Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Rasa seronok nak bercerita tentang hujan.
Hujan, tentunya gambaran kita satu keadaan yang basah dan lembab, mendung, redup dan tentunya sejuk dan nyaman. Dalam kehidupan seharian mendung dan hujan dikaitkan umpama kedukaan dan kesedihan dalam hidup. Manakala indahnya Sinar mentari, berkembangnya bunga-bungaan diumpamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup.
Hujan juga adalah adalah rahmat dari Ilahi. Indahnya bila bumi dibasahi hujan. Waktu hujanlah selalunya memberi ketenangan buat Sweetie. Sememangnya hujan buat minda kita relax. Hubby sweetie juga ada kata elok berdoa ketika hujan turun dan insyaAllah doa cepat dimakbulkan. Jika berada di rumah disaat-saat hujan turun tentunya Sweetie akan ambil sedikit masa duduk ditepi tingkap menikmati keindahan hujan. Cantikkan..melihat pokok bergoyang-goyang meliuk lentuk ke kiri kanan ditiup angin dan rintik hujan menyapa mesra dedaunan. Amboi cam dalam cerpen lak ayat ni…
Inilah Sweetie memang suka sangat bila bab hujan ni. Bermain hujan sama anak-anak dan menjulurkan tangan keluar tingkap merasai titis hujan yang sejuk menyentuh tangan. Satu kegilaankan. Hmm biarlah orang nak sebut apa pun ya.

Jika Sweetie di Office tentunya Sweetie akan berdiri seketika memandang keluar melihat hujan yang sedang turun. Rintik hujan yang jatuh ke bumbung, ke pokok2 dan berjatuhan kebumi memberikan satu irama yang menyenangkan buat Sweetie. Rasanya tak ramai orang yang marah-marah ketika hujan ni. Ramai yang cool, dan tentunya ramai juga mengambil peluang melelapkan mata (tidur) menikmati saat-saat hujan. Nyaman jer…mau terlangsung tidur, tidur dan tidur..hehhee
Teringat kembali zaman kecil-kecil dulu, seronok mandi hujan, berlari-larian dihalaman rumah. Tapi taklah demam yer. Tak fikir langsung petir ker guruh berdentum…hmm dah namanya budak kampong (kebal kena piat telinga). Ingat juga bila time hujan ni mak merebus ubi dan membuat cucur/cekodok dan kami makan beramai-ramai. Sedapnya . Tak tahulah napa perut pun lapar memanjang jer…hehhe.
Kalau hujan terlebih lebat pula hmm pastinya banjir melanda rumah Sweetie dan inilah masa bermain banjir. Sweetie sedih juga bila melihat mak dan abah berkemas-kemas bila hujan turun malam dan banjir naik jam 4 pagi. Itulah rumah kami tinggal dahulu. Ada seronok dan ada tak seronoknya.
Dalam peribahasa melayu juga ada berkaitan dengan hujan ni.
KUHARAPKAN PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI.
Kita mengharapkan sesuatu perkara itu akan berlaku mengikut corak dan impian kita tetapi hujan datang membawa perubahan. Tuhan menguji sejauh mana kesabaran kita dan keimanan kita dalam menghadapi ujiannya. Sememangnya kita mendoakan semuanya berlaku baik-baik aje ya dan tidak menjangkakan dengan berlakunya sesuatu itu Tuhan sebenarnya lebih menyayangi kita agar lebih dekat dengannya dan memberi kita peluang kali kedua.
N3 ini Sweetie coretkan ketika hujan lebat malam minggu lalu tapi ter lewat sikit postingnya..

salam..
ReplyDeleterumah saya pun dekat hutan simpan ampang..
bila hujan nampak menarik sangat hutan di basahi hujan..saya paling suka bila malam..perghh..bestnya tido..
Tido beh amat ujan2 weh...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteHujan... kalau nak tahu... time kecik2 dulu.. Prince slalu kena kejar ngan mama.. sbb suka mandi ujan.. tp mmg best bila ujan trun... sjuk....
W.salam En Zul,
ReplyDeletebetul tu, nampak tenang dan hijau jer suasana. Tambah lena tidur malam lepas hujan En Zul. Sejuk weh..
Salam JD,
ReplyDeleteTarik selimut tu...mau tidur awal yer.
