Monday, May 17, 2010

MEE UDANG SEDAPNYA......

Salam Ceria Semua,

Seperti dijanjikan kat sini sweetie nak berkongsi resepi mee udang ni. Hari tu Sweetie buat mee udang sambil baca resepi ni lah..cubalah yer.

BAHAN-BAHANNYA

Bawang merah/kecil 10 biji
4 ulas bawang putih
Cili kering 15 biji kalau nak pedas lagi leh lah tambah ckit lagi
Udang Geragau 1 senduk
Udang hidup dalam ½ kilo
1 peket Pes udang
Cili Sos 1 senduk
900 gram mee (2 peket)
Sedikit bebola udang dan fish cake (potong ikut suka ma…)
Sedikit kacang tanah yang telah ditumbuk
Tauhu 2 keping digoreng dan dipotong come…
Keledek 1 biji yang sedang2 aja. Yang sedap belilah keledek Jepun okay yang colour kulitnya purple tu..dipotong kecil2

CARA MEMBUATNYA.

Keledek direbus kemudian dilecek atau blender, nak cepat blender jerlah.
Lecek tu nanti tangan pun jadi keras. Nak pakai lama weh…
Bawang merah, putih dan cili diblender dan semasa blender tu
campurkanlah dengan 3 sudu tepung gandum
Udang geragau juga diblender

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bawang, cili yang telah diblender dan Pes udang.
Bila dah sebati dan wangi, masukkan udang geragau, kacang dan kacau lagi. Masukkan sedikit
air asam jawa dan sos cili dan kacau lagi biar sebati.
Kemudian masukkanlah 2 mangkuk air dan bila kuah dah mendidih, masukkan udang
dan diikuti dengan keledek yang dilecek seterusnya bebola udang dan fish cake.
Masukkan sedikit garam dan perasa secukup rasa.

Ha..ni pula aksesori tambahan…(ikut suka hati nak hias camner yer)

Bila mee dah dibasuh, bolehlah dicurahkan air panas dan toskan.
Sayur sawi bolehlah juga dicelur
Sedikit taugeh dicurahkan air panas.

Untuk masakan ni lebih berwarna warni
Cili merah dihiris sedikit.
Potong sedikit daun sup
Bawang goreng
Telur rebus 3 biji
Tauhu yang telah digoreng

Kemudian apa lagi…hidangkan dan nikmatinya. Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment