Monday, May 31, 2010

PELIK TAPI BENAR

Salam Sayang Semua.

Bila kita lihat gambar di atas mesti pelik kenapa gambar itu yang dipilih menjadi penghias N3 Sweetie kali ni... mm Siput Babi namanya. Masa kat kg inilah siput yang memusnahkan kebun abah Sweetie. Pantang abah jumpa jer terus ambik dan buang jauh dari kawasan tanaman. Malam2 dia menjalar lagi datang perlahan-lahan makan sayur lagi. Eh gelinyer..melihat dia bergerak perlahan-lahan nampak macam taklah bahaya..bahaya ker? Tak bahaya kot..

Teringat program Bersamamu di TV3. Ada satu keluarga yang terlalu miskin dan pernah memakan siput ini untuk mengalas perut. Sedihnyer sweetie lihat tak tertahan mengalir airmata nih. Alhamdulillah keluarga tu dah dibantu. Harap bantuan tu berterusan lah hendaknya.

Dah aper kene mengena lak cerita siput babi ni di dalam N3 sweetie... hmm ni nak citer ni… sebenarnya siput ni la menjadi penghias atas meja computer dlm bilik sweetie dan 1 lagi spesies siput bulat colour hitam lagi. Napa Siput ni dipilih. Bukankah banyak karangan laut yang lain yg lebih indah. Tulah suami Sweetie katanya siput tu lawa. Corak seni mana yang menarik minatnya pada siput tu…entahlah…...Anak sweetie tanya juga, "ma, napa Uncle simpan siput tu mama?. Mama rasa kat negara dia mungkin spesies siput ni takder kot..jadi dia rasa nampak lawa buat hiasan. Biarlah kat situ. . Hubby kata dia jumpa dan nasib baik bukan yg hidup. Kalau tak mesti siput tu dah menjalar kat bilik sweetie..hmm lawak jer tu.

Mungkin Sweetie dah tak nampak nilai kesenian pada sibut babi tu sebab yang sweetie tahu ianyanya pemusnah tanaman. So hari2 sweetie pasti tengok 2 ekor siput tu atas cam renung arah Sweetie. Nak dibuang sayang, nak di pegang tak yahlah..kirim salam jer lah yer.…Sweetie juga ada bawa hubby jalan-jalan kat Pantai Morib dan kat sana dia jumpa rangka anak belangkas kering. Lalu dibawa balik, nasib baik ekornya patah. Kalau tidak mesti diletakkan juga jadi hiasan kat bilik tu maka bertambahlah kengkawan siput-siput tu. Hmm ni la dia pelik tpi benar

Sunday, May 30, 2010

KUEH SAGU SWEETIE

Salam Ceria Sahabat Semua.

Semalam cuti Sweetie hanya rehat-rehat jer kat umah tak gi mana-mana. Lagipun anak2 nak periksa hari Isnin jadi sambil tengok anak-anak baca buku tu saja nak try buat kueh kita. Kueh Sagu Kacau. Hari Khamis lagi Sweetie dah ambik resepi ni kat kat internet. (Ha cuba jangan tak cuba).

Dalam resepi tu kata masukkan ½ cawan sagu, 3 cawan air, gula 6 sudu, daun pandan, pewarna merah, ha..punyalah sweetie kacau dah sampai kembang, bau aroma wangi daun pandan dah terbit dah..harum dapur sweetie. Selepas tu Sweetie masukkanlah dalam bekas dan sejukkan, Hajat di hati nak surprise abg juga dengan kueh melayu kita yang indah menawan ni…Nanti abg balik dah letih2 bolehlah hidangkan dia eek…..ha..baca lagi …

Selepas tu sweetie masukkan dalam peti ais. Cakap kat anak2 kita bagi beku dulu nanti mama potong-potong kita hias kelapa, kita makanlah sejuk-sejuk. Bestkan…Aha…dalam lepa2 berkemas, tengok Tv dah 1 jam berlalu. Sweetie tengok ala......kueh tu masih camtu lagi lembik dalam bekas ma...…hmm tak menjadilah kueh mama ni dik oi… tak leh nak potong …huhu.

