Thursday, July 22, 2010

CERITA SEDEKAH

Assalamualaikum,

Hari ni Sweetie nak cerita bab sedekah. Cerita ni Sweetie baca seminggu yang lepas dan agak menarik untuk kita kongsi bersama. Sweetie carik satu buku novel sebenarnya, tapi buku tu tak der kat pasaran, jadi Sweetie belilah buku himpunan cerpen pendek ni buat anak Sweetie. Ok Sweetie cerita mengikut gaya Sweetie yer….jangan mare kalau tak kena dari segi bahasa dan penyusunan ayatnya. Maaf dipinta.

Ceritanya bermula begini. Pada masa dahulu ada seorang lelaki bernama Karim. Beliau dahulunya adalah seorang yg sangat suka berpoya-poya dan sering melakukan perkara yang ditegah agama. Namun syukur Alhamdulillah dia telah mendapat hidayah dari Allah swt dan akhirnya insaf dan kembali ke jalan yang benar.
Karim yang dahulunya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid kini adalah seorang pencinta masjid.(Bagus sekali yer…bukan pencinta wanita). Memang jauh benar perubahan sikapnya dan setiap waktu solat akan kelihatanlah kelibat beliau turut berjemaah di masjid dan selesai solat beliau juga rajin mencari ilmu, belajar agama dan sebagainya di masjid.

Satu hari selesai solat Karim telah mendengar ceramah mengenai keutamaan sedekah.Imam menerangkan bahawa Allah swt telah menjanjikan barang siapa yang memberi sedekah dengan seikhlasnya Allah akan melipatgandakan rezeki mereka walaupun sedekah itu berupa barang yang kecil. Dengan memberi sedekah juga membuat rezeki seseorang itu penuh dengan keberkatan. Ceramah itu telah menyedarkan Karim dan membuka pintu hatinya untuk bersedekah. Selama nikan… walaupun Karim seorang yang kaya, tapi tersangatlah kedekut/macam filem P. Ramlee, Hj Bakhil gitu hehe. Dalam citer Hj Bakhil tu kalau wanita cantik minta derma atau bantuan cepat jer dia membantu yer…hmm…kesahnya…

Pada malam hari itu Karim telah menyediakan 100 dirham untuk disedekahkan kepada orang yang dipilihnya. Lalu dia berjalan dan sampai di penghujung bandar. Dia pun mengetuk pintu rumah itu. Keluarlah seorang lelaki yang tidak dikenalinya dan karim pun menghulurkan sedekahnya pada lelaki itu. Perbuatannya itu telah dilihat oleh orang dan esoknya ketika Karim berada di pasar terdengarlah dia akan perbualan mereka. "Apalah Karim ni memang tak tahu agama, ada hati ingin bersedekah tetapi bersedekah dengan seorang pencuri”. Karim terdengar dan berkata Alhamdulillah rupa-rupanya dia telah bersedekah pada seorang pencuri.

Malam berikutnya Karim menyediakan lagi 100 dirham dan kali ini dia memilih sebuah rumah yang jauh sangat dari pelusuk bandar.Jauh dia berjalan dan sesampainya diketuknya pintu itu dan kemudian keluarlah seorang wanita muda dan diserahkan sedekahnya itu. Perbuatan nya itu juga diketahui oleh penduduk2 kota itu dan mereka berbicara mengenai Karim, “Apalah Karim tu, hari tu sedekah ngan pencuri kali ni pula bersedekah dengan seorang pelacur, memang dia ni dah tak waras kot?”.
Perbualan itu didengar oleh Karim dan berkata Alhamdulillah malam tadi aku bersedekah dengan seorang pelacur.

Malam esoknya Karim menyediakan 100 dirham lagi dan kali ini dia memilih rumah yang berada dekat kawasan bandar saja. Diketuknya pintu rumah itu dan segera dia menyerahkan sedekahnya pada lelaki yang membuka pintu itu. Esoknya kedengaran orang membicarakan halnya lagi, “Memang pelik si Karim tu , begitu ramai orang-orang miskin dibandar ni, mengapalah orang yang dah sedia kayaraya yang dipilihnya untuk bersedekah.
Hati Karim berbisik, Alhamdulillah aku bersedekah pada orang kaya rupanya.

