Tuesday, July 13, 2010

MEMANG NAK KENA ANJING NI!

Salam semua,

Beberapa hari yang lalu memang Sweetie nampak ada beberapa ekor anjing bergelandangan dan berkeliaran dekat kawasan bangunan office Sweetie tu.
Tak tahulah dari mana datangnya. Sehingga hari ini masih ada lagi disitu. Mungkin anjing yang tiada bertuan dan menyelongkar tong-tong sampah di kawasan berhampiran. Kawasan Opis Sweetie ni banyak lagi rumah kedai yang masih belum diduduki. Jadi keadaan sedikit sunyi dan begitu sesuai untuk anjing-anjing itu melepak selepas makan.

Malang tak berbau, itulah terjadi pada Sweetie. Sampai saja dikawasan office, sweetie terus park kereta dan berjalan beberapa meter menuju ke office di tingkat 2. Dengan tak semena-mena muncul seekor anjing besar berwarna coklat meluru kearah Sweetie. Sweetie begitu panic sekali dan sempat anjing tu menderam memberi amaran pada Sweetie, apalagi Sweetie cabut langkah seribu, tak kira kain yang Sweetie pakai pun agak terhad untuk melangkah dan agak melambatkan lagi larian Sweetie dan sambil tu sempat lagi menjerit meminta tolong. Alhamdulillah Sweetie sempat sampai ke tangga dan meluru naik keatas. Nasib baik anjing tu tak ikut naik tangga.

Jantung Sweetie berdebak debuk, rasanya kalau ada orang sebelah Sweetie leh dengar kencangnya degupan jantung Sweetie. Badan terasa menggigil sehinggalah beberapa minit kemudian barulah kembali normal. Alhamdulillah selamat

Sampai hari ini setiap kali pergi dan pulang kerja, Sweetie mesti intai dulu dimana anjing-anjing tu berada. Sweetie berharap anjing tu pindahlah cari kawasan lain untuk berpesta. Rasanya elok juga kalau Sweetie bawak kayu pergi kerja (hehehe..bunyi macam ganas) sekurang-kurangnya boleh juga menakutkan anjing-anjing tu jikalau anjing itu mengancam Sweetie lagi. Hehe..alamat memang nak kena anjing ni. Tapi berani ker Sweetie?....

14 comments:

  1. Salam..
    kesiannya swetie kena kejar anjing.. klu Prince ada time tu.. mmg mati anjing tu kna kjar dkt Prince..
    he3..

    ReplyDelete
  2. W.salam Prince

    Inilah dia adik hero akak.Tima kasih mau mengajar anjing yang kurang ajar tu Siapalah pemilik anjing-anjing tu yer?

    ReplyDelete
  3. salam..
    Sebaiknya jika nampak anjing jangan lari kerana memang dia akan kejar ..

    ReplyDelete
  4. W.salam Ozzy,

    Kalau tak lari, anjing tu tak terkam kita ker? kita nak buat camner yer..

    ReplyDelete
  5. apeez pernah kena kejar + geget hanjeng masa kecik. dalam 4 tawun. dendam giler. bila dah besar ada lagi kes hanjeng kejar nak geget. apeez berenti, tunngu hanjeng tu sampai, elok jer dekat, apeez sepak jer hanjeng tu. ada batu kat tangan, hentak kat badan hanjeng tu. padan muka. amek kau. sesuka hati jer nak kejar + geget orang. silap ar dapat manusia berhati kejam ni. hahaha

    ReplyDelete
  6. slm akak.
    next time bwk batu 2-3 ketul letak dlm bag. hehe. kalo anjing2 tu mnyerang, akak serang balik dgn batu2 tu.. haha :)

    ReplyDelete
  7. Salam Apeez,

    Wah, hebat tu. Yelah kita patut tunjuk garang sikit kat anjing tu baru dia takut.Bukan kejam tu Apeez, kan namanya mempertahankan diri, tapi janganlah sampai mati lak anjing tu..hehe itu dah kes dera ma..

    ReplyDelete
  8. w.salam Yua,

    ya..bagus idea tu, bawak batu, keluar jer keta ready jer dalam tangan yer..haa..datang jer anjing tu..ping....ha kenalah dia..ambik..

    ReplyDelete
  9. salam..
    saya pun pantang dengan anjing ni..
    pantang jumpa mesti larikkk..hu hu..
    tapi ada petua anjing ni..dia berani menyalak je
    kalau kita berani dia akan takut..cara terbaik masa di amarah tu anda cuba kutip sesuatu di tanah
    contoh batu..dia nampak anda begitu pasti dia lari..saya pernah buat mmg menjadi..realiti anjing takut kena baling dengan batu..

    ReplyDelete
  10. W.salam,

    ya, mesti kena berani ni En Zul, tima kasih beri tips tu.tpi rasa fobia ckit nih...

    ReplyDelete
  11. salam sweetie
    bawa payang nti boleh guna semasa menyerang anjing tuw...sebagai mempertahankn diri..haha...

    ReplyDelete
  12. W.salam Myrah,

    Tak terfikir pulak idea ni, ye bagus ada gayalah sikit yer tak..? bawa payung daripada bawak kayu cam nak serang orang jer...

    yes, bila anjing cuba menyerang kembangkan payungkan....hmmm baguslah Myrah..akak dah suka hati ni..tima kasih yer.

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum...
    bila terbaca entry nie...teringat pulak kat tempat kerja saya pun banyak betul anjing..pernah 1 mase tue anjing tue panggil kawan2 dia kepung saya masa balik kerja...fuhh memang geram ngan anjing2 tue..sy rasa kan kalau kt wat muka takut lagi dia berani..so kt kne ar tujuk muka ganas ckit..baru anjing2 tu takut..huhuhuhu;-)

    ReplyDelete
  14. w.salam dan salam kenal Merpati Putih,

    Betul tu tunjuk muka ganas sikit. Jadi bila anjing tu tengok muka kita dia pun takut yer. hhe Geram la tengok anjing ni. bising pula tu bergaduh sesama mereka.

    ReplyDelete