Wednesday, June 30, 2010

CERITA SWEETIE DIKALA BOSAN

Salam Semua,

Hari ini Sweetie nak citer pasal hiburan. Sumber hiburan Sweetie kat umah hanyalah TV. Sebabnya dah tentu radio pun takder. Jadi tak dapatlah nak dengar suara-deejay dan lagu-lagu favorite memeriahkan suasana. Tapi meriah juger kat umah tu dengar suara anak2 mula-mulanya usik mengusik alih2 gaduh-gaduh manja gitu. Biasalah tu…

TV jer la yang Sweetie ada dan tentunya tiada ASTRO hanya siaran biasa jer la yer. Orang kata dari takder aper biarlah ader yer tak? Buat penghibur hati dikala sunyi. Adakalanya rasa bosan pun melanda juger..yelah asyik memerap duk umah jer. Jadi Sweetie penuhi dengan baca2 majalah, suratkhabar, entah berapa kali baca dah nih.ishkk…Sekarang ni Sweetie dah pandai baca novel remaja lagi…anak sweetie punya da..dah dia pinjam dari library/kawan, sweetie pun tumpang baca juga..Sekurang-kurangnya tahu juga apa bahan bacaan yg mereka suka. Ok jer kan….

Sweetie layan juga cerita-cerita kat TV tu, tapi ada hari-hari tertentu ada ketikanya semuanya channel tu cam pakat sama jer.membosankan weh, maka TERPAKSAlah rencana pun Sweetie tengok, tak kisahla rencana aper, ikan paus ker, hidupan laut, gempa bumi, ribut salji, tanah tandus ker. hmmmm aper2 jer la….kalau ada kisah2 lawatan dan kehidupan dalam dan luar negara Sweetie layan jer…seronok yer tengok negeri orang, tempat orang, kehidupan orang, budaya orang hmm ni boleh buat Sweetie melamun panjang..berangan.

Naper nak tengok rencana? Kan banyak lagi citer lain? Sekarang ni banyak movie yang ditayangkan mempaparkan cerita hantu dan cerita ganas2 seperti pembunuhan.Cerita-cerita hantu yang membuat bulu roma naik…ha..silap2 boleh mati kejung sebab ceritanya penuh dengan kejutan.…ha..jadi hubby Sweetie tak bagi buka kalau ada citer camtu. Background musicnya dah menyeramkan apalagi ceritanya yer tak?

Sweetie takut tengok cerita pembunuhan yang ngeri dengan badan yang penuh darah, luka dipotong sana sini. Wajah pembunuh yang kejam dan cara kematian/deraan yang menakutkan. Boleh terbayang-bayang orang kata sampai nanti tido malam mengigaulah pulak. Tapi kalau macam cerita penyiasatan, ada bom mengebom atau tembak menembak tu dia ok jer pulak cam citer Jackie chan ker atau citer kungfu2 cina yang lain, memangla kalau dah namanya kungfu tentunyalah citer Cina. Manalak ada citer tamil ada kungfu. Ada ker? hehhe

Sweetie jarang tengok cerita yang bersiri-siri sebelah petang sebab memang tak sempat. Jadi memang tak dapatlah nak join kengkawan mengomen cerita-cerita tu. Rasa ketinggalan juga tapi mmmm nak buat camner yer. So markah Sweetie zero kat situ.

Tapi ada satu cerita yang jarang sangat Sweetie ketinggalan. Ha aper ceritanya.. Desperate Housewives, dah lama Sweetie tengok dari musim pertama hinggalah ke 6 sekarang ni. Itu yang buat sweetie duk diam sorang2 depan TV. Hubby Sweetie tak layan sangat TV ni. Dari tengok citer yang takder paedah ni baiklah dia menulis apa yg patut kat bukunya atau tido awal…hmm citer tu takleh bebudak tengok…sensored la sikit ma.. banyak adegan alam rumahtangga ekk..faham2 dah la…tapi taklah teruk sangat..masih ditapis, ditapis dan ditapis.

Drama ini memaparkan kehidupan wanita yang berumahtangga tidak semestinya sama dengan apa yang kita gambarkan selama ini. penuh dengan misteri, drama, jenaka, kejutan dan keriangan, Unsur romantik, tangisan dan kemarahan lebih pada mainan emosi. Mungkin tu sebabnya citer ni menarik minat Sweetie.

Satu lagi sweetie suka juga SEMANIS KURMA DI TV9. Macam-macam isu yang diketengahkan. Konsepnya santai dan romantic. Sweetie suka tengok Ustazah Siti Norbahiyah dan suami tersayang iaitu Ustaz Wan Akashah. Romantiknya pasangan ni.

Itu jer la, yang Sweetie minat buat hiburan dikala sunyi. Apa pula minat anda ya?

10 comments:

  1. salam sweetie,

    Seronok juga datang sini relaxx lps buat posting.
    Dulu ustaz akashah tu sahabat saya masa kat Cheras. Baik mereka suami isteri yg bahagia.

    Desperate housewife pun juga capt tgk bagaimana terdesak mereka ini. Lagi satu jika suka Novel. Baca novel isteri capt "Tak Mungkin Ku Hindar" yg best seller skrg.

    Bulan Mei jual bulan Jun habis 1st print...tunggu 2nd printing pulak...rezki orang rumah..

    Jazakallah Khairan.

    ReplyDelete
  2. salam..
    eloklah tu..byk hiburan pun
    melalaikan sahaja..SEMANIS KURMA
    tu saya pun suka..banyak info dan
    menafaat..

    ReplyDelete
  3. W.Salam Capt,

    Terlebih dahulu tima kasih selalu datang berkunjung ke sini dan komen2 disini.

    Wah Capt bersahabat dengan orang popular yer. Memang kita lihat pasangan ni memang secocok dan bahagia.Sekarang ni tak contact Ustaz Akashah lagi ker Capt.

    "Tak mungkin ku hindar". Nanti Sweetie cari buku tu. Tajuk jer dah macam best. Hebat juga Isteri Capt ni, seorang penulis terkenal lagi.. Sweetie turut tumpang gembira mendengar buku tu laris dipasaran dan juga rezeki orang rumah Capt melimpah ruah. Semoga berterusan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. W.salam En Zul,

    Hehe, memang Sweetie kadangkala terleka juga ngan perkara yg berbentuk hiburan ni. hmm bilalah Sweetie ni nak berubah.hari ni jum kita tengok semanis Kurma.

    ReplyDelete
  5. Salam Apeez,

    tido tu merehatkan minda dan badan yer tak. Tapi terlebih tido En APeez nanti wajah tak berseri tau.. Kak Sweetie dah beritahu...hehhee

    ReplyDelete
  6. Ha3..
    bestnya sweetie.. masih dpt tgok tv..
    Prince jarang dpt tgok..
    busy je... x da masa nk tgok...

    ReplyDelete
  7. Salam Prince.

    Alhamdulillah Prince dah sembuh yer..bagus.

    Amboi, busynyerlah adik akak ni..yer la pelajaran tu lebih penting untuk jaminan hidup masa hadapan.

    ReplyDelete
  8. mak sya pun ska tngok semanis kurma....banyak doa2 yg diberikan .....tp sekarg ,sya jarg dah tgk tv..

    ReplyDelete
  9. Salam Myrah,

    Betul tu Myra banyak doa dan tips diberikan utk pedoman hidup dlm Semanis Kurma, tu sebab Mama Myra dan Kak Sweetie minat rancangan ni.

    ReplyDelete