Thursday, July 29, 2010

Umph...SATE!

Salam sejahtera semua,

Nilah rupanya sate Kajang, Balik jer dari kerja Sweetie terus singgah jap kat Sate Samuri Kajang. Haa....terkenal tau Sate Samuri ni.... Seantero Malaya dah tau. Lihat gambar sate tu..ummph...ngences kata orang jawa.

Sweetie dah dapat gaji, jadi macam nilah setiap bulan. Bila gaji jer baru Sweetie boleh belanja lebih sikit beli makanan buat anak2. Sekali dalam sebulan BUKAN SETAHUN YER.
Cam bulan lepas KFC, pastu bulan lain pulak McD,
pastu Pizza haa…camtulah aturannya.
Kalau tiap-tiap minggu mau kopak Sweetie.
Janji anak-anak merasa dan gembira yer tak?..
pada Sweetie mengukur baju biarlah
betul mengikut saiznya.

Tersenyum anak Sweetie melihat mamanya membawa bungkusan sate balik rumah.
Tak payah sebut tahu jer dia. “Mama dah dapat gaji yer”…
Tak sabar-sabar lepas solat maghrib jer terus kami makan bersama anak beranak.
Rasa puas lihat anak makan dengan gembira.

Bulan Ramadhan dah hampir menjelma. InsyaAllah..11hb August ni dah mula puasa.
Tentunya Sweetie nak fikir satu juadah
yang menarik yang boleh membangkitkan selera
mereka untuk bangun sahur pertama kali dibulan ramadhan nanti..
Macam-macam ragam dalam membesarkan anak-anak ni.
Sabar jer la.

Wednesday, July 28, 2010

INTERESTING BLOG AWARD

Assalamualaikum,



Inilah rupanya Award terbaru yang sweetie dapat

(INTERESTING BLOG AWARD).

Indah sekali Awardnya.

Ucap terima kasih dan link kat insan yang tag kat kita:

Terima kasih buat si cantik manis FifieyLycheeMaration fifiey yang sudi memberi award ni buat kak Sweetie. Terhibur ada, terharu pun ada juga dapat anugerah ini. Yer rasanya letih berblog berbaloi kerna mendapat award cam gini deh.. hehe..ketawa nih

Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika:

Ramai ya … tapi Ini jer yang termampu Sweetie type kat sini. Sweetie tujukan pada mereka-mereka ini. Jadi sudi-sudikan ambil award anda ya..


tehr
mamieta
iman
Jejaka Desa
Prince HairiAks
nurul asniroh

Bagitau insan-insan yang bertuah ni menerusi chatbox dorang:

InsyaAllah sweetie kene blogwalking, Hello, sweetie datang ni jalan-jalan cari makan untuk menyampaikan award ni ya.

Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri
Ada kat sini yang sweetie ulang semula jawaban sweetie.

1) Sweetie suka sangat lihat cermin (sambil masak pun leh masuk bilik jap tengok cermin).

2) Mudah menangis. Jika ada cerita sedih tak kirala citer melayu ker, Korea, Tamil, hidustan.. (haa..orang tak nangis lagi tapi sweetie dah mengalir-ngalir airmata..hmm sedih tu.)

3) Suka sama kanak-kanak (tak tahu napa pula, budak-budak pun suka kawan sama Sweetie.. )

4) Tak suka makan ayam/burung/angsa (kesian)

5) Suka tersenyum (senyum sedekah)

6) Suka jalan-jalan. Kalau ada wang semua jadi yer. Takder, duduk kat umah jer la tengok TV.

7) Suka bergurau senda..hehe tanpa Sweetie, sunyi juga yer (penghibur dikala duka dan sunyi)

ok 4 soalan telah selesai dijawab dengan jayanya. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dari 7 perkara tentang diri Sweetie ini, sahabat-sahabat semua lebih mengenali diri sweetie. So kita sambung berblogging ya…

Tuesday, July 27, 2010

BILA HUJAN TURUN

Salam Sejahtera Semua,
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Rasa seronok nak bercerita tentang hujan.