Selesai abg solat Asar sweetie hidangkan pada abg kueh sagu hasil buatan Sweetie, Oleh kerana takleh dipotong terpaksalah Sweetie menggunakan sudu masukkan dalam mangkuk kaca, hiaskan kelapa parut diatasnya. Warnanya yang merah, rasanya dan hiasan kelapa memang tidak mengecewakan Cuma ianya terlalu lembik sedikit ... Suami sweetie puji juga katanya sedap dan sangkaannya kueh sagu tu jelly...tapi dia makan cam sedap jer..Nasib baiklah dia tak tahu kueh tu sebenarnya tak jadi dan bukan makan pakai sudu..hehhehe

Aperlah nak jadi Sweetie ni….buat kueh pun tak pandai…tapi Sweetie ikut resepi tu bulat-bulat…napa tak jadi ekk….hmmm..

Wednesday, May 26, 2010

SENYUM TANPA GULA

Salam semua,

Semalam habis kerja sweetie bukan terus pulang ke rumah tetapi terus terjah mana-mana kedai runcit untuk cari gula pasir, napa jadi camni….?Kat rumah sweetie dah habis gula dah. Beberapa hari juga sweetie round banyak kedai kat kawasan perumahan tempat tinggal ni tapi tak juga jumpa gula. Gula-gula banyaklah…hehhe. Mana dia diorang sorok gula ni atau betul2 gula dah kehabisan stok. Kalau camni selamanya susahlah dan tentunya senyum sweetie pun mungkin dah tak semanis gula..ewah.hehhe gurau jer tu.

So sweetie pakat pula cari gula kat kawasan tempat kerja ni, dua tiga kedai juga Sweetie pergi. Tapi jawapannya sama gula dah habis. Hampanya. Seorang hamba Allah menyapa Sweetie, mungkin dia terdengar Sweetie bertanya kat mana lagi kedai yg mungkin ada jual gula. Lantas dia memberitahu kedai tersebut…haa..dapatlah Sweetie Alhamdulillah. Tapikan.. terhad utk 2 kilo saja. Tak leh lebih yer…

Kenapa kehabisan gula yer, atau kenape sorok gula. Rasanya gula 1 kilo RM1.65 tu dah mahal dah. Takkan nak naikkan sampai harga RM2.00. tolonglah orang cam sweetie yang gaji ciput ni kalau barang semua naik harga semput dibuatnya. Lepas ni mungkin pembekalan tepung lak kurang dan naik harga..lepas tu pula beras…haa..barulah haru…aik napa sweetie emosi ni yer…hmm sabar...Hai entahlah……..

So mana-mana sahabat yang beli gula berlebihan kat rumah tu bolehlah hantar ckit kat umah Sweetie, ha…boleh ker?

Tuesday, May 25, 2010

AYAT-AYAT CINTA

Gambar sekadar hiasan
Salam Sejahtera semua,
Minggu pertama bulan Jun ni dah cuti sekolah. Biasenyelah time nilah banyak undangan kenduri kahwin dari saudara mara, sahabat-sahabat dan jiran terdekat yer. Ni Sweetie dok belek kad undangan perkahwinan dari teman baik kat Opis ni. Cantik kadnya dengan ayat-ayat cinta dan kata-kata hikmat untuk bakal mempelai. Semoga bakal pasangan ini akan melalui perkahwinan mereka dengan sebaiknya. Moga-moga juga semuanya nanti selamat dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat.

Kita hayati ayat-ayat cinta ni…hmm seronok jadi pengantin ni weh..ha mana2 yang dah lama bertunang tu cepat-cepatnya bernikah yer…bolehlah undang Sweetie sekeluarga yer.

CINTA
Dapat mengubah debu beralih emas
Keruh menjadi bening
Sakit menjadi sembuh
Derita menjadi nikmat
Dan kemarahan menjadi rahmat.

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan Mengapa didambakan
Teman hidup bak siti Khadijah kalau diri
tak sempurna Rasulullah (S.A.W)

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya sebagai keunikan Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…..

CINA KER MELAYU?

Salam sejahtera semua,

Nilah hubby sweetie dah confuse. Dia kata muka wanita Melayu dan Cina tu cam sama jer..hmm “Honey, that young lady who wearing the red singlet and black legging is Malay or Chinese. She’s malay dear. All Malay here is muslim? Yes 100% Muslim. Why Dear? If she is Malay why she is not wearing the hijab. “I thought she is Chinese, with the blonde hair, fair skin and also the way she dresses not seem as a Muslim lady”. Wah dah panjang soalan hubby sweetie tu memanglah dia dah terconfuse. Sweetie pun tak reti nak jawab camner dah.

