Thursday, April 29, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA - 1HB MEI 2010

Salam ceria semua,

Esok adalah hari pekerja dan cuti umum bagi mereka yang bergelar pekerja. Cuti weh..seronoknya. Bagi mereka yang bukan termasuk dalam kategori pekerja, maknanya teruskanlah urusan anda seperti biasa.hehe..janganlah mengular pulak.

Siapa yang patut meraikan pekerja-pekerja ini ya. Adakah boss? Ni dok menunggu boss la ni..mana boss tak masuk-masuk office lagi ni. Gaji kami bila nak kuar ni boss, esok dah cuti.

Sekurang-kurang pada mana-mana insan yang bergelar Boss sempena hari pekerja ni, bawak-bawaklah staff makan angin ker, jalan-jalan cari makan ker sekurang-kurangnya belanja KFC ker McD ker…tul tak? Barulah pekerja lebih sayang kat Boss. Sayang.....gitu.

Kepada Para pekerja pula semoga anda semua menjadi seorang pekerja yang lebih bertanggungjawab, lebih aktif, lebih tekun, amanah dan boleh diharap.Ha..itu ayat yang betul.


Wednesday, April 28, 2010

KERETA KANCILKU


Assalamualaikum,


Kalau nak cerita bab penjagaan kereta..Akulah orangnya yang langsung tak memahami selok belok penjagaan kereta nih. Bagi aku yang penting hanya isi minyak ngan isi air, basuh kereta, vacum itu jer..Bab2 engine ker, nama2 part kereta janganlah tanya…Mesti fail nak jawab punya.

Pagi ni, cam biasa start keta nak gi Office. Sejurus menghidupkan engine terfikir pulak iskhh..lama rasanya aku tak isi air kat radiator ni. Mau silap2 engine panas meter naik ni, kesannya rosak kereta aku nanti. Itu jer yang terlintas pada fikiran aku. Terus keluar tanpa mematikan engine membuka bonet dan mengisi air. Rupanya perbuatanku diperhatikan oleh seorang lelaki India yang tinggal 1 apartment ngan ku dan datang menyapaku. "Helo..Ada masalah ka? Hi, takder masalah apa2 cuma saya isi air saja. Itu cara awak bikin salah..Engine mesti mati dulu baru isi air. Baru you tau itu air penuh atau tidak. Sekarang awak tengok air macam penuhkan... sebab engine hidup. Nanti silap2 kereta awak boleh rosak, tangki bocor, water pump jem etc". Hmm malu-malu alah aku…"Oh Eh iyer ker..saya tak tahu ok kene matikan engine dululah ni". Ha.. satu lagi aa.. pagi sebelum start engine mesti check air dulu, minyak hitam, baru u punya kereta jalan elok. Baik sikap India ni.

"Mari saya tengok minyak hitam, eh kat mana letak tempat minyak hitam keta awak? Pulak dah!... Dia Tanya aku, aku lagilah tak tahu. Alih2 dia cakap, Keta saya Wira saya tahulah, keta kancil tak tahu pulak saya. Hmm yer la keta model lain2 yer tak..dah keta kancil agaknya kat mana pulak minyak hitam tu menyorok yer...heheh.Tak aperlah nanti saya check sendiri.…tima kasih banyak yer.

Itulah teruknya aku. Kalau nak tanya bab2 resepi ker, bab fashion semasa ker, make up ker bolehlah takat lulus ujian, bab keta ni susah sikit nak jawab…tu la….dah sedar la ni…nak belajar ni…hhehe.


Tuesday, April 27, 2010

BAHASA KITA

Salam semua,

Zaman dah berubah, dunia dah maju tetapi adakah cara berkomunikasi kita dan budi bahasa kita juga hilang ditelan waktu.
Saban hari begitu banyak sekali penggunaan ayat-ayat baru dan ringkas dalam percakapan seharian. Anak-anak muda sekarang ini lebih suka menggunakan perkataan kasar berbanding dengan corak percakapan kita dahulu yang berbudi bahasa, sopan dan berhati-hati dalam berbicara. Setiap hari aku menjemput anak pulang dari sekolah dan dalam aku menunggu itu terdengar dari perbualan dan gurauan anak-anak muda ini ayat-ayat yang bunyinya agak kasar pada pendengaranku tetapi tak tahulah bagaimana pula penerimaan mereka.

