Thursday, July 8, 2010

MANA JANJI MANISMU

Assalamualaikum,

Seringkali, dalam kehidupan seharian kita membuat janji dan mungkin tidak disengajakan kita mungkir atau terlupa pada janji kita.

Janji boleh merosakkan perhubungan, memusnahkan ikatan, meleburkan kasih sayang, membinasakan impian. Betapa besarnya perkataan JANJI itu.

Allah SWT berfirman ”Sebenarnya siapa yg menepati janji nya dan bertakwa maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg bertaqwa.”

Mari kita lihat besar perkataan janji seorang suami kepada isterinya.

I janji dengan you bila kita berkahwin nanti, I tak mahu melihat airmata you menitis kesedihan. I janji akan membuatkan you tersenyum bahagia dan gembira. Inilah janji yang dipegang isteri, tetapi janji tinggal janji. Apa yang diharap tidak menjelma. Suami langsung tidak bertanggungjawab dan menghiraukan rumahtangganya, dan setiap hari isteri menangis kesedihan. Mana perginya janji sang suami tu. Mungkin padanya perkataan itu langsung tiada bermakna. Pada isteri pudar cintanya terhadap suami, hilang kerukunan rumahtangga dan akhirnya yang ditakuti leburnya ikatan mereka.

Janji sepasang kekasih.

I janji akan masuk meminang you secepat mungkin, kita akan bernikah segera, tetapi janji tinggal janji, bila cinta beralih arah, kerana janji segala dikorbankan, perhubungan tiada batasan. Segalanya janji amat mudah diucapkan, hanya sebagai manis mulut dan setelah semuanya selesai, senang pula untuk menidakkan janji. Tentu gadis tadi penuh dendam kesumat dihati dan bertindak diluar batasan. Inilah akibat janji dan bila segala janji gagal dimeterai.


Janji seorang Boss terhadap staffnya.

Saya berharap awak semua selesaikan kerja ini dengan segera dan kita serahkan pada client tepat pada masanya. Saya berjanji payment besar yang masuk nanti saya akan berikan BONUS pada anda semua dan naikkan gaji. Berhempas pulaslah sang pekerja buat OT, balik jauh malam, bergotong royong menyiapkan kerja seperti dijanjikan. Alih-alih bila payment telah masuk, Boss diam menyepi diri, Hanya BMW meluncur pergi. Timbulnya dendam dikalangan pekerja dan tentunya semangat mereka menurun dan tentunya hubungan Boss dan staff menjadi dingin, beku dan kaku.

Janji Ibubapa terhadap anak yang comel,

Birthday adik nanti, Mama/Papa janji kita buat birthday party, panggil kawan-kawan datang rumah ok, mama berikan hadiah surprise buat adik. Bila tiba masa yang dijanjikan kek sebiji pun tak dibelikan, apalagi dengan hadiah. Tentunya anak ini merasa dirinya semakin jauh dari ibubapa, berjauh hati dan mungkin hilang kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Mungkin nampak kecil sangat janji ini, tetapi impaknya besar bila kita tidak mengotakan janji begini.

Janji seorang ADUN terhadap rakyat.

Saya janji setelah saya dilantik sebagai ADUN kawasan ini, kita tar jalanraya ini, kita buat jambatan yang kukuh merentangi sungai ni, kita sentiasa memantau golongan kurang upaya atau mereka yang miskin. Bila janji tinggal janji, ADUN menang dengan cemerlang. segalanya hilang Adun tak pernah lagi melawat kawasan, jalan merah penuh debu bila panas dan penuh lopak dan lumpur bila hujan, jambatan sampai nak runtuh. Dimana ada lagi kepercayaan rakyat terhadapnya.


Janji seorang sahabat

Eh semalam kan kita janji nak jumpa jam 10.30am, punyalah letih aku tunggu, 11.30am baru kau sampai. sempat lagi sahabat kita bergurau.

"Eh relaxlah Bro, janji melayukan…lewatlah skit"..

Banyak sangat nak dituliskan tentang janji-janji ni. Janganlah disebut dibuat janji tu hanya sebagai ayat penyedap kata, tetapi bertindaklah mengikut apa yang kita janjikan, kotakanlah janji anda kerana janji itu ibarat hutang. Ingatlah 1 perkara janji Allah swt terhadap kita sudah pasti, Syurga dan Neraka.

Rasulullah saw bersabda “Ada tiga hal siapa yg berada di dalamnya maka dia adalah orang munafik meskipun dia salat, puasa, haji dan berkata bahwa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah apabila berbicara berbohong apabila berjanji mengingkari dan apabila diberi amanat berkhianat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.



20 comments:

  1. Salam Jumaat al-mubarak
    moga kita semua mendapat
    keberkatannya..
    Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya juga antara yang paling tidak suka pada mereka yg sering tidak tepati janji..janji padanya hanyalah umpama ungkapan hai atau 'hello' tiada apa2 makna.
    entry yg bagus...

    ReplyDelete
  3. Salam En Zul,

    Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah swt dan menjadi seorang suami/isteri yang baik. tima kasih atas pesanan.