Sememangnya berkat keikhlasannya dan sedekahnya itu diredai oleh Allah swt, si pencuri itu menjadi insaf dan tidak mencuri lagi, Pelacur itu pun bertaubat dan meninggalkan pekerjaan itu dan bagimana pula dengan orang kaya itu? Orang kaya itu juga sedar dan mengeluarkan zakat /infak ke atas hartanya dan turut tersedar dan merasa malu dengan sikapnya selama ini.
Selepas kejadian itu, Karim semakin banyak beribadah dan dia paling yakin perkara yang paling penting dalam ibadah dan amalan kita adalah dengan niat kerana Allah dan bukan mengikut kata-kata kebanyakan orang. Hanya Allah swt sahaja yang boleh menilai segala amalan kita didunia ini samada diterimanya atau tidak.

25 comments:

  1. Salam Atty,

    tima kasih, kita berkongsi cerita kat sini.

    ReplyDelete
  2. Salam dari RedBoy,

    menarik entry anda.. moralnya apa2 perkejaan pon kalau niat kerana Allah pasti semuanya kan di berkati..

    ReplyDelete
  3. Salam Sweetie,

    Banyak pengajaran dari kisah karim. Bersedekah dapat menghindar dari kecelakaan seperti kemalangan jalanraya, niat buruk org pada kita dan mcmx lagi.

    Ada satu kisah seorang hamba Allah ini, sakaratul maut memang nak ambil nyawanya pada hari itu. Tapi hamba Allah bersedeqah pada hari itu, sakaratul maut tak ambil nyawanya. Dipindahkan pada tarikh lain....

    Jika nak pergi perjalanan jauh. Singgah masjid dahulu dan masukkan duit dalam tabung yg ada...insuaAllah dipelihara perjalanan pergi dan balik.

    Jazakallah Khairan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak Sweetie, gembira sangat ieta baca kisah si karim. Terasa ingin bersedekah. Yelah buka saja japat pahala tapi berlibat rezeki yang Allah berikan setiap kali bersedekah dengan ikhlas. Tapi apa yang penting cari yang berdekatan dengan diri kita dulu... tu lagi banyak pahalanya....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak..
    betul, mmg sedih lihat anak punggiran jalan, merempat seluruh tempat..apatah lagi ia di depan mata..sungguh menyedihkan..
    di jakarta ramai yg masih tinggal di pinggiran an kolong jembatan...menadah tangan sana sini..ya ampun, sedih sekali tgk..

    namun apakan daya, sekadar huluran ringan sahaja yg dapat kita bantu...sekadar bagi makan, duit poket..namun, ada juga yg dipaksa oleh premanjadi anak suruhan..persis macam sinetron...mmemang kehidupan di sini, jauh lebih teruk berbanding di malaysia..

    oleh itu bersyukurlah kita dan sentiasalah bersedekah dengan seikhlas hati..:)

    *entry akak mmg byk pengajaran..terima kasih ats info berguna;)

    ReplyDelete
  6. Yang penting keikhlasan.Tangan kanan memberi tangan kiri tiade mengetahui..

    ReplyDelete
  7. salam..
    ermmm..menarik..
    ada keinsafan bila membacanya
    moga kita jua selalu mendapat hidayah
    dari Allah..

    ReplyDelete
  8. salam sweetie,

    Memberi lebih baik dari yg menerima. Apapun mesti kerana Allah. Walau seringgit yg kita hulurkan tp ikhlas, sungguh besar ertinya bg sipenerima.

    Membuat kebajikan kpd ibubapa setiap bulan pun dikira sedekah tanpa kita sedari. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Salam kenal RedBoy dan terima kasih singgah blog Kak Sweetie.

    Sememangnya Tuhan pasti memberikan pulangan yang baik jika apa yang kita kerjakan atau kita usahakan atas niat yg baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. W.salam Capt.

    Begitu besarnya pahala sedekah ni yer Capt, sehinggakan dapat menghindar kita dari terjadinya kecelakaan atau niat buruk orang. Terima kasih atas nasihat ini dan semoga para sahabat lain yang terbaca coretan ini mendapat sesuatu yg manafaat dari bersedekah.