Hujan, tentunya gambaran kita satu keadaan yang basah dan lembab, mendung, redup dan tentunya sejuk dan nyaman. Dalam kehidupan seharian mendung dan hujan dikaitkan umpama kedukaan dan kesedihan dalam hidup. Manakala indahnya Sinar mentari, berkembangnya bunga-bungaan diumpamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup.

Hujan juga adalah adalah rahmat dari Ilahi. Indahnya bila bumi dibasahi hujan. Waktu hujanlah selalunya memberi ketenangan buat Sweetie. Sememangnya hujan buat minda kita relax. Hubby sweetie juga ada kata elok berdoa ketika hujan turun dan insyaAllah doa cepat dimakbulkan. Jika berada di rumah disaat-saat hujan turun tentunya Sweetie akan ambil sedikit masa duduk ditepi tingkap menikmati keindahan hujan. Cantikkan..melihat pokok bergoyang-goyang meliuk lentuk ke kiri kanan ditiup angin dan rintik hujan menyapa mesra dedaunan. Amboi cam dalam cerpen lak ayat ni…

Inilah Sweetie memang suka sangat bila bab hujan ni. Bermain hujan sama anak-anak dan menjulurkan tangan keluar tingkap merasai titis hujan yang sejuk menyentuh tangan. Satu kegilaankan. Hmm biarlah orang nak sebut apa pun ya.
Jika Sweetie di Office tentunya Sweetie akan berdiri seketika memandang keluar melihat hujan yang sedang turun. Rintik hujan yang jatuh ke bumbung, ke pokok2 dan berjatuhan kebumi memberikan satu irama yang menyenangkan buat Sweetie. Rasanya tak ramai orang yang marah-marah ketika hujan ni. Ramai yang cool, dan tentunya ramai juga mengambil peluang melelapkan mata (tidur) menikmati saat-saat hujan. Nyaman jer…mau terlangsung tidur, tidur dan tidur..hehhee

Teringat kembali zaman kecil-kecil dulu, seronok mandi hujan, berlari-larian dihalaman rumah. Tapi taklah demam yer. Tak fikir langsung petir ker guruh berdentum…hmm dah namanya budak kampong (kebal kena piat telinga). Ingat juga bila time hujan ni mak merebus ubi dan membuat cucur/cekodok dan kami makan beramai-ramai. Sedapnya . Tak tahulah napa perut pun lapar memanjang jer…hehhe.

Kalau hujan terlebih lebat pula hmm pastinya banjir melanda rumah Sweetie dan inilah masa bermain banjir. Sweetie sedih juga bila melihat mak dan abah berkemas-kemas bila hujan turun malam dan banjir naik jam 4 pagi. Itulah rumah kami tinggal dahulu. Ada seronok dan ada tak seronoknya.

Dalam peribahasa melayu juga ada berkaitan dengan hujan ni.

KUHARAPKAN PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI.

Kita mengharapkan sesuatu perkara itu akan berlaku mengikut corak dan impian kita tetapi hujan datang membawa perubahan. Tuhan menguji sejauh mana kesabaran kita dan keimanan kita dalam menghadapi ujiannya. Sememangnya kita mendoakan semuanya berlaku baik-baik aje ya dan tidak menjangkakan dengan berlakunya sesuatu itu Tuhan sebenarnya lebih menyayangi kita agar lebih dekat dengannya dan memberi kita peluang kali kedua.

N3 ini Sweetie coretkan ketika hujan lebat malam minggu lalu tapi ter lewat sikit postingnya..

Thursday, July 22, 2010

CERITA SEDEKAH

Assalamualaikum,

Hari ni Sweetie nak cerita bab sedekah. Cerita ni Sweetie baca seminggu yang lepas dan agak menarik untuk kita kongsi bersama. Sweetie carik satu buku novel sebenarnya, tapi buku tu tak der kat pasaran, jadi Sweetie belilah buku himpunan cerpen pendek ni buat anak Sweetie. Ok Sweetie cerita mengikut gaya Sweetie yer….jangan mare kalau tak kena dari segi bahasa dan penyusunan ayatnya. Maaf dipinta.