Woi, bodoh aku gerak dulu la…
Apalah..pan### kau samdol tak tunggu aku
Bab### jgnlah kacau aku
Mangkuk hayun la kau
Aku cakap ngan kau, kau buat muka poyo per hal
Aku tengah sentap nih

Acapkali juga jika ada kesempatan dan ruang waktu aku tak lupa menasihati anak-anak remajaku agar berhati-hati bila bercakap dan menggunakan bahasa yang elok tetapi yer la…. Aku akui juga pengaruh rakan sebaya, pengaruh TV dan keadaan semasa begitu mencabar pada hari ini. Nasihat tetap juga nasihat dan harapanku pada mereka pandai-pandailah bawa diri dalam pergaulan seharian. Bagaimanalah agaknya pada masa hadapan ya. Apa akan jadi pada bahasa kita?

Monday, April 26, 2010

MULTI LEVEL MARKETING ( MLM)/MENIAGA LARUT MALAM

Salam semua,

Rasanya bila orang sebut Multi Level Marketing atau ringkasnya MLM semua orang tahu ya. Dari perniagaan yang untungnya ribu-ribuan hinggalah yang kiraannya berjuta-jutaan. Dari seseorang yang asalnya kurang berminat akan timbulnya semangat dengan ayat-ayat yang memberansangkan dan ceramah yang mempersonakan dari mereka yang bergelar sifu program. Perjumpaan juga diatur dan kalau tak tahu dengan selok belok tempat pertemuan… anda akan dijemput hmmm cam Boss gitu.

“Lihat si polan dah pakai kereta BMW dan si polin pakai Mercz. Mereka baru menceburi program ini 5 bulan sahaja, si Anu dah pergi umrah dengan program ini. Si Ani dah pergi ke Disneyland etc. Bukan tak terpikat, bukan tak tergoda dengan berbagai umpanan, berbagai janji-janji manis. Kalau nak dikira banyak dah duit kulaburkan dengan MLM nih walaupun tak menjadi dok cuba juga sampai berkali-kali dah weh..

Ayatnya bila u dah masuk program nih dan dah dapat dua orang bawah u,
haa..senanglah duduk goyang kaki, bulan-bulan wang masyuk…..mak aii……senangnya wang masyuk..Inilah buat aku pun haru biru memikirkan camnerlah cepatnya diorang jadi kaya. Siapa tak nak jadi kaya weh…Orang kurang siuman pun agaknya kalau kita bercakap pasal kaya, pasal duit..jadi siuman dia..hehe lawak jer tuh.

Tak dapat lah disebutkan kat sini nama2 program MLM yang kuceburi…tapi semuanya kantoi…alih2 terbaca akhbar program ni tidak berlesenlah, haram jadah, kaki menipu dan macam2 lagi. Cukuplah aku tutup buku, tak mau lagi menceburi MLM nih..letih dah…baiklah simpan duit sikit-sikit tu kat tabung haji atau ASB…Lama-lama jadi bukit…tapi kalau asyik2 withdraw jer bilalah nak jadi bukitnya yer tak?

Bagi mereka yang berjaya dalam perniagaan MLM mereka kat sini diucapkan syabas dan teruskanlah perjuangan dan pada aku pula mungkin jodoh aku ngan MLM ni…cukup sampai disini sayang…relakan perpisahan ini….walau berat dihati dan berat perasaan, kutempuh dengan ketabahan..ewah…suka2 nak letak lagu yang tak der kene mengena nih weh..

Sunday, April 25, 2010

BUKU SEJARAH SALASILAH KELUARGA

Assalamualaikum,

“Mama, lepas makan tengahari ni kita tak pergi mana-mana ker? “Minggu depan baru mama gaji dik..nanti kita pergi jalan-jalan cari makan yer.. “Mama, hari ni mama tolong adik buat kerja sekolah yer…buku sejarah tentang salasilah keluarga. Adik dah letak semua nama adik beradik mama, nama atuk nenek, tapikan apa sebenar nama sepupu adik yer ma..selalu adik panggil diorang nama ringkas yer. Adik nak letak nama-nama camni ma,…nanti cikgu marah.