Selalu saja bila sweetie berjalan-jalan di shopping complex atau saja keluar bersiar-siar, sweetie merasa malu pada suami jika terserempak dengan gadis-gadis melayu yang tidak menutup aurat dengan pakaian yang begitu keterlaluan. Dengan pakaian singlet dan berseluar short atau legging, gaya rambutnya yang diwarnakan ala-ala Cina gitu. Memanglah pakaian itu simple dan cuaca pun panas, tetapi patutkah berpakaian begitu? Pakaian yang boleh mengundang bahaya kepada mereka sendiri Pakaian yang hanya sesuai dipakai di dalam bilik ataupun di kalangan ahli keluarga saja. Itupun berpada-padalah hendaknya. Walaupun dirumah adakah patut di hadapan Ibubapa juga memakai short.?Entahlah….Risau kita melihatnya. hmmm apa yg Sweetie boleh buat cuma tegur dlm hati jer…
Begitu bersahaja mereka berjalan ke sana ke mari tanpa malu-malu. Ada juga berjalan dengan ibunya dengan memakai pakaian sebegini. hmm napa jadi cam ni yer? Agaknya ibunya merasa bangga anaknya memiliki tubuh yang cantik dan semua mata tertumpu pada anaknya. Takut sweetie jika mereka mungkin akan diapa-apakan oleh lelaki yang suka mengambil kesempatan kerana geram melihat tubuh badan yang cantik dan putih gebu tu.

Ada juga wanita kita di peringkat umur yang matang, keluar dengan berpakaian begitu. Betisnya yang kelihatan tetapi tudung di kepala. Emm… sweetie pun tak tahu sweetie juga dah confuse agaknya mungkin dia tu Cina tetapi muka macam Melayu kot… hmmm…

Sunday, May 23, 2010

ENGKAU LAKSANA BULAN

sALAM cERIA.

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan.
Hati ku dah kau tawan
Hidupku tak keruan…..
Ha apasal lak lagu Arwahyarham P. Ramlee ni pembuka N3 sweetie ari ni.

Malam tadi suasana tenang jer..cahaya bulan masuk menyimbahi kamar tidur. Sambil berbaring melihat ke arah bulan yang jelas kelihatan dari jendela. Aduhai cam orang sedang bercinta la pulak merenung bulan yer. Bagaikan pungguk rindukan bulan, mengharap bulan jatuh ke riba.

Ayat ini telah diterjemahkan dlm Bahasa melayu..

Sweetie: Cuba lihat bulan tu Dear. Cantikkan cahayanya.

Hubby: Hmm yer honey, cantik terang sungguh sinarnya sebab malam ni tak mendung.

Sweetie : Awak nak tahu tak?....Pada masa dahulukan ada juga wanita merenung bulan purnama sambil membaca mantera-mantera agar wajah berseri dan cantik jelita..

Hubby: Wah..yer ker? Patutlah muka honey pun saya nampak macam bulan.

Sweetie: hmm ni bulan gelap ker, permukaan bulan ker, atau bulan aper ekkk..

Hubby: Hmmm senyum, jom tidur…

Thursday, May 20, 2010

JOM KITA PI PASAR MALAM

Salam semua, Apa khabar? Ni nak citer al-kisah Pasar Malam da...

Kat kawasan perumahan sweetie setiap hari Khamis ada pasar malam. Tahu jerlah kat sini Pak Arab ramai, Bangla, Pakistani, Indon lagilah ramai. So selalu jugaklah gi sana almaklumlah nak beli barang keperluan dapur, tahulah jerlahkan standard harga pasar malam tu sesuai lah dengan budget sweetie yang seciput ni dan barangannya fresh. Sweetie jarang gi sana malam tapi seusai kerja terus jer singgah. Kalau nak tunggu malam alamatlah susah nak dapat parking weh....Nak letak kereta jauhla pulak, nanti menapak jalan kaki bawa barang berat…permaisuri mana boleh jalan jauh2 cepat letih ma..hehe

Kadang-kadang time hari Khamis nilah sweetie cuti memasak, sebab permintaan dari anak2 nak beli kebablah, burgerlah, char kue tewlah, aper2 jerlah yang teragak kat anak tekak mereka tu. Jadi mamanya dapatlah berehat ckit. Hujan juga main peranan, kalau time hujan kurang sikit la orang kat pasar malam ni. tpi lately selalu hujan Khamis malam Jumaat, nilah namanya hujan rahmat yer tak?

