Wednesday, May 5, 2010

SEGMEN JELAJAH BLOG BEN ASHAARI

Salam Ceria,




Segmen JELAJAH BLOG Ben Ashaari



1 ) Header BEN ASHAARI BLOG

Nak cuba jugaklah try masuk jelajah Segmen Jelajah Blog oleh Ben Ashaari, nak ker dia menjelajah blog sweetie ni ya. Setiap hari sweetie mesti terjah dulu blog dia. Cam best gitu. Apa pun kita cuba dulu..siapa yang kena…Cuba jangan tak cuba.Tunggu jangan tak tunggu.

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi best ...

Nama samaran saya ialah Sweetie. Orangnya pun manis juga semanis nama samaran tu..siapa lagi nak puji yer tak. Baru saja menceburi dunia blog ni pada cuti Tahun Baru Cina lepas (Feb 2010). Sweetie bekerja dan menetap di Kajang, mempunyai 3 orang anak dan berkahwin dengan seorang warga asing.

Nama Blog:
http://sweetie2010.blogspot.com/

* Blog ini tercipta untuk mengisi masa terluang saya.
* Dapat borak-borak ngan bloggers yg lain. Ramailah kengkawan nanti seantero dunia.
* Dapat berkongsi cerita , dan mencuci minda saya ni dalam dunia penulisan.Tak kisah la apa cerita yang saya tulis. Apa yang terfikir di dalam minda dan apa yang terjadi di dunia nyata.
* Saya suka dapat berkenalan dengan blogger yang lain secara rapat di alam ciber ni. Taklah boring orang kata. Membaca blog2 diorang kadangkala membuat saya ketawa kerana penulisan yang berjaya membuat saya ketawa dan ada juga kata-kata sinis yang menyedarkan saya dan beribu-ribu kata nasihat yang membuat saya insaf.

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini


* Saya dapat tahu segmen ni dari blog yang saya terjah.

* Saya dapat tahu segmen ni kerana I follow u and ur wife Blog ma…

Tersangatlah happynya Sweetie kiranya blog nih dapat dijelajah oleh Ben Ashaari dan memberikan sedikit panduan atau komen2 yang membina dari segi penulisan ataupun kreativiti dalam menaiktaraf blog saya ini. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari tetapi secara basicnya sebuah blog telahpun berjaya dicipta.Alhamdulillah

Eh Ben, bila nak jelajah ni….tengok ni.. saya pula dah membebel nih.Apa pun terima kasih ya Ben Ashaari.

No comments:

Post a Comment