Hari ini barulah ku sedar aku dan anak2 yang lain tidak mengingati nama-nama anak buahku. Maklumlah keluarga kami keluarga besar, bukan aku tak rapat dengan keluarga tapi rasanya panggilan ringkas begitu lebih manjakan untuk dipanggil…cukup hanya dengan nama panggilan mereka yang ringkas seperti Nomel (Nisa Hanisah), Jiha (Najiha Shamimi), teha (Fateha Zahra)…ok adik cuba tanya abang, mana tahu abang ingat..nama mereka. La…abg pun tak ingat ma…ok la..nanti mama sms makcik tanya nama mereka. Inilah kerjaku hari minggu sms keluarga sebelahku dan sebelah x husband bertanya nama anak-anak buah yang biasanya kupanggil dengan nama gelaran mereka.

Antara tujuan guru menyuruh murid-murid membuat buku salasilah keluarga ini adalah untuk mengenali susur galur keluarga, merapatkan lagi hubungan antara keluarga, Menyayangi anggota keluarga etc..Hari ni aku dapat mengingati nama2 betul mereka mungkin kerana kebetulan atau kesedaran….heheh entahlah

Thursday, April 22, 2010

MASAK LEMAK IKAN MASIN DENGAN NENAS


Assalamualaikum semua,


Lauk apa yang nak dimasak hari ni yer? Hari-hari pening dok pikiag nak masak lauk apa. Leh bagi idea? Masak lauk (A) anak no.1 tak gemar, masak lauk (B) anak no 2 tak makan, Masak lauk (C) tiga2 tarik muka masam. Aha…dalam keadaan ekonomi mamanya yang tak menentu jadi masalah nak membahagiakan ketiga-tiga permata hati beta…dengan lauk pauk yang mewah macam kat istana…Ikuti perbualanku dengan ketiga2 anakku.

“Marilah makan mama dah masak dah ni”…

Anak No. 1 : Mama masak lauk apa ma..?
Aku : Mama masak ikan masin gulai nenas..Sedap tau. Sungguh2 mama masak.
Anak no 2 :Mama, nabil suka nenas tu. Tapi mesti kuah gulai mama tu dah campur ikan masinkan…nabil tak maula bau la ma…
Aku : Tak… mama dah rendam ikan masin tu lama sikit, dah tak bau, tak masin sangat. Cubalah dulu....rasa sikit yer..mama cedukkan kuah..
Anak no. 3 : Mama tolong cedukkan sikit jerla kuah tu kat adik yer..titik-titik jer adik nak makan campur kicapjer la….

Adoi…Tak sampai hatilah mama. Oklah mama goreng ayam sekejap ya.tunggulah lagi 10 min. Selesai masak barulah terserlah senyuman mereka..Alih2 anak no. 1 makan juga dan menyuruh adik2nya mengambil sikit2 kuah gulai tersebut. Dia dah besar…walaupun tak berapa gemar mungkin dia tak mau aku kecil hati. Kalau lauk ayam hari-hari pun diorang tak menolak…suka sangat weh ….hai…. inilah ragam anak-anakku.…soba.. eh lah.

Aku ngan Mr Hubby la tolong habiskan lauk tu…”Its ok honey, I do like Ananas (nenas) I will eat it all. hehe…apa pun sebutannya..sekurang-kurangnya ada juga yang menggemari masakanku walaupun masakan itu asing dengan lidahnya….hehhe syukur.

Tuesday, April 20, 2010

MARI MEWARNA

Salam semua.

Ari ni boss buat peraduan mewarna tapi guna kaler merah jer ma…..hehe…aper ker halnyer pulak peraduan mewarna tapi guna merah jer….ada betul ker tak betul ni…ehmm intro jer tu…

Sebenarnya boss minta tolong kalerkan drawing bomba yang nak submit esok nih. Aperla bomba ni dah buat drawing Autocad cantik2 nak minta kaler lah pulak. Jadi sapa-sapa yang free tu yang asyik baca blog, godek face book ha…diminta menyerahkan diri dengan menolong mengaler drawing2 ini dengan segera.Jangan mare la….nanti kene jual tau.

