Thursday, May 20, 2010

JOM KITA PI PASAR MALAM

Salam semua, Apa khabar? Ni nak citer al-kisah Pasar Malam da...

Kat kawasan perumahan sweetie setiap hari Khamis ada pasar malam. Tahu jerlah kat sini Pak Arab ramai, Bangla, Pakistani, Indon lagilah ramai. So selalu jugaklah gi sana almaklumlah nak beli barang keperluan dapur, tahulah jerlahkan standard harga pasar malam tu sesuai lah dengan budget sweetie yang seciput ni dan barangannya fresh. Sweetie jarang gi sana malam tapi seusai kerja terus jer singgah. Kalau nak tunggu malam alamatlah susah nak dapat parking weh....Nak letak kereta jauhla pulak, nanti menapak jalan kaki bawa barang berat…permaisuri mana boleh jalan jauh2 cepat letih ma..hehe

Kadang-kadang time hari Khamis nilah sweetie cuti memasak, sebab permintaan dari anak2 nak beli kebablah, burgerlah, char kue tewlah, aper2 jerlah yang teragak kat anak tekak mereka tu. Jadi mamanya dapatlah berehat ckit. Hujan juga main peranan, kalau time hujan kurang sikit la orang kat pasar malam ni. tpi lately selalu hujan Khamis malam Jumaat, nilah namanya hujan rahmat yer tak?

Ramai nya orang meniaga. Sweetie rasa jelouse pulak tengok diorang meniaga, setiap gerai penuh orang. Nak kata sedap sangat sweetie dah pernah rasa, taklah juger, agaknya mereka yang gi pasar malam ni samalah cam sweetie, dah tahu ada pasar mlm, penyakit malas pun sampailah pulak..hehe..mengaku tu.

Rata2 kat Pasar Malam ni kebanyakannya dimonopoli oleh orang Indonesia. Mereka punya semangat kuat berniaga, dari jualan sayur, tudung, baju sehinggalah sekecil2 jual jamu-jamu. Pernah diorang terlepas bicara. Katanya orang Malaysia malas-malas, tak mau kerje yang berat-berat ckit, Manja. Katanya. Malas ker kiter?…hmmm rasanya Sweetie cukup rajin, rajin mengomel kat sini.

Pernah kawan sweetie dtg ke rumah seorang warga Indonesia dan terkejut rumahnya "Waduh! Kok besar bangat deh banglonya, kalah kiter, dan kerjanya hanya menjual sayuran di setiap pasar malam. camner tu yer…kalau rajin itulah hasilnya. Kalau malas pun ada hasil juga. Pilihan di tangan kita yer tak.

Itu lah dunia pasar malam yang sentiasa hidup dan meriah dengan pelbagai ragam orang yang mengunjunginya. Jom kita gi pasar malam.

4 comments:

  1. suke pasar malam sebab mcm2 ada...heheheh

    ReplyDelete
  2. orang jual pasar malam ni sebenarnya memang ramai yg kaya2, yelah sewa tempat bukan mahal pun, pelanggan berduyun-duyun...

    ReplyDelete
  3. Salam Awa,

    yelah awa, senang nak beli apa2 pun cuma pegi 1 tempat jer yakni. di pasar malam.

    ReplyDelete
  4. salam Sirna,

    Betul tu dah lama kaya dah diorang ni. Memang ramai peminat pasar malam ni, mungkin sebab dekat ngan kwsn rumah dan harga barangan pulak murah.Agaknya kalau sewa tapak mahal cam kat jom heboh atau tapak konvo ker mesti tak ramai juga yang meniaga.

    ReplyDelete