Ceritanya bermula begini. Pada masa dahulu ada seorang lelaki bernama Karim. Beliau dahulunya adalah seorang yg sangat suka berpoya-poya dan sering melakukan perkara yang ditegah agama. Namun syukur Alhamdulillah dia telah mendapat hidayah dari Allah swt dan akhirnya insaf dan kembali ke jalan yang benar.
Karim yang dahulunya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid kini adalah seorang pencinta masjid.(Bagus sekali yer…bukan pencinta wanita). Memang jauh benar perubahan sikapnya dan setiap waktu solat akan kelihatanlah kelibat beliau turut berjemaah di masjid dan selesai solat beliau juga rajin mencari ilmu, belajar agama dan sebagainya di masjid.

Satu hari selesai solat Karim telah mendengar ceramah mengenai keutamaan sedekah.Imam menerangkan bahawa Allah swt telah menjanjikan barang siapa yang memberi sedekah dengan seikhlasnya Allah akan melipatgandakan rezeki mereka walaupun sedekah itu berupa barang yang kecil. Dengan memberi sedekah juga membuat rezeki seseorang itu penuh dengan keberkatan. Ceramah itu telah menyedarkan Karim dan membuka pintu hatinya untuk bersedekah. Selama nikan… walaupun Karim seorang yang kaya, tapi tersangatlah kedekut/macam filem P. Ramlee, Hj Bakhil gitu hehe. Dalam citer Hj Bakhil tu kalau wanita cantik minta derma atau bantuan cepat jer dia membantu yer…hmm…kesahnya…

Pada malam hari itu Karim telah menyediakan 100 dirham untuk disedekahkan kepada orang yang dipilihnya. Lalu dia berjalan dan sampai di penghujung bandar. Dia pun mengetuk pintu rumah itu. Keluarlah seorang lelaki yang tidak dikenalinya dan karim pun menghulurkan sedekahnya pada lelaki itu. Perbuatannya itu telah dilihat oleh orang dan esoknya ketika Karim berada di pasar terdengarlah dia akan perbualan mereka. "Apalah Karim ni memang tak tahu agama, ada hati ingin bersedekah tetapi bersedekah dengan seorang pencuri”. Karim terdengar dan berkata Alhamdulillah rupa-rupanya dia telah bersedekah pada seorang pencuri.

Malam berikutnya Karim menyediakan lagi 100 dirham dan kali ini dia memilih sebuah rumah yang jauh sangat dari pelusuk bandar.Jauh dia berjalan dan sesampainya diketuknya pintu itu dan kemudian keluarlah seorang wanita muda dan diserahkan sedekahnya itu. Perbuatan nya itu juga diketahui oleh penduduk2 kota itu dan mereka berbicara mengenai Karim, “Apalah Karim tu, hari tu sedekah ngan pencuri kali ni pula bersedekah dengan seorang pelacur, memang dia ni dah tak waras kot?”.
Perbualan itu didengar oleh Karim dan berkata Alhamdulillah malam tadi aku bersedekah dengan seorang pelacur.

Malam esoknya Karim menyediakan 100 dirham lagi dan kali ini dia memilih rumah yang berada dekat kawasan bandar saja. Diketuknya pintu rumah itu dan segera dia menyerahkan sedekahnya pada lelaki yang membuka pintu itu. Esoknya kedengaran orang membicarakan halnya lagi, “Memang pelik si Karim tu , begitu ramai orang-orang miskin dibandar ni, mengapalah orang yang dah sedia kayaraya yang dipilihnya untuk bersedekah.
Hati Karim berbisik, Alhamdulillah aku bersedekah pada orang kaya rupanya.