Friday, April 16, 2010

PAK ARAB MENGURAT

Salam,

Semalam, seusai kerja jam 5.00pm aku bergegas keluar dari office..nak gi Bintang Supermarket ..Dalam hati dah merancang-rancang barang yang nak ku beli ari ni. Ha…balik nanti bolehlah terus memasak. Ginilah mak orang..balik kerja terus kejar memasak pastu nak ambik anak sekolah jam 6.45pm…letih nyer tuhan jer yang tahu…

Sampai di Bintang Supermarket kulihat seorang Pak Arab bertanyakan sesuatu kepada sorang staff lelaki. Hmm handsome jugakla..Mungkin bertanya barang-barang yang dia nak beli tapi tak tahu kat mana nak cari kot. Bila aku melintasi mereka kedengaran Pak Arab tersebut memberi salam. Lalu ku jawab perlahan sambil berlalu. Tapi tiba-tiba “Excuse me lady, Are you Malaysian? Oh dia mengekoriku (dlm hati apa hal Pak Arab ni) Dalam hatiku mungkin dia nak tanya sesuatu barang kat sini kot, manalah tau nak tanya mana letaknya garam ker, sos ker, belacan ker..hahaa Pak Arab makan belacan ker ?

Lalu aku menoleh..yes I’m Malaysian. Tak nampak ker muka ni sebiji muka Malaysia dengan hidung yang kembang2 sikit. Hidung ala2 malaysia gitu…dia bertanya lagi “Can u Speak Arabic”, Oh..im sorry I cant. Dalam hati baik tinggalkan tempat ni pergi bahagian lain dulu. Dan Pak Arab tu sambil muka tersenyum bertanya lagi Are u married , you look so beautiful. …I’m beautiful???? Wah Pak Arab ni nak mengurat ni. Bukalah mata tu betul-betul weh lihat…. …agaknya sebab semalam hari Jumaat aku pakai Jubah dan jalan begitu sopan buat hatinya tertawan kot…(hahhaa perasan)…aper2 pun lantaklah dia…mungkin juga dia rindu isterinya yang jauh dimata kot..Aku terus berlalu tanpa menoleh meninggalkan dia yang ternanti2 jawapan aku.

p/s: Bila sampai rumah baru aku teringat, ada satu kejadian seorang gadis bila ditegur oleh seorang Pak Arab, terus gadis tu kene sihir dan tanpa sedar menyerahkan wang dan barang berharga yang ada pada masa itu...hmm takut ma 'mintalah dijauhkan oleh Allah pada perkara2 yang keji macam tu.

Wednesday, April 14, 2010

DEMAM WEH.....


SaLaM SaYaNg SeMuA,

Dah 3 hari aku demam, batuk selsema, tapi alhamdulillah selera makan masih sama gak, demam tak demam, selera makan aku bertambah-tambah jer. Muka pun dah jadi bulat tembam montok weh..(montok ngan tembam lain kan…hahhaa..lu fikirlah sendiri) .

Agaknya itulah sebabnya batuk aku ni tak juga baik-baik walaupun dah makan ubat. Dok makan makanan yang goreng-goreng dan berminyak-minyak. Hasilnya..aha..Malam-malam tak boleh tidur kong kong king….kedengaran batukku.. hmm tapi ku lihat orang kat sebelah tu tidur lena jer, atau pura-pura tido kot…dalam hati marah agaknya bising aaa honey ni……tapi kalau marah karang akibatnya ada hati yang merajuk. Kan dah jadi cerita hindi la pulak..bab pujuk memujuk. Kuch-kuch ho ta he…Ooohh..kia hua, kaisee hua..... hehhee jangan marah lah yer gurau-gurau kat sini. Apa pun sebenarnya dugaan sakit yang Allah beri kat kita tu adalah sebagai mengingatkan kita supaya bersyukur kepada nikmat sihat yang Allah Swt beri kat kita dan juga sebagai penghapus kepada dosa-dosa kecil yang kita lakukan.(Wallahualam).

