Thursday, June 10, 2010

BILA KOMPANG BERBUNYI

Salam Sejahtera,

Lama sweetie tak type N3 baru ni..... cerita hari ni…

Bila cuti sekolah menjelma lagi kompang pun mula berbunyi. Pak pung, Pak Pung, Pak Pung….haaa. ini bunyi kompang kat Kajang la…Kompang tempat lain tak tahulah pulak bunyinyer camner…sweetie gurau jer.
Majis perkahwinan lebih meriah diraikan dengan kedatangan saudara mara dan handai taulan. Inilah dia kemuncaknya majlis dalam meraikan kedua mempelai, tersenyum menawan lagaknya sang putera dan puteri di pelaminan indah.

Bila kompang berbunyi lagi, Berbagai persiapan dibuat darilah persalinan/kelengkapan pengantin, mak andam, kenduri dan tentunya buah tangan untuk majlis tersebut. Perkara-perkara ini semuanya tentunya memerlukan belanja yang besar.

Setiap kali kita datang ke rumah Pengantin atau dimana jua pengantin diraikan, bila pulang kita mesti dibekalkan dengan 1 beg kecil goodies yang di dalamnya terdapat bermacam-macam antaranya wajiblah ada bunga telur selainnya cup cake, kerepek-kerepek, Jelly dan gula2. Kalau tak dapat rasa cam tak syok lah pulak yer…terutamanya kanak-kanaklah.

Tetapi lain pulak sekarang ni, hadiah dari pihak pengantin seolah-olah satu kewajipanlah pulak memberikan selainnya sebagai door gift tanda terima kasih dari pengantin, antaranya mug yang telah dicetak gambar mempelai, sapu tangan berhias indah, kipas kecil yang berwarna warni, sudu kecil, kotak kecil yang indah berhias, pot pouri etc. dan berbagai lagi. Mahu juga sengkek pengantin dalam mempersiapkan perkara-perkara ni. Mungkin jika benda-benda ni tiada…takut diperkatakan sahabat tak der class atau seolah2 kedekut gitu. Emm yer ker?..tau tak per.

Tak tahulah Sweetie, anak2 Sweetie pun dah membesar, mungkin 1 hari nanti Sweetie juga akan mengahwinkan anak dan pada masa tu pula agaknya apa pula buah tangan yang sesuai untuk diberi. Adakah benda-benda ini akan menjadi ikutan untuk disediakan dan jika tiada nanti dijadikan pula suatu umpatan…(hmmm……entahlah).

5 comments:

  1. Kalau cerita bab kenduri kahwin ni memang best. mana taknye ieta kampung di Jengka Pahang. semua orang2 kat sana kebanyakannya buat kenduri gotong-royong. mana ada sangat yang katering macam kat bandar ni.Kalau bab dapat bag kecil lepas salam, budak2 yang suka. mana taknye dalam bag tu macam2 ada, terutamanya gula2. hehhehehe
    seronoknya suasana kenduri kahwin kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Ieta,

    Kat kg masih lagi bergotong royong, tpi kat Kajang ni kebanyakan semuanya dah guna katering, kuranglah seronok sebab kemeriahan masak memasak, dan rewang kata wong jowo tu takder. tak best. apa pun budak2 suka ma sebab dapat goodies tu.

    ReplyDelete
  3. kak..follow sya erk..saya budak baruu g...kt kg saya de gak gtg- ryong tp sedekit je..bergantung r kepada orang yang nak wat kenduri tuw klu de bajet lebih ,dia wat ketering..apapeun gtg ryg mmg best sgt lebih meriah ..

    ReplyDelete
  4. yelah, masa i kawen pon jenuh nak pk nak bg aper utk doorgift..pening gak nak pk masa tu..dah mcm benda wajib lak..klu x bg takut org mengata..huhuhu..nasib baik guna wedding planner, last2 depa yg wat sumer tu..hihihi

    ReplyDelete
  5. Salam Myrah dan Qelissa,

    Salam kenal Myrah, kak sweetie dah follow myrah.seronok juga baca blog myrah.betul kata Myrah gotong royong masa kenduri memang best. Apa orang kata merapatkan lagi silatulrahim.

    Hai Qelissa,

    Wah wedding guna wedding planner lagi. la rugi kak sweetie tak kenal lagi ngan qelissa, klu tak boleh meraikan sekali..happening gitu. walaupun wedding planner yg buat semua, tapi belanjanya besarkan qelissa. moga bahagia/selamat hingga akhirnya okay.

    ReplyDelete