Monday, June 21, 2010

BUAH CINTA

Salam sayang semua,
Comelkan buah ni, buah cinta namanya kerana bentuknya yang unik seperti bentuk hati dan warna yang merah menggoda begitu menggiurkan sekali. Lihatlah gambar tu mengancam sekali kan…meleleh air liur tuh.

Anak-anak Sweetie juga gemar strawberry terutamanya strawberry cicah coklat. Bestnya…Nak ker? Dah habis dah….hehhe gurau jer ma..lagi satu apa-apa juga makanan yang ada perisa strawberry ha memanglah kegemaran mereka. Berhantu orang kata. Tak kiralah samada kek ker, biskut ker, jem, gula-gula, coklat, aiskrim dll.
Tapi Sweetie muaklah pulak tak der ker perisa lain nih…(strawberry coklat, coklat strawberry itu jer ulang2) letihlah mama. Apalah agaknya yang membuatkan mereka gemarkan rasanya tu atau ada factor yang lain yang mempengaruhi….tanyalah bebudak tu yer, kalau tanya sweetie tak tahu Sweetie nak jawabnya.

Tak puas rasanya makan strawberry kerana harganya yang agak mahal. 1 pack kecil jer harganya RM10.00 ke atas. Masa gi Cameron Highland bukan buah jer yang Sweetie beli, siap pokok ngan pasu-pasu Sweetie beli bawak balik Kajang. Haha..adalah seminggu lamanya pokok strawberry tu idup nyawa-nyawa ikan. Sempat 1 pasu tu anta umah abah Sweetie agaknya kawasan kampung yang redup, sejuk ngan pokok-pokok sesuailah dengan pokok strawberry tu. Sampai sekarang hidup lagi pokok tu. Adalah berbuah sekali tak sempat buah tu nak matang pastu tupailak makan…adu…uuhhh…
Teringat Sweetie, Boss bawa kitorang makan angin di London. Sewa dua buah keta drive sendiri, haa..gi round cari ladang Strawberry. Boss duk situ belajar 8 tahun. Haa..hafal lah dia mana ceruk letaknya ladang tu..masa tu bulan Jun masanya untuk buah Strawberry ni masak ranum..walah cantiknya menghijau ladangnya dan dihiasi dengan buahnya yang merah menyala..indahnya. Buahnya besar-besar dan rasanya lebih manis. Boss hanya mengelakkan kitorang petik strawberry macam jakun sekali..ha…gelak la boss….ada ku kesah….hehhee. Agaknya kalau guna duit Sweetie sendiri bilalah nak sampai ke sana ya.

Ha..conclusionnya..kebaikan buah strawberry ni
1. Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.
2. Strawberry yang mengandungi sedikit gula sesuai untuk diet bagi pengidap diabetes.
3. Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti keriput!
4. Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.
5. Strawberry dapat melawan radang sendi. Strawberry mengandungi
zat anti alergi dan anti radang.

Ada banyak lagi sebenarnya khasiat buah Strawberry ni, namun begitu awas ya buat ibu-ibu yang hamil (slang indon la pulak) buah Strawberry tak begitu elok dimakan banyak ketika hamil kerna agak tajam /bisa sedikit macam nenas. Makan tu berpada-padalah yer.

17 comments:

  1. haha..
    Prince suka buah ni...
    Sweethoney... nanti klu pokok dh berbuah jgn lupa send dkt Prince.. boleh?
    nk rasa mnis ke masin... he3...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    suka jugak stoberi ni. mmg gandingan ideal kan.. stoberi+coklat

    ReplyDelete
  3. wah info psl strawberry ek.baru notis..hehe

    ReplyDelete
  4. tak tau lak buah cinta ni tajam yek...betol kata orang, cinta tu kadang2 menyakitkan..haha...takde kaitan pn..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam Prince,

    Amboi mengusik Kak Sweetie tuh.. Dah namanya buah cinta..tentu rasanya manis ma.....tak ada maknanya masin la pulak.

    ReplyDelete
  6. W.salam Salmia dan Mahira,

    Salmia,

    Memang kene gandingannya Strawberry + coklat. tu yang bebudak suka kan.

    ReplyDelete
  7. Salam Mahira,

    Semoga ada juga kebaikan dari info mengenai Strawberry ni yer...hehe..saja suka2 buat bacaan di masa lapang.

    ReplyDelete
  8. Salam Kenal Keito, tima kasih singgah di blog Sweetie ni.

    hhee...cinta kadangkala menyakitkan, memang betul, tapi bila kita hargai cinta semuanya akan menjadi ok deh...mana ada sakit....lagi nikmat gitu. Apa pun buah cinta (strawberry ni) memang sedap.

    ReplyDelete
  9. Salam JD,

    hhehe buat kebun strawberry kat Kajang ni...hehhe tak sesuai weh...panas, panas...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam kak sweetie,
    Bestnya dapat gi ladang strawberry. saya nak beli sepaket kat giant pun ragu2. mahal.. hihihi

    ReplyDelete
  12. W.salam Indah,

    yelah harganya mahal juga.murah lagi buah anggur yer..

    ReplyDelete
  13. slm akak sweetie... besnya akak jln2 p london.. bkn sng tu nk p oversea.. heee jeles ni taw..
    by d way, nice info ttg strawbery tu.. yua suka mkn buah tu, tp bkn dpt mkn slalu sbb dia punya hrga yg mahaaalll..

    ReplyDelete
  14. W.salam Yua,

    betul tu Zua, nasib baik boss bawa kami jln2 ke sana, kalau harap duit sendiri fikir panjang nak gi sana. Aper pun semoga sedkit sebanyak info strawberry ni berguna buat yua.

    ReplyDelete
  15. ITULAH KENANGAN TERINDAH KITAKAN NGAN ARWAH BOSS...RASA NAK PENGSAN BILA ARWAH BG TAU NAK BAWAK KITA BERCUTI KE LUAR NEGARA...SAMPAI LADANG BUAH CINTA...KITA JADI TAK TENTU HALA..KAH2..MCM JAKUNLAH...ADO KITO KESAH KAN..YANG PENTING KITO POSING BAGAI NAK RAK..SAMPAI YG PUNYO LADANG NAIK RISAU..KAH2

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Salju,

    Memang itulah kenangan paling manis kita dan arwah boss semasa disana kan.Semoga Arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin

    ReplyDelete