Tuesday, May 25, 2010

CINA KER MELAYU?

Salam sejahtera semua,

Nilah hubby sweetie dah confuse. Dia kata muka wanita Melayu dan Cina tu cam sama jer..hmm “Honey, that young lady who wearing the red singlet and black legging is Malay or Chinese. She’s malay dear. All Malay here is muslim? Yes 100% Muslim. Why Dear? If she is Malay why she is not wearing the hijab. “I thought she is Chinese, with the blonde hair, fair skin and also the way she dresses not seem as a Muslim lady”. Wah dah panjang soalan hubby sweetie tu memanglah dia dah terconfuse. Sweetie pun tak reti nak jawab camner dah.

Selalu saja bila sweetie berjalan-jalan di shopping complex atau saja keluar bersiar-siar, sweetie merasa malu pada suami jika terserempak dengan gadis-gadis melayu yang tidak menutup aurat dengan pakaian yang begitu keterlaluan. Dengan pakaian singlet dan berseluar short atau legging, gaya rambutnya yang diwarnakan ala-ala Cina gitu. Memanglah pakaian itu simple dan cuaca pun panas, tetapi patutkah berpakaian begitu? Pakaian yang boleh mengundang bahaya kepada mereka sendiri Pakaian yang hanya sesuai dipakai di dalam bilik ataupun di kalangan ahli keluarga saja. Itupun berpada-padalah hendaknya. Walaupun dirumah adakah patut di hadapan Ibubapa juga memakai short.?Entahlah….Risau kita melihatnya. hmmm apa yg Sweetie boleh buat cuma tegur dlm hati jer…
Begitu bersahaja mereka berjalan ke sana ke mari tanpa malu-malu. Ada juga berjalan dengan ibunya dengan memakai pakaian sebegini. hmm napa jadi cam ni yer? Agaknya ibunya merasa bangga anaknya memiliki tubuh yang cantik dan semua mata tertumpu pada anaknya. Takut sweetie jika mereka mungkin akan diapa-apakan oleh lelaki yang suka mengambil kesempatan kerana geram melihat tubuh badan yang cantik dan putih gebu tu.

Ada juga wanita kita di peringkat umur yang matang, keluar dengan berpakaian begitu. Betisnya yang kelihatan tetapi tudung di kepala. Emm… sweetie pun tak tahu sweetie juga dah confuse agaknya mungkin dia tu Cina tetapi muka macam Melayu kot… hmmm…

7 comments:

  1. Salam

    Betul tu Sirna dunia dah akhir zaman, ramai dikalangan kita tidak ada lagi perasaan malu dan takut pada Allah swt.

    ReplyDelete
  2. ala kak...skunk ni nama je melayu..tapi cara tidak menunjukkan melayu, nama je islam..tapi akhlah tidak menunjukkan islam...Nauzubillah...semoga kite sentiasa mendapat petunjuk..

    ReplyDelete
  3. yer Hawa dan sama-sama juga kita menasihati mana yang boleh...kan

    ReplyDelete
  4. mesti sweetie sopan orangnyakan, cantik dengan busana muslimah..berhijab lagi. Suka tengok, tapi cakap kat suami tak semestinya tak memakai hijab tu bukan org islam..sampai boleh confuse gitu.
    Aurat org pompuan seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. kalau pakai lg bagus sejuk perut ibu mengandung.
    Pakai kebaya mengikut bentuk badan pun berdosakan walaupun kita rasa dah tutup aurat. wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam anonymous, Suami sweetie confuse sebab dia tak dapat membezakan mana satu muka melayu mana satu cina...gitu jer..Kalau pakai tudung mungkin dia lebih tahu. Maklumlah dia bukan warga kita.

    Maafkan Sweetie jika kenyataan atau ayat sweetie salah dalam menerangkannya.

    ReplyDelete
  6. salam...wahhh if u don't mind...hubby sweetie org mana

    ReplyDelete