Wednesday, March 31, 2010

BAJU OH BAJU


Assalamualaikum semua,



Setiap hari memang pening nak memikirkan baju apa nak pakai kerja esok. Hmm… nak pakai baju ni cam dah lusuh je. Pakai baju ni tudung pulak tak kena. Pakai baju ni baru tiga hari lepas dah pakai.alahai…. Tanya anak la pulak, adik baju yang mana satu yang elok mama pakai esok ya.Pakailah mana-mana baju ma, yang elok mama ni ada uniform takyah pening-pening nak pilih baju. Tul jugak kata dia ya. Pastu jimat sikit kos membeli baju…
Inilah aku bolehlah dikira berapa helai saja baju yang ada didalam almari tu dan baju itulah diulang-ulang pakai setiap minggu. Setiap malam sebelum tido masih fikir lagi baju apa nak pakai.. heheh inilah scenario yang kualami.

Bagi kaum lelaki rasanya masalah memilih baju ni takder dalam kamus hidup mereka. Seluar leh pakai 2 hari, baju pun sama juga cuma selangkan harinya untuk pakai semula. Memanglah sifat adam dan hawa ni berbeza.

Sebenarnya dari segi pemakaian adalah terpulang pada personaliti, gaya dan diri kita sendiri. Agaknya mungkin ada wanita-wanita diluar sana yang tak kisah pun dengan pemakaian mereka.Hentam sajalah….hehhe.. Cuma rata-rata secara umumnya didalam pejabat aku ni memang kami berkongsi permasalahan yang sama. Baju oh baju.

Wednesday, March 24, 2010

CEMBURU - BETULKAH TANDANYA SAYANG


Salam,

Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.” (Riwayat Abu Daud)


Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Bagi cemburu sedemikian, pintu kemungkinan berlakunya kesilapan atau salah sangka sudah tertutup rapat. Sesuatu yang dicemburukan itu diyakini benar berlaku tanpa selidik dan usul periksa. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa.


Selanjutnya meluahkan rasa cemburu juga perlu secara kasih dan sayang, bukannya dengan melulu. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan semata-mata emosi.


Cemburu juga tidak harus dipersempitkan kepada terjejasnya perasaan kasih dan sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri sahaja. Ini kerana selain kekasih, suami atau isteri, banyak lagi yang disayangi oleh manusia dalam hidupnya. Oleh itu, sentiasalah peka dengan apa-apa yang Allah marah dan benci serta cemburu.


Cemburu kerana sayangkan Allah itu dengan memelihara rahmat dan nikmat kurniaan-Nya, kerana mahu bersyukur dan bimbang kehilangan pandangan kasihan belas dari Allah. Juga kerana takut hilang keberkatan hidup dan petunjuk-Nya.

Mudah-mudahan dengan cemburu itu terbuka pintu pengampunan Allah dan seisi keluarga tidak kempunan nikmat syurga milik-Nya. AMIN!

Monday, March 22, 2010

KEINDAHAN BUNGA TULIP

Salam Semua,



Begitu cantiknya dan terpesonanya aku walaupun hanya sekadar melihat gambar-gambar bunga tulip ini. Indahnya ciptaan tuhan dan membuatkan ku begitu teruja sekali untuk melihat sendiri ladang bunga tulip ini secara dekat begitu juga ingin menyentuh dan memetiknya sendiri...amboi berangan tu...InsyaAllah.

Seringkali kita beranggapan bahwa tulip berasal dari Belanda, negara kincir angin itu. Namun sebenarnya, Tulip berasal dari Timur Tengah, daerah Turki. Motif-motif bunga tulip sudah sejak lama banyak dipakai dalam seni ornamen Persia dan Turki. Nama yang diberikan orang Eropa untuk tulip berasal dari bahasa Persia untuk sorban (bahasa Persia: دلبنت, dulband) karena bunga tulip ketika belum mekar sepenuhnya bentuknya terlihat seperti sorban.

Tulip merupakan tanaman perenial berumbi, tingginya antara 10-70 cm, daunnya berlilin, berbentuk sempit memanjang berwarna hijau nuansa kebiru-biruan, dan bunganya berukuran besar terdiri 6 helai daun bunga. Tulip hasil persilangan menghasilkan bunga berwarna tunggal, merah, orange, kuning, hijau, biru, ungu atau bunga dengan berbagai macam kombinasi dan gradasi warna. Tulip menghasilkan biji-biji berbentuk bundar pipih yang dibungkus kapsul kering.Seperti halnya bunga mawar, lili, anggrek dan peony, tulip adalah tanaman bunga yang paling banyak dibudayakan manusia.