Sememangnya berkat keikhlasannya dan sedekahnya itu diredai oleh Allah swt, si pencuri itu menjadi insaf dan tidak mencuri lagi, Pelacur itu pun bertaubat dan meninggalkan pekerjaan itu dan bagimana pula dengan orang kaya itu? Orang kaya itu juga sedar dan mengeluarkan zakat /infak ke atas hartanya dan turut tersedar dan merasa malu dengan sikapnya selama ini.
Selepas kejadian itu, Karim semakin banyak beribadah dan dia paling yakin perkara yang paling penting dalam ibadah dan amalan kita adalah dengan niat kerana Allah dan bukan mengikut kata-kata kebanyakan orang. Hanya Allah swt sahaja yang boleh menilai segala amalan kita didunia ini samada diterimanya atau tidak.

TERIMA KASIH SAHABAT

Assalamualaikum,


Alhamdulillah anak Sweetie dah sembuh dari demam denggi dan dah keluar ward, bercuti dirumah sehingga 27hb Julai ni.


Terima kasih di atas kata-kata semangat buat Sweetie dan juga doa-doa dari sahabat semua buat anak Sweetie.

Walaupun kita semua jauh dimata tetapi dekat dihati. Sweetie begitu menghargainya.

Terima kasih sahabat.

Monday, July 19, 2010

SWEETIE CUTI

Salam semua,

Buat semua rakan-rakan yang terbaca coretan ini. Sweetie bercuti beberapa hari kerana anak Sweetie diserang demam denggi, Minta sahabat semua doakan dia sembuh seperti sediakala. terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

DIMANA WANITA-WANITA MELAYU TERAKHIR NI SHOPPING YA....

Salam Sejahtera Semua,

Bila sebut tentang shopping, rata-rata kaum wanitalah yang paling suka aktiviti ni. Satu aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan, hmm aktivitinya mudah ambil kad ATM , ambil duit anda dan horayy....pilih jer mana shopping complex yang berkenan dihati.

Bagi kaum lelaki beranggapan aktiviti shopping ni sebagai memenatkan jer. Membuang masa, dan lebihnya membuang duit tak tentu hala.Tapi inilah syurga wanita. Boleh release tension dan jika ada perasaan marah ketika itu, maksudnya aktiviti shopping dan bersantai ini bisa saja membahagiakan..kadang-kadang setakat WINDOW SHOPPING jer bukan beli weh…saja jalan-jalan cuci mata..heheh .

Dimana Wanita-wanita ini bershopping yer?

Bagi mereka yang terlalu kaya (ha.. ni biasanya mak2 Datin -dah tak tahu mana nak letak duit nih..dan ada juga pelakon/penyanyi kita pun dah kaya mengalahkan Mak Datin).

Tentunya shopping diluar Negara itulah destinasi utama mereka, Pergi ke Paris, London, Tokyo, Hong Kong, Dubai. Apa class setakat shopping di dalam Negara. Paling koman pun mungkin ker Vietnam. Balik bershopping ha..berbeg-beg boleh bukak kedai la pulak, ngan kasut, handbag, baju, perfume ..hmm bukan jenama cap ayam ma…tentunya jenama terkenal. Keluar dari Shopping complex haa..tu dia driver dah siap menunggu. Hmm ada class dan tentunya ada style.


Bagi golongan wanita yang kaya.

Shopping, tentunya hanya memilih tempat-tempat yang special/privacy, shopping complex yang banyak menawarkan barangan luarnegara seperti di KLCC, Isetan, SOGO, KL Time Square, Mid Valley, Alamanda. Mak ai …boleh tahan juga harga barang disini. Ada juga gi luar Negara tapi destinasi seperti Singapore, Indonesia, Vietnam, Bangkok Cina. Filipina.

Bagi wanita yang sederhana

Tak kiralah mana-mana shopping complex. Janji ada barang-barang yang nak dicari berkualiti juga dan yang terdekat dengan tempat tinggal. Tak kisahlah Tesco ker, Giant, Jaya Jusco dan Nilai 3.

Bagi mereka yang kurang kemampuan.