W.salam Prince,
ReplyDeleteSamalah kita nakal masa kecil, seronokkan mandi hujan.enjoy.Tapi la...ni kena hujan sikit mau demam.
Hujan yang turun bagaikan mutiara
ReplyDeleteBerkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Salam Zura,
ReplyDeleteThanks zura.Memang puitis, indahnya lagu hujan ni..Ha.. dah dapat lirik penuh.Kak sweetie layan ni....
salam kak...awe suka sgt hujan, kalu blh tiap kali hujan nak mandi...awe ada dapat tahu salah satu masa doa mustajab adalah ketika hujan trun lebat...betul ke kak?
ReplyDeletesalam kak sweety,
ReplyDeletesy suka hujan
tapi teruk la kalau tiba musim hujan sbb sy naik motor je
W.salam Hawa,
ReplyDeleteSejiwa kita ni yer Awa sebab suka hujan.
Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. (Hadis riwayat Abu Dawud)
W.salam Mia,
ReplyDeleteBerhati-hati bawa motor ketika hujan yer Mia,jln licin. Kalau hujan lebat sangat tunggulah dulu reda.
Teringat kak Sweetie masa pregnant anak pertama dulu, sampai tengah jalan hujan lebat, motor lak flat tyre..bulan posa..haa menolak motor ngan hubby dalam hujan...sabar jerlah..
Salam Sweetie,
ReplyDeleteHujan adalah rahmat kepada hambaNya. Memberi kehijauan kpd bumi dan juga membersih kekotoran.
Air hujan malam jumaat boleh dibuat air penerang hati...Kat sini hujan harix waktu ptg, membuat kita selesa. Malam tidur tak payah pakai aircon lagi..Jimat bil api..Itu rahmatnya. Jika hujan dibulan puasa lagi baik...
Jazakallah khairan.
W.salam Capt,
ReplyDeleteoh begitu ker? air hujan (malam jumaat) buat penerang hati. elok sangat tu buat anak2. hmm macammana caranya yer Capt.Sweetie nak juga tau.
Tak pasti sweetie Capt kat mana? Kedah ker? kat Kajang hujan juga tapi tak setiap hari. rumah sweetie tak der aircond Capt, kalau sejuk sngt tutup kipas nyamuk pula dtg..hmm sabar jer la..
sweetie,
ReplyDeletemaaf krn komen sweetie pd entri anjung seri tu tiba2 sj terpadam sewaktu dlm proses kemaskini. bukan sengaja BR padam. jangan salah erti tentang itu krn sebarang komen amatlah BR alu2kan...
maaf sekali lagi.
salam di dini hari untuk cucu sayangku.
ReplyDeleteketika coreten nie dibuat pastinya cucu telah lena dibuai mimpi.
namun begitu lebat hujan diluar.. begitu juga hati nenek...
sayup dan hiba .. hati nenek tersentuh teramat sangat...
hanya Allah yang tahu akan lebatnya aliran air di mata dan di naluri nenek..
semuga dirimu tidak menerima hujan lebat ketika masih bernafas.
Jangan tiru - masa bulan puasa... balik sekolah di kala hujan lebat... curi-curi minum air ha ha
ReplyDeleteSuka bila ujan.Nak tido pun best je.Kadang2 bila hujan tu la boleh feeling2.hehe
ReplyDeleteSalam BR,
ReplyDeleteJanganlah bimbang, Sweetie tak apa2. Sweetie faham macam-macam masalah kadang-kadang dlm berblogging ni. Masalah teknikal. Ada juga kadang-kadang bila sweetie dah komen, komen tak keluar.
Salam Sireh Junjung,
ReplyDeleteSweetie turut sedih jika nenek bersedih hati dan hiba.Sabarlah nenek, tak selamanya hujan airmata akan turun, ada waktu ia akan berhentinya dan ketika itu kehidupan akan kembali menyerlah bak sinar lembut sang mentari.Bersabarlah yer nek.
Salam Che Mid,
ReplyDeletehehhe, tertelan air hujan tak batal puasa tu..hheh tapi bukan tertelan yer Che Mid tapi curi2 minum...pernah juga buat camtu...
Salam Farhana,
ReplyDeletebetul, lena dibuai mimpi bila tido ketika hujan lebat ni...sejuk...amboi...sempat feeling2 lagi adik akak ni..