Bagi bangsa Iran dan Turki, Tulip adalah bunga nasional mereka. Lambang negara Iran juga menyerupai bunga tulip yang bertujuan untuk mengingati mangsa korban pejuang-pejuang Iran dalam mempertahankan negara mereka. Ini adalah kepercayaan lama orang Iran bahawa mereka yang terkorban dalam perang mempertahankan negara, bunga tulip merah akan tumbuh di kuburan mereka.




Rencana ini bukan saja kupaparkan disini kerana aku amat meminati bunga tulip tetapi juga sebagai info tambahan kepada rakan-rakan lain yang memuja keindahan bunga ini terutama rakan bloggerku saljuQaseh. Lawatilah ke laman blognya.

Sunday, March 21, 2010

PESTA BELON PANAS PUTRAJAYA -2010




Salam,

Pertama kali melihat belon-belon panas di udara, cukup cantik di Putrajaya. Teruja betul anak2 dan suami melihatnya. Ramai pelancong-pelancong asing dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum datang. Sempat juga melihat-lihat kalau terjumpa kawan Office manalah tahu, tapi kawasan yang luas dan orang ramai mana mungkin aku terserempak ngan mereka. Jika akuberada di tapak A, entah-entah kawan-kawan pula berada nun sayup di atas belon panas yer tak..Sempat pula kami lepak di padang, makan bersama-sama kerana suami berbuka puasa.

Jam 9.00 malam selepas tamatnya acara belon ada pertunjukan bunga api pula. Cukup indah sekali percikan berbagai bunga-bunga api di langit Putrajaya. Suami sempat mengambil gambar-gambar tapi tak reti pula aku nak masukkan kat dalam blog ni. maklumlah baru jer buat blog nih. Saya mak budak baru belajar, kalau salah tolonglah tunjukkan. Apa pun terubat jugalah keboringan anak-anak semasa cuti sekolah ni...

Tuesday, March 16, 2010

SURAT TUNJUK SEBAB.

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari yang bertuah, kerana hari ini boss dah tahu kami semua selalu datang lewat ke office. Inilah budaya kerja yang tidak mesra alam langsung…bila seseorang dah mula buat begitu selalu datang lewat dan boss buat tak tahu, yang lain akan mengikut dan menjadi satu penyakit. Kalau dia boleh datang lewat kenapa aku juga tidak boleh buat begitu? Ha…inilah rata-rata sikap yang ada pada diri kita…akhirnya kantoi. Dan bila boss dapat tahu, boss minta surat tunjuk sebab, apalagi mulalah mengelabah dan membuat surat dengan seribu alasan mengapa datang lewat..heheh termasuklah aku. Inilah pertama kali dalam sejarah aku membuat surat tunjuk sebab dan nilah yang dok tulih dalam blog nih.

Ada juga yang berkata, eh Boss datang lewat tak per kita tak boleh pulak yer….hehhee ayat yang tak masuk akal. Dah dia tu Boss, suka hati dialah nak datang lewat ker, tak nak datang ker..ini opis dia, aper ke jadahnya nak dipersoalkan…hehehe pinjam ayat wartawan NTV7. apapun yang penting kita berubahlah kearah kebaikan, sorry ya Boss. Jangan la marah...

Sunday, March 7, 2010

TAHNIAH

Salam,

Dah lama tak menulis di blog ni..nak kata sibuk tak juga sibuk, nak kata letih, tak juga letih aper sebenarnya ye...hmmm malas lah tuh...hmm tau tak per...

Nak ucap tahniah pada rakan sepejabat yang telah berjaya menjadi ayah. Hmmm dah jadi ayah rupanya yer .. so tanggungjawab dah bertambah, belanja pun bertambah, aperpun anak-anak tu membawa rahmat dan rezeki dari Allah, pengikat kasih antara suami dan isteri...buat teman-teman yang masih muder-muder tu, ha apa tunggu lagi...tambah-tambahlah bilangan anak tu weh...macam pn annisazura tu...bila lagi ekk....baby dah besar dah..dah pandai gigit ibu jari kaki minta adik tu....hmmm ada makna tu...

