Tuesday, May 25, 2010

AYAT-AYAT CINTA

Gambar sekadar hiasan
Salam Sejahtera semua,
Minggu pertama bulan Jun ni dah cuti sekolah. Biasenyelah time nilah banyak undangan kenduri kahwin dari saudara mara, sahabat-sahabat dan jiran terdekat yer. Ni Sweetie dok belek kad undangan perkahwinan dari teman baik kat Opis ni. Cantik kadnya dengan ayat-ayat cinta dan kata-kata hikmat untuk bakal mempelai. Semoga bakal pasangan ini akan melalui perkahwinan mereka dengan sebaiknya. Moga-moga juga semuanya nanti selamat dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat.

Kita hayati ayat-ayat cinta ni…hmm seronok jadi pengantin ni weh..ha mana2 yang dah lama bertunang tu cepat-cepatnya bernikah yer…bolehlah undang Sweetie sekeluarga yer.

CINTA
Dapat mengubah debu beralih emas
Keruh menjadi bening
Sakit menjadi sembuh
Derita menjadi nikmat
Dan kemarahan menjadi rahmat.

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan Mengapa didambakan
Teman hidup bak siti Khadijah kalau diri
tak sempurna Rasulullah (S.A.W)

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya sebagai keunikan Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…..

11 comments:

  1. semoaga perkahwinan yang dibina dengan berlandaskan Al-Quran dan Syariah akan mendapat mendapat kebekerkatan daripada Allah..dah semoga dapat melahirkan anak2 yang soleh dan solehah....amin

    ReplyDelete
  2. Salam Awa,

    InsyaAllah semoga berkat perkahwinan tu. Mimpi ular tu pula..ehm..tak lama lagi mungkin ada kad undangan dari Hawa utk kak sweetie kot..

    ReplyDelete
  3. salam sweetie,

    power sungguh ayat cinta tu...pandai susun dan penuh erti..mesti dulu hebat dlm menulis surat cinta masa muda..

    Yang penting perkahwinan ibarat mendiri sebuah masjid yang kukuh lagi dirahmati-Nya..
    Buat grandx dan menunjuk mcm yang sedia ada kita tengok dan jemputan yg hebatx pun tak bertahan lama..roboh mcm istana pasir dilanggar ombak dan badai.

    ReplyDelete
  4. w.salam Capt.
    hehe. Ayat2 cinta tu sweetie petik dari kad undangan.cantik ayatnyakan?

    Bila sesebuah perkahwinan dirahmatiNYA hidup pun pasti berbahagia walau terpaksa menempuh berbagai dugaan mendatang.Janganlah bina istana pasir yang mudah roboh tetapi binalah istana seteguh karang dilaut walau bagaimana kuatnya ombak badai melanda ianya tetap teguh disitu.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana menjadi follower Duniaku Rashidah Ibrahim...selamat memasuki alam perkahwinan dpd akak.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Rashidah,

    Terima kasih kembali.Suka baca penulisan kak Rashidah.

    ReplyDelete
  7. salam sweetie...cuti sekolah tiba.musim kawin pun tiba..dah berderet jemputan dpt nie .

    ReplyDelete
  8. salam sweetie,
    Kadang2 kata-kata tak seindah yang dikota/hakikatnya. Membina masjid itu indah tapi ramai manusia yg mengejar cinta berlandaskan nafsu semata-mata.
    Mengapa mengharap teman setampan Yusof
    Jikalau hati tak setulus Zulaikha...
    Ramai org hendakkan yg terbaik dr pasangannya
    Tapi hakikatnya Diri sendiri tiada betulnya..

    ReplyDelete
  9. W.salam,
    Terlebih dahulu terima kasih atas komen ikhlas tu.Memang Sweetie setuju dgn pendapat anda. Cuma apa yang kita harapkan apa jua kelemahan kita dan pasangan dapat diterima dan diperbaiki jika ada cacat celanya.Kerana manusia itu sendiri asal kejadiannya tidaklah sesempurna mana.

    ReplyDelete
  10. sweetie2010,
    ayat-ayat cinta, hehe indahkan masa bercinta... Rasa cm tak nak kawen jerrr... Tapi saya bercinta selepas kawen tau. Seronok semuanya halalal toyyibat.. Rumahku Syurgaku.

    ReplyDelete
  11. w.salam

    Itulah yang terbaik,rumahku syurgaku.Masa dah kawinlah sebenarnya kita mula mengenali suami sikit demi sikit. (masa cinta pula banyak yg pretend/sorok2..cuba tunjukkan semua terbaik semua terhebat..yer tak?)

    ReplyDelete