti Sweetie hanya rehat-rehat jer kat umah tak gi mana-mana. Lagipun anak2 nak periksa hari Isnin jadi sambil tengok anak-anak baca buku tu saja nak try buat kueh kita. Kueh Sagu Kacau. Hari Khamis lagi Sweetie dah ambik resepi ni kat kat internet. (Ha cuba jangan tak cuba).
Semalam cuti Sweetie hanya rehat-rehat jer kat umah tak gi mana-mana. Lagipun anak2 nak periksa hari Isnin jadi sambil tengok anak-anak baca buku tu saja nak try buat kueh kita. Kueh Sagu Kacau. Hari Khamis lagi Sweetie dah ambik resepi ni kat kat internet. (Ha cuba jangan tak cuba).
Dalam resepi tu kata masukkan ½ cawan sagu, 3 cawan air, gula 6 sudu, daun pandan, pewarna merah, ha..punyalah sweetie kacau dah sampai kembang, bau aroma wangi daun pandan dah terbit dah..harum dapur sweetie. Selepas tu Sweetie masukkanlah dalam bekas dan sejukkan, Hajat di hati nak surprise abg juga dengan kueh melayu kita yang indah menawan ni…Nanti abg balik dah letih2 bolehlah hidangkan dia eek…..ha..baca lagi …
Selepas tu sweetie masukkan dalam peti ais. Cakap kat anak2 kita bagi beku dulu nanti mama potong-potong kita hias kelapa, kita makanlah sejuk-sejuk. Bestkan…Aha…dalam lepa2 berkemas, tengok Tv dah 1 jam berlalu. Sweetie tengok ala......kueh tu masih camtu lagi lembik dalam bekas ma...…hmm tak menjadilah kueh mama ni dik oi… tak leh nak potong …huhu.
Selesai abg solat Asar sweetie hidangkan pada abg kueh sagu hasil buatan Sweetie, Oleh kerana takleh dipotong terpaksalah Sweetie menggunakan sudu masukkan dalam mangkuk kaca, hiaskan kelapa parut diatasnya. Warnanya yang merah, rasanya dan hiasan kelapa memang tidak mengecewakan Cuma ianya terlalu lembik sedikit ... Suami sweetie puji juga katanya sedap dan sangkaannya kueh sagu tu jelly...tapi dia makan cam sedap jer..Nasib baiklah dia tak tahu kueh tu sebenarnya tak jadi dan bukan makan pakai sudu..hehhehe
Aperlah nak jadi Sweetie ni….buat kueh pun tak pandai…tapi Sweetie ikut resepi tu bulat-bulat…napa tak jadi ekk….hmmm..
kak...awe sgt suke kueh ni..dulu kalu kat hotel tiap2 minggu suh mak bawak kuieh ni....sebb sedap dan sejuk....sukenye..nak kak
ReplyDeleteSalam Awa,
ReplyDeleteNanti Kak sweetie kene buat latih tubi..hehhe kene belajar resepi ni biar betul-betul jadi. baru boleh hidang kat adik akak ni. okay kan..Bila nak turun kajang Awa?..
swetie2010,
ReplyDeleteBertuah lerr cik abg tu yerr merasa gak kueh buatan bini takler kempunan..
Tahniah atas usaha gigih yg murni itew..gagal sekali tak bermakna kita gagal selamanyerr tul tak.
Cuba lagi yer kak, bukan senangkan nak bina istana karang.
Salam dik Zura,
ReplyDeletehehhe..betul la tu..salah satu usaha ke arah itu Kak sweetie dah jadi follower dengan blog masakan..ha banyak tips, banyak resepi..so bolehlah cuba masakan Malaysia kita yg hebat ni utk abg. betul tu bukan senang nak bina istana karang, istana pasir senang kot...tak maulah..