Wednesday, February 24, 2010

SALAM SAHABAT


Hari ini nak citer pasal persahabatan. Sahabatlah insan yang paling hampir selain dari saudara mara kita. Insan yang boleh berkongsi rahsia, suka dan duka dalam kehidupan seharian dan juga saling tolong menolong bila dilanda kesusahan. Dalam hubungan persahabatan kadangkala tak semestinya okay setiap masa. Kadangkala ada juga hati yang tercalar kerna perbuatan sahabat. Apa pun sebenarnya bila hati kita bersih dan ikhlas, pasti apa jua yang tercalar cepat kita sembuhkan dan tidak meninggalkan bekas. Camnilah dengan kehidupan aku ni dengan adanya sahabat disisi menceriakan lagi kehidupan seharian. Apapun terima kasih sahabat kerna tanpa sahabat siapalah aku. Aku sayang padamu sahabat.

'Friendship isn't how you forget, but how you forgive,

Not how you listen, but how you understand,

Not how you see, but how you feel

Not how you let go, but how you hold on'.

Thursday, February 18, 2010

LAGU POPULAR




Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Lagu ni sering berkumandang kat office aku ni sekarang, lagu popular masa kini lah katakan. Aku juga suka lagu ni 'catchy' dan banyak memberi pengajaran jua keinsafan pada sesame kita yer…so pada sesiapa yang terbaca blog aku ni jom kita layan......

Wednesday, February 17, 2010

CUACA PANAS

Beberapa hari ni cuaca panas sekali dan dijangka sehingga awal Mac akan berterusan. Lama juga tu. Hmm musim panas dah menjelma. Bab cuaca panas nih pasti ramai yang mengeluh dan ramai yang hilang sabar dan cepat naik angin ekkk...

Banyaklah bil elektrik aku kat umah nih. Kipas berputar ligat dari siang hinggalah ke malam. hmmm masa ni lah rasa nak pasang aircond kat umah la pulak....ader duitnyer ker....??? Perut lapar tapi nak kuar dari opis nak beli makanan, panas sangatlah pulak. hmmm lapar sangat ker? inilah keluhan. hmm soba jer la.

Tuesday, February 16, 2010

SUCCEED

If at the first you dont succeed, try and try again, achieve the desired end.
Inilah kata-kata perangsang untuk berjaya. Bermula dari kekurangan/kelemahan kita berusaha dan terus berusaha mengatasinya pasti akan menghasilkan kejayaan. Itulah juga doa yang sering tidak putus dari mulut kita untuk anak-anak semoga mereka berjaya dalam hidup. Cam aku nilah dengan karenah anak-anak yang sedang meningkat remaja banyak cabaran, masalah dan ragamnya yang perlu dihadapi. ... anggaplah ujian dan dugaan itu sebagai tapak untuk kita berjaya, sekurang-kurangnya kita berjaya meletakkan akal yang waras, minda yang tegas dan kesabaran yang maksimum dalam menghadapi apa jua rintangan yang mendatang.

Malaysia boleh dan mama pasti boleh.

Friday, February 12, 2010

SALAM MUBARAK


Salam semua.
Esok adalah Hari Kekasih dan Hari Tahun Baru Cina. Office hari ini sunyi sepi aja. Semua orang pakat cuti ramai-ramai weh.. jadi mana-mana kengkawan yang tinggal berjauhan tu, inilah hari yang ditunggu, ohoo...balik kampung ma. Untuk mengisi kesunyianku ini dan sebagai menyahut cabaran kengkawan yang telah menghasilkan blok-blok mereka yang canggih dan kreatif aku mengambil kesempatan menghasilkan sebuah blog sebagai diari/coretan hidup, sharing ngan kengkawan kisah suka, duka dan kisah-kisah kehidupan di alam fana ni...ewah....Semoga blogger sweethoney ni akan memberi manafaatnya pada kita semua. Dah macam ucapan perasmian pulak bunyinya ekk..hehe .apa apapun ceria selalu, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Salam mubarak buat blogger Salju Qaseh dan annisnazura.