Monday, July 12, 2010

JANGAN ADA DENDAM DI ANTARA KITA.


Salam Sejahtera Semua,

Dalam kita berbicara, pasti ada juga tersasul seketika. Sedang kita mengunyah makanan kadangkala ada juga luka kerna tergigit bibir atau lidah. Begitu juga dengan hubungan manusia, mungkin kerana tersilap bicara, tersalah fakta, terlebih sindiran maka ada hati yang tercalar dan terhiris.

Kadang-kadang juga kita tak perasan orang lain makan hati kerana sikap kita. kita memikirkan hanya kata-kata kita sahaja yang betul, merendah-merendahkan seseorang, menjatuhkan air muka sesorang, bergurau yang berlebihan dan akhirnya menegur seseorang dengan menggunakan kata-kata yang berupa sindiran dan tidak sepatutnya diucapkan.

Kadang-kadang bukan kita tidak boleh bergurau tetapi bergurau ada batasnya, ada bahasanya, bukan kita main terjah dengan bahasa yang kita rasa sesuai untuk diri kita sendiri. Dalam sesuatu perhubungan sebuah persahabatan ataupun hubungan adik beradik pun mestilah menjaga hati dan perasaan mereka walaupun mereka itu darah daging kita sendiri.

Sebagai peringatan, marilah kita bersama sentiasa menjaga pergaulan kita seharian, memupuk kasih sayang persahabatan. Sentiasa memaafkan. Semoga hubungan baik kita sentiasa berpanjangan tiada sengketa, tiada yang sedih dan yang penting sekali adalah jangan ada dendam di antara kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

20 comments:

  1. salam.
    kasih adik beradik ni
    ibarat air..tak kan putus
    jadi kalau ada perselisihan faham
    bawaklah berbincang dan berdamai..

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Betul tu... buang yg keruh amik yang jernih..
    Yokk... Swetie kita buat kampen " 1 Malaysia Jangan Ada Dendam Antara Kita" he3....

    ReplyDelete
  3. W.salam En Zul,

    Saya setuju En Zul, Saling bermaafan agar hubungan tak retak dan terlerai.

    ReplyDelete
  4. W.salam Prince,

    pandai adik akak ni, betul, betul, betul. Jom jumpa PM ma...kita kempen 1 Malaysia Jangan ada Dendam Antara Kita.hhe. ada-ada jer..

    ReplyDelete
  5. tak baik dendam2 ni.. maafkan lah. jgn tggu raya je.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam Salmia,

    Tak baik berdendam yer.Nak tunggu raya baru nak minta maaf lambatlah lagi...

    ReplyDelete
  7. salam..
    dalam persahabatan/perhubungan sememangnya kita tidak dapat lari melakukan kesilapan yg mungkin kita tidak sedari menyinggung perasaan org lain..ada kalanya kita disakiti dan ada kalanya kita tidak sedar kita juga menyakiti hati org lain krn kita juga tidak sempurna.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak, kekadang gurauan yg x kena tempat buat kita rasa sakit hati..huhuhu..tp xde lah sampai nak berdendam..hihihi

    ReplyDelete
  9. W.salam Ozzy,

    Memang jelas apa yang Ozzy perkatakan. Sebagai manusia biasa kadangkala kita membuat kesilapan juga. Sweetie tak menyalahkan sesiapa dan berdendam dgn sesiapa. cuma coretan ini dibuat kerana kesedihan.

    ReplyDelete
  10. Salam Qelissa,

    Benda-benda macam ni adalah ujian bagi kita. Cuma kena banyak2 bersabar.Bagi kak Sweetie perkataan 'dendam' tiada dalam hati ni apalagi mau mencari musuh.

    ReplyDelete
  11. salam akak.
    nice entry, sbg nasihat utk ssama manusia.

    ReplyDelete
  12. w.salam Yua Zawa,

    tima kasih Yua, ambil yang positif. take care.

    ReplyDelete
  13. Salam sweetie,

    Adik beradik usah berdendam. Lidah lagi tergigit, inikan kita manusia...Bermaaf-maaflah supaya diberkatnya hidup ini nanti...

    Ingin menatap wajah sweetie, bila agaknya!

    Jazakallah khairan.

    ReplyDelete
  14. W.salam Capt,
    Betul apa yang Captain katakan kita hidup ni sentiasalah berbaik2 dan bermaaf-maafan.

    Setakat ni Hubungan Sweetie adik beradik alhamdulillah baik saja. Kami 10 orang, 3 perempuan , 7 lelaki.

    InsyaAllah 1 hari nanti.

    ReplyDelete
  15. Salam,.... Nasihat yang perlu direnung, tetapi ada orang tidak putus berusaha untuk memburukkan kita dalam diam, keadaan begini sungguh menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  16. Lain orang lain carenye.Ande yang seronok guro kasor,ande yang suke guro bese2 je.

    ReplyDelete
  17. salam kak Ina,

    Betul tu kak, saya pun suker bergurau tapi biarlah gurau yg kena tempatnya. Tambah2 kalau kat opis ni lg lar mmg kita cepat terasa hati. Tapi saya suker jd kan ia sebagai tauladan dan sempadan, kalau benar bagai dikata kita perbaiki diri sendiri dan tak perlu salahkan org lain. Tapi kalau sebaliknya kita buat tak tau jer sudah... tiada angin pokok tak goyang...

    Begitu juga dlm kehidupan kdg2 kita disapa oleh ujian, kesakitan, kemewahan, kesusahan.. pernah tak kita fikir itu dtg dr siapa? klu tak der benda cmtu kita akan leka, lalai dan kita rasa setiap tindakan kita adalah betul sbb tu kita perlu pada sapa menyapa...
    Kita blh terima tak teguran secara direct.. apa pun saya turut simpati pd akak, bykkan sabar mungkin blh hapuskan dosa kita yg lalu..... pesanan utk diri saya juga.. wasalam...

    ReplyDelete
  18. W.salam Kak Shidah,

    Pernah juga terjadi begitu pada Sweetie, Nak buat camner kak, Hanya bersabar dan menangis.

    ReplyDelete
  19. Salam JD,

    Yer, setiap orang ada personaliti mereka sendiri, bergurau kasar dan seadanya. Kak Sweetie juga suka bergurau.

    ReplyDelete
  20. Salam Zura,

    Terlebih dahulu terima kasih diatas komen ini.

    Nasihat yang berguna tetap diterima, tak kira dari yang tua atau yang muda. Memang segala tindakan kita tak akan dapat memuaskan hati orang lain. Begitu juga kak Sweetie juga manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan.

    Dalam menghadapi ujian yang datang kena banyaklah bersabar dan kepadaNya jugalah kita mengadu.

    ReplyDelete