    Sweetie juga banyak dapat ilmu dari blog Capt. Ini pun baru Sweetie tahu jika buat perjalanan jauh. Bersedekah dulu dimasjid dan InsyaAllah perjalanan kita akan selamat.

    ReplyDelete
  11. W.salam Ieta,

    Betul tu Ieta, bersedekahlah jika ada peluang walaupun sedikit. Kadang-kadang kita terlupa ada jiran berhampiran kita yang memerlukan sedekah atau pertolongan kita.

    Selamat bertugas ditempat baru dan semoga rezeki mu sentiasa diberkati dan dilimpahi Allah swt. InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. Salam Fifiey,

    Kak Sweetie tak pernah ke Indonesia lagi, Tapi Cuma lihat kisah anak-anak jalanan ini melalui sinetron di TV, memang tidak tertahan airmata melihatnya, memang sebenarnya cerita ini bukan dibuat-buat yer..tetapi adalah realiti sebenarnya kehidupan anak jalanan disana. Apa yang boleh kita buat Fifiey? Hanya berdoa dari jauh moga kehidupan mereka lebih baik dan ada yg sudi membantu.

    Semoga segala amalan sedekah yang Fifiey buat untuk mereka walaupun seadanya, sekurang-kurangnya membuat mereka gembira, merasa bersyukur kerna masih ada insan yang berhati mulia membantu mereka dan tentunya bertambah iman mereka.

    ReplyDelete
  13. W.salam JD,

    Memang benar, Sebaiknya tidak timbul riak ketika bersedekah. Kalau boleh penerima tidak mengetahui dari mana sedekah yang diperolehinya.


    Ingat lagu Herman Tino,

    Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri
    Derma bukan tontonan lakukan dalam sepi

    ReplyDelete
  14. W.salam En Zul,

    Semoga amalan kita sentiasa baik dan bertambah-tambah baik. Yok kita sama-sama bersedekah En Zul.

    ReplyDelete
  15. W.salam anonymous,

    Betul tu, walaupun ibubapa kita tak minta, tapi berkat ikhlas kita memberi, insyaAllah murah rezeki kita yer.

    Walaupun beribu ringgit kita bersedekah tiada maknanya jika kita riak, tetapi walaupun sedekah seringgit dengan seikhlas hati kita menyampaikannya insyaAllah Allah swt memberi lebih ganjarannya pada kita.

    ReplyDelete
  16. salam kak.. :)

    tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima.
    Allah itu maha adil. pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  17. Salam kak...banyak betol pengajaran dari entry akak ni...terima kasih kerana berkongsi cerita...

    ReplyDelete
  18. w.salam mia,

    Hanya Allah swt yang tahu keikhlasan dan niat baik kita dalam bersedekah dan dialah juga yang akan membalasnya kelak.

    ReplyDelete
  19. w.salam Iman,

    Terima kasih kembali Iman. Jom kita sama2 berkongsi ilmu yang memberikan manafaat.

    ReplyDelete
  20. slm akak. info yg amat bmnfaat kpd smua.
    btapa hbatnya amalan sdekah itu.
    walaupun sdikit nilai yg d sedekahkn, nmun gnjran phala yg djanjikan Allah SWT amat besar..
    smoga kita sntiasa dlm rahmat Allah SWT. amin.

    ReplyDelete
  21. di malaysia lain sungguh, kdng orng y meminta sedekah mendesak utk dikasihani..

    tapi kisah karim ni mmg satu info tambahan y bgus,, =]

    ReplyDelete
  22. W.salam Yua,

    Amalan yang amat mudah dikerjakan ya. Tapi kadangkala kita leka. sampaikan senyuman yang baik itu juga merupakan satu sedekah.

    ReplyDelete
  23. Salam kenal K2r,

    Bagi Kak Sweetie,mungkin mereka yang mendesak itu amat memerlukan duit pada ketika itu. Mana yang boleh kita tolong,ya kita tolong, kalau mendesak mahu yang bukan-bukan ya..bagaimana pula ya.

    kita ambil teladan yang baik dari cerita si Karim ni.

    ReplyDelete
  24. t.kasih sweetie.

    artikel yg berkesan =)

    ReplyDelete