Ramai nya orang meniaga. Sweetie rasa jelouse pulak tengok diorang meniaga, setiap gerai penuh orang. Nak kata sedap sangat sweetie dah pernah rasa, taklah juger, agaknya mereka yang gi pasar malam ni samalah cam sweetie, dah tahu ada pasar mlm, penyakit malas pun sampailah pulak..hehe..mengaku tu.

Rata2 kat Pasar Malam ni kebanyakannya dimonopoli oleh orang Indonesia. Mereka punya semangat kuat berniaga, dari jualan sayur, tudung, baju sehinggalah sekecil2 jual jamu-jamu. Pernah diorang terlepas bicara. Katanya orang Malaysia malas-malas, tak mau kerje yang berat-berat ckit, Manja. Katanya. Malas ker kiter?…hmmm rasanya Sweetie cukup rajin, rajin mengomel kat sini.

Pernah kawan sweetie dtg ke rumah seorang warga Indonesia dan terkejut rumahnya "Waduh! Kok besar bangat deh banglonya, kalah kiter, dan kerjanya hanya menjual sayuran di setiap pasar malam. camner tu yer…kalau rajin itulah hasilnya. Kalau malas pun ada hasil juga. Pilihan di tangan kita yer tak.

Itu lah dunia pasar malam yang sentiasa hidup dan meriah dengan pelbagai ragam orang yang mengunjunginya. Jom kita gi pasar malam.

Tuesday, May 18, 2010

CANTIKNYA BERTUDUNG


Salam Sejahtera Semua,

Selari dengan tuntutan agama kita yang menuntut Muslimah untuk tidak mendedahkan aurat termasuk rambut mereka. Memang ramai di antara kita yang telahpun memakai tudung tanpa mengira usia samada tua ataupun muda. Tidak menjadi masalah untuk bertudung pada masa ini kerana terdapat pelbagai jenis tudung di pasaran dengan tawaran dari segi design, kualiti kain, warna dan harga.

Berbagai-bagai jenis tudung dan teknik ikatan tudung juga digayakan. Sebut jer ...tudung Turki, tudung Indon, ha MACAM-MACAM ADA. Pintal di atas, pintal di leher, belit kat belakang, kerongsang di tengah, Ala-ala sanggul pun ada. Selendang pun ada. Ala Yuna, Ala Waheeda, Ala Siti Nurhaliza pilih jer lah mana satu.

Ha..tudung ala-ala mereka yang berumur sikit biasanya siap lipat sedikit kat tepi wajah tu atau tudung yang ada awning tu. Ala remaja pula gaya Cik Yuna tu la. Bulat jer ikut bentuk muka. 1 lagi ikat rambut tak yah guna anak tudung, biasanya guna tudung bawal bagi bahagian depan tudung muncungnya terbentuk biar betul-betul cun.

Ni dialog sweetie ngan anak.. Adik, cepatlah ckit dik, Lama dah mama tunggu, kejap lagi ma, tudung ni susah ckit nak bentuk, kejap… jer lagi yer ma…tu lah anakku, bila diintai tak habis2 lagi belek tudung depan cermin…hmm tu la pasal. Anak bujang ku juga pandai menyakat adiknya bertudung. Eh tak sesuai la pakai tudung cam tu macam orang seberang jer. Tudung tu pula cam sarang tebuan macam ada sanggul lak kat belakang. Eh tudung bulat camtu nampak muka adik macam makcik la. Ada2 jer dia menyakat adiknya.

Hmm dah puas sweetie membebel kat sini lihatlah gambar2 bertudung ni pula. Pilihan mana di hati anda. Tepuk dada tanya iman, tudung mana yang mana betul-betul menepati kehendak agama dalam cara pemakaian yang sempurna.

Monday, May 17, 2010

MEE UDANG SEDAPNYA......

Salam Ceria Semua,

Seperti dijanjikan kat sini sweetie nak berkongsi resepi mee udang ni. Hari tu Sweetie buat mee udang sambil baca resepi ni lah..cubalah yer.

