Tuesday, May 4, 2010

BUKAN LUPA TAPI TAK INGAT


Salam Semua,


Tajuk entri kali ni cam nama lagu Sapura lak ya. Kebetulan jer tu.
Kalau Ben Ashaari jelajah blog-blog, Aku pula suka jelajah/terjah kat mana ada jual sarapan yang best-best. Kalau masyuk ngan selera aku, lain kali singgah lagi yer tak. Kalau hancus, setakat tu jer la..lain kali mintak maafla cuma tumpang lalu jer..hehe..

Baru jer park kereta, seorang wanita datang menyapa, “Hai apa khabar sihat ker? Khabar baik jawabku. Suami tak ikut sama ker? Dia dah balik negara dia? Oh! dia tak ikut..dengan segera kujawab. Masih lagi dalam keadaan terpinga2. Kakak ni kenal aku ker..Rasanya cam terlebih kenal lah pulak dari cara pertanyaannya. Tapi napalah aku tak ingat..Mungkin terlihat dari reaksi ku dia berkata lagi..
“Gelombang biru, Gelombang Biru”…
Dulu saya kerja kat Gelombang Biru dulu. Restoran yang awak selalu dtg tu ingat tak? …oh….baru lah kuingat… Kakak tu bekerja sebagai tukang masak disitu dan mungkin dia selalu melihat aku keluar masuk disana.

Inilah aku, Kalau bab makan tak pandang kiri kanan ekk..laju jer mencekik yer. kadang-kadang kita kurang peka dan memerhatikan keadaan sekeliling. Apa pun senang sekali berjumpa ngan kakak ni. Mungkin sebab aku bukan lupa tapi tak ingat kerana wajahnya kini dah bertambah berseri-seri sekarang ni..Aper rahsianya tu kak…Lain kali bolehlah singgah lagi kat sana sambil beli nasi lemak buleh juga kite bersembang yer.

2 comments:

  1. sebab dia semakin berseri dan menarik la kak sweetie tak ingat dia.haha.

    ReplyDelete
  2. yer..betullah tu dik, aper rahsianyer weh. kak sweetie lihat adik pun berseri2 nih. psst..rahsia orang sedang bercinta kot.

    ReplyDelete