Tuesday, May 18, 2010

CANTIKNYA BERTUDUNG


Salam Sejahtera Semua,

Selari dengan tuntutan agama kita yang menuntut Muslimah untuk tidak mendedahkan aurat termasuk rambut mereka. Memang ramai di antara kita yang telahpun memakai tudung tanpa mengira usia samada tua ataupun muda. Tidak menjadi masalah untuk bertudung pada masa ini kerana terdapat pelbagai jenis tudung di pasaran dengan tawaran dari segi design, kualiti kain, warna dan harga.

Berbagai-bagai jenis tudung dan teknik ikatan tudung juga digayakan. Sebut jer ...tudung Turki, tudung Indon, ha MACAM-MACAM ADA. Pintal di atas, pintal di leher, belit kat belakang, kerongsang di tengah, Ala-ala sanggul pun ada. Selendang pun ada. Ala Yuna, Ala Waheeda, Ala Siti Nurhaliza pilih jer lah mana satu.

Ha..tudung ala-ala mereka yang berumur sikit biasanya siap lipat sedikit kat tepi wajah tu atau tudung yang ada awning tu. Ala remaja pula gaya Cik Yuna tu la. Bulat jer ikut bentuk muka. 1 lagi ikat rambut tak yah guna anak tudung, biasanya guna tudung bawal bagi bahagian depan tudung muncungnya terbentuk biar betul-betul cun.

Ni dialog sweetie ngan anak.. Adik, cepatlah ckit dik, Lama dah mama tunggu, kejap lagi ma, tudung ni susah ckit nak bentuk, kejap… jer lagi yer ma…tu lah anakku, bila diintai tak habis2 lagi belek tudung depan cermin…hmm tu la pasal. Anak bujang ku juga pandai menyakat adiknya bertudung. Eh tak sesuai la pakai tudung cam tu macam orang seberang jer. Tudung tu pula cam sarang tebuan macam ada sanggul lak kat belakang. Eh tudung bulat camtu nampak muka adik macam makcik la. Ada2 jer dia menyakat adiknya.

Hmm dah puas sweetie membebel kat sini lihatlah gambar2 bertudung ni pula. Pilihan mana di hati anda. Tepuk dada tanya iman, tudung mana yang mana betul-betul menepati kehendak agama dalam cara pemakaian yang sempurna.

7 comments:

  1. kan manis je bila bertudung.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Hawa dan Miss Izah,

    Memang cantik wanita bertudung lebih manis dan menawan cam Izah ngan Hawa la..

    ReplyDelete
  3. Bertudung la macam mane sekalipun.Selagi tidak mendedohkan aurat okey ape.Lawo weh orang bertudung ni.Sejuk mate memandang.

    ReplyDelete
  4. Salam JD,

    Betul tu, setuju sangat.jagi diri, jaga aurat, hiasi peribadi.tq for ur comment.

    ReplyDelete
  5. kalau ikutislamnya, pemakaian tudung mestilah yang menutup aurat atau aib. iaitu tudung yang kemas dan labuh sehingga menutup sehingga ke bahagian dada. tapi apa yang dilihat sekarang ramai yang memakai tudung hanyalah untuk cantik sahaja.

    ReplyDelete
  6. Salam kasih.

    Apa yang kasih sebutkan tu memaang 100% betul. cuma sekarang ramai pakai tudung hanya kerana gaya/fashion..waallahualam

    ReplyDelete