Ari ni sedang bersiap-siap nak gi kerja sempat lagi bukak TV 8 dok tengok Faizal Hot FM sedang berbual mengenai topic mi segera. Katanya Hari ini berita Kosmo mengatakan Kementerian Kesihatan kata makan mi segera tak memudaratkan. Hmm yer ker? Kat rumah aku tu mesti ada stok simpanan mi segera. Bukan apa anak remaja aku ni perutnya selalu jer la lapar. Dah dinner, pastu kang tengah malam leh lagi dia masak Maggie habis buat homework atau tengok TV. Lapar lagi lah tu. Mamanya pun 2 x 5 juga mi segera makan panas…hmm sedap tul.
Selalu juga aku nasihat kat anak2 jangan kerap sangat makan mi segera dan bila masak letak ckit jer bahan perencah tu, sebab masin sangat. Macam-macam cerita juga pasal Mi segera ni yang aku dengar, ada yang kata senang dapat kanser, dapat pelbagai penyakit, makan banyak nanti belajar apa pun tak masuk, sebab banyak bahan perasa didalamnya dan macam2 cerita lagi. So, dari pengesahan Kementerian kesihatan ni senang sikit la hatiku, dok kementerian sendiri kata tak bahaya.
Ha ni dok ceduk sikit laporan dari kosmo buat bacaan semua.

Mi segera bukan penyebab kanser
KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.
Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
salam,
ReplyDeleteSy pun spare juga kat rumah..tghx malam pekena utk tahan pedih perut..
Kanser ini semua kerja orang kat atas. Cuma apa-apa kita makan baca doa makan dahulu dan insyaAllah terhindar dari sebarang penyakit.
Tapi kurangkan makanan masam jangan ph darah acidic kerana kajian sains ada membukti kebanyakan sel kanser mula tumbuh apabila ph darah kita kuat bacaan acidic.
Minum susu dutchlady nak neutralise acidic dalam darah.
W.salam Capt.
ReplyDeleteTima kasih atas nasihat. Capt ni cam tau jer, ramai wanita suka asam2, jeruk nih.
Tak elok utk dimakan, tapi nak juga yer.