BAHAN-BAHANNYA

Bawang merah/kecil 10 biji
4 ulas bawang putih
Cili kering 15 biji kalau nak pedas lagi leh lah tambah ckit lagi
Udang Geragau 1 senduk
Udang hidup dalam ½ kilo
1 peket Pes udang
Cili Sos 1 senduk
900 gram mee (2 peket)
Sedikit bebola udang dan fish cake (potong ikut suka ma…)
Sedikit kacang tanah yang telah ditumbuk
Tauhu 2 keping digoreng dan dipotong come…
Keledek 1 biji yang sedang2 aja. Yang sedap belilah keledek Jepun okay yang colour kulitnya purple tu..dipotong kecil2

CARA MEMBUATNYA.

Keledek direbus kemudian dilecek atau blender, nak cepat blender jerlah.
Lecek tu nanti tangan pun jadi keras. Nak pakai lama weh…
Bawang merah, putih dan cili diblender dan semasa blender tu
campurkanlah dengan 3 sudu tepung gandum
Udang geragau juga diblender

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bawang, cili yang telah diblender dan Pes udang.
Bila dah sebati dan wangi, masukkan udang geragau, kacang dan kacau lagi. Masukkan sedikit
air asam jawa dan sos cili dan kacau lagi biar sebati.
Kemudian masukkanlah 2 mangkuk air dan bila kuah dah mendidih, masukkan udang
dan diikuti dengan keledek yang dilecek seterusnya bebola udang dan fish cake.
Masukkan sedikit garam dan perasa secukup rasa.

Ha..ni pula aksesori tambahan…(ikut suka hati nak hias camner yer)

Bila mee dah dibasuh, bolehlah dicurahkan air panas dan toskan.
Sayur sawi bolehlah juga dicelur
Sedikit taugeh dicurahkan air panas.

Untuk masakan ni lebih berwarna warni
Cili merah dihiris sedikit.
Potong sedikit daun sup
Bawang goreng
Telur rebus 3 biji
Tauhu yang telah digoreng

Kemudian apa lagi…hidangkan dan nikmatinya. Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba.

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU (16hb MEI 2010)

Salam Sayang Semua,

“Mama, Hari isnin ni ada sambutan hari guru kat sekolah adik, esok kita kuar nak? beli hadiah untuk cikgu-cikgu, ya mama?. Oklah dik. Pagi lagi sebelum gi kerja anakku dah mengingatkanku.

Khas buat Guru-guru semua, ucapan ikhlas dariku SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU, semoga lebih berdedikasi, lebih tekun dan sabar melayan karenah murid-murid. Tahu-tahu jerlah macam-macam kes yang kita dengar sekarang ni, kes anak murid pukul guru, kes guru bergaduh ngan ibu bapa kerana ibu bapa tak percaya dengan guru. Kes guru tempeleng anak murid kerana keretanya dirosakkan oleh murid yang bermasalah. Hmm macam-macam caca merba yang kita dengar karenah anak-anak murid terhadap guru-guru dan sebaliknya. Apa pun keadaannya tanggungjawab/amanah sebagai guru haruslah dilaksanakan walaupun berhadapan dengan berbagai dugaan.

Kita sebagai ibubapa juga harus memastikan hubungan anak-anak kita dengan cikgu mereka adalah baik. Dengan hubungan/interaksi yang baik antara guru ibubapa dan murid, pembelajaran mereka dapat dilakukan dengan sempurna kerana guru dapat menilai masalah/kekurangan anak samada dari segi pelajaran dan sikap mereka seterus menbantu mendidik mereka kerana….

TANPA GURU SIAPALAH KITA….TERIMA KASIH CIKGU


Thursday, May 13, 2010

BADMINTON PIALA THOMAS 2010 (PERLAWANAN SEPARUH AKHIR MALAYSIA VS CINA)

Salam Sejahtera Semua

Badminton -Piala Thomas 2010 (separuh Akhir Malaysia Vs Cina.)

Misi untuk menumbangkan China bukan sesuatu yang mustahil. Itulah ayat Jurulatih Persorangan Rashid Sidik. Naper cam tu ya. Cina adalah pasukan yang hebat dan tentunya perlawanan malam ini penuh dengan aksi tentangan yang hebat dari Cina dan perlu semangat juang yang tinggi untuk Malaysia mara ke perlawanan akhir. Tak mustahil Malaysia akan menang jika semangat mereka dan mendapat sokongan padu dari kita semua untuk merampas kembali piala thomas dan menamatkan kemarau kejuaraan selepas 18 tahun. Wah dah lama tuh….

Harap-harap pemain-pemain kita dapatlah mengekalkan prestasi mereka cam semasa bertemu Denmark yer, Aper pun kita tunggu jer perlawanan ni cam 7.00 mlm nanti, sambil masak sambil menonton hmm kalaulah dapat gi Stadium kan bagus ekk..Tak sabar nak tengok perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei VS musuh ketatnya Lin Dan dan Mohd Hafiz Hashim ngan siapa yer (Chen Jin atau Bao Chunlai)?

Semoga Malaysia berjaya merampas kembali Piala Thomas..Malaysia Pasti Boleh.

ALLERGIC MAKANAN

SaLaM CeRiA,

Napa pilih tajuk ni, Jawapannya sebab sweetie rasa sweetie dah kene allergic makanan ni. Dah tahu tak leh makan udang banyak sangat…haa…dapatlah gatal, hmm bukan gatal= miang jgn salah tafsir, gatal-gatal badan la pulak.

Ceritanya Sweetie ni memang alah dengan makanan laut. Tapi itulah makanan yang sweetie suka masak udang dan sotong. Dah hari-hari makan nasi , naik jemu pula ekk. Sweetie cubahlah alih sikit selera buat mee udang .Wah semangat berkobar-kobar nak cuba, almaklumlah (percubaan kali pertama). Dapat resepi dari teman baik, antara bahannya masuk kan udang geragau, udang besar dan pes udang ..hehe berapa banyak udang da.. Memang rasanya sedap, tak pernah sweetie masak sedap cam tu..hehe puji ckit. …(makan sampai tak ingat dunia orang kata)…haa kesannya…ambik…udang geragau jadi menggagau. Gatal weh.

Satu lagi sweetie alah pada daging, biasanya hari raya makan rendang daging teramatlah banyak kali nyer..pegi rumah di sana daging rendang, rumah di sini kari daging, hmmm mesti badan sweetie naik bintik-bintik merah...Apalah manjanya badan ni. Selalu sweetie bergurau sama anak-anak. Badan mama ni cam permaisuri… kene duduk dalam istana, ada orang nasihat selalu pasal makan, selalu manja-manjakan diri hhee….tu la…berangan ker perasan...

p/s: Sapa-sapa nak resepi mee udang ni bolehlah contact sweetie yer..mesti cuba ma…

Tuesday, May 11, 2010

PEMANASAN ENGINE PERLU ATAU TIDAK??

SALAM,

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama 1 minit 5 minit dan 15 min Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Monday, May 10, 2010

KITA SERUPA...

Salam Ceria semua,

Pernahkan anda diajukan dengan pertanyaan begini?

“Eh macam pernah jumpa jer. Awak yang ikuti satu kursus dengan saya tempohari kan”. Wajah awak ni serupa ngan kawan sayalah. “Muka anak ni tak ubah macam anak buah makcik”, “Awak yang mengajar kat sekolah Menengah tu kan? hmm... Selalu saja insiden begini terjadi padaku kerana persamaan wajahku dengan insan lain yang mereka kenali.

Kita taklah merasa pelik jika dari segi sifat, character atau cara pembawaan kita ada persamaan dengan orang lain. tetapi wajah yang serupa walaupun bukan dari satu ibu atau ayah ataupun pasangan kembar rasanya agak pelik juga ya. Itulah kekuasaan Allah swt.


Aku Cuma terfikir bahawa wajahku hanya serupa dikalangan warga Malaysia saja, tetapi semasa aku di Geneva, kami didekati oleh perwakilan dari Maghribi peserta kursus dari Maghribi salah seorang yang bernama Zainab telah menyapaku “ur face look like as my good friend in my country”. Aik sama macam kawan dia, aku cuba membayangkannya dan semasa aku pergi Iran anak buahku berkata Untie, today my client from Cina came to my office and her face and character is same like u. Hah…satu dari maghribi 1 dari Cina…camner yer? Ntah2 kalau gi negara lain pula ada juga yang sama muka macam bintang filem kat sana ker, cam muka tokoh2 terbilang, gemilang kat negara mereka ekk.…hahhaa..lawak aje tuh.Tapi mana tahu yer tak?….kebarangkaliannya ada ma…..

Benarkah dalam dunia ni.. wajah kita ada 7 orang yang serupa ngan wajah kita?

Cubalah teliti gambar-gambar ini adakah mereka serupa?













Sunday, May 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU (9hb Mei 2010)


Salam Sejahtera,

Tak kira apa juga panggilan anak-anak terhadap anda samada Ummi, Ibu, Mak, Mama, Bonda. Sweetie mengucapkan selamat meraikan hari Ibu.

Pada para sahabat sekelian, Gembirakanlah hati ibumu selalu.Doa pada Allah swt semoga Ibu-ibu kita sentiasa dilindungi dan dirahmati nya kerana Kasih Ibu sepanjang masa, Kasih ibu membawa ke Syurga.

Lirik Lagu Umi Artis - Dato’ Shake

Umi

ku Tahu Engkau Derita
Hidup Dalam Duka Sengsara
Namun Diiringi DoaAgar Kau Bahagia

Umi

Ku Sunting Kuntum Melati
Harum Sewangi Kasih Suci

Umi
ku Bawa PenawarHapuskan Derita
Apalah Ertinya Kehadiran ku Di Sisimu
Andai ku Tak Daya Membuat Kau Gembira

Umi
Ku Petik Bintang Bintang
Menyinar Cahaya Hidup Mu

Umi
Dekatlah WajahkuYang Selalu Rindu
Ku Tak Relakan Kau Menderita Selamanya
Biarlah aku Yang Menanggung Derita Mu

Ohhh Umi
Ku Ingin Kau Menyaksikan
Sinar Yang ku Cipta Untuk Mu
Umi Berikan Senyuman
Agar Kau Bahgia Umi
Umi
Cinta Padamu

Wednesday, May 5, 2010

MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER

Salam semua,

Ari ni sedang bersiap-siap nak gi kerja sempat lagi bukak TV 8 dok tengok Faizal Hot FM sedang berbual mengenai topic mi segera. Katanya Hari ini berita Kosmo mengatakan Kementerian Kesihatan kata makan mi segera tak memudaratkan. Hmm yer ker? Kat rumah aku tu mesti ada stok simpanan mi segera. Bukan apa anak remaja aku ni perutnya selalu jer la lapar. Dah dinner, pastu kang tengah malam leh lagi dia masak Maggie habis buat homework atau tengok TV. Lapar lagi lah tu. Mamanya pun 2 x 5 juga mi segera makan panas…hmm sedap tul.

Selalu juga aku nasihat kat anak2 jangan kerap sangat makan mi segera dan bila masak letak ckit jer bahan perencah tu, sebab masin sangat. Macam-macam cerita juga pasal Mi segera ni yang aku dengar, ada yang kata senang dapat kanser, dapat pelbagai penyakit, makan banyak nanti belajar apa pun tak masuk, sebab banyak bahan perasa didalamnya dan macam2 cerita lagi. So, dari pengesahan Kementerian kesihatan ni senang sikit la hatiku, dok kementerian sendiri kata tak bahaya.

Ha ni dok ceduk sikit laporan dari kosmo buat bacaan semua
.

Mi segera bukan penyebab kanser

KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.

Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana ia memudaratkan kesihatan.

Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.

SEGMEN JELAJAH BLOG BEN ASHAARI

Salam Ceria,




Segmen JELAJAH BLOG Ben Ashaari



1 ) Header BEN ASHAARI BLOG

Nak cuba jugaklah try masuk jelajah Segmen Jelajah Blog oleh Ben Ashaari, nak ker dia menjelajah blog sweetie ni ya. Setiap hari sweetie mesti terjah dulu blog dia. Cam best gitu. Apa pun kita cuba dulu..siapa yang kena…Cuba jangan tak cuba.Tunggu jangan tak tunggu.

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi best ...

Nama samaran saya ialah Sweetie. Orangnya pun manis juga semanis nama samaran tu..siapa lagi nak puji yer tak. Baru saja menceburi dunia blog ni pada cuti Tahun Baru Cina lepas (Feb 2010). Sweetie bekerja dan menetap di Kajang, mempunyai 3 orang anak dan berkahwin dengan seorang warga asing.

Nama Blog:
http://sweetie2010.blogspot.com/

* Blog ini tercipta untuk mengisi masa terluang saya.
* Dapat borak-borak ngan bloggers yg lain. Ramailah kengkawan nanti seantero dunia.
* Dapat berkongsi cerita , dan mencuci minda saya ni dalam dunia penulisan.Tak kisah la apa cerita yang saya tulis. Apa yang terfikir di dalam minda dan apa yang terjadi di dunia nyata.
* Saya suka dapat berkenalan dengan blogger yang lain secara rapat di alam ciber ni. Taklah boring orang kata. Membaca blog2 diorang kadangkala membuat saya ketawa kerana penulisan yang berjaya membuat saya ketawa dan ada juga kata-kata sinis yang menyedarkan saya dan beribu-ribu kata nasihat yang membuat saya insaf.

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini


* Saya dapat tahu segmen ni dari blog yang saya terjah.

* Saya dapat tahu segmen ni kerana I follow u and ur wife Blog ma…

Tersangatlah happynya Sweetie kiranya blog nih dapat dijelajah oleh Ben Ashaari dan memberikan sedikit panduan atau komen2 yang membina dari segi penulisan ataupun kreativiti dalam menaiktaraf blog saya ini. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari tetapi secara basicnya sebuah blog telahpun berjaya dicipta.Alhamdulillah

Eh Ben, bila nak jelajah ni….tengok ni.. saya pula dah membebel nih.Apa pun terima kasih ya Ben Ashaari.

SIAPA DIA BEN ASHAARI

Salam,

SIAPA DIA BEN ASHAARI?

Adakah dia seorang Jutawan, seorang Ahli Politik, seorang Pakar Ekonomi, seorang Novelis, seorang Ustaz ? Akhirnya ku dapat jawapan juga melalui blognya sedikit info mengenainya…Dia bukannya seorang Boss sebab dia masih ada Boss, Dia juga bukan ada restoran, sebab dia selalu makan kat luar ma.. Dia juga bukan seorang yang masih bujang (dah kawin weh). Dia bukan berzodiak virgo sebab zodiaknya scorpio sama cam aku. Lagi satu persamaan hari-hari dia makan nasi.s ama lah kita hehhehe.

Jawapannya dia adalah seorang yang terkenal dikalangan keluarganya..of course la yer tak. Takkan la aku nak membebel kat sini…haa…inilah blog dia…
http://www.benashaari.com/ .(BEN ASHAARI, JANGAN BAGI AKU MEMBEBEL) seorang yang terkenal dan popular dikalangan bloggers kerana dia adalah seorang Pengasas Kelab Blogger, seorang penjelajah blog, dan memberi info-info dan komen2 membina untuk blog yang telah dijelajah/dilawatinya.

Maafla en Ben Ashaari kalau info yg saya beri ni tak berapa tepat jgn lak terjah saya pulak yer….maaf jer la.

Tuesday, May 4, 2010

BUKAN LUPA TAPI TAK INGAT


Salam Semua,


Tajuk entri kali ni cam nama lagu Sapura lak ya. Kebetulan jer tu.
Kalau Ben Ashaari jelajah blog-blog, Aku pula suka jelajah/terjah kat mana ada jual sarapan yang best-best. Kalau masyuk ngan selera aku, lain kali singgah lagi yer tak. Kalau hancus, setakat tu jer la..lain kali mintak maafla cuma tumpang lalu jer..hehe..

Baru jer park kereta, seorang wanita datang menyapa, “Hai apa khabar sihat ker? Khabar baik jawabku. Suami tak ikut sama ker? Dia dah balik negara dia? Oh! dia tak ikut..dengan segera kujawab. Masih lagi dalam keadaan terpinga2. Kakak ni kenal aku ker..Rasanya cam terlebih kenal lah pulak dari cara pertanyaannya. Tapi napalah aku tak ingat..Mungkin terlihat dari reaksi ku dia berkata lagi..
“Gelombang biru, Gelombang Biru”…
Dulu saya kerja kat Gelombang Biru dulu. Restoran yang awak selalu dtg tu ingat tak? …oh….baru lah kuingat… Kakak tu bekerja sebagai tukang masak disitu dan mungkin dia selalu melihat aku keluar masuk disana.

Inilah aku, Kalau bab makan tak pandang kiri kanan ekk..laju jer mencekik yer. kadang-kadang kita kurang peka dan memerhatikan keadaan sekeliling. Apa pun senang sekali berjumpa ngan kakak ni. Mungkin sebab aku bukan lupa tapi tak ingat kerana wajahnya kini dah bertambah berseri-seri sekarang ni..Aper rahsianya tu kak…Lain kali bolehlah singgah lagi kat sana sambil beli nasi lemak buleh juga kite bersembang yer.