Assalamualaikum,
Siapakah empunya nama ni? Bukannya pelawak dan pelakon popular tu yang Sweetie maksudkan tetapi anak kandung Sweetie. Muhammad Nabil namanya. Tu dia ha yang gambarnya pakai baju melayu biru.
Kawan-kawan dah mula mengejeknya 'Panjang' dan sememangnya sesiapa pun kalau diejek mesti akan melentingkan? Sweetie pun kalau berdiri bersebelahannya jauh rendahnya Sweetie. Mau mendongak bila bercakap dengannya dan bila dirumah tingginya dah dekat alang pintu rumah, Dalam rumah Sweetie dia jugalah yang paling tinggi. Dalam semua sepupu lelakinya dialah juga yang paling tinggi. Tubuh badannya yang agak kurus tu juga membuatkan dia kelihatan tinggi. Adik ipar Sweetie pun pernah tanya, Kak, ketinggian Nabil tu normal ker Kak?
Sabtu lepas Sweetie dtg ke sekolah Nabil utk ambil report cardnya dan sempat juga Cikgu berbual. Nabil tu tinggi betul yer puan. Dahlah tinggi, setiap hari ke sekolah memakai songkok, ha..lagilah nampak tinggi.
Ikuti pula bualbicara Nabil dan Sweetie (Mama),
Mama, Nabil tak suka kawan-kawan kat sekolah ejek Nabil ‘Panjang’, Nabil bukan nak jadi panjang macam tu Ma. Nabil risau nanti malam nabil tidur badan nabil bertambah tinggi lagi. Kat sekolah Nabil tu ada 2 orang je yang paling tinggi.
Mama kata mama pernah terbaca kat blog seseorang tu . Kalau nak anak tinggi, kena bagi banyak makan tepung gandum berbanding nasi, betullah Ma, Nabilkan memang suka roti, roti canai ,biskut, makanan dari tepung berbanding nasi, sebab tu ker Ma?
Nilah jawapan dari Sweetie untuk melegakannya.
Nabil janganla risau, Mungkin Nabil ikut tinggi macam datuk-datuk kita dulu-dulu kot. Eh… Mama suka lelaki yang tinggi tau!. Nanti Nabil dah besar sikit oklah tu. Bila badan Nabil dah berisi sikit, ha…kenalah dengan ketinggian Nabil tu. Handsome aper…Perempuan ramai terpikat ngan lelaki tinggi tau.
Takderlah sebab Nabil suka makan tepung tu buatkan Nabil tinggi sangat. Makan jer macam biasa. Entah2 sekarang ni tinggi Nabil tu dah cukup, dah sampai tahap maksimun, dah tak boleh tinggi lagi. Belajar jer la rajin2. Jgn bimbang lagi. Kalau diorang ejek tu buat tak tahu jer..entah2 diorang jelouse tak..?
Sampai tahap manalah kesabaran Nabil tu agaknya, kuharap kesabarannya cukup tinggi setara dengan ketinggiannya.
o ye ke, klu mkn tepung gandum leh tggi? klu ader anak lissa nak bg mkn tepung gandum jelah..maklomlah lissa ni pon kemetot je..hihihi
ReplyDeleteSalam Qelissa,
ReplyDeleteKak Sweetie terbaca dlm 1 blog, tapi tak ingat pula nama blog tu.
Mengikut kajian katanya orang Europe atau orang-orang yang makanan mereka berasaskan gandum/tepung lebih tinggi dari orang-orang yang pemakanannya dari beras.
Kita ni ikut baka ya. kak Sweetie tak juga tinggi.pakai kasut nampak tinggilah ckit.
saya ni dari sekolah sampai masuk u sampai dah kejer orang panggil BULAT
ReplyDeletebudak2..
ReplyDeletebiasa la tu mcm2 xkena. pendek,panjang, kurus, gemuk, ada je gelaran diorang
Salam Apeez,
ReplyDeleteYela Apeez, memang dah lumrahnya dalam dunia ni memamg ada orang yang tak pandai jaga hati orang. mengejek tu kiranya membuli juga yer
Salam Salmia,
ReplyDeleteBudak-budak memang gitu, cuma kak Sweetie tak mahu dalam ejek mengejek tu akhirnya jadi bertengkar la pulak.
Biasalah budak2 kak. Saya suka orang tinggi. Hehe. Tapi hubby takla tinggi sgt. 174cm je. Agaknya betul la teori tu. Dulu hubby tak makan nasi masa kecik2. Naik sekolah menengah baru belajar makan nasik. Hehe.Sebab tu la dia tinggi kot banding ngan adik2 lain.
ReplyDeleteSalam perkenalan sweetie... anak dara che mid pun 15 thn juga, pun tinggi macam galah juga. Ibu dia yang mekin ketot he he..
ReplyDeleteSalam Farhana,
ReplyDeleteyelah biasanya pasangan kita lebih tinggi dari kita.Anak Kak Sweetie yang nabil ni itulah kegemarannya Roti canai , Kebab, kueh..samalah cam suami Farhana tu tinggi dari adik beradik yg lain. Ayah dia nampak semakin rendah. Mama dia apa lagi..
Salam kenal Che Mid,
ReplyDeleteTima kasih singgah n follow. yelah hari-kehari usia kita makin bertambah, anak pun makin membesar. tu kelihatan diorang lebih tinggi dan besar dari kita. Kita makin ketot ekk...
Salam kak sweetie,
ReplyDeleteTo nabil: ala ciannya nabil. jgn risau. jgn kisah kata orang.org mmg suka mengusik. jgn simpan di hati. ramai makwe yg minat orang tinggi. suami auntie pun tinggi segalah. naikkan berat badan,byk makan protein, gi gym. nanti tinggi akan sepadan ngan berat. :D
W.salam Indah.
ReplyDeleteKalau Nabil baca msg ni tentu dia suka.Thanks Indah. Itu jugalah yang kak Sweetie nasihat pada dia.
klu fifi nk sgt tinggi..haha..tp tak pun tgi2..:))
ReplyDeleteSalam fifiey,
ReplyDeleteNak buat macammana yer, kena pakai kasut tumit tinggi la nampaknya. tapi kalau kasut dah tinggi merbahaya la pulak.