Apalagi pasar malam dan bacalah sampai habis yer...
'Aku nak carik tudung la. Aku nampak handbag kat pasar malam cantik tu cam original jer. Kat sana harga murah boleh kurang sikit dan ha….dan 1 satu lagi berhutang lah dengan si Hamid tu.
“Nanti cukup bulan awak bawa kain ela, baju-baju cantik2 lagi tau, raya mau dekat”. Ok bole kaka, tada maslah..kaka punya hal kita bawa banyak nanti pakistani mari. Takda duit bayar RM5.00 pun bole. Tada maslah....
hmm tu la dia.. Tepuk dada Tanya selera. Kat mana kita nak shopping nih..

N3 saja dibuat sesuka hati, jadi mana-mana yang tak tepat tu harap dimaafkanlah yer. Saja bergurau senda.

Tuesday, July 13, 2010

MEMANG NAK KENA ANJING NI!

Salam semua,

Beberapa hari yang lalu memang Sweetie nampak ada beberapa ekor anjing bergelandangan dan berkeliaran dekat kawasan bangunan office Sweetie tu.
Tak tahulah dari mana datangnya. Sehingga hari ini masih ada lagi disitu. Mungkin anjing yang tiada bertuan dan menyelongkar tong-tong sampah di kawasan berhampiran. Kawasan Opis Sweetie ni banyak lagi rumah kedai yang masih belum diduduki. Jadi keadaan sedikit sunyi dan begitu sesuai untuk anjing-anjing itu melepak selepas makan.

Malang tak berbau, itulah terjadi pada Sweetie. Sampai saja dikawasan office, sweetie terus park kereta dan berjalan beberapa meter menuju ke office di tingkat 2. Dengan tak semena-mena muncul seekor anjing besar berwarna coklat meluru kearah Sweetie. Sweetie begitu panic sekali dan sempat anjing tu menderam memberi amaran pada Sweetie, apalagi Sweetie cabut langkah seribu, tak kira kain yang Sweetie pakai pun agak terhad untuk melangkah dan agak melambatkan lagi larian Sweetie dan sambil tu sempat lagi menjerit meminta tolong. Alhamdulillah Sweetie sempat sampai ke tangga dan meluru naik keatas. Nasib baik anjing tu tak ikut naik tangga.

Jantung Sweetie berdebak debuk, rasanya kalau ada orang sebelah Sweetie leh dengar kencangnya degupan jantung Sweetie. Badan terasa menggigil sehinggalah beberapa minit kemudian barulah kembali normal. Alhamdulillah selamat

Sampai hari ini setiap kali pergi dan pulang kerja, Sweetie mesti intai dulu dimana anjing-anjing tu berada. Sweetie berharap anjing tu pindahlah cari kawasan lain untuk berpesta. Rasanya elok juga kalau Sweetie bawak kayu pergi kerja (hehehe..bunyi macam ganas) sekurang-kurangnya boleh juga menakutkan anjing-anjing tu jikalau anjing itu mengancam Sweetie lagi. Hehe..alamat memang nak kena anjing ni. Tapi berani ker Sweetie?....

Monday, July 12, 2010

JANGAN ADA DENDAM DI ANTARA KITA.


Salam Sejahtera Semua,

Dalam kita berbicara, pasti ada juga tersasul seketika. Sedang kita mengunyah makanan kadangkala ada juga luka kerna tergigit bibir atau lidah. Begitu juga dengan hubungan manusia, mungkin kerana tersilap bicara, tersalah fakta, terlebih sindiran maka ada hati yang tercalar dan terhiris.

Kadang-kadang juga kita tak perasan orang lain makan hati kerana sikap kita. kita memikirkan hanya kata-kata kita sahaja yang betul, merendah-merendahkan seseorang, menjatuhkan air muka sesorang, bergurau yang berlebihan dan akhirnya menegur seseorang dengan menggunakan kata-kata yang berupa sindiran dan tidak sepatutnya diucapkan.

Kadang-kadang bukan kita tidak boleh bergurau tetapi bergurau ada batasnya, ada bahasanya, bukan kita main terjah dengan bahasa yang kita rasa sesuai untuk diri kita sendiri. Dalam sesuatu perhubungan sebuah persahabatan ataupun hubungan adik beradik pun mestilah menjaga hati dan perasaan mereka walaupun mereka itu darah daging kita sendiri.

Sebagai peringatan, marilah kita bersama sentiasa menjaga pergaulan kita seharian, memupuk kasih sayang persahabatan. Sentiasa memaafkan. Semoga hubungan baik kita sentiasa berpanjangan tiada sengketa, tiada yang sedih dan yang penting sekali adalah jangan ada dendam di antara kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, July 8, 2010

MANA JANJI MANISMU

Assalamualaikum,

Seringkali, dalam kehidupan seharian kita membuat janji dan mungkin tidak disengajakan kita mungkir atau terlupa pada janji kita.

Janji boleh merosakkan perhubungan, memusnahkan ikatan, meleburkan kasih sayang, membinasakan impian. Betapa besarnya perkataan JANJI itu.

Allah SWT berfirman ”Sebenarnya siapa yg menepati janji nya dan bertakwa maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg bertaqwa.”

Mari kita lihat besar perkataan janji seorang suami kepada isterinya.

I janji dengan you bila kita berkahwin nanti, I tak mahu melihat airmata you menitis kesedihan. I janji akan membuatkan you tersenyum bahagia dan gembira. Inilah janji yang dipegang isteri, tetapi janji tinggal janji. Apa yang diharap tidak menjelma. Suami langsung tidak bertanggungjawab dan menghiraukan rumahtangganya, dan setiap hari isteri menangis kesedihan. Mana perginya janji sang suami tu. Mungkin padanya perkataan itu langsung tiada bermakna. Pada isteri pudar cintanya terhadap suami, hilang kerukunan rumahtangga dan akhirnya yang ditakuti leburnya ikatan mereka.

Janji sepasang kekasih.

I janji akan masuk meminang you secepat mungkin, kita akan bernikah segera, tetapi janji tinggal janji, bila cinta beralih arah, kerana janji segala dikorbankan, perhubungan tiada batasan. Segalanya janji amat mudah diucapkan, hanya sebagai manis mulut dan setelah semuanya selesai, senang pula untuk menidakkan janji. Tentu gadis tadi penuh dendam kesumat dihati dan bertindak diluar batasan. Inilah akibat janji dan bila segala janji gagal dimeterai.


Janji seorang Boss terhadap staffnya.

Saya berharap awak semua selesaikan kerja ini dengan segera dan kita serahkan pada client tepat pada masanya. Saya berjanji payment besar yang masuk nanti saya akan berikan BONUS pada anda semua dan naikkan gaji. Berhempas pulaslah sang pekerja buat OT, balik jauh malam, bergotong royong menyiapkan kerja seperti dijanjikan. Alih-alih bila payment telah masuk, Boss diam menyepi diri, Hanya BMW meluncur pergi. Timbulnya dendam dikalangan pekerja dan tentunya semangat mereka menurun dan tentunya hubungan Boss dan staff menjadi dingin, beku dan kaku.

Janji Ibubapa terhadap anak yang comel,

Birthday adik nanti, Mama/Papa janji kita buat birthday party, panggil kawan-kawan datang rumah ok, mama berikan hadiah surprise buat adik. Bila tiba masa yang dijanjikan kek sebiji pun tak dibelikan, apalagi dengan hadiah. Tentunya anak ini merasa dirinya semakin jauh dari ibubapa, berjauh hati dan mungkin hilang kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Mungkin nampak kecil sangat janji ini, tetapi impaknya besar bila kita tidak mengotakan janji begini.

Janji seorang ADUN terhadap rakyat.

Saya janji setelah saya dilantik sebagai ADUN kawasan ini, kita tar jalanraya ini, kita buat jambatan yang kukuh merentangi sungai ni, kita sentiasa memantau golongan kurang upaya atau mereka yang miskin. Bila janji tinggal janji, ADUN menang dengan cemerlang. segalanya hilang Adun tak pernah lagi melawat kawasan, jalan merah penuh debu bila panas dan penuh lopak dan lumpur bila hujan, jambatan sampai nak runtuh. Dimana ada lagi kepercayaan rakyat terhadapnya.


Janji seorang sahabat

Eh semalam kan kita janji nak jumpa jam 10.30am, punyalah letih aku tunggu, 11.30am baru kau sampai. sempat lagi sahabat kita bergurau.

"Eh relaxlah Bro, janji melayukan…lewatlah skit"..

Banyak sangat nak dituliskan tentang janji-janji ni. Janganlah disebut dibuat janji tu hanya sebagai ayat penyedap kata, tetapi bertindaklah mengikut apa yang kita janjikan, kotakanlah janji anda kerana janji itu ibarat hutang. Ingatlah 1 perkara janji Allah swt terhadap kita sudah pasti, Syurga dan Neraka.

Rasulullah saw bersabda “Ada tiga hal siapa yg berada di dalamnya maka dia adalah orang munafik meskipun dia salat, puasa, haji dan berkata bahwa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah apabila berbicara berbohong apabila berjanji mengingkari dan apabila diberi amanat berkhianat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.



Tuesday, July 6, 2010

NABIL OH NABIL

Assalamualaikum,

Siapakah empunya nama ni? Bukannya pelawak dan pelakon popular tu yang Sweetie maksudkan tetapi anak kandung Sweetie. Muhammad Nabil namanya. Tu dia ha yang gambarnya pakai baju melayu biru.

Napa hari ni nak ceritakan perihal dia pula. Inilah anak bujang kedua Sweetie. Umur 15 tahun. Tapi sekarang ini dia dalam dilema. Napa dalam dilema pula ya, periksa PMR dah dekat ker.? Bukan, bukan! Habis tu..emmmm dia bimbang dia akan bertambah tinggi dan tinggi lagi.

Kawan-kawan dah mula mengejeknya 'Panjang' dan sememangnya sesiapa pun kalau diejek mesti akan melentingkan? Sweetie pun kalau berdiri bersebelahannya jauh rendahnya Sweetie. Mau mendongak bila bercakap dengannya dan bila dirumah tingginya dah dekat alang pintu rumah, Dalam rumah Sweetie dia jugalah yang paling tinggi. Dalam semua sepupu lelakinya dialah juga yang paling tinggi. Tubuh badannya yang agak kurus tu juga membuatkan dia kelihatan tinggi. Adik ipar Sweetie pun pernah tanya, Kak, ketinggian Nabil tu normal ker Kak?

Sabtu lepas Sweetie dtg ke sekolah Nabil utk ambil report cardnya dan sempat juga Cikgu berbual. Nabil tu tinggi betul yer puan. Dahlah tinggi, setiap hari ke sekolah memakai songkok, ha..lagilah nampak tinggi.

Ikuti pula bualbicara Nabil dan Sweetie (Mama),

Mama, Nabil tak suka kawan-kawan kat sekolah ejek Nabil ‘Panjang’, Nabil bukan nak jadi panjang macam tu Ma. Nabil risau nanti malam nabil tidur badan nabil bertambah tinggi lagi. Kat sekolah Nabil tu ada 2 orang je yang paling tinggi. Ada seorang budak India, tapi dia dah Form 5 Ma, orang panggil dia KLCC. Sekarang Nabil Form 3. Kalau Nabil dah Form 5, ha..camnerlah tinggi Nabil. Nabil nak buat macammana Ma?

Mama kata mama pernah terbaca kat blog seseorang tu . Kalau nak anak tinggi, kena bagi banyak makan tepung gandum berbanding nasi, betullah Ma, Nabilkan memang suka roti, roti canai ,biskut, makanan dari tepung berbanding nasi, sebab tu ker Ma?

Nilah jawapan dari Sweetie untuk melegakannya.