    ReplyDelete
  4. W.salam Ozzy,

    terima kasih singgah di blog Sweetie, Sweetie juga tak suka mereka yg tk tepati pada janji.Rasa tak senang bila janji dibuat main yer Ozzy. nak buat camner yer..sabarjelah

    ReplyDelete
  5. Jangan berjanji kala tak mampu nok tuneikan.Koi pantang betul kala orang buat sede je dengan janji ni.

    ReplyDelete
  6. Salam sweetie.

    Janji seseorang mesti dikotai. Apabila berjanji jangan lupa sebut"INSYAaLLAH". Semua kekuatan dan kehendak-Nya hanya yang Dia shj yg melakukan utk kita. Kita hanya insan yg lemah dgn segala kudratNya. Hanya Dia yg mengerakkan kita. Kita merancang, hanya dia yg menentukanNya.

    Jazakallah Khairan.

    ReplyDelete
  7. janji orang melayu memang famous....kadang2 nyampah pun ada tapi still anggap diri orang islam, bukan orang munafik lak..ish3

    ReplyDelete
  8. Salam...
    Suka entry ni.. Yeah.. Janji pada boss tu... mula-mula cakap lain.. bila tiba masa... tuhan je tahu macam mana.... sangat sedih... kerana janji kita boleh gaduh2...

    ReplyDelete
  9. salam sweetie,

    Saya setuju sangat dengan saudara zulkbo n captain. Betapa besar padah berjanji ni kan sama juga dgn berhutang...janji bos dgn staff tu mcm dah biasa bg kita. Tapi Janji kita semasa diijabkabulkan adakah kita patuh pd janji tersebut terutama pd suami.. kita engkar, curang, tidak taat, lebih menjaga hati bos dr suami atas kepentingan peribadi ...subhanallah.. lbh dp munafik..
    Berjanji memang manis tapi utk menunaikan lom pasti... peringatan utk saya. Pedang samurai (maaf saya x de blog)..

    ReplyDelete
  10. Salam JD,

    Apa kita nak buat dengan kawan yang selalu lupa pada janji ni yer JD? Pandai janji tak mampu tunaikan..hmm sweetie juga geram ma.

    ReplyDelete
  11. W.Salam Capt,

    Itulah yang paling benar Capt , perkataan InsyaAllah. Berusahalah menepati segala janji yang dibuat. Memohon maaf dan kesal jika kita telah berusaha tetapi tetap tidak dapat menunaikan janji.

    ReplyDelete
  12. Salam Kaito,

    Itulah dia Kaito, Bagi mereka yang mempermainkan janji jangan marah pula bila dikatakan sebagai munafik.(ha..mana ada janji2 melayu .macam main2 pula.)

    ReplyDelete
  13. W.salam Prince,
    Boss yang lupakan janji, alamat kita menggigit jari. Kalau awak tak suka kerja disini ada ramai lagi yang menanti. Nak buat camner Prince…sobar jerla.

    ReplyDelete
  14. Salam Pedang samurai,
    Terima kasih sudi berkunjung dan komen diblog sweetie ini.

    Menunaikan janji, ibarat menunaikan hutang. Sememangnya selepas diijabkabulkan kita mesti taat dan patuhi segalanya. Sebagai seorang suami kenalah memastikan segala tindak tanduk isteri adalah betul.Berilah dia panduan yang berguna, tunjukkan kewibawaan sebagai suami dan sentiasalah perbaiki hubungan anda masa kesemasa. Begitu juga pada mereka yang bergelar isteri berusahalah menjadi isteri yang sebaiknya buat suami. InsyaAllah segalanya akan diberkati Allah swt.
    Sweetie juga banyak belajar dari kesilapan dan apa yang Sweetie bincangkan disini juga adalah sebagai peringatan buat diri sendiri, sebelum mengingatkan pada orang lain.

    ReplyDelete
  15. aiz pun tak suka berjanji kalu tak dapat nak tunaikan.. takut rosak jiwa orang yang terima janji.. ^__^




    Aiz latest entry
    Trik iklan mangga Ad yang aiz guna
    Kenapa blogger nak bersaing? haishh
    Bahaya di tempat yang ade WiFi
    jana wang yang terbaru blogger



    ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

    ReplyDelete
  16. lissa pon x suker org yg suker berjanji tp x reti tunaikan..buat sakit hati je..huhuhu

    ReplyDelete
  17. Salam Aiz, terima kasih dtg berkunjung di blog Sweetie, lehla komen ckit kat blog ni.

    Bab janji manis ni, memamg dah jadi trend agaknya.suka janji gagal menepati, suka2 diorang jer. tak jaga perasaan orang lain

    ReplyDelete
  18. Salam Qelissa,

    Ada orang tak reti nak tunaikan janji, minta maaf pun tidak yer..hmm kak sweetie pun sama juga sakit hati gak..heh

    ReplyDelete
  19. janji mesti ditepati
    sebab itu bila berjanji kita kata insyaallah kerana apa yang kita ingin lakukan bergantung juga dengan keizinan Allah

    ReplyDelete
  20. Salam Tehr,

    Pandai berjanji tentu pandai juga menepatinya tetapi semuanya atas keizinan Allah swt. Jadi kita ucapkanlah INSYAALLAH.

    thank u Tehr.

    ReplyDelete