Nabil janganla risau, Mungkin Nabil ikut tinggi macam datuk-datuk kita dulu-dulu kot. Eh… Mama suka lelaki yang tinggi tau!. Nanti Nabil dah besar sikit oklah tu. Bila badan Nabil dah berisi sikit, ha…kenalah dengan ketinggian Nabil tu. Handsome aper…Perempuan ramai terpikat ngan lelaki tinggi tau.

Takderlah sebab Nabil suka makan tepung tu buatkan Nabil tinggi sangat. Makan jer macam biasa. Entah2 sekarang ni tinggi Nabil tu dah cukup, dah sampai tahap maksimun, dah tak boleh tinggi lagi. Belajar jer la rajin2. Jgn bimbang lagi. Kalau diorang ejek tu buat tak tahu jer..entah2 diorang jelouse tak..?

Sampai tahap manalah kesabaran Nabil tu agaknya, kuharap kesabarannya cukup tinggi setara dengan ketinggiannya.


Friday, July 2, 2010

NAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH

Salam Sayang Semua,

Esok Sweetie nak gi undangan perkahwinan di Gombak. Tapi bukan cerita tu sebenarnya yang Sweetie nak citerkan kat sini.

Sebenarnya Sweetie plan gi naik komuter lepas tu naik LRT terus ke Gombak. Sweetie pun bukannya tau sangat ni. Mau juga rasanya ambik masa dalam 2 jam juga dari Kajang ke Gombak ni kalau guna LRT lah, kalau pandu sendiri rasanya 45 min dah sampai. Sweetie malula ngan hubby, dia kata dia orang asing pun boleh tahu camner nak gi area KL guna LRT atau komuter yang Sweetie ni berpuluh tahun dok kat Kajang, nak gi KL drive sendiri pun tak reti….hehe Sweetie tak kisahla tu. Nak buat camner yer tak..

Hmm napa tak naik keta ya?

Inilah persoalannya. Sweetie ni kalau setakat Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, memanglah orang kata terror la Sweetie merempit…eh-eh salah tulis tu memandu dengan bebasnya, tapi kalau dah bab nak gi KL tu atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya minta maaflah.Sweetie takut….

Takut sebab banyak kereta ker?

Eh taklah…Sweetie tak kisah kereta banyak atau sesak macammana pun , tapi takut kat KL tu jalannya berpusing-pusing, bersimpang siur, salah ambil jalan, ha…berpusing jauhla jawabnya nak ke tempat asal semula. Tu la yang sweetie takut. Dalam keadaan tak reti jalan dan teragak2 tu nanti silap2 kena sondol ngan keta daripada belakang. Tak ker haru namanya.

Sweetie juga tak mahu jadi bahan marah orang kerana terhegeh2 nak pastikan jalan yang betul. Orang kata bagaikan rusa masuk kampong jadi tak tentu arah dan sesat jalan. Maunya hilang kesabaran orang kerana kita dan membahayakan pemandu yang lain. Betul tak? semestinya ramai dikalangan kita sendiri yang tahu orang kita ni ramai yang penyabar, bersopan santun, tapi bila pegang stereng keta jer jadi terbalik la pulak ramai pula yang cepat panas baran…cepatnya berubah sikap …hmmm camner tu ye.

Kalau dulu Sweetie gi KL atas urusan kerja tak kisah sangat sebab Driver boss ada. Boleh minta antarkan. Itula sebabnya jadi manja ma…tak der la sambil naik keta tu hafal2 sikit jalan kat KL tu. Hehhe. Dok dalam kereta hanya melayan fikiran ataupun melayan lagu saje..hmm kan dah menyesal sekarang.

Sekarang ni rasanya baru Sweetie nak belajar camner nak gi KLCC ker,PWTC nak gi Zoo ker, nak Mid Valley ker, Nak gi jalan-jalan cari makan dgn menaiki keta sendiri. Maksudnya Sweetie pandu sendirilah.…hmmm ader sapa2 yang boleh bagi sweetie tips camner nak hafal satu2 jalan tu. Laluan mana yang mudah dan tak mengelirukan. Hmm ada2 jer sweetie ni